Luahkan Hatimu

Sekali lafaz je, kata Hanin.

Teringat masa akad nikah abang ngah, 2 kali lafaz tu. Hehe!


Alhamdulillah, sempurna sudah.

Sehari selepas walimah Murobbiku ini, kami berjaulah pula. Niat asal, menghadiri daurah di Melaka dan Selangor, sebab sahabat-sahabat nak pulang ke kampung halaman sempena cuti Chinese New Year. Jadi alang-alang sudah menyinggah di perumahan masing-masing, apa salahnya duduk sekejap untuk berdaurah.

Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, daurah terpaksa dibatalkan dan kami buat jaulah sendiri. Satu pengalaman. Ziarah 7 buah rumah dalam masa 2 hari. Seronokkan? Paling seronok dapat mandi di Sungai Congkak. Sepatutnya perancangan nak bedah buku Fiqr al-Dakwah, tetapi disebabkan hal-hal tertentu juga niatnya tak sampai. Hehe! Macam-macamkan?

Perancangan Allah itu Maha Bijaksana dan menunjukkan betapa lemahnya manusia ini, kami dan kita semua dalam merancang. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu, maka kita cuba terima dengan tenang dengan harapan ada hikmah disebalik kejadian. Biarpun pahit atau manis, setiap ketentuan itu tetap ada sebabnya bagi orang-orang yang berfikir. Maka, berfikirlah kita sambil berzikir kepada Allah.

"Purposely made!" Kata salah seorang adik usrah tadi.

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)

Aqidah yang sempurna adalah kita yakin bahawa setiap kejadian atau perkara itu dijadikan bukan dengan tujuan yang sia-sia. Pastinya hikmahnya terlalu banyak jika kita menggunakan akal yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. 


Hari ini juga aku memberi setiap adik-adik usrah sebuah buku muhasabah. Kosong tidak bertulis.

"Jadikan buku ini sebagai diari adik-adik. Setiap minggu akak akan beri buku yang baru. Setiap minggu buku ini akan dikutip, tak ada sesiapa pun yang boleh baca penulisan adik-adik melainkan akak dan Allah Maha Mengetahui apa yang adik-adik tulis. Tujuannya adalah, akak ingin melihat perkembangan adik-adik diluar sana."

Mereka pun berebut-rebut nak pilih warna kegemaran masing-masing. Harapan aku, penulisan mereka jujur.

"Bestnya ada buku ni, boleh luahkan perasaan." Salah seorang bersuara.

Aku harap mereka jujur. Ya Allah, berilah mereka hidayah. Bukakanlah pintu hati mereka agar mengenal diri-Mu dengan lebih mudah. Moga diperkenankan.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;