UiTM Di Hatiku

Alhamdulillah.

Result dah keluar. Dapat masuk UiTM Segamat insyaallah. Moga semuanya dipermudahkan.

Lately banyak sangat benda dalam kepala. Banyak sangat fikir sampai masuk dalam mimpi. Bayangkan, setiap pagi bangun akan fikir, bangun pagi terfikir. Macam tak boleh nak fikir benda lain.

Insyaallah aku plan nak turun Segamat. Mungkin cari rumah dan jumpa umi disana. Aku nak cuba memahami waqi' disana. Sebenarnya hari first Nur duduk dirumah akhawat dia dah menceritakan masalah-masalah dalam In-Soft. Benda tu sangat mengejutkan dan mengecewakan juga. Sebagai orang terawal yang menubuhkan In-Soft (sebelum tu bukan nama In-Soft), mestilah kecewa bila kelab tu nak di ambil alih oleh bukan ikhwah kita. Ianya medan yang sangat berguna untuk kita bergerak dengan mudah, insyaallah.

Aku naklah juga tengok apa perancangan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semester depan. Jadi, benda ni boleh diatur dan dirancang supaya nampak lebih teratur dan tersusun. Mana tahu boleh dimasukkan jadual UTHM sekali, nanti boleh hantar adik-adik daurah ke sana je jika perlu.

Banyak lagi nak fikir. Duit. Semester depan yuran 2x ganda dari Diploma. Semester ni tak ambil PTPTipuN insyaallah. Dah tak larat nak bayar interest yang mengarut tu. Baik pakai duit sendiri. Sebab tu tengah fikir cara nak buat continous income untuk survive di UiTM nanti. Lagipun hutang dia masa Diploma pun aku tak bayar lagi. Gerentilah kena blacklist. Nanti aku buatlah surat tangguh bayar sebab sambung belajar. Haha!

Baiklah. I just need to release my problems away. In.. out.. in.. out.. in.. out..

Mungkin sudah masanya aku memikirkan untuk diri aku pula. (Eh, bukan memang hari-hari ke fikir?) Hehe. Mungkin ya, mungkin tidak. Akupun tak pasti. Kadang-kadang kita pun tak pasti adakah kita sempat memikirkan soal hidup kita? Ataupun selama ni kita fikir soal orang lain je?

Entahlah. Kadang-kadang aku terfikir juga, kalau nak buat decision tanpa berbincang, kerja aku mudah. Aku tak payah susah-susah nak fikirkan masalah orang, sebab tanpa aku dalam perbincanganpun, keputusan tetap ada. Pendek cerita, siapa nak fikir, fikirlah. Siapa nak bincang, bincanglah. Siapa nak decide, decidelah. Cadangan ditutup.

Inilah kehidupan, kehidupan yang penuh dengan penipuan apabila niat kita lari, bukan lagi kerana Allah. Sikit je ujian dah tak tahan. Dah rasa nak lari. Dah rasa nak putus asa. Dah rasa semuanya bukan salah kita sebab kita berusaha, orang yang tak berusaha tu yang patut disalahkan. Inikah yang kita belajar sepanjang tarbiyah? Malunya cakap macamni di depan Rasulullah.

Masa jumpa salah seorang adik tadi, banyak kali jugalah hati aku sebak. Tahan je. Dah tak tahu macamana lagi nak cakap. Aku rasa dah hilang tempat berbicara. Suasana bukan lagi macam dulu. Kalau dulu, I can trust anyone. Tapi sekarang, aku rasa dah tak boleh percaya sesiapa. Kenapa? Teruknya aku.

Figure it yourself.

5 Shreks:

nur hidayah said...

salam..kak kausar...cane result kemasukan uitm?

Kay J said...

aik? sudah terang lagi bersuluh?

anDi said...

kos ape kak? tahniah!

mcm tuka tempat ngn kaknur je ek. hehe

Kay J said...

sama jugak mcm kak nur. marketing. =D

nur hidayah said...

ahaha hanin da tnyakan soalan y kite nk tny tu :P

 
;