Sakit Itu Peringatan

Alhamdulillah,

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang menguasai tubuh badan ini dan Tuhan yang mengatur perjalanan dunia ini dengan sempurna.

Nikmat sihat ditarik untuk tempoh masa yang tidak pasti berapa lama lagi. Subhanallah, moga ianya menjadi penghapus dosa-dosa kecil.


Bermula Rabu lepas, detik-detik sibuk, penat, lelah dan letih mula menyelubungi diri. Sakit demi sakit muncul entah darimana. Tapi Alhamdulillah, sakit itu pemangkin semangat, sakit itu hanya sedikit ujian dari sakit-sakit yang ada di atas muka bumi ini. Sakit yang tidak seberapa itu sepatutnya tidak dikeluhkan sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab yang ada.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (Riwayat Bukhari)

Suatu masa dahulu, aku adalah seorang yang susah ditimpa sebarang penyakit. Aku seorang yang sihat tubuh badan, susah demam dan sentiasa aktif dengan aktiviti-aktiviti lasak. Sehinggalah aku ditempatkan di UiTM, takdir Allah mengatasi segalanya, dikit-dikit pelbagai penyakit muncul.


Demam mudah menyerang, sakit dada, virus-virus yang membiak di dalam kampus mudah menghinggap tubuh (kecuali H1N1), entah kenapa. Selalu terfikir, barangkali terlalu banyak dosa-dosa yang dibuat, barangkali terlalu banyak melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan sempurna, tanggungjawab yang sepatutnya menjadi amanah yang WAJIB dipikul. Astaghfirullah, betapa beratnya timbangan bahu kiri ini.

“Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan semua takdir seluruh makhluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi”. (Riwayat Muslim)

Sabtu aku ke Bukit Soga untuk aktiviti-aktiviti riadhah dan fokus pada orang-orang baru. Tujuannya adalah untuk tarik mereka ke dunia usrah. Peserta-peserta adalah terdiri daripada mereka yang zero mengenai usrah dan tarbiyah. Jadi, ini adalah salah satu method untuk menarik dan mengajak mereka. Mereka telah diberikan kumpulan agar kami follow-up mereka untuk di Dakwah Fardhiah kan secara tidak langsung. Ya, begitulah. Tugas kami adalah bergilir-gilir menziarahi mereka.

Hari Ahad kami ke Segamat. Untuk aku, aku ke Segamat semula selepas berhempas pulas disana selama 3 hari pada hari Rabu hingga Jumaat. Jumlah peserta yang hadir adalah sama dengan jumlah fasilitator dari pihak kami. Sayang seribu sayang. Tak tahu kenapa boleh jadi macamni. Fokus umi adalah penggerak, tetapi hanya seorang penggerak saja yang hadir. Umi meluahkan rasa kecewanya pada kami, beliau sangat kecewa dengan anak-anak usrahnya yang tidak memberi alasan yang kukuh.

Umi buat macam-macam untuk anak usrahnya. Umi layankan saja anak-anak usrah yang bermacam ragam. Umi sanggup masuk UiTM untuk permudahkan urusan anak-anak usrah. Tetapi, bila umi ajak pergi daurah, kenapa layan umi macamni? Sedihkan? Bayangkan seorang ibu yang menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, tetapi dibalas seperti ibu hanyalah orang luar yang tidak lagi penting.

Jika tidak ada langsung rasa kepentingan tarbiyah dalam diri, sekurang-kurangnya fikirlah perasaan umi.

Cukuplah aku rasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri untuk ketiga-tiga program walaupun dalam keadaan tiada suara untuk berkata, sekurang-kurangnya aku dapat menimba ilmu dan sama-sama belajar apa-apa yang baru. Subhanallah, sesungguhnya Allah tidak mendapat apa-apa daripada usaha dan keinginan kita menuntut agama Allah, tetapi kita jualah yang menerima untung dan kebaikannya.

Maha Tinggi Allah yang tiada tandingnya. Dialah Maha Mencipta, maka Dia tahu apa yang terbaik buat kita, dan kebanyakan daripada kita tidak mahu memilih jalan yang terbaik kerana dunia lebih jelas dari akhirat.



Ya Allah, ampunkan dosaku. Ikhlaskan hatiku. Rahmati perjalananku. Permudahkan urusanku. Perbaiki akhlakku. Bimbinglah hatiku. Sejukkan amarahku. Diamkan lidahku dari berkata nista.


Ya Allah, ampunkan dosa mereka. Ikhlaskan hati mereka. Rahmati kehidupan mereka. Permudahkan urusan mereka. Perbaiki akhlak mereka. Sejukkan amarah mereka. Diamkan lidah mereka dari kata-kata nista.


Allahumma Amin, Allahumma Amin, Allahumma Amin.

Adik-adik Segamat, seribu kemaafan diatas setiap kata-kata yang tidak sedap didengari, atau akhlak yang tidak baik, teguran yang kurang berhemah. Sesungguhnya, tidak tercapai dek akal ini bahawa terlalu banyak yang perlu ditanggung dan diuruskan sendiri. Insyaallah, lepasni boleh sama-sama perbaiki dengan lebih baik jika mahu membuka gerai.

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa yang ada dihati. 

Wassalam.

0 Shreks:

 
;