Gagal = Ujian

Salam.

Hari ni result STPM keluar. Salah seorang adik usrah mengalami tekanan emosi yang melampau kerana gagal salah satu subjeknya. Aku datang dan memujuk. Aku datang dan memberi semangat. Air mata dia laju turun, macam air hujan tidak mahu berhenti lagaknya. Aku usap kepalanya, aku usap bahunya, aku usap belakangnya, moga perasaan sedih itu berkurangan.

Kenapa sebenarnya?


Kenapa kita boleh gagal akak? Kenapa tak boleh dapat sekurang-kurangnya lulus? Kenapa? Kenapa mesti lebih teruk daripada trial kita kak?

Aku jawab,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji." (29:2)

Hidup ini penuh dengan rahsia. Hidup ini penuh dengan kejutan. Hidup ini penuh dengan ujian. Jika hati kita betul-betul bergantung kepada Allah, kita yakin semua ini atas kuasa dan kehendak Allah. Biarpun sakit dan pedih, biarpun terluka, tetapi kita perlu redha dan terima. Kenapa perlu berburuk sangka kepada-Nya? Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang kita mampu lebih daripada kita sendiri.

Kita tak boleh terimalah akak.

"...Tetapi boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

Kenapa susah untuk terima takdir Allah? Bukankah Allah itu Maha Penyayang, dan Dia suka pada hamba yang sentiasa mengingati-Nya. Barangkali, kita terlupa melakukan sesuatu untuk mendapatkan redha Allah, sehingga kita rasakan amalan kita hanya boleh dinilai oleh manusia semata. Kenapa perlu malu? Apa yang penting, usaha kita selama menuntut ilmu mendapat rahmat Allah swt.

Aku pernah gagal dan aku pernah bersedih. Tetapi, aku yakin.

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (64:11)

Maka, yakinlah apa sahaja yang Allah tetapkan itu sebenarnya adalah hikmah yang tidak ternilai. Kita sepatutnya bersyukur kerana diuji. Ramai lagi umat Islam diluar sana yang hidup dalam kesenangan dan tidak diuji, maka mereka akan terus hidup dalam kelalaian dan tidak beringat akan murka Allah swt.


Akhir kata.

Tadi, salah seorang adik usrah mesej aku.

Salam, kak.. kita dah putus dengan pakwe kita. Alhamdulillah.

Yake? Alhamdulillah. Moga awak istiqamah dengan keputusan ni. Akak sentiasa doakan yang terbaik buat awak k?

Entahlah. Biarlah harini kita kecewa yang amat-amat. Sebabtu kita minta masa untuk tenangkan emosi tadi.

Usrah harini berserabut. Akupun berserabut sebenarnya. Jadi, aku tak buat usrah. Lebih kepada berborak. Pergi rumah salah seorang adik usrah selepas memujuk yang STPM ni di rumahnya. Ingat nak turun BP Mall, tetapi rezeki tidak menyebelahi kami.

Wallahualam.

3 Shreks:

Zqah said...
This comment has been removed by the author.
Zqah said...

terubat ckit hati saya lepas bce entri nie ..

sy pun dpt result STPM ari nie ..

result alhamdulillah sema lulus !!

sy pun iri hati dgn kwn2 y dpt tinggi dr sy tp nak wat cane .. redha jea laa .. hehehe

mintak copy artikel nie boleh ?

Kay J said...

silalah dek..

 
;