Walimah

Alhamdulillah.

Syukur masih diberi nafas untuk terus bergerak di atas jalan-Nya. Aku sungguh terharu, dan seronok dengan nikmat-nikmat yang Tuhan beri tanpa aku sedar. Sebak bila mengenangkan betapa Allah memahami dan mengkehendaki hamba-Nya berada dalam kesenangan setelah melalui pelbagai ujian. Bukankah ujian itu adalah tarbiyah? Dan sesungguhnya ganjaran itu lebih MAHA hebat dirasainya tatkala kita diberikan syurga kelak. Amin.

Jumaat lalu, aku berpeluang ke rumah Murobbiku sempena walimahnya pada hari Sabtu. Konon-konon berniat untuk membantunya disana. Hehe. Siapa yang bantu siapa ni? Alhamdulillah, bantulah sikit-sikit. Bantu dari aspek psikologi je. Hehe! Orang berdebar-debar, kita kena cuba tenangkannya.


Tahniah kak Amin dan akh Razi.

baarakallahu lak, wa baaraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fii khair

Semoga Allah memberkahimu (dalam urusan duniamu), semoga Dia (juga) memberkahimu (dalam urusan akhiratmu), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan

Dalam perjalanan ke rumahnya, aku banyak berborak dengan kak Mar mengenai pengalaman hidupnya, tarbiyah, masalah-masalah dalaman dan juga usrah. Alhamdulillah, banyak pandangan yang bernas dan Insyaallah berguna untuk di aplikasikan kelak. Dalam hidup ini, kita tidak boleh merasakan diri kita cukup tinggi hanya kerana ilmu dan pengalaman yang banyak. Walaupun tempoh tarbiyah aku terima lebih lama berbanding kak Mar, tapi aku tetap menghargai dan puji dirinya yang berusaha untuk perbaiki diri. Tetap aktif dan konsisten dalam dunia tarbiyah dan sentiasa merasa rendah diri. Subhanallah, itulah hasil didikan suaminya dan sesungguhnya Allah membantu siapa yang Dia kehendaki supaya faham.

Apabila kita bersungguh-sungguh, maka Allah lebih mengetahui apa yang tersirat di hati.

Kak Mar menasihati aku supaya fokus pada 7 Maratib Amal di dalam usrah 00 (dah kena ada nama sebab Insyaallah akan bawa usrah kedua diberi nama Pewaris). Mungkin sudah boleh fokus pada MA yang kedua. Hehe! Terima kasih kak Mar.


Usrah yang berkesan adalah apabila ahli-ahli usrahnya bertingkat iman dari masa ke semasa selepas mereka mengikuti usrah. Tetapi, usrah yang sia-sia apabila mereka tidak merasakan apa-apa perubahan walaupun sudah berkali-kali mengikuti usrah. Ingatan dari kak Mar, dan aku sedang berfikir untuk memulakan mutabaah amal. Wah! Cepatnya nak buat mutabaah amal untuk kanak-kanak 00 ni? Hehe! Tak adalah, bukan mutabaah amal yang biasa kita isi, pandai-pandailah aku buat mutabaah amal aku sendiri, sesuai dengan level mereka Insyaallah.

Dalam usrah, Murobbi perlu kreatif lebih-lebih lagi pada mereka yang bergelar REMAJA sekolah.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;