BizWeek

Alhamdulillah.

Terasa lamanya tidak menulis. Keadaan yang meruncing dan terlalu banyak untuk difikirkan harus diutamakan dahulu. Walaupun Allah memberi waktu hari ini dengan kelapangan, tetapi belum tentu esok ada kelapangan seperti hari ini - hanya kiasan semata.

Hari ini bukanlah hari kelapangan. Walaupun mengikut perancangan asal, hari ini mungkin hari untuk bersedia apa-apa barang dan keperluan yang perlu untuk hari esok. Ya Allah, Kau Maha Menguji.

Semalam pula bukan hari yang sibuk, tetapi tidak juga ada lapangnya. Adik usrah minta temani dia ke Sri Gading atas urusan tertentu. Tetapi aku menolak dengan baik. Tak ada kenderaan nak ke sana, tetapi itu bukan alasan aku berikan. Cuma beritahu, akak ada hal hari ini, minta maaf.

Tadi juga menolak apabila diajak ke rumah. Akak sibuk hari ini. Istighfar aku dalam hati, bagaimana aku boleh abaikan mereka yang sedang tsiqah pada aku? Aku tidak dapat melayan semua orang dengan baik dan cemerlang kerana hal-hal yang lain juga perlu dipertimbangkan.

Esok akan ke UiTM untuk program MITEK (Minggu Terbuka Kolej) sebagai peniaga terhormat. Hehe!. Aku berharap sangat semuanya akan berjalan dengan lancar. Perancangan atas perancangan, akhirnya Allah takdirkan sesuatu yang diluar dugaan. Maha Kuasa Allah menentukan sesuatu atas ujian iman.

Kak Mar terpaksa ke Melaka Khamis dan Jumaat. Kereta tak ada, sebab aku pinjam. Solusinya adalah, aku perlu hantar beliau ke Melaka hari Khamis pagi. Maka, aku terpaksa pulang ke BP pada esok malam selesai saja gerai. Jadi, sekarang ni aku buntu. Siapakah pula yang boleh temankan beliau disana, sebab rasa bersalah. Niat asalnya nak ajak aku, tetapi memandangkan aku ada dekat Segamat, tak boleh nak tolong. Serba salah dibuatnya. Kak Mar!! I'm very sorry. Memang hati ni sedih, sedih tak terkata sebab tak dapat nak tolong seseorang yang banyak membantu aku.

Aku harap, Allah permudahkan segala urusan. Aku dahlah fail bab-bab jalan ni. Aku bertawakal sepenuhnya pada Allah. Moga Allah membantu hamba yang lemah dan hina ni.

Dalam masa yang sama, aku kena uruskan peserta untuk program Riadhah Sabtu ni. Semuanya kena settle by this Thursday. Parah betul, sebab belum betul-betul settle. Nama pun tak ada lagi. Nak kena mesej diorang ni ingatkan semula. Adik-adik aku pun tak confirmkan lagi nak pergi ke tidak. Sabar ya Kausar.

Dan dalam masa yang sama, report usrah tak buat lagi. Aduh! Lupa sangat pasal report usrah. Murobbi aku nak laporannya paling lewat malam esok, dan malam esok aku di UiTM. Aku ingat nak minta hantar Jumaat malam, tapi teringat kata-katanya dalam usrah tadi.

"Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita dah terlalu banyak membuat alasan." Tersentap juga, beliau tidak tujukan kepada orang yang terang-benderang dan kerap sangat membuat alasan, tetapi beliau tujukan kepada penggerak-penggerak seperti kami dan aku sendiri yang berlagak hebat tak pernah bagi alasan, bahawa sebenarnya kita juga SELALU membuat alasan. Cuma, kita tak nampak ALASAN itu sebagai ALASAN, tetapi kita lihat itu sebagai konon-kononnya sesuatu yang memang tak boleh dielakkan sebagai seorang manusia. Contohnya, TAK ADA DUIT! (Aduh! Lupa bayar balik duit Murobbiku - yuran Daurah Muar haritu. Dush!)

Oklah. Aku rasa esok macam bertolak lambat je. Baju tak kemas lagi.

Wassalam.

0 Shreks:

 
;