Showing posts with label Jaulah. Show all posts
Showing posts with label Jaulah. Show all posts
2 Shreks

Ya, Itu Kawan Saya

Biiznillah. Harini saya diberi peluang untuk update lagi, dan lagi. Allah sangat sweet bila memberi saya peluang pada hari semalam (Jumaat). Alhamdulillah.

Kisahnya begini..

Khamis petang, kelas saya cancel sebab lecturer saya kena jaga budak exam (diploma). Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang kurang berperasaan. Mungkin lebih kepada perasaan bermalas-malasan dan berfikir-fikiran nak buat apa untuk pengisian malam tu? Oh, bulatan gembira terakhir untuk adik-adik diploma saya. 


Petang tu, saya buka laptop. Dengan muka yang telah ditepek dengan malu yang tebal, saya pinjam broadband adik saya. *sambil sengih*. Dia tengah buat assignment, saya online. Good combination. Niat saya nak tengok harga dominos pizza, sebab saya nak raikan pertemuan terakhir kami sebelum mereka bercuti. Tetapi biasanya kita akan terlari niat sikit bila dah khusyuk dapat line internet. 

Alhamdulillah, internet agak memberangsangkan petang itu. Adik saya kata, mungkin dah ada coverage dekat kawasan kampung kita ni. Mungkin! Saya nampak sahabat-sahabat saya ramai yang nak pergi GMJ (Global March to Jerusalem) dekat mukabuku. Ok. Saya jeles dengan mereka yang akan pergi. Jadi saya berfikiran untuk pulang ke rumah petang Khamis tu juga sebab saya nak join GMJ. Apatah lagi bila saya dapat tahu ada rombongan bas dari Muar. Hati saya kuat mengatakan saya kena balik hari Khamis. Huhu. Mujurlah iman saya cukup kuat menahan diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu. Saya ada bulatan gembira yang harus di hadiri. Alhamdulillah, Allah masih ada bersama-sama saya memberi kekuatan buat diri saya, subhanallah. 

Dengan izin Allah dan tanpa perancangan awal, sahabat saya ajak pergi GMJ. Saya call abah untuk mendapatkan keizinan. Tak berjaya dihubungi. Saya call mak untuk mendapatkan persetujuan. Beliau angkat dan memberi persetujuan tanpa banyak bertanya. Asal dia tahu saya bersama siapa itu sudah cukup. Petang tu, abah call bertanya tujuan saya hubungi dia. Saya ceritakan segalanya dan abah saya seperti kurang yakin saya boleh sampai ke rumah awal. Sebab Muar akan bertolak jam 3.30 petang. Saya habis kelas pukul 10 pagi, mustahil 10 pagi saya terus bertolak pulang. Paling lambat, 11 pagi. Sampai rumah, 1.30 petang paling lewat. Kalau bertolak dari rumah ke Muar pukul 2, 3.30 petang baru sampai. Itu tak campur kalau sesat. Saya tawakal!


Satu lagi hadiah yang Allah beri, kawan saya join bulatan gembira saya malam itu. Saya berbalas mesej melalui twitter. Dia bersetuju untuk temankan saya ke bulatan gembira tersebut. Lepas Maghrib, saya jemput dia di rumah. Kemudian kami ke bandar mencari dominos pizza. Usai membeli, kami bergerak ke kampus bertemu dengan adik-adik. Kami tiba, azan Isyak berkumandang. Tiba di masjid, solat Isyak sudah bermula. Saya bersegera mengambil wudhu' diekori sahabat saya. Sebelum kami follow imam, saya ajarkan dia bagaimana untuk masbuk. Dia faham dan lakukan seperti arahan saya. Alhamdulillah. Selesai solat Isyak, saya menunaikan solat sunat. Saya memberitahu dia, saya ingin mengerjakan solat sunat sebentar. Dia bangun dan berdiri sebelah saya. Saya peliklah juga masatu. Dalam hati saya, eh betul ke dia ni? Dia pandang saya, apesal tengok aku macamtu? Akupun nak solat sunat jugalah! 2 rakaatkan? Saya rasa bersalah, eh solatlah aku tak cakap apa-apapun. Ok2 nak solat ni. Kejap!! Macamana niat? Saya tersengih. Bahasa melayu saja. Dia pun senyum dan mengangguk. Alhamdulillah, saya hampir mengalirkan air mata ketika solat. Moga Allah tunjukkan dia jalan yang lurus, jalan yang Allah redhai. 

Dalam bulatan gembira, saya cuba bagi tajuk hadith Ghulam. Sebenarnya saya ada banyak je nak share dengan adik-adik tu, tapi memikirkan sahabat saya tu dia nak buat assignment, saya percepatkanlah pertemuan haritu. Cepat-cepat ajak makan lepas habis pasal Ghulam. Oh ya, before that ada juga buat sharing macamana setiap members boleh berubah atau nak join usrah (bulatan gembira). Everyone has different ways of finding the right path. Allah is the only One that know how and when He will gives. Dalam Unta Merah saya ketika kami nak ke cafe temankan sahabat saya buat assignment, dia meluahkan rasa kagum dengan adik-adik yang telah berubah ni. She's amazed with the changes, and amazed with the strength that everyone had. Alhamdulillah, means she learnt something. Dia selalu cakap, kalau ada orang ajak buat baik, insyaallah aku takkan tolak. So, ajaklah aku Kausar. Insyaallah my dear. 

Selesai bulatan gembira tu sebenarnya saya ada dapat mesej. Mesejnya simple..

Esok saya cancel class RM ya. Minggu depan miss cover habis chapter 2. 

Saya tak tahu nak jerit kegembiraan atau menangis kesedihan. Tetapi, Allah telah mengaturkan sesuatu yang istimewa buat saya. Urusan saya Dia telah permudahkan. Dalam penat lelah saya sebulan ni, Allah hadiahkan sesuatu yang tidak saya jangkakan. Saya pulang ke kampung halaman seawal pagi yang mungkin walaupun mata saya memberat untuk buka menyambut embun pagi. Saya keluar rumah dalam jam 8 lebih juga. Saya ke bus stand cari tiket bas untuk adik saya. Kemudian saya ke kampus untuk bagi tiket bas tu dan ambil beg-beg yang adik saya akan tinggalkan dekat rumah saya. Kemudian saya pulang semula ke rumah sewa untuk hantar beg-beg tu. Saya ingat nak bawa balik je ke kampung halaman, tapi tak boleh. Sebab berat kereta akan lebih makan minyak lagi. Perjalanan jauh, so kena berjimat-cermat. 9.30 pagi barulah saya betul-betul bergerak pulang ke kampung halaman. 11.30 pagi saya sampai rumah bertemu dengan mak yang sedang memasak. Pukul 12 tengahari saya dapat panggilan sahabat sebab nak bergerak ke Muar dah. Saya terkoncoh-koncoh beritahu mak. Mak suruh makan dulu, kesian dia menyediakan lunch untuk saya dengan kadar segera. 


Oh sebelum saya terlupa, malam tu masa nak on the way balik dari cafe, kawan saya was-was nak ikut saya balik rumah sewa saya atau nak balik rumah sewa dia. Saya ajak dia balik rumah saya sebab saya tak tidur terus. Dia fikir dan fikir akhirnya dia bersetuju untuk pulang ke rumah dia sendiri. Bila saya tiba dirumah, dia mesej saya. Katanya menyesal sebab tak ikut saya balik rumah sewa saya. Sebab dekat rumah dia macam sunyi gila, so dia malas nak sambung buat kerja. Saya tak lupa ucapkan terima kasih pada dia sebab temankan saya malam tu. Dia beritahu saya yang dia ada nangis sikit masa bulatan gembira berlangsung tapi mungkin tak ada orang perasan. Dia kata, dia tersentuh dengan cerita salah seorang group member. Tu yang tak tahan tersedih pula. Alhamdulillah, hati dia masih lembut. Ya Allah, berilah dia peluang untuk bersama-sama dengan kami di atas jalan ini. Insyaallah. 

Hampir jam 1 abah saya pulang dan terkejut saya ada dirumah lagi. Dia kata lambat-lambat pergi nanti lambat sampai. 15 minit lepas abah pulang sahabat saya sampai. Kami bergerak ke destinasi lain untuk jemput sahabat yang lain. 15 minit menunggu, tibalah dia bertemu kami. Kami gerak ke Muar dekat pukul 2 jugalah. Dalam kereta tak tidur, tak boleh tidur. Bercakap je, berborak je. Sampai Muar dalam 3 lebih. Bas belum sampai. Alhamdulillah bertemu dengan makcik-makcik Muar macam mengubat segala kepenatan sebab makcik dan pakcik Muar adalah syuyukh yang cukup hebat bagi pandangan saya. Saya belum jumpa lagi mana-mana kawasan kecil yang mempunyai hubungan yang sangat akrab dalam dakwah dan tarbiyah mereka. Apa sahaja program, kehadiran pasti diceriakan oleh YDP sampailah ke anak-anak, cucu dan cicit. 

Saya tak pasti jam berapa kami bergerak ke KL. Dalam bas pun tak tidur sangat. 

Ada satu perasaan saya yang cukup mengecewakan. Kami tiba di perkarangan Stadium Melawati dah Maghrib. Masatu semua orang berebut nak masuk bilik air dan surau. Keluar dari bilik air saya nampak ramai orang solat di atas rumput. Di kawasan-kawasan lapang dan dimana-mana sahaja yang boleh dijadikan tempat untuk beribadah. Alhamdulillah, solat itu dimana-mana. Tetapi sayangnya, Islam itu seolah-olah terpecah-pecah apabila terlalu banyak jemaah berlangsung. Tak tahu kenapa hati saya sayu sangat dan sedih melihat keadaan itu. Silap siapa? Mungkin silap saya? Huhu. Cukuplah satu imam, apabila kita sudah ketemukan satu imam sedang berlangsung, kenapa tidak kita teruskan bersama-sama menyambung saf yang sedia ada. Kenapa perlu membina jemaah yang lain? Bergaduh ke? Sebab tak kenal? Sebab apa ya? Assobiyah ke? Wallahualam. 


Akhirnya saya berada di dalam stadium yang selalu dengar nama je tapi tak pernah sampai. Alhamdulillah, saya berada di GMJ juga akhirnya walaupun tanpa perancangan yang rapi. Semuanya Allah yang rancang dan Dialah sebaik-baik perancang. Saya tak tahu apa yang ada dekat GMJ tu sebenarnya. Yang satu tahu, kita berada disana untuk menyokong saudara-saudara kita di Palestin. Menyatakan pada mereka, kami disini, bersatu untuk kamu dan Islam, kerana kita punya aqidah yang sama! Motto saya malam itu, dibawah 1 bumbung, kita punya 1 tujuan, dan kita kejar 1 matlamat, sebab itu kita perlu bersatu menjadi 1. 

From the river to the sea, Palestine will be free!

Wallahualam. 
2 Shreks

Barunya Tempat Lama

Alhamdulillah.

Semalam kami ke Segamat. Asalnya aku, Nur dan seorang adik usrah turut sama untuk ke Segamat. Saja berjalan. Masing-masing tension study agaknya. Tiba-tiba je semua nak ikut, 6 orang keseluruhan. Daripada pagi semalam, sampai ke tengah malam, banyak benda kami cuba muhasabah. Mungkin secara indirectly, aku harap banyak iktibar yang mereka boleh dapat terutama sesi selepas maathurat bersama. Walaupun dalam kereta banyak karaoke je (macam nak asah skill menyanyi), insyaallah lagu yang baik-baik dari Unser Umi.

Seronok bila dapat mendengar luahan hati mereka, dan aku cuba memberi jawapan yang tidak berat sebelah supaya mereka tahu, kesilapan tidak berpunca daripada orang lain semata-mata, tetapi diri sendiri kena sentiasa korek dan perbaiki.


Kadang-kadang aku cuba selitkan pengalaman aku. Aku juga seorang manusia biasa yang pernah terguris, yang pernah memendam rasa, yang pernah terluka, juga pernah mengalirkan air mata kerana masalah-masalah dalam tarbiyah dan dakwah. Bukan sahaja bab ukhuwah, tetapi merangkumi segala masalah yang mungkin timbul. Tetapi, bukankah itu adalah salah satu JALAN untuk Allah mengingatkan kita? Bahkan ianya memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran supaya kita boleh fahamkan orang-orang baru di masa hadapan. Bayangkan Allah tidak sediakan pengalaman berharga tersebut, barangkali kita tidak tahu apa yang boleh dikongsi pada adik-adik baru apabila mereka terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah tersebut kerana kita TIDAK FAHAM masalah itu. Maka, bersyukurlah.

Aku rasa sedikit lega. Aku sudah luahkan, aku sudah kongsikan, aku sudah nyatakan, apa yang sepatutnya aku lakukan. Syukur kerana semuanya atas kehendak dan pertolongan Allah. Mana mungkin tenang ini bisa aku rasa jika tidak Allah yang tetapkan begitu.


Semalam banyak juga hal UITM Segamat diperbincangkan. Masa tidak cukup kerana Umi pulang dari Tangkak jam 6 petang. Jadi perbincangan kami sangat singkat. Salah seorang adik ada exam keesokannya, jadi kami tidak boleh bermalam di Segamat. Agak sedih kerana tidak dapat menghabiskan banyak lagi perkara yang tergendala. Aku beritahu Umi, Insyaallah akan cuba untuk turun Segamat lagi untuk tempoh yang lebih lama sedikit berbanding semalam. Nur juga menyatakan perasaan terkilannya kerana tidak dapat duduk lama di rumah Umi. Insyaallah, jika Allah HENDAK kita merancang, maka pasti akan ada masa yang membolehkan untuk kita duduk dan berbincang.

Sesungguhnya, selepas berasa lega di UTHM (tidak sepenuhnya), sudah tiba masanya aku merasa bimbang dengan keadaan dan kedudukan di UiTM Segamat. Ketika perbincangan berlangsung semalam, aku luahkan perasaan bimbang yang amat. Kalau di UTHM, aku ada kekuatan dari usrahmate, sahabat-sahabat yang sama-sama bekerja. Tetapi di UITM Segamat, aku tidak pasti apakah sumber kekuatan itu akan sama? Kalau di UTHM ada banyak daurah dan program untuk penggerak, di sana aku masih belum pasti apa akan berlaku. Bimbang, bimbang futur silam akan kembali. Ya Allah, sentiasalah bersamaku dalam apa jua keadaan, jangan tinggalkanku, jangan abaikanku, dan aku yakin dengan janjiMu.

Aku yang memilih jalan ini, no turning back.




Doakan imanku, supaya imanmu juga dapat diperbaiki.

Wallahualam.
0 Shreks

Kembara Aqsa

10 - 12 Jun 2010

Setiap kereta ada nombor sticker.



13 nombor bertuah?


Keluar dari perkarangan Masjid Jamek Segamat selepas kehadiran peserta disahkan.


Adik berlatih 3 buah nasyid Palestin untuk dipersembahkan.


Tiba di Sekolah Menengan Islam Al-Amin Kemaman.


Asrama puteri. Best!


Sarapan di tepi pantai yang indah.


Anak-anak teringin nak mandi pantai tapi dihalang! Kejap lagi nak gerak dah.


Masing-masing bersiap sedia untuk gerak ke Marang pula, cari challet!


Sharing by Usraz Hasanudin, President of Aqsa Syarif.


Latihan. Persembahan betul tak ambil.


Pewaris banad.

Pewaris dan aulad banin.


Peserta yang hadir.


Ahad. Bersama ustaz Zawawi yang tenang senantiasa.


Antara kehadiran. Akhawat ramai gila tapi tak apalah, letak ikhwah sahaja.


Lagi persembahan anak-anak. Mantap!


Penutup dan penyampaian cenderamata kepada setiap keluarga atau kereta.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik insyaallah dalam redha dan rahmat Allah swt. Sebenarnya ada aktiviti Jumaat tengahari iaitu mengedar risalah, tetapi tak ada gambar. Ada banyak moment yang tak terambil gambarnya. Rugi betul! Maklumlah, orang malas pegang kamera. Insyaallah. Di harap program macam ni di teruskan sebagai salah satu wasilah untuk membina semula ukhuwah yang terpisah setelah sekian lama kerana jarak, dan dalam masa yang sama kita mendidik hati dan jiwa kita secara praktikal detik-detik yang bakal kita lalui. Macam-macam orang, macam-macam ragam. Maka, sabarnya juga perlu tinggi.

19 buah kereta konvoi bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi perjalanan daripada Johor ke Terengganu adalah satu perjalanan yang jauh dan memenatkan. Bahkan ianya satu ujian sama ada kita pentingkan diri, atau kita sama-sama membantu sahabat-sahabat yang tertinggal di belakang. Suasana yang meriah membuahkan ikatan hati yang lebih utuh, insyaallah.

Tak dapat nak update sebab internet dirumah buat hal dekat 2 minggu. Sangat mengecewakan. Sekarang ni update di tempat kerja menggunakan internet yang agak slow, tapi sukur masih ada.

Alhamdulillah, dah selesai membaca Di Jalan Dakwah Aku Menikah, sangat menarik. Dalam proses menghabiskan Beberapa Studi Tentang Islam tulisan Sayid Qutb. Tetapi, disebabkan petang ni ada usrah, terpaksa habiskan beberapa bab Jalan Dakwah tulisan Mustafa Masyhur. Sekarang ni, tengah didik diri jadi ulat buku. Susah tetapi berbaloi-baloi. =)

Wallahualam.
0 Shreks

Sakit Itu Peringatan

Alhamdulillah,

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang menguasai tubuh badan ini dan Tuhan yang mengatur perjalanan dunia ini dengan sempurna.

Nikmat sihat ditarik untuk tempoh masa yang tidak pasti berapa lama lagi. Subhanallah, moga ianya menjadi penghapus dosa-dosa kecil.


Bermula Rabu lepas, detik-detik sibuk, penat, lelah dan letih mula menyelubungi diri. Sakit demi sakit muncul entah darimana. Tapi Alhamdulillah, sakit itu pemangkin semangat, sakit itu hanya sedikit ujian dari sakit-sakit yang ada di atas muka bumi ini. Sakit yang tidak seberapa itu sepatutnya tidak dikeluhkan sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab yang ada.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (Riwayat Bukhari)

Suatu masa dahulu, aku adalah seorang yang susah ditimpa sebarang penyakit. Aku seorang yang sihat tubuh badan, susah demam dan sentiasa aktif dengan aktiviti-aktiviti lasak. Sehinggalah aku ditempatkan di UiTM, takdir Allah mengatasi segalanya, dikit-dikit pelbagai penyakit muncul.


Demam mudah menyerang, sakit dada, virus-virus yang membiak di dalam kampus mudah menghinggap tubuh (kecuali H1N1), entah kenapa. Selalu terfikir, barangkali terlalu banyak dosa-dosa yang dibuat, barangkali terlalu banyak melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan sempurna, tanggungjawab yang sepatutnya menjadi amanah yang WAJIB dipikul. Astaghfirullah, betapa beratnya timbangan bahu kiri ini.

“Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan semua takdir seluruh makhluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi”. (Riwayat Muslim)

Sabtu aku ke Bukit Soga untuk aktiviti-aktiviti riadhah dan fokus pada orang-orang baru. Tujuannya adalah untuk tarik mereka ke dunia usrah. Peserta-peserta adalah terdiri daripada mereka yang zero mengenai usrah dan tarbiyah. Jadi, ini adalah salah satu method untuk menarik dan mengajak mereka. Mereka telah diberikan kumpulan agar kami follow-up mereka untuk di Dakwah Fardhiah kan secara tidak langsung. Ya, begitulah. Tugas kami adalah bergilir-gilir menziarahi mereka.

Hari Ahad kami ke Segamat. Untuk aku, aku ke Segamat semula selepas berhempas pulas disana selama 3 hari pada hari Rabu hingga Jumaat. Jumlah peserta yang hadir adalah sama dengan jumlah fasilitator dari pihak kami. Sayang seribu sayang. Tak tahu kenapa boleh jadi macamni. Fokus umi adalah penggerak, tetapi hanya seorang penggerak saja yang hadir. Umi meluahkan rasa kecewanya pada kami, beliau sangat kecewa dengan anak-anak usrahnya yang tidak memberi alasan yang kukuh.

Umi buat macam-macam untuk anak usrahnya. Umi layankan saja anak-anak usrah yang bermacam ragam. Umi sanggup masuk UiTM untuk permudahkan urusan anak-anak usrah. Tetapi, bila umi ajak pergi daurah, kenapa layan umi macamni? Sedihkan? Bayangkan seorang ibu yang menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, tetapi dibalas seperti ibu hanyalah orang luar yang tidak lagi penting.

Jika tidak ada langsung rasa kepentingan tarbiyah dalam diri, sekurang-kurangnya fikirlah perasaan umi.

Cukuplah aku rasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri untuk ketiga-tiga program walaupun dalam keadaan tiada suara untuk berkata, sekurang-kurangnya aku dapat menimba ilmu dan sama-sama belajar apa-apa yang baru. Subhanallah, sesungguhnya Allah tidak mendapat apa-apa daripada usaha dan keinginan kita menuntut agama Allah, tetapi kita jualah yang menerima untung dan kebaikannya.

Maha Tinggi Allah yang tiada tandingnya. Dialah Maha Mencipta, maka Dia tahu apa yang terbaik buat kita, dan kebanyakan daripada kita tidak mahu memilih jalan yang terbaik kerana dunia lebih jelas dari akhirat.



Ya Allah, ampunkan dosaku. Ikhlaskan hatiku. Rahmati perjalananku. Permudahkan urusanku. Perbaiki akhlakku. Bimbinglah hatiku. Sejukkan amarahku. Diamkan lidahku dari berkata nista.


Ya Allah, ampunkan dosa mereka. Ikhlaskan hati mereka. Rahmati kehidupan mereka. Permudahkan urusan mereka. Perbaiki akhlak mereka. Sejukkan amarah mereka. Diamkan lidah mereka dari kata-kata nista.


Allahumma Amin, Allahumma Amin, Allahumma Amin.

Adik-adik Segamat, seribu kemaafan diatas setiap kata-kata yang tidak sedap didengari, atau akhlak yang tidak baik, teguran yang kurang berhemah. Sesungguhnya, tidak tercapai dek akal ini bahawa terlalu banyak yang perlu ditanggung dan diuruskan sendiri. Insyaallah, lepasni boleh sama-sama perbaiki dengan lebih baik jika mahu membuka gerai.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa yang ada dihati. 

Wassalam.
0 Shreks

Luahkan Hatimu

Sekali lafaz je, kata Hanin.

Teringat masa akad nikah abang ngah, 2 kali lafaz tu. Hehe!


Alhamdulillah, sempurna sudah.

Sehari selepas walimah Murobbiku ini, kami berjaulah pula. Niat asal, menghadiri daurah di Melaka dan Selangor, sebab sahabat-sahabat nak pulang ke kampung halaman sempena cuti Chinese New Year. Jadi alang-alang sudah menyinggah di perumahan masing-masing, apa salahnya duduk sekejap untuk berdaurah.

Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, daurah terpaksa dibatalkan dan kami buat jaulah sendiri. Satu pengalaman. Ziarah 7 buah rumah dalam masa 2 hari. Seronokkan? Paling seronok dapat mandi di Sungai Congkak. Sepatutnya perancangan nak bedah buku Fiqr al-Dakwah, tetapi disebabkan hal-hal tertentu juga niatnya tak sampai. Hehe! Macam-macamkan?

Perancangan Allah itu Maha Bijaksana dan menunjukkan betapa lemahnya manusia ini, kami dan kita semua dalam merancang. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu, maka kita cuba terima dengan tenang dengan harapan ada hikmah disebalik kejadian. Biarpun pahit atau manis, setiap ketentuan itu tetap ada sebabnya bagi orang-orang yang berfikir. Maka, berfikirlah kita sambil berzikir kepada Allah.

"Purposely made!" Kata salah seorang adik usrah tadi.

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)

Aqidah yang sempurna adalah kita yakin bahawa setiap kejadian atau perkara itu dijadikan bukan dengan tujuan yang sia-sia. Pastinya hikmahnya terlalu banyak jika kita menggunakan akal yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. 


Hari ini juga aku memberi setiap adik-adik usrah sebuah buku muhasabah. Kosong tidak bertulis.

"Jadikan buku ini sebagai diari adik-adik. Setiap minggu akak akan beri buku yang baru. Setiap minggu buku ini akan dikutip, tak ada sesiapa pun yang boleh baca penulisan adik-adik melainkan akak dan Allah Maha Mengetahui apa yang adik-adik tulis. Tujuannya adalah, akak ingin melihat perkembangan adik-adik diluar sana."

Mereka pun berebut-rebut nak pilih warna kegemaran masing-masing. Harapan aku, penulisan mereka jujur.

"Bestnya ada buku ni, boleh luahkan perasaan." Salah seorang bersuara.

Aku harap mereka jujur. Ya Allah, berilah mereka hidayah. Bukakanlah pintu hati mereka agar mengenal diri-Mu dengan lebih mudah. Moga diperkenankan.

Wallahualam.
0 Shreks

Jaulah Segamat

Salam.

Insyaallah, esok aku akan berjaulah ke Segamat bersama beberapa orang adik-adik usrah. Niat aku sebenarnya ingin bertemu sahabat-sahabat disana untuk berbincang serba sedikit mengenai usrah dan strategi dakwah disana. Ada beberapa hal yang ingin diperbincangkan dan disuarakan supaya tarbiyah disana tidak terhenti. Bukan mudah untuk lahirkan adik-adik yang cemerlang akhlaknya, memberi commitment yang tinggi dalam dunia dakwah dan seterusnya merasakan diri perlu terus diislah.

Alhamdulillah, kebetulan adik-adik ni begitu excited nak ikut sama ke Segamat. Insyaallah, dalam perjalanan ke sana, aku akan mula membuka topik perbincangan untuk sama-sama fikir. Mereka masih baru, mereka masih mentah. Doakan semuanya selamat.



Walaupun dah meninggalkan Segamat, tetapi aku sangat risaukan keadaan tarbiyah disana. Adik-adik ramai yang belum utuh, belum cukup kuat. Insyaallah, harapannya setiap daurah gabungan daripada Muar, Batu Pahat, dan Segamat mampu memberi mereka semangat untuk istiqamah di atas jalan ini. Aku tahu, bukan mudah. Sedangkan aku sendiri pernah jatuh dan bangun, jatuh lagi kemudian bangun, apatah lagi mereka yang masih mentah dalam dunia dakwah.

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui hati-hati yang ikhlas di jalan-Mu, maka bimbinglah mereka terus berada di jalan ini.

Wallahualam.
 
;