Nikmat Yang Ditarik

Moga pembaca sekalian sihat kehendak-Nya.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Syukur, dan syukur. Dulu masa kita kecil-kecil, muda-muda mentah, kanak-kanak, banyak benda yang kita mampu lakukan. Cakap je. Main kejar-kejar, baling selipar, lompat getah, galah panjang, satu senarai yang panjang yang sentiasa menggamit kenangan silam. Indah bukan? Banyak sangat nikmat yang Allah beri ketika usia belum mencecah 2 angka. Masa tu, kita tak tahupun apa yang kita ada dan miliki itu, adalah nikmat. Apa yang kita tahu, kita manfaatkan apa yang ada.

Dulu masa sekolah rendah, suka sangat berlari. Masuk lari itulah, lari inilah. Wah, cakap saja larian mana yang aku tak masuk? Mesti nak masuk. Walaupun kaki pendek, tak adalah panjang sangat. Maknanya langkah kena banyak kalau nak laju, tak macam orang kaki panjang, langkah sikitpun masih boleh laju. Tetapi, itu semua dulu. Selepas collapse dari larian merdeka ketika berumur 12 tahun, aku tak dibenarkan lari lagi. Hehe. Tiada lagi larian-larian yang boleh aku masuk. Walaupun hakikatnya, masa sekolah menengah ada juga masuk untuk wakil rumah sukan, itupun mak pertikaikan.

Inilah nikmat yang Allah tarik. Tiada lagi lari-larian selepas itu. Sebelum masuk UiTM, doktor mengesahkan aku mengalami masalah jantung yang tidak kritikal. Nasihatnya, rajin-rajinlah ke hospital membuat pemeriksaan. Sepatutnya tiada lagi lari-larian ketika UiTM. Tetapi, ada sekali larian aku masuk. Masatu tak ada peserta dah (bohong betul). Kakak-kakak JPK suruh juga masuk. Dalam hati aku, kalau aku rebah tengah jalan, memang kakak-kakak nilah aku salahkan.

It was 3 years ago.

Aku suka tolong orang angkat barang, tak kisah berat atau ringan. Rasa best bila boleh tolong angkat barang yang berat. Cewah, macam nak tunjuk-tunjuklah. Sebenarnya rasa kesian, kalau kita mampu kenapa pula taknak tolong. Jadi, biasalah aku angkat seorang diri barang-barang berat. Dulu pernah sekali ni, macam nak patah tulang belakang aku sebab tak sangka barang nak diangkat tu lebih berat dari beras 5kg. Yang tu aku surrender. Kenalah angkat ramai-ramai.

Bukan tu je, aku suka outdoor. Mukhayyam, camping. Aktiviti ni sangat luar biasa bagi aku sebab tak senua orang berani dan mampu. Contohnya panjat-panjat, gantung-gantung, lalu titi, redah sungai/lautan dan macam-macam lagi yang aku rasa korang boleh imagine. Seronokkan?

Tetapi semua tu nikmat yang sementara. Lepasni tiada lagi aktiviti tu. Tiada lagi barang berat yang aku boleh tolong angkatkan, jadi aku mohon maaf kalau aku buat bodoh je bila orang angkat barang, aku duduk tepi. Nak drive pun ada ketikanya aku struggle, sebab kereta aku bukan power steering. Dan sesetengah aktiviti mukhayyam aku rasa aku kena undur diri, tak boleh pergi. Sebab aku pernah hampir lemas hanya kerana tak dapat hold berat badan sendiri masa jatuh.

Doktor kata urat tangan kanan aku lemah. Entah sejak bila aku tak pasti, tetapi ada ketikanya sakitnya memang sakit. Ada ketikanya uratnya ok, tak ada rasa sakit. Biasanya bila tangan kanan ni melalui hari-hari yang memenatkan, atau menyakitkan, urat-urat akan membengkak dan sakit. Contohnya macam last 2 days, aku terhempap tangan kanan ketika tidur. Esok paginya aku bangun, tangan aku dah macam robot. Tak boleh nak gerak proper, it is so painful. Bolehlah gerak sikit-sikit, cuma sakitlah. So, terasalah sakit urat tangan tu. Doktor pesan, janganlah angkat barang-barang berat, kurangkan kalau boleh. Baik.

Jadi, aku sedang cuba tahan sakit ketika drive. Kalau drive tu, tangan kanan pegang steering, tangan kiri pegang lengan kanan, untuk memastikan tangan kanan aku kuat untuk pegang steering. Kadang-kadang tak pegang pun lengan kanan, sebab aku rasa tangan aku masih kuat untuk hold. 3 hari sudah begini. Macam-macamkan cara Allah uji? Alhamdulillah, tanda Allah masih ingat dan sayang pada kita, walhal kita selalu je lupakan Dia. Moga semua urusan dipermudahkan Allah.

Alhamdulillah, Allah sentiasa mengingatkan kita. Sehingga kini aku terfikir, nikmat apa pula yang Allah akan tarik selepas ini? Ya Allah, andai dengan cara ni boleh mendekatkan diriku dengan-Mu, aku redha.

Wallahualam.

3 Shreks:

aNdi.Hanin::حنين said...

"yaAllah..muda2 lagi dah sakit itu ini, nenek dulu sbaye kamu,..siap boleh kayuh basikal bawak anak dua org"

ni nenek kita ckp, T__T sbb kita sakit kaki.

"orang takde anak la nekk~" (nak menjawab jugak tuh :P)


btl tu an..bnd2 mcm ni la buat kita 'ditarik' kpd Allah. kalo tak..leka je manjang.adess

nur hidayah said...

ya Allah, banyaknya akak sakit ni
muda2 ag da bermasalah dgn jantung ek..
xpe la kak... amek semua tu jadikan diri akak dekat pd Allah

baru2 ni kite suke satu word ni
'bless in disguise'
g gugel untuk maklumat selanjutnya :)

Kay J said...

hanin

org tua2 makan ulam banyak kot. tu yg kuat sampai ke tua.

dayah

haha. xdelah, x kritikal. belum sampai tahap bleyh dpt heart attack. insyaallah, bila dah tahu kat mana sakitnya, kenalah jaga2 lepasni. tubuh badankan amanah.

tu bukan satu word tu, mcm 3 je.

=D

 
;