Barunya Tempat Lama

Alhamdulillah.

Semalam kami ke Segamat. Asalnya aku, Nur dan seorang adik usrah turut sama untuk ke Segamat. Saja berjalan. Masing-masing tension study agaknya. Tiba-tiba je semua nak ikut, 6 orang keseluruhan. Daripada pagi semalam, sampai ke tengah malam, banyak benda kami cuba muhasabah. Mungkin secara indirectly, aku harap banyak iktibar yang mereka boleh dapat terutama sesi selepas maathurat bersama. Walaupun dalam kereta banyak karaoke je (macam nak asah skill menyanyi), insyaallah lagu yang baik-baik dari Unser Umi.

Seronok bila dapat mendengar luahan hati mereka, dan aku cuba memberi jawapan yang tidak berat sebelah supaya mereka tahu, kesilapan tidak berpunca daripada orang lain semata-mata, tetapi diri sendiri kena sentiasa korek dan perbaiki.


Kadang-kadang aku cuba selitkan pengalaman aku. Aku juga seorang manusia biasa yang pernah terguris, yang pernah memendam rasa, yang pernah terluka, juga pernah mengalirkan air mata kerana masalah-masalah dalam tarbiyah dan dakwah. Bukan sahaja bab ukhuwah, tetapi merangkumi segala masalah yang mungkin timbul. Tetapi, bukankah itu adalah salah satu JALAN untuk Allah mengingatkan kita? Bahkan ianya memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran supaya kita boleh fahamkan orang-orang baru di masa hadapan. Bayangkan Allah tidak sediakan pengalaman berharga tersebut, barangkali kita tidak tahu apa yang boleh dikongsi pada adik-adik baru apabila mereka terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah tersebut kerana kita TIDAK FAHAM masalah itu. Maka, bersyukurlah.

Aku rasa sedikit lega. Aku sudah luahkan, aku sudah kongsikan, aku sudah nyatakan, apa yang sepatutnya aku lakukan. Syukur kerana semuanya atas kehendak dan pertolongan Allah. Mana mungkin tenang ini bisa aku rasa jika tidak Allah yang tetapkan begitu.


Semalam banyak juga hal UITM Segamat diperbincangkan. Masa tidak cukup kerana Umi pulang dari Tangkak jam 6 petang. Jadi perbincangan kami sangat singkat. Salah seorang adik ada exam keesokannya, jadi kami tidak boleh bermalam di Segamat. Agak sedih kerana tidak dapat menghabiskan banyak lagi perkara yang tergendala. Aku beritahu Umi, Insyaallah akan cuba untuk turun Segamat lagi untuk tempoh yang lebih lama sedikit berbanding semalam. Nur juga menyatakan perasaan terkilannya kerana tidak dapat duduk lama di rumah Umi. Insyaallah, jika Allah HENDAK kita merancang, maka pasti akan ada masa yang membolehkan untuk kita duduk dan berbincang.

Sesungguhnya, selepas berasa lega di UTHM (tidak sepenuhnya), sudah tiba masanya aku merasa bimbang dengan keadaan dan kedudukan di UiTM Segamat. Ketika perbincangan berlangsung semalam, aku luahkan perasaan bimbang yang amat. Kalau di UTHM, aku ada kekuatan dari usrahmate, sahabat-sahabat yang sama-sama bekerja. Tetapi di UITM Segamat, aku tidak pasti apakah sumber kekuatan itu akan sama? Kalau di UTHM ada banyak daurah dan program untuk penggerak, di sana aku masih belum pasti apa akan berlaku. Bimbang, bimbang futur silam akan kembali. Ya Allah, sentiasalah bersamaku dalam apa jua keadaan, jangan tinggalkanku, jangan abaikanku, dan aku yakin dengan janjiMu.

Aku yang memilih jalan ini, no turning back.




Doakan imanku, supaya imanmu juga dapat diperbaiki.

Wallahualam.

2 Shreks:

BicaraQalby said...

InsyaALLAH k.kausar...
Allah alwayz with u..
N nur x keberatan sekiranya every week nur trn di sana utk sharing @bantu akk di sne
Doakan kekuatan nur utk tu jgk..
Nur sndiri masih belum sedia lepaskan segamat...

::InsyaALLAH, moga urusan dipermudahkan::

Kay J said...

insyaallah.

dimana saja kita dicampakkan, kita WAJIB bergerak disitu. itulah yg tarbiyah didik kita. =D

jadi, jom nur sama2 kita belajar untuk menjalankan tjwb di mana sahaja kita dicampakkan walaupun sekejap.

 
;