Showing posts with label Usrati. Show all posts
Showing posts with label Usrati. Show all posts
0 Shreks

CurHat BM

Dah lama rasanya tak bercurhat dengan usrahmate. The feeling is great. Tak sangka malam tadi kami borak isu BM. Isu ni agak sensitif bagi orang-orang istimewa macam kami. Seriously.

I shared my experienced, and she shared hers. Sungguh ujian Allah itu sangat besar. Orang mungkin tak nampak betapa strugglenya kami melalui ujian-ujian seperti ini. It's ok. We just need to bear with this test.

Rupanya parents kami benar-benar mempunyai rasa yang sama. Benar-benar ingin selesaikan urusan anak-anak gadis dengan segera. Benar-benar buntu jika tiada angin bertiup. Benar-benar tepu ingin membantu. Bersabarlah mak, bersabarlah abah. Yakin saja, suatu hari nanti. Saya nak usahapun tak tahu lagi macamana, mungkin dah kena start effort sungguh-sungguh untuk bangun malam. Selalu tak bersungguhpun 

Dan...
Concern saya bila refleks diri saya adalah, adik-adik saya. What approach should I used to makesure they will not facing the same problem as mine. Maybe orang cakap, my fate won't be the same as others, but I still needs to think something quick. Hm..

Bila salah seorang adik (bukan adik usrah saya), terkantoi pasal masalah ni. Jadi panjanglah cerita kami berkongsi rasa. Baguslah, luahkan saja. Saya perlu tahu apa yang ada dalam hati kamu. Saya tahu, saya bukannya layakpun nak bantu, atau mampu ke nak selesaikan masalah? Jawapannya, tidak. Tidak sekali. Saya hanya mahu dia bercerita supaya otak dia juga berjalan dan berfikir, sama-sama kita fikirkan. Saya boleh berikan pendapat, tetapi pendapat saya tidak semestinya tepat. Sebabtu saya akan akhiri dengan, tapi tu pendapat akak or my theory, terpulanglah macamana awak rasa pula.
Selagi tidak melanggar hukum syarak, tak ada istilah betul atau salah dalam hidup ni. Ianya terlalu subjektif untuk menetapkannya. This is life.

So, apa lagi strategi patut saya buat lepasni? Agar isu BM saya selesai segera. Allah, para malaikat, aminkan. Insyaallah.

Noktah.
1 Shreks

Saya Boleh, Anda juga Boleh

We don't have to ask, cause Allah knows best.


Suatu hari, kita fikir sambung degree sebab nak cuba perbetulkan kesilapan masa diploma. Kalau boleh nak bimbing adik-adik jadi orang yang faham dan bekerja. Bukan yang bekerja tapi tak faham.

Tiba-tiba, Allah bagi sesuatu yang luar biasa masa semester pertama.

Semester kedua, Allah bagi lagi.

Semester ketiga, saya tidak tahu. Tapi saya dapat sesuatu yang lebih baik. Bukan satu, tapi dua.

Satu, saya dapat award di atas.
Dua, saya dapat lihat adik-adik saya sudah mula bekerja untuk Islam.

Kedua-duanya adalah anugerah terindah yang tidak pernah saya fikir langsung ianya bakal berlaku dalam hidup saya. Masa saya nak sambung degree, saya kurang yakin apakah saya mampu membina mad'u seorang diri? Dalam tempoh Alhamdulillah, sepatutnya setahun, Allah panjangkan menjadi setahun lebih.

Terima kasih ya Allah.

Saya nak tengok mereka bekerja sambil tersenyum. Bukan bekerja tetapi penuh dengan rungutan.

Saya tahu, mungkin anak binaan saya yang betul-betul berjaya setakat ini hanya dua di UiTM. Ada beberapa yang kurang sedikit menyerlah. Saya nak sangat tengok mereka juga menyerlah seperti dua orang ini. Insyaallah. Mungkin bukan sekarang, tetapi akan datang saya akan terus berdoa.

Saya tahu, adik-adik saya ramai lagi di luar sana. Di Shah Alam ada, di UTHM ada, di UM ada, di Melaka ada, di KL, sebilik ada (hehe), saya tidak pernah lupakan kalian yang pernah menjadi tulang belakang saya. Percayalah, kalian masih tersemat dalam hati saya biarpun saya menyepi disini. Saya sentiasa doakan buat kalian, walau jauh di mata tapi di hati tidak pernah jauh langsung.

Adik-adik doakan juga akak disini. Ini hanya cubaan ringan yang Allah turunkan buat akak. Akak percaya, ada mehnah yang lebih besar bakal akak tempuh selepas ini. Maka, doakan dan terus berdoa!

Siapa kata buat kerja dakwah tak boleh berjaya?
Saya telah membuktikan.
Saya yakin anda juga boleh!

Jangan terlalu berkira dengan agama Allah, supaya Allah juga tidak berkira untuk berikan kejayaan pada kita. Masa kita belajar, adalah masa pemberian Dia. Jika Dia mahu kita lapangkan untuk berdakwah, maka lapangkanlah sedikit masa untuk itu. Jangan sesekali menolak! Ya, masa belajar akan hilang. Tapi masa belajar itu lebih sia-sia jika kita menolak untuk membuat kebaikan! Sebab, masa belajar itu tidak akan menjadi asset kita untuk ke syurga berbanding masa yang digunakan untuk kebaikan.

Saya juga ingin share tulisan Inche Gabbana di sini.

Wallahualam.

Selamat menuntut ilmu, sambil menyebarkan risalah-Nya!
2 Shreks

Second Step

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur padaNya hari ini masih berkesempatan untuk menghirup udaraNya yang segar lagi bugar.

Perjalanan ke KL bersama akhawat dan ikhwah disini. 

Baru-baru ni saya menghadiri satu program di KL, khas untuk syabab. Kebetulan kakak ipar saya pun ada sekali, dan kami berdua duduk bersebelahan. Seronok dapat jumpa anak buah saya yang sangat manja tu. Kesian juga saya tengok kakak ipar saya yang tak dapat nak fokus sebab layan dia. Tapi, dia tetap bersusah payah ke program tu tanpa abang saya bersama sebab ada daurah dengan adik-adik dia. Bila tengok diorang ni, kadang-kadang semangat saya menjadi-jadi. Iyalah, dahlah hebat, busy dengan kerja dakwah, busy dengan kerja duniawi, tapi masih ada masa lagi jenguk mak abah, jenguk mertua, tak ke diorang ni osem gila? Kalau abang saya tu, ada buat business sendiri, lagilah busy. Saya pun kadang-kadang tak tahu macamana diorang manage masa diorang. Sekali-sekala tu saya adalah bertanya pada kak ipar saya ni, kat rumah macamana, dsb.  Jawapannya, biasa-biasa saja.

Itu bukan cerita asalnya. Sebenarnya saya nak cerita yang saya tersentap dengan jawapan Syeikh untuk satu soalan seorang syabab kita. Saya sendiri tak sangka jawapan macamtu akan keluar. Memang kalau dengar jawapan-jawapan Syeikh untuk setiap soalan memang subhanallah, saya dapat rasakan betapa hebatnya beliau, betapa beliau sangat berpengalaman dalam melalui susur susah payah jalan ni. Dahsyat, hebat, kagum. Entahlah, tapi saya jeles jugalah dengan keOSEMan beliau. Insyaallah, saya cuba jadi terbaik. Saya taknak jadi golongan iman lesu yang cuma bersemangat selepas pergi program, lepastu lesu selepas program. Biarlah iman saya hidup sepanjang masa. Insyaallah, doa untuk kalian juga.

Apa soalan syabab kita? Dia tanya lebih kurang macamni, ramai da'i kita masa kampus hebat, tapi bila dah keluar kampus atau dah bekerja, kerja dakwah makin dilupakan, makin lesu. So, pertanyaannya macamana ikhwah Mesir mengatasinya? Saya rasa soalan macamni selalu sangat ditanya, hampir setiap pertemuan atau program, mesti ada soalan ini.

Jawapan Syeikh tu, rahsianya adalah baitul muslim. Haha! Sentap nek. Kakak ipar saya dah usap-usap tangan saya penuh dengan rahsia disebalik senyumannya. Sikit je keluar dari mulut dia, dengar tu. Haha! Saya kerang busuk jelah. Iyalah akak, jodoh tu dekat tangan Tuhan. Penjelasan panjang lebarnya yang tak berapa nak panjang tu, itulah yang dilakukan oleh HAB. Hebatnya HAB ni kan? Bahkan golongan sekular sendiri mengakui bahawa kestabilan rumahtangga HAB adalah sumber kepada kejayaannya sehingga hari ini. So, siapa yang dah habis belajar tu dan rasa macam susah-payah sikit nak istiqamah dan mujahadah di atas jalan ni, atau dah nampak berada di ambang-ambang kejatuhan, ataupun kelihatan tanda-tanda futur, cepat-cepatlah suarakan pada naqib/ah. Jangan berdiam diri, menyepi. (Macamana dengan saya pula?? Hahaha! Rasa macam tak sanggup nak habis belajar lepas dengar jawapan ni.)


Banyak yang saya belajar daripada abang-abang saya. Dua-dua abang saya dah masuk ke alam baitul muslim (sebab tu sekarang ni giliran saya sepatutnya). Saya dah tengok macamna abang ngah saya pernah bersusah payah berjauhan dengan kak ipar saya selama setahun (kot) dan kak ipar saya terpaksa mengandung sorang-sorang untuk beberapa bulan sebab duduk jauh dengan abang saya. Tapi kerja dakwah diorang tak pernah effect langsung, kerja dakwah still gerak macam biasa. Walaupun abang long saya ni tak adalah sehebat abang ngah saya, tapi cukuplah saya dapat lihat macamana dia banyak berkorban sebab kak ipar saya orang yang hebat. Dekat sini, both need to sacrifice walaupun salah seorang yang hebat tapi sebenarnya abang long saya pun hebat sebab sekarang dia jadi househusband dan semakin expert menjaga anak buah saya yang 3 bulan tu. Sweet!

Nampak tak? Diorang sangat osem walaupun dah berkahwin. Saya ni tak kahwin lagi rasa macam susahnya nak jadi osem macam diorang. Doakanlah saya tsabat atas jalan ni jika jodoh saya belum tiba usai saya habis belajar ni.

Weekend baru-baru ni saya banyak habiskan masa di RQ. Malam selepas pulang dari KL saya ada sedikit sharing dengan adik-adik. Last minute task saya dapat dari Murobbi mereka masa on the way pulang ke sini. Saya tergamam jugalah, macamana saya nak sampaikan benda yang dah lama sangat-sangat saya dapat dan saya pun tak berapa ingat jika tak ada preparation. Jadi, saya study dalam bas. Saya baca dalam masa 20 minit untuk hadam, kemudian saya terlelap mungkin sebab kepenatan. Sampai rumah dah nak Maghrib, masa tulah saya tungkus-lumus buka hard disk saya dan cuba revise. Sekejap je sempat, lepastu saya dah bersiap-siap ke RQ. Layan.

RQ dan unta merah saya. Saya akan rindu kamu semua. 

Alhamdulillah, saya rasa lega sangat-sangat bila dah selesai. Hahaha! Saya harap diorang fahamlah apa yang saya cuba sampaikan. Saya terperasan yang saya terlupa nak buat kesimpulan atau conclusion. Lupa gila, gila pun tak pernah lupa nak cakap dia gila. Dapat sikit pun tak apalah, sebab saya betul-betul tak sempat nak prepare apa-apa. Apa yang saya cukup terkesan dengan apa yang saya sampaikan sendiri (Hahaha! Kata-kata kita adalah teguran untuk kita juga sebenarnya.) Da'i mesti flexible! Da'i itu doktor, cikgu, cleaner, chef, pilot, driver, manager, dan segala pekerjaan yang ada kat atas muka bumi ini, da'i kena rasa apabila berada di atas jalan dakwah. Kenapa saya terkesan? Sebab kadang-kadang kita ni sentiasa beralasan bila diberi tugasan. Saya tak pandai itu, saya tak boleh ini, saya tak berani itu, saya tak yakin ini. Yes! Betul tak? Paling penting, da'i kena sentiasa bersedia dengan apa saja kemungkinan yang mungkin atau bakal berlaku. Macam saya, tiba-tiba kena jadi pentaujih last minute sebab orang yang sepatut dan sepatut dan sepatutnya selepas ditukar-tukar orangnya last-last sampai kepada saya. Semuanya aturan Allah, subhanallah. Sebab saya kasihankan mereka, saya terima sajalah offer tu walaupun tak sempat nak prepare.

Esoknya saya bawa adik yang tak berapa nak adik sangat ke program remaja. Sebab saya dah ajak dia, jadi saya kenalah hadir bersama. Sekali-sekala kita kena beri diorang semangat dengan menunjukkan kebersamaan kita dalam sesuatu program. Saya rasa untuk permulaan, HARUS untuk kita sama-sama hadir bersama mereka, bukan menyuruh tetapi kita duduk dirumah goyang kaki tak buat apa-apa macam sibuk kita mengalahkan ulama dan ustaz-ustaz. Kalau ada program lain sekalipun, luangkan sedikit masa, tunjuk muka cukuplah. Beritahu dia kita akan datang semula nanti, makesure kena datang! Jangan cakap datang tapi tak datang pula! Saya masih cuba mendekati dia, dan saya sedang cuba membuat bulatan gembira baru untuk adik-adik disini. Doakan! Plan saya mudah, saya bawa mereka untuk sebulan kemudian saya akan pas pada sahabat saya yang akan sambung Master disini. Saya rindu sangat kat dia! Dia pernah berbulatan gembira dengan saya suatu masa dulu, dan saya sangat sayangkan dia!

Bulatan gembira saya yang osem suatu ketika dahulu. 

Bukan dia saja yang saya rindu, saya rindukan hamasah setiap sahabat saya di dalam bulatan gembira dahulu. Saya kira ada yang masih bersemangat, dan ada juga yang sedang diuji dengan masalah belajar yang tak pernah sudah. Saya tetap rindukan mereka, rindu untuk bersama-sama dalam solat, rindu bersama-sama mengulit mimpi, rindu bersama-sama dalam semua hal dan perkara. Rindu untuk bertukar pendapat berkenaan adik masing-masing. Rindu untuk saling mengingati. Saya rindu semua tu. 

Hidup ni, memang kadang-kadang Allah akan beri sesuatu yang mengerikan, tetapi Allah akan gantikan dengan keindahan kerana sabar kita. Kemudian, Dia akan tarik semula dan uji kita dengan sesuatu yang lebih dahsyat supaya kita boleh aplikasikan semula perkara yang indah-indah itu untuk mengindahkan sesuatu yang tak berapa nak indah pula. Saya harap lepasni, Allah akan hadiahkan saya sesuatu yang lebih indah dari hari ini. Saya berdoa dan silalah doakan untuk saya. 

Saya yang tiba-tiba emo. Wassalam.
0 Shreks

First Holiday 2012

Salam.

Lama sangat rasanya tak update. Paper terakhir saya pada 20 Januari 2012. Subjek Marcom dan alhamdulillah saya dapatlah juga jawab. Daripada 6 paper, 3 boleh dan 3 tak boleh. Semester ni mungkin saya kena bersedia, saya tak mampu perform seperti semester lepas. Ada satu paper saya terpaksa belajar dalam keadaan sakit (migrain). Satu lagi paper saya menghadapi tekanan luar, sebab menguruskan perjumpaan kecil je. Tapi kesannya masya Allah, Dia saja yang tahu macamana saya terpaksa berdepan. Saya yakin, Allah sedang memeriksa iman saya setelah lama saya menyepi dan berdiam diri dari jalanNya. Forgive me dear Allah.

Dah lama saya tak jumpa sahabat saya yang seorang ni. Adik-adik lagi. Birthday dia 19 Januari haritu. Biasanya saya belikan buku bila tiba birthday sahabat-sahabat saya atau adik-adik saya bila saya ingat. Tapi, tempat saya belajar ni tak ada kedai buku yang jual buku-buku agama sangat. Ada, tapi pilihan tak berapa banyak. Tak apalah, nanti saya ada duit saya belikan sebelum habis belajar.

Adik-adik saya yang disayangi dan dikasihi.

Hari pertama kami bertemu untuk pertemuan IPT pertama, dia diam. Saya rasa serba tak kena. Kali kedua kami bertemu untuk pertemuan usrati saya, dia bercakap macam biasa. Seronok tengok perubahan tu. Kali ketiga dalam perjalanan ke pertemuan IPT kami yang kedua, dia sudah bercerita dengan seronok dan berkongsi pengalaman. Itulah si Comel yang saya tunggu-tunggukan. Banyak ceritanya, banyak mimiknya, penuh perasaannya.

Pertemuan IPT kedua lebih membincangkan aktiviti yang terdekat yang dirancang. Kalau dalam kampus, pastinya banyak aktiviti-aktiviti dirancang sampaikan tak tahu nak pilih speaker untuk program-program tertentu. Masa tengah bincang pasal siapa yang nak dijemput, sahabat saya hulurkan BB dia dan terteralah Facebook ini. Katanya kalau jemput dia pun bagus juga, famous dah blog dia tu. Saya senyum dan membalas, kalau kenal boleh saja tak ada masalah. Err.. dan saya teringat yang saya pernah terbaca namanya dalam mailing list tapi saya tak ingat sebab tak rasa keperluan untuk tahu siapa dia, selagi tulisan dia bermanfaat, dicadangkan oleh akh yang dipercayai dan dalam fikrah yang sama iaitu Islam, saya rasa itu sudah memadai. Senyum.

Saya ingat kisah blogger ni berhenti setakat itu. Dalam kereta sahabat saya tanya, agak-agak dia tu muda ke dah tua? Saya jawablah muda lagi kot walaupun hakikatnya saya tak tahupun. Tapi saya agak dia baya-baya abang saya, itu yang saya beritahu pada sahabat saya tu. Abang saya ada 2 orang, 27 & 29 tahun rasanya. Haha. Bila saya cakap macamtu, dia kata TUA! Err.. saya tak mengalah saya cakaplah umur macamtu muda lagi, dia betah balik. Dalam hati saya membebel sendiri, habis saya ni tualah?? Haha! No wonderlah dia cakap tua sebab umur dia dalam 19-20 tahun macamtu. Beza dengan orang yang hampir umur 30 tahun berbanding dengan saya yang dah berumur ni, muda beberapa tahun je dari abang sendiri.

Err.. tapi tiba-tiba saya rasa umur dia tak seTUA abang saya, lebih muda lagi selepas TERbaca entri ini. Enjoy! 

Ok, ini cerita lain. Jiran rumah sewa saya, cucu dia akan berkahwin tak lama lagi. Sebelah perempuan minggu depan, tunang cucu atok tu jemput saya di BP. Atok tu jemput juga saya ke rumah dia 2 minggu lagi di Segamat. Saya tak berjanji pada atok, walaupun saya memang ada niat untuk hadir. Atok seperti berharap saya dapat hadir ke majlis tersebut. Tapi, saya ada perancangan lain sebenarnya pada tarikh tersebut. Tunang cucu atok tumpang saya balik ke BP pagi tadi, dia bertanya jika saya ada teman lelaki sebab umur kami sebaya. Dia dah nak kahwin, saya bila pula? Saya hanya mampu jawab dengan senyuman dan jawapan ringkas, insyaallah bila ada jodoh nanti bila-bilapun boleh. Hihi.

Saya ada misi saya sendiri. Saya tak berniat untuk berkahwin dalam masa terdekat, tetapi jika Allah tetapkan sesuatu yang sebaliknya saya takkan menolak. Tetapi tengokkan keadaan saya, bayang-bayang pun tak nampak, mungkin lambat lagi. Saya harap selepas tempoh setahun lebih ni saya boleh mulakan misi saya. Perancangan hidup saya sentiasa berubah-ubah, dari satu rancangan ke rancangan yang lain. Orang kata, persekitaran sentiasa mempengaruhi keputusan kita. Saya yakin, pengaruh itu sebenarnya aturan Allah agar ilham itu muncul untuk mencari redhaNya.


Muzakarah minggu lepas menemukan saya dengan sahabat-sahabat di BP. Sebak juga, sebab dulu kami pernah menggerakkan kenderaan dakwah di tempat yang sama, tetapi saya tinggalkan mereka demi menghidupkan semula enjin di Segamat walaupun masih semput-semput lagi. Saya harap mereka faham. Sahabat saya bertanya bila saya akan tamat belajar di Segamat? Saya paling NGERI apabila soalan begitu diajukan oleh sahabat-sahabat saya bahkan pakcik dan makcik disini. Saya dapat lihat dan baca tujuan pertanyaan itu. Enti nak jadi orang BP ke? Soalan spontan saya keluar apabila melihat kehadirannya yang masih bersama-sama di BP. Tergelak kecil sahabat saya sambil menjawab, insyaallah tak kot. Saya tersenyum, dan faham maksudnya.

Saya selalu membezakan DnT di Segamat dan Batu Pahat. Kadang-kadang hati kecil saya menangis kerana saya lebih sukakan suasana di BP berbanding di Segamat. Tetapi, di sebalik hati kecil saya ini, masih ada perasaan cintakan perjuangan yang semput-semput di Segamat ni. Saya rasakan diri saya lebih diperlukan di Segamat berbanding BP. Hakikatnya, dimana sahaja kita berada DnT perlu digerakkan, kalau bukan kita siapa pula? Saya cuma harap diri saya akan terus kuat, kerana kekuatan di Segamat tidak sama seperti di BP yang lebih ramai pendokongnya. Saya dapat rasakan, diri saya sangat lemah bila di Segamat, sangat yang amat. Saya harap Allah mendengar doa saya untuk melaksanakan misi besar saya.


Mungkin setakat ini dulu perkongsian dari saya. Selamat bercuti buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang dikasihi. Gunakan sedikit masa yang ada untuk kebaikan ya!
2 Shreks

Rahmat Allah

Mohon maaf atas salah dan silap sepanjang penulisan didalam blog ini. Moga lebih bermanfaat dimasa hadapan. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan didoakan agar anda semua dapat beramal dengan lebih banyak lagi sepanjang Ramadhan dan melakukan perkara-perkara berfaedah. Tak lupa juga berusaha untuk kejar malam 1000 bulan. Pastikan! Ianya berterusan sehingga hayat dikandung badan.

Selamat berpesta!


Hari ni hanya nak tulis tebuk-tebuk je. Tersentuh dengan kata-kata Emma Watson,

The less you reveal, the more people can wonder.

Apa maksudnya ya? Bahasa melayunya, semakin kurang kita tayangkan, semakin ramai orang ingin ketahui. Betul ke? Atau, semakin kita menutup aurat, semakin BEST mata memandang. (?)

Ramadhan tak lama je lagi. Dah bersedia ke nak lalui? Dah bersedia ke nak less your reveal? Dah bersedia ke nak menutup aurat? Insyaallah.  ^___^


Kadang-kadang rasa letih, penat dan sebagainya. Kadang-kadang fikir, sampai bila nak lalui semua ni? Sampai bila kita nak bertahan? Sampai bila kita nak duduk bekerja sendirian?

Tak, sebenarnya kita tak berseorangan. Ada je orang yang membantu, pasti ada. Cuma, adakah kita telah manfaatkan mereka untuk bekerja? Atau kita yang takut dan manjakan mereka sehingga mereka leka dengan dunia sendiri? Yes! Semua salah kita, salah aku. Takkanlah salah mereka? Sedangkan tugas kita untuk memahamkan dan menggerakkan mereka supaya mereka juga boleh memahamkan dan menggerakkan orang lain. Itulah MLM yang kita nak bina.

Bangun Kausar, bangun. Walaupun mereka jauh dari pandangan mata, mereka masih perlukan kau. Jangan malas sangat Kausar. Doakan mereka, teruskan doa. Semalam kau tersenyum bukan? Tersenyum kerana mereka bersedia untuk menyampaikan cerita kepada adik-adik baru. Ya, aku senyum syukur. Syukur ya Allah. Bukan atas usaha aku, atas rahmat-Mu ya Allah. Apa sangat yang aku buat ya Allah. Jangan kau tarik semangat itu lagi, belum masanya lagi Kau tarik. Biarlah kasih dan rahmat-Mu hinggap dalam hati itu untuk tempoh yang panjang.

Hidup ini perlukan pengorbanan. Biarpun sedikit, pengorbanan tetap perlu dilakukan. Ya, kadang-kadang kecewa, kecewa dengan hasil yang tidak seberapa. Kecewa dengan kata-kata mereka. Kecewa dengan perlakuan mereka terhadap kita. Beginikah tarbiyah yang mereka dapat selama bersama kita? Dimana silapnya? Kita mula mempersoalkan dirinya. Kita menghukum dan meletak sepenuh kesalahan pada bahu mereka dalam diam. Tetapi hakikatnya, cacatnya adalah berpunca dari diri kita. Biarpun halangan demi halangan menggugat iman kita, tabahlah. Ya, ujian itu mampu mengheret kita ke lembah futur. Lembah yang sangat menyedihkan dan menyakitkan buat kita. Hanya Allah saja yang faham keadaan dan kesukaran kita ketika itu.

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."  39:53

Sebenarnya, Allah sedang perhatikan kita. Allah sedang mengingati dan mengingatkan kita. Allah sedang menguji kita. Allah sedang menilai kita. Bersyukurlah, dan bersyukur kerana kita diuji.

Adik-adik, walau apapun ujian kita, mara dan terus mara. Allah membuka jalan buat kita, hidayah Allah telah sampai buat kamu, maka hargailah dan jangan sesekali lepaskannya. Takut nanti, Allah akan tarik semula nikmat itu (nauzubillah) dan entah bila hidayah itu akan menyapa kita semula. Tak ada cinta yang sempurna melainkan cinta Allah.


Akak sayang kamu semua, Faiqa, Aza, Dayah, Hanin, Farhan, Afiefah, Anis, Sukma, Nisa, Afifah Akilah, Aisha, Dayah, Izian, Puteri, Wajhi, Zati, Fatin, Saidah, Hajar, Miza. Walaupun antara kamu sudah berpindah naqibah, atau mungkin sudah berhijrah tempat, sesungguhnya kamu memang dipilih oleh Allah. Maka teruskan bermujahadah walaupun sukar. =)

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?"  41:33

Salam sayang. > . <
0 Shreks

Cuba Gembira

Salam.

Minggu ni tak tahu kenapa mata terasa berat gila. Letih ke? Tak tahu apa yang nak diletihkan. Setiap malam, jam 10 je aku dah kengantukan yang amat. Bukan perkara biasa. Selalu aku masih mampu stay up sampai jam 1 pagi. Entahlah, layan saja. Tapi biasanya akan cuba bertahan juga, paling lama pun dalam jam 12 dah tertidur.

Tak tahu nak cerita apa. Sejak akhir-akhir ni, hati jadi sayu je. Tak pasti sebab apa. Banyak sangat agaknya sebabnya sampai tak dapat kenalpasti yang mana satu sebagai punca.

Minggu ni aku terpaksa splitkan 2 group usrah, sebab nak jumpa juga ada 2 orang adik ni. Hari Selasa malam macam biasalah usrah. Rabu malam jumpa mereka berdua sebab Selasa malam mereka ada test. Macam biasa, bagi sedikit tazkirah, pembuka usrah. Lepastu memanaskan cerita dengan luahan perasaan. Hehe. Ok, sekurang-kurangnya aku dapat mendengar luahan hati mereka. Alhamdulillah Allah memilih masa yang sesuai dan gerakkan hati mereka untuk berterus-terang. Sebagai seorang murobbiah, kita banyak terlepas pandang dekat adik-adik ni. Insyaallah, cuba perbaiki diri.

Banyak sangat perkara yang kita banyak kali minta tetapi belum pernah lagi dapat. Mungkin Allah telah beri sesuatu yang lebih baik, cuma kita saja yang tak perasan, atau kita sendiri tak pernahpun nak bersyukur dengan pemberian Allah tu. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa, walhal kita tahu jawapannya. Tetapi, hati kita akan rasa lebih yakin dan tenang apabila orang lain yang memberi jawapan dan ungkapan yang sama dengan jawapan kita. Hakikatnya, kita memang inginkan sesuatu yang jelas, bukan sesuatu yang samar-samar dalam membuat keputusan.

Tadi aku dapat ide nak buat apa cuti 4 bulan akan datang ni. Asalnya nak bekerja di UiTM sebab aku nak stay di UiTM, taknak tinggalkan adik-adik tu terbiar disini. Entah macamana, ide lain timbul. Tak tahu datang dari mana. Mungkin pagi tadi, masa di admin sementara tunggu seorang sahabat, aku terpandang meja-maja di ruang legar. Jadi, aku terjumpa satu ide yang menarik hati. Kita tengok nanti macamana.

Ada masanya kita perlukan seseorang untuk buat kita gembira. Gembira tu terlalu subjektif sebab lain orang lain sebabnya dia boleh gembira. Ada orang tengok muka kawan-kawanpun dah rasa gembira. Ada orang dengar suarapun terasa beban rindu berkurangan. Banyak cara untuk gembirakan orang, pokoknya kita perlu tahu sahabat kita tu macamana. Kalau tak tahu lagi maknanya belum cukup taaruf lagi. Kadang-kadang aku tertanya, apa yang boleh membuatkan aku rasa gembira? Kenapa jarang sekali perasaan gembira hadir? Jawapan yang mungkin sukar untuk dicari. Aku harap hati aku sentiasa gembira, tanpa perlu adanya seseorang untuk menggembirakan.

Minggu depan ada ISK. Dah pesan pada adik-adik. Insyaallah, sedang mengapi-apikan mereka untuk join sekali ISK UTHM tu. Doakan.

Kau hadir dan kau pergi
Kau ceritakan dan kau tinggalkan
Kau mahu tapi taknak
Kau suka tapi elak
Kau gembira tapi sedih
Kau cuba tapi tak usaha
Kau sebenarnya begitu..
Dan tetap begitu..
Kau akan tetap begitu..
Selagi kau beralasan..

Sayonara. Wallahualam.
0 Shreks

27 November

Aisha adalah salah seorang adik usrah aku. Beliau telahpun melanjutkan pelajaran ke Politeknik Merlimau seminggu yang lepas. Doakan beliau dapat menempuh hari-hari sukar dengan tenang dan sabar. Beberapa kali juga beliau cuba hubungi aku, tetapi bila beliau telefon saja, mesti aku sedang dalam urusan lain, jadi hanya mampu menghantar SMS bertanya khabar. Bila aku free, terlupa pula nak hubunginya.

Walaupun berada di dalam usrahku tidak sampai setahun, tetapi komitmen dan kesungguhannya sangat mengujakan. Sebelum berangkat ke Poli, beliau memberitahu, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai naqibah. Saya nak bawa usrah! Subhanallah. Moga Allah sentiasa memberi peluang.

Doaku, moga kehadirannya di Poli Merlimau akan menyuburkan lagi tarbiyah disana.

Happy belated birthday buat adikku Aisha. Moga dirimu akan terus menjadi seindah dan sehebat si Humairah.


Kepada adik-adik yang lain, tak lupa pada usrahmateku merangkap kakak-kakak kepada Aisha, yang hadir meraikan hari kelahirannya dan hari perpisahannya, terima kasih diucapkan. Aisha juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kamu yang hadir. Inilah pertama kali beliau meraikan sesuatu bersama rakan-rakan apatah lagi ia merupakan satu kejutan yang tak disangka-sangka.

Alhamdulillah, semoga dipanjangkan umur bagi meneruskan tugas-tugas kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Satu nafas, satu kalimah.


Doa buat Aisha dan sahabat-sahabat yang hadir. Semoga lebih laju dalam menggerakkan kenderaan dakwah kita biar dimana sekalipun kita berada. Amin.


RM5 seorang. Ayam roasted seekor, ayam goreng 9 ketul, nasi ayam dan sup, kentang putar 1 bekas saiz besar, coslow 2 bekas saiz besar, air botol besar 3 biji. Macam sedapkan? Memang sedap dan berbaloi-baloi. Kenyang! Alhamdulillah.


Sedikit perkongsian daripada Ryana, usrahmate Aisha. Perkongsian berkenaan usia kita, usia manusia yang harus dimanfaatkan. Semakin besar umur kita, semakin pendek jangkamasa kehidupan kita.

Wallahualam.
2 Shreks

Barunya Tempat Lama

Alhamdulillah.

Semalam kami ke Segamat. Asalnya aku, Nur dan seorang adik usrah turut sama untuk ke Segamat. Saja berjalan. Masing-masing tension study agaknya. Tiba-tiba je semua nak ikut, 6 orang keseluruhan. Daripada pagi semalam, sampai ke tengah malam, banyak benda kami cuba muhasabah. Mungkin secara indirectly, aku harap banyak iktibar yang mereka boleh dapat terutama sesi selepas maathurat bersama. Walaupun dalam kereta banyak karaoke je (macam nak asah skill menyanyi), insyaallah lagu yang baik-baik dari Unser Umi.

Seronok bila dapat mendengar luahan hati mereka, dan aku cuba memberi jawapan yang tidak berat sebelah supaya mereka tahu, kesilapan tidak berpunca daripada orang lain semata-mata, tetapi diri sendiri kena sentiasa korek dan perbaiki.


Kadang-kadang aku cuba selitkan pengalaman aku. Aku juga seorang manusia biasa yang pernah terguris, yang pernah memendam rasa, yang pernah terluka, juga pernah mengalirkan air mata kerana masalah-masalah dalam tarbiyah dan dakwah. Bukan sahaja bab ukhuwah, tetapi merangkumi segala masalah yang mungkin timbul. Tetapi, bukankah itu adalah salah satu JALAN untuk Allah mengingatkan kita? Bahkan ianya memberi lebih banyak pengalaman dan pengajaran supaya kita boleh fahamkan orang-orang baru di masa hadapan. Bayangkan Allah tidak sediakan pengalaman berharga tersebut, barangkali kita tidak tahu apa yang boleh dikongsi pada adik-adik baru apabila mereka terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah tersebut kerana kita TIDAK FAHAM masalah itu. Maka, bersyukurlah.

Aku rasa sedikit lega. Aku sudah luahkan, aku sudah kongsikan, aku sudah nyatakan, apa yang sepatutnya aku lakukan. Syukur kerana semuanya atas kehendak dan pertolongan Allah. Mana mungkin tenang ini bisa aku rasa jika tidak Allah yang tetapkan begitu.


Semalam banyak juga hal UITM Segamat diperbincangkan. Masa tidak cukup kerana Umi pulang dari Tangkak jam 6 petang. Jadi perbincangan kami sangat singkat. Salah seorang adik ada exam keesokannya, jadi kami tidak boleh bermalam di Segamat. Agak sedih kerana tidak dapat menghabiskan banyak lagi perkara yang tergendala. Aku beritahu Umi, Insyaallah akan cuba untuk turun Segamat lagi untuk tempoh yang lebih lama sedikit berbanding semalam. Nur juga menyatakan perasaan terkilannya kerana tidak dapat duduk lama di rumah Umi. Insyaallah, jika Allah HENDAK kita merancang, maka pasti akan ada masa yang membolehkan untuk kita duduk dan berbincang.

Sesungguhnya, selepas berasa lega di UTHM (tidak sepenuhnya), sudah tiba masanya aku merasa bimbang dengan keadaan dan kedudukan di UiTM Segamat. Ketika perbincangan berlangsung semalam, aku luahkan perasaan bimbang yang amat. Kalau di UTHM, aku ada kekuatan dari usrahmate, sahabat-sahabat yang sama-sama bekerja. Tetapi di UITM Segamat, aku tidak pasti apakah sumber kekuatan itu akan sama? Kalau di UTHM ada banyak daurah dan program untuk penggerak, di sana aku masih belum pasti apa akan berlaku. Bimbang, bimbang futur silam akan kembali. Ya Allah, sentiasalah bersamaku dalam apa jua keadaan, jangan tinggalkanku, jangan abaikanku, dan aku yakin dengan janjiMu.

Aku yang memilih jalan ini, no turning back.




Doakan imanku, supaya imanmu juga dapat diperbaiki.

Wallahualam.
0 Shreks

Mereka Dulu & Kini

Salam.

Minggu lepas, aku bawa salah seorang adik usrah ke Kluang Mall. Katanya nak cari blazer. Mula-mula cadang ke BP Mall je, tapi dia kata dah cari dengan family dia, tak jumpa. Jadi, akupun setuju. Jenuh juga kami pusing tak jumpa juga. Susah juga nak cari blazer ni ya? Kalau dekat UK dulu, beli dekat charity shop, sangat banyak.

Banyaklah benda yang kami borakkan. Sebenarnya, dulu kami pernah duduk UK, lebih kurang waktu yang sama. Cuma dia di Manchaster, aku di Loughborough. Jadi, kami bertukar-tukar cerita berkenaan sahabat-sahabat kami yang telah pulang ke tanah air.


Perkara yang kami bincangkan, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi nak diceritakan pada kawan-kawan. Malu rasanya. Kenapa? Sebab kami begini, tetapi kenapa kawan kami begitu?

Naqibah aku merangkap kakak ipar aku pernah cakap, UK dan Malaysia adalah dua keadaan yang sangat berbeza. UK keadaannya jelas. Kita dah nampak mana halal dan haram, kita dah nampak hitam dan putih. Berbeza dengan Malaysia, banyak perkara samar-samar. Ada benda memang Islam, tetapi ada pula unsur lain TERmasuk sekali. Pendek kata, tiada hitam dan putih yang jelas menunjukkan halal dan haram, yang tinggal hanya warna kelabu. Kelabu? Pedih mata bila terkena asap, itulah kelabu.

Ramai kawan-kawan, dulunya baik. Maksud baik ni pelbagai. Apa yang kami maksudkan baik adalah dari segi pakaian dan akhlak insyaallah terjaga. Bukan tu je, bahkan senang je nak ajak buat perkara baik. Seronokkan bila kita buat perkara baik sama-sama. Tetapi sayang, semuanya hanya baik di negara orang bukan Islam, dan kebaikan itu lenyap di negara sendiri, negara Islam.


Jadi, siapa yang kita patut persalahkan? Adakah suasana, ibu bapa, atau diri sendiri?

Kini mereka tidak lagi seperti dulu. Tudung sudah hilang, baju sudah ketat dan pendek, seluar sudah singkat, lagi atas lagi best. Apakah ini mentaliti yang kerajaan kita corakkan dalam diri remaja kita? Sedih sangat bila tengok dan nilai. Kalaulah kita rapat, mungkin aku sedang menangis menahan sedih atas perubahan kalian. Di mana nilai-nilai agama yang kita dapat masa di UK dulu? Cukupkah hanya menggunakannya disana hanya kerana disana susah nak jumpa orang Islam? Itu tidak adil namanya, kita tidak adil pada Tuhan kerana membeza-bezakan tempat. Sedangkan bumi ini milik Tuhan dan dimana saja kita berada peraturan-Nya tetap kita wajib laksanakan.

Adik usrah ni pernah tanya aku, kenapa akak tak bawa usrah macam ni masa di UK lagi. Kalau tak, mungkin kita boleh selamatkan diorang. Kita cuba untuk selamatkan diorang.

Sedih bila dengar. Aku ada usrah, tetapi aku tak pernah bawa usrah. Dan aku tak pernah tahu yang sampai satu masa, aku perlu bawa usrah. Dan aku sendiri tak pernah tahu usrah ni dilakukan pada zaman Rasulullah dan tak pernah dengar pun yang usrah ni wajib masa zaman Hassan Al-Bana. Bahkan Hassan Al-Bana pun aku tak kenal masatu. Macamana?

Aku beritahu dia, aku minta maaf sangat. Aku tak mampu buat apa-apa masa di UK. Aku tak tahu pun cara nak dakwah orang, cara nak usrahkan orang, dan aku tak tahu banyak benda. Dan aku tak ada kawan yang bagitahu aku pasal ni. Ya aku ada usrah, tetapi apa yang aku faham usrah tu sekadar cedok ilmu dan amalkan. Aku share, dalam blog. Tetapi, aku tak mampu nak mengusrahkan orang. Rukun usrahpun aku tak pernah tahu. Betapa jahilnya aku masa tu, main ikut je.

Bermain bola jaring ketika musim sejuk bukanlah perkara mudah. Susah! 

Ilmu yang kita terima bertingkat. Dulu, aku banyak tak tahu. Walaupun aku dah ikut usrah lama, tapi banyak sangat benda yang aku tak tahu. Mungkin pernah diberitahu, tetapi tak masuk sampai hati. Ataupun, mungkin tak mengamalkan, jadi ianya hanya hiasan dalam akal saja. Lama-lama hilang bila tidak diulang dan ulang. Cuma 2 tahun ni, aku dah mula faham. Sikit-sikit, aku cuba fahamkan, kenapa kita perlu bawa usrah sebenarnya. Alhamdulillah, semuanya atas kehendak-Nya mengizinkan sesuatu yang baik ini.

Aku rasa rugi. Tetapi, kesilapan semalam banyak mengajar kita untuk lebih menghargai hari esok.

Biarlah kita yang diberi kesempatan dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini, menghargai anugerah ini. Tak semua orang mampu perolehi, hanya insan terpilih saja yang akan kekal di jalan ini. Pastikan kita adalah insan yang kekal sehingga ke syurga, biarpun terseksa kehidupan di dunia. Anggaplah itu peperiksaan iman, supaya iman kita akan terus mneingkat dari masa ke semasa, insyaallah.

Apa yang aku boleh buat, ubah apa yang didepan mata. Buat apa yang aku mampu, jika aku tak mampu, mana mungkin Allah memilihku berada di jalan ini.

Usrati jannati. Baitul Muslim Insyaallah.


Apakah kita telah di jamin masuk syurga?
Rebutlah selagi ada nyawa, rebutlah selagi sakratulmaut belum menjelma.
0 Shreks

Gagalkah Kita?

Salam.

Kadang-kadang letih memberi kesan pada tubuh badan kita.
Dan tidur berlebihan pula akan memberi kesan letih pada jasad kita.
Maka, kurangkan tidur, lebihkan beramal. =) Nasihat untuk diri sendiri yang leka.


Kadang-kadang, aku terfikir. Kenapalah semua daurahpun nak pergi. Bukan daurah kitapun, sibuk nak pergi. Bahkan kadang-kadang daurah tak ada kaitan dengan kitapun, kita nak pergi. Kenapakan?

Alhamdulillah, bukankah itu satu nikmat bila Allah meletakkan keinginan untuk menuntut ilmu dalam jiwa kita? Tak semua orang ada perasaan ni. Tak semua orang boleh rasa betapa eagernya kita untuk mendalami ilmu tu, tak kira peringkat apapun ilmu tersebut. Apa yang penting, pengisian yang akan diperolehi berbeza dengan pengisian-pengisian ditempat lain. Maka nikmat tuhan yang mana lagi yang kita nak dustakan?

Baru-baru ni jadi 'penyibuk' bak kata ustaz, untuk program BFG. Sebenarnya kami tak tahupun itu program BFG. Aku ingat program lokaliti. Terkejut juga, BFG rupanya. Tak apalah, orang dah ajak, kita pergi jelah. Mula-mula terfikir, kita ni bukan BFG, sesuai ke pengisian. Alhamdulillah. Tak kisahlah siapa target group, tetapi setakat aku pergi haritu banyak sangat-sangat dapat. Banyak ilmu baru dan banyak pula ilmu lama yang dah terlupa dan dapat gilapkan semula.

Tumuhad tarbawiyah buat aku terfikir, perancangan-perancangan dalam kepala yang aku telah rancang, adakah dapat di realisasikan nanti di Segamat andaikata aku sendiri tak dapat sambung belajar di sana? Sedihkan? Tetapi, Allah sebaik-baik Perancang sebab kemungkinan perancangan aku tak boleh lagi direalisasikan disana, mungkin tenaga yang kurang, atau mungkin aku sendiri tak kuat, mungkin dan mungkin. Ya, Allah sebaik-baik Perancang.

Perancangan adalah satu proses yang penting dalam tarbiyah dan organisasi. Betul tu. Mana boleh main terjah je bila nak buat sesuatu, ianya bakal merugikan. Insyaallah, insyaallah. Rancanglah kerja dakwah kita sehabis baik, dan rancanglah perjalanan hidup kita dengan betul dan seiring dengan jalan dakwah ini.

Kita gagal apabila anak-anak usrah kita gagal. Sedihkan bunyinya? Tetapi itulah hakikat paling pahit kita kena terima. Benar, hati manusia itu milik Allah, jadi kita muhasabahlah sejauh mana usaha kita dalam mengikat hati-hati mereka untuk bersama-sama kita atas jalan dakwah ni? Alangkah ruginya, ruginya jika kita ambil enteng soal ni. Ayat ustaz memang makan dalam betul, tetapi benda tu memang betul. Memang disisi Allah, usaha kita diambil kira, insyaallah tetapi apakah cukup bagi kita setakat usaha tanpa INGINkan hasilnya? Tak sedih ke? Sedih..~ *sob*sob*  Jadi, kenalah usaha lebih. Jangan sedih je, tapi tak bertindak apa-apapun.

Bila muhasabah balik, setakat mana adik-adik usrah aku yang ada sekarang ni? Akupun tak pasti. Belum dapat cucu lagi, dan merekapun sudah bertebaran di merata tempat. Insyaallah, kita doakan mereka agar tsabat atas jalan ni, agar mereka tak penat dan lelah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Andai mereka berhenti, barangkali mereka masih belum faham dan menghayati jerih-perih yang nabi junjungan kita telah lalui dalam menyebarkan risalah Islam didunia ini, bermakna usaha kita tak cukup lagi! Ya, tidak cukup! Ah, barangkali kita sendiri tak dapat merasa peritnya usaha Rasulullah dalam memastikan Islam itu sampai pada kita sehingga hari ini. Alangkah ruginya jika kita tidak meneruskan, alangkah ruginya!

Jom muhasabah, adakah kita sudah mendapat hasil begini?


Engkau tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan. Sungguh, kami mengutus engkau dengan membawa kebenaran, sebagai oembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. dan tidak ada satupun umat melainkan disana telah datang seorang pemberi peringatan. [35:23-24]

Wallhualam.
0 Shreks

Percumakah?

Pernah tak rasa, satu minggu tu adalah minggu yang memenatkan dan melelahkan. Hari-hari tak ada mood sangat nak buat kerja. Antara sebabnya, asyik sakit kepala, mengantuk, sakit-sakit badan, tak bersemangat betul.

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam. [6:162]

Banyak perkara yang telah dan sedang berlaku sekarang ni. Kita telah diuji, sedang diuji dan akan terus diuji. Bukankah itu janji Allah pada orang-orang yang beriman? Sebagai seorang daie, kita perlu sentiasa bersedia dengan segala macam ujian yang bakal Allah turunkan. Bukan berharap, tetapi janji Allah itu pasti, pasti dan pasti.

Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? [29:2]

Daripada ujian yang Allah turunkan, banyak hikmah yang boleh kita ambil dan pelajari. Sakit, memang sakit. Tetapi dengan kesakitan itulah mendidik kita untuk berhati-hati di masa hadapan. Allah memberi kita akal untuk berfikir, Allah memberi kita masa untuk memanfaatkan, Allah memberi kita kesihatan untuk bergerak laju, Allah memberi kita segala-galanya supaya kita mengembalikan diri kita hanya untuk-Nya.

Manusia tidaklah sekali-kali dicipta dengan sia-sia. Manusia tidaklah dicipta dengan percuma! Tidak sekali-kali. Jika kamu rasa hidup ini adalah percuma, kamu adalah orang-orang yang rugi. Hidup kita berbayar, berbayar dengan ibadah kita, tenaga kita, harta kita, hanya kepada Allah swt. Bukan untuk diri kita semata-mata.

Jadi, apa yang kamu sedang lakukan sekarang ni? Adakah benar-benar menganggap hidup kamu percuma? Atau sekadar pinjaman?

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [23:115]

Wallahualam.
0 Shreks

Sebulan Tertinggal

Oh. Dah hampir sebulan tak update blog. =)

Salam.

Quick update before 5. Sekarang masih di pejabat ya. Sekarang dah ada banyak kerja ya. Dan sekarang tidak ada masa sangat untuk berjimba-raya dalam internet ya. Sekarang, dan sekarang hanya ada kerja.

Jam 6.30 petang hari ini akan ke JB untuk program KONSIS zon selatan. Insyaallah akan bertemu dengan akhawat dari seluruh Johor dan Melaka jika diizinkan. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya.

Aku sangat penat. Rasa nak demam.

Aku sangat dan sangat geram. Rasa nak marah.

Aku sangat dan sangat dan sangat sedih. Rasa nak nangis.

Oh, aku sangat rindu. Rindu pada ketenangan. Ya Allah, ilhamkan aku akan jalan-Mu yang benar. Akan qudwah kekasih-Mu yang indah. Akan merdu ayat cinta-Mu yang cantik.

Perasaan-perasaan itu bukankah Engkau kurniakan pada setiap manusia. Maka, mengapa perlu mengeluh, bahkan bersyukur kerana sentiasa ditegur oleh Allah. Alangkah indahnya dapat teguran direct daripada Allah tanpa perlu menunggu orang lain.

Beberapa minggu ini, ada saja benda tak kena. Tempoh hari, seorang adik mengeluh betapa malangnya nasibnya minggu ni. Nasihat aku, itu bukanlah nasib kita yang malang, tetapi itu cuma ujian Allah yang nak mengingatkan kita. Berdoalah moga Allah memberi nasib yang baik-baik untuk kita, bukan kita yang menentukan nasib kita yang selalunya tidak sempurna seperti kurnia Allah. Alangkah indahnya ada orang mengingatkan. Alangkah indahnya ada orang mendengar. Alangkah indahnya ada orang memahami.

Jam 5 petang. Terpaksa berhenti takut sahabat aku dah sampai untuk jemput pulang ke rumah.

Ya Allah, berilah aku kekuatan.
2 Shreks

Selamat Hari-hari

Dah lepas. Tapi, nak buat juga entri sempena Hari Guru, Hari Ibu, Hari Pekerja dan hari-hari.

Selamat hari guru diucapkan pada semua guru-guru yang pernah secara langsung atau tidak mengajar aku ataupun tak pernah mengajar pun, tetapi kalian tetap guru-guru kepada pelajar-pelajar di sekolah.

Cikgu-cikgu dari sekolah Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Sekolah Kebangsaan Jelutong, Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, Sekolah Agama Parit Raja, Sekolah Agama Kampung Istana, Burleigh Community College, UiTM Segamat Johor.

Kakak-kakak Glasgow.


Kakak-kakak Leicester

Adik-adik di UK dulu. Venue tak ingat. Is it Manchaster?

Dan tak lupa juga kepada Murobbi yang pernah mendidik diri ini, Kak Amin Ali, Ummi Saodah dan Ustaz Narawi. Secara tak langsung, Ustaz Lokman dan Ustazah Azma pun banyak juga menegur itu dan ini dalam kelab. Dan tak lupa pada sahabat-sahabat yang selalu memberi sokongan dalam kehidupan dakwah dan tarbiyah daripada dulu sampai ke hari ini, sehingga terciptanya aku hari ini, Aisyah, Along, Iffah, Kak Ijul, kakak-kakak Leicester especially Kak Zue, Kak Tasha, Kak Ain, kakak-kakak Glasgow (tak ingat nama, tapi masa jumpa program first time, diorang baik sangat bagi support dan semangat. saya akan ingat dan terus ingat wajah-wajah itu. kita buat Ghulam guna snow depan rumah kitakan?), kakak-kakak Nottingham (and of them dah jadi kakak ipar aku), Kak Odah, Mia, Kak Mar, Kak Fifi, Jannah, MakCu.

Uhibbu usrati.

Murobbi, adik-beradik usrah, adik-adik usrah lain kakak, bekas adik-adik usrah.

KONSIS 2007 (ke PKN? lupa.)

Adik-beradik usrah: Asma', Jiha, Mas, Maryam, Shira.

Bekas adik-beradik usrah: Nur, Ida, Hajar, Tiqa, Una, Kak Odah, Mia, Kak Zar.

Adik-adik usrah: Putri, Paan, Yan, Aisha, Imah, Kak Yong, Pika, Dila, Husna, Huda.

Bekas adik-adik usrah: Hanin, Dayah, Ummul, Anna, Miza, Piah, Niza.

Adik-adik usrah lain kakak: Anis, Faz, Wana, Nab, Kak Imah, Dayah, Naimah, Yanti, Ryana, Sue, Asma', Farihin, Fariha.


Dan mereka yang tidak tersenarai. Ramai lagi sebenarnya. Daripada JB + UTM, adik-adik KMJ, di Loughborough, Manchaster, Sheffield, Birmingham, dan seterusnya, terlalu ramai. Walaupun mungkin kita hanya bersua dengan salam pertemuan dan perpisahan tetapi akhlak kalian, kata-kata kalian, barangkali tanpa disedari sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatan aku hari ini. Moga Allah memberi rahmat pada kalian.

Mereka di atas juga banyak mendidik diri ini. Mungkin secara langsung ataupun tidak. Sepanjang kita pernah tidur setilam dan sebantal, duduk sekerusi, daurah bersama, makan satu talam, kadang-kadang satu pinggan share, minum secawan. Enti dengar masalah ana, ana dengar masalah enti. Tiba-tiba rasa nak sharing, sambil-sambil baring sambil bercerita. Makan sama-sama, sambil luahkan apa yang terbuku. Fikir sama-sama masalah adik-adik usrah. Bahagikan tugas untuk bawa adik-adik. Minta tolong gantikan perjumpaan dengan adik-adik.

Sangat banyak nak di senaraikan dan sebenarnya semua itu adalah tarbiyah dan didikan yang Allah berikan pada kita melalui sahabat-sahabat terdekat. Subhanallah. Syukrulillah.


Dan yang paling hebat lagi jasa mereka mendidik aku sejak aku dilahirkan sehingga ke hari ini, mak dan abah tersayang. Jasa mereka tidak cukup dengan tulisan-tulisan yang sedikit dalam blog ni, bahkan jika disebut-sebutkan belum pasti semuanya tersebut kerana terlalu banyak, tak terhingga. Terima kasih mak. Terima kasih abah.

(Nak buka link new window, just right click and choose open new window, or open new tab)

Wallahualam.
0 Shreks

Rindu Bila Haus

Minggu ni ada daurah.

Ya, minggu ni ada daurah. Jadi, daurah telah mengganggu perancangan asal aku. Asalnya, Sabtu aku turun Shah Alam, rumah kawan. Ahad tu kami akan ke UiTM ambil jubah sama-sama. Dan kerana daurah ni, aku tak dapat jumpa kawan-kawan!

Provokasi!


Kadang-kadang kita tak sedar, Allah beri jalan yang terbaik buat kita. Allah merancang sesuatu yang manis buat kita. Walaupun kita merancang sesuatu yang istimewa untuk diri kita dan sahabat-sahabat, tetapi Allah aturkan sesuatu yang lebih manis bukan sahaja dimata kita, bahkan didalam Islam, dan yang paling penting manis disisi Allah. Masya Allah, Engkau Maha Penyayang.

Daurah Sabtu ni di KL. Perjalanan yang jauh tetapi pengisiannya insyaallah sangat mantap, harapnya. Dah lama tak pergi daurah, lama sangat! 2 minggu berturut ada daurah, 2 minggu itulah aku tak dapat hadir kerana terpaksa laksanakan tuntutan lain. Bukan tu je, daurah bersama adik-adik sebelum tu pun tak dapat nak ikut sebab ada kelas tuisyen ganti. Banyak sangat kekangannya.

Dan Sabtu ini, Allah gantikan daurah-daurah yang aku terlepas tu dengan daurah yang bagi aku pengisiannya insyaallah sangat best!


Asalnya aku boleh ikut daurah tu sehari je. Tapi atas cadangan Murobbiku, dia akan bawa aku ke UiTM untuk ambil jubah usai saja daurah Ahad tengahari tu. Subhanallah. Terima kasih akak. Akupun tak terfikir nak menyusahkan siapa-siapa. Allah yang berkuasa ke atas sesuatu, Dialah juga yang menggerakkan hati-hati kita, Dia jugalah yang mengatur sesuatu yang terbaik buat kita.

Tak tahu kenapa rasa tak sabar nak pergi daurah tu meluap-luap. Mungkin terlalu rindukan pengisian. Nak pergi mukhayyam pun terasa debarannya. 2 minggu lagi, terasa lamanya. Kenapa tak excited nak konvo? Tapi excited nak mukhayyam. Kadang-kadang sampai terlupa, bila konvo aku sebenarnya? 

ISK pertama dapat di Walsall Birmingham.

Alhamdulillah, kerana Allah beri aku peluang untuk menghadiri daurah ni penuh. Insyaallah, moga segalanya dipermudahkan. Moga harapan ini menjadi kenyataan tanpa sebarang masalah. Aku rindukan kata-kata semangat. Aku rindukan teguran-teguran. Aku rindukan perkongsian sahabat-sahabat. Aku rindukan segala-galanya.

Dan aku bakal merindui adik-adikku yang bakal berpisah dek kerana melanjutkan pelajaran masing-masing. Ingat adik-adik. Akak cabar, dalam masa 2 tahun siapa anda ketika itu? Murobbiah? Atau hilang semua yang telah kita lalui? (nauzubillah). This is reality, kenyataan yang bukan dibuat-buat, tetapi kenyataan yang pernah berlaku.

Usrah terakhir bersama Paan. Lepasni dia akan pergi ke UiTM Shah Alam. Take care of yourself my dear sister. I love u so much, like my little sister.

Jangan pernah futur! Jangan ulang kesilapan kakakmu ini. Ingat!
0 Shreks

Hanya Sementara

 Terima kasih.

Seronok dapat luangkan sedikit masa dengan sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan aku tak lama lagi. Maklumlah, cuti semester. Jaga diri, iman dan peribadi sahabat-sahabat.

Tetapi, tidak semua orang gembira dengan cara kita meraikannya. Bukan selalupun. Selama ni selalu berseorangan. Nak keluarpun tak ada kawan-kawan. Maklumlah, semua duduk jauh-jauh (jauh ke?). Lepasni, berseorangan semula lepas semua orang balik ke halaman rumah masing-masing. Tak apalah, itukan sunnatullah dalam menuntut ilmu.

Kadang-kadang nak juga merasa bahagianya bila ukhuwah sebenar dapat disemai. Sentiasa bersama walau dalam suka dan duka. Seronokkan? Tetapi, tak semua orang dapat rasa semua tu. Kenapa? Atas alasan-alasan tertentu. Apa yang penting, kita dah buat sehabis baik bukan hanya untuk bersuka-ria, tetapi dalam masa yang sama, kita merapatkan lagi hubungan yang jarang-jarang ketemu.

Biarlah bahagia yang sementara, senyuman yang sekejap, gelak tawa yang tidak panjang ini, kita semat dalam hati. Tidak tahu bila lagi kita dapat merasa. Subhanallah. Semuanya atas kehendak Allah. Dan jika bagi Engkau ia adalah jalan kealpaan, maka hentikanlah ya Allah. Aku cuma insan hina, aku cuma manusia biasa yang ingin merasa manisnya ukhuwah, aku cumalah aku.

Allah, aku redha dengan semua ketetapan, walau ujianMu terpaksa menitiskan air mataku. Lebih baik dari aku menitiskan kerana hal yang sia-sia.

Wallahualam.
0 Shreks

Sengal Sungguh

Badan. Oh, janganlah membuat perkara yang tidak memberi manfaat kepada amalan kamu. Oh, main CafeWorld boleh bantu aku jadi tukang masak dirumah suatu hari nanti.

Salam.

Hari-hari yang memenatkan.

Semakin penat kita melakukan kerja dakwah, semakin besar ganjaran dari Allah. Dengan syarat lillahita'ala. Insyaallah.

Nampak macam mudah untuk mendapat ganjaran itu, tetapi Subhanallah hanya Allah saja yang tahu, penat yang bagaimana yang dimaksudkan penat? Kalau sekadar bawa usrah setiap minggu, adakah itu sudah cukup untuk dikategorikan dalam penat? Wallahualam.

Sakit-sakit badan di Mersing belum pulih sepenuhnya, bertambah-tambah lagi sakit ini. Hebat!

Jumaat baru-baru ni, lepas usrah adik-adik aku bawa diorang bermain kayak. Semuanya teruja. Ada yang baru pertama kali berkayak, bertambah-tambah ceria dengan gelagat mereka. Best sangat! Ya Allah, moga hati-hati ini terikat kerana-Mu.

Ketika daurah tadi, penceramah buat aku terfikir dalam-dalam. Bagaimana cara kita nak mengenal mutarobbi kita? Salah satunya, amati sikap mereka semasa bersama-sama kita. Setiap respon yang mereka berikan adalah jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar-legar dalam otak kita. Siapa mereka? Benda ni sebenarnya kita dah tahu, cuma tiada fokus.

Sabtu pagi, aku dan beberapa orang sahabat bergerak ke JB untuk daurah penggerak-penggerak baru. Oleh Pak Wahid, Usul Isyrin dan Ustaz Ajmain, Persiapan Para Da'ie. Penyampaian yang mantap dan mudah difahami. Sesuai dengan penggerak baru yang sudah bersedia dengan tanggungjawab yang lebih berat. Mabruk!

Malam tu kami ada makan-makan di rumah kak Mar. Kononnya bersempena anak sulungnya yang sudah berumur 2 tahun. Sangat comel!

Ahad pagi, daurah di BP. Adik-adik dari KMJ tak dapat hadir sebab tengah final. Sepatutnya Nur pun patut hadir sebagai penggerak atau wakil dari UiTM Segamat, tetapi ada program KBM di sana. Sayang rasanya bila UiTM Segamat tak dapat join kebanyakan daurah Johor-Utara, sebab aku rasa daurah-daurah sekarang nampak lebih mantap dan segar berbanding dahulu.

Rindu betul dekat rumah! Minta maaf pada abang ngah dan kak Nurul sebab tak dapat langsung jumpa diorang. Pagi tadi je sempat bersua muka, itupun memang mamai gila baru bangun subuh. Keletihan yang amat. Ingat nak borak panjang sikit lepas Subuh! Tetapi, malangnya aku terlelap lepas baca maathurat. Sedar-sedar dah pukul 7 lebih. Kelam kabut gosok baju dan mandi. Entahlah, badan ni rasa letih sangat. Ya Allah, berilah aku kesihatan tubuh badan untuk memudahkan kerja dakwahku! Amin! Dan thank you so much abang ngah sebab pasang komputer ni.

Esok insyaAllah ada syura dan takwim perancangan untuk semester hadapan. Hehe! Lawak gila. Diorang boleh suruh aku jadi Fasi untuk program MHS (Minggu Haluan Siswa) UTHM, terkejut aku. Sebab diorang kata dah ramai dah buat. Biar betul? Mudah macamtu? Kak Mar pula sibuk tanya, Kausar bila nak dapat panggilan kerja dekat UTHM ni? Tak tahu!!!

Disebabkan terlalu fikirkan tarbiyah dan dakwah di Parit Raja, terasa macam nak sambung belajar di UTHM, tetapi aku rasa tak boleh transfer kredit. So, kena ambil juga 3 tahun. Kalau sambung UiTM setahun setengah je belajar, 6 bulan praktikal. Dan, aku rasa macam tak nak sambung di UTHM. Oh, akhawat di Parit Raja memang kritikal, aku akui. Terasa diri ini kerdil sangat, tidak sanggup berkorban untuk sesuatu yang baik? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Apa-apapun tahniah untuk Ikhawah UTHM sebab perancangan yang diorang bentangkan tadi cukup mantap. Dan diorang bakal ada 13 orang lagi penggerak baru untuk semester hadapan. Moga mereka itu seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang aqidahnya cukup mantap dan sukar untuk futur. InsyaAllah.

Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan perminataan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memathu perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ( 2 : 186 )

Adakah kamu kira permintaanmu akan termakbul sedangkan kamu tidak langsung mematuhi perintah-Nya, dan tidak pula kamu meninggalkan segala larangan-Nya? Sama-sama kita muhasabah. Allah.

Wallahualam.
1 Shreks

Kreatif Untuk Berdamping

Salam.

Sekarang ni sepatutnya sedang mengemas baju untuk ke Mersing esok. Hari ni tak sempat nak buat apa-apa. Bangun tidur je, teurs fikir ide dan bahan-bahan untuk kelas tuisyen pukul 3. Alhamdulillah. Setiap soalan-soalan dan latihan-latihan yang mereka buat biasanya aku akan beri mereka sticker yang comel-comel. Sticker Islamik daripada krafHati. Bagus sebenarnya untuk kanak-kanak sebab mereka tertanya-tanya apakah maksud ayat-ayat tertentu didalam sticker tu. Lebih-lebih lagi aku mengajar English, dan merekapun tak faham dalam English. So, peluang untuk kita explain dan fahamkan sedikit tentang Islam. Mereka tidak dididik sebagai seorang Islam yang sempurna, jadi tanggungjawab aku untuk cuba terapkan walaupun sedikit.


Untuk usrah, kurang sangat persediaan. Sepatutnya salah seorang adik yang bentangkan, tetapi dia terlupa! Akupun tak terfikir pula dia akan lupa. Ingatkan dia main-main, rupanya dia memang betul-betul lupa! Tergelak kecil aku tengok. Tak apalah. Jadi, aku refresh semula apa yang kami telah kongsi usrah sebelum ni. Perkongsian yang menarik dan merekapun mudah faham. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita nikmat untuk menuntut ilmu dan permudahkan ilmu-ilmu itu masuk sampai ke hati. Lepas dah masuk hati, apa jadi? Jangan peramkan, tapi amalkan.

Insyaallah, tak ada niat untuk menaip panjang lebar. Memang mengantuk dan penat (tambah sakit kepala tiba-tiba), jadi perlukan rehat yang lebih. Lagi-lagi esok pagi akan bertolak ke Mersing dengan bas lompat-lompat je. Jadi, kemungkinan untuk penat itu bertambah-tambah. Tapi tak apa, kita serahkan semuanya pada Allah kerana penat itu juga adalah nikmat.

Dalam kereta tadi kami berborak pasal sambung belajar. Diorang ni kebanyakannya lepasan SPM dan STPM. Jadi, memang topik sambung belajar selalu saja menjadi topik hangat dalam perbualan. Ada yang kata tak sanggup nak sambung belajar sebab terlalu takut dengan kehidupan luar yang penuh liar dan mencabar. Sungguh, aku tak nafikan itu. Risiko ada dimana-mana. Sebab tu kita harus sentiasa mengikat diri kita kepada sahabat-sahabat yang boleh dipercayai supaya kelak, kita sentiasa diperingatkan. Cuma, hendak dan tak hendak sahaja, pilihan ditangan kita. Allah telah memberi kita jalan, hanya nafsu dan iman sahaja penentu kehadapan, tiada diantaranya.


Perbualan yang tak boleh lupa, "Kak Kausar dah habis belajar? Diploma ya?"

"A'ah."

"Tulah, I dah suruh dia sambung belajar, degil."

"Tak apalah, akak sambung bila dah kahwin."

"Eh, bukan orang yang nak kahwin ni biasa untuk sambung Master ke?"

"Tulah, kak Kausar ni pelik. Nanti nak sambung Degree dengan anak lagi. Macamana? Tak boleh fokus."

"Alah, rileklah. Lagi best. Ada supporter."

"Yelah tu."

Perbualan BOLD adalah ayat aku. Entahlah, tak tahu kenapa aku rasa macam tak ada masalah kalau nak sambung belajar selepas kahwin. Adakah aku tak fikir jauh, atau aku berfikir terlalu singkat? Yang aku tahu, aku cuma merancang, apa yang penting aku bersedia dengan segala kemungkinan.

Hujung tahun ni? Naqibah aku tanya. Atas kepala aku terus penuh dengan tanda tanya. Mana nak cari ni kak? BM.

Wallahualam.
3 Shreks

Gagal = Ujian

Salam.

Hari ni result STPM keluar. Salah seorang adik usrah mengalami tekanan emosi yang melampau kerana gagal salah satu subjeknya. Aku datang dan memujuk. Aku datang dan memberi semangat. Air mata dia laju turun, macam air hujan tidak mahu berhenti lagaknya. Aku usap kepalanya, aku usap bahunya, aku usap belakangnya, moga perasaan sedih itu berkurangan.

Kenapa sebenarnya?


Kenapa kita boleh gagal akak? Kenapa tak boleh dapat sekurang-kurangnya lulus? Kenapa? Kenapa mesti lebih teruk daripada trial kita kak?

Aku jawab,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji." (29:2)

Hidup ini penuh dengan rahsia. Hidup ini penuh dengan kejutan. Hidup ini penuh dengan ujian. Jika hati kita betul-betul bergantung kepada Allah, kita yakin semua ini atas kuasa dan kehendak Allah. Biarpun sakit dan pedih, biarpun terluka, tetapi kita perlu redha dan terima. Kenapa perlu berburuk sangka kepada-Nya? Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang kita mampu lebih daripada kita sendiri.

Kita tak boleh terimalah akak.

"...Tetapi boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

Kenapa susah untuk terima takdir Allah? Bukankah Allah itu Maha Penyayang, dan Dia suka pada hamba yang sentiasa mengingati-Nya. Barangkali, kita terlupa melakukan sesuatu untuk mendapatkan redha Allah, sehingga kita rasakan amalan kita hanya boleh dinilai oleh manusia semata. Kenapa perlu malu? Apa yang penting, usaha kita selama menuntut ilmu mendapat rahmat Allah swt.

Aku pernah gagal dan aku pernah bersedih. Tetapi, aku yakin.

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (64:11)

Maka, yakinlah apa sahaja yang Allah tetapkan itu sebenarnya adalah hikmah yang tidak ternilai. Kita sepatutnya bersyukur kerana diuji. Ramai lagi umat Islam diluar sana yang hidup dalam kesenangan dan tidak diuji, maka mereka akan terus hidup dalam kelalaian dan tidak beringat akan murka Allah swt.


Akhir kata.

Tadi, salah seorang adik usrah mesej aku.

Salam, kak.. kita dah putus dengan pakwe kita. Alhamdulillah.

Yake? Alhamdulillah. Moga awak istiqamah dengan keputusan ni. Akak sentiasa doakan yang terbaik buat awak k?

Entahlah. Biarlah harini kita kecewa yang amat-amat. Sebabtu kita minta masa untuk tenangkan emosi tadi.

Usrah harini berserabut. Akupun berserabut sebenarnya. Jadi, aku tak buat usrah. Lebih kepada berborak. Pergi rumah salah seorang adik usrah selepas memujuk yang STPM ni di rumahnya. Ingat nak turun BP Mall, tetapi rezeki tidak menyebelahi kami.

Wallahualam.
0 Shreks

Luahkan Hatimu

Sekali lafaz je, kata Hanin.

Teringat masa akad nikah abang ngah, 2 kali lafaz tu. Hehe!


Alhamdulillah, sempurna sudah.

Sehari selepas walimah Murobbiku ini, kami berjaulah pula. Niat asal, menghadiri daurah di Melaka dan Selangor, sebab sahabat-sahabat nak pulang ke kampung halaman sempena cuti Chinese New Year. Jadi alang-alang sudah menyinggah di perumahan masing-masing, apa salahnya duduk sekejap untuk berdaurah.

Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, daurah terpaksa dibatalkan dan kami buat jaulah sendiri. Satu pengalaman. Ziarah 7 buah rumah dalam masa 2 hari. Seronokkan? Paling seronok dapat mandi di Sungai Congkak. Sepatutnya perancangan nak bedah buku Fiqr al-Dakwah, tetapi disebabkan hal-hal tertentu juga niatnya tak sampai. Hehe! Macam-macamkan?

Perancangan Allah itu Maha Bijaksana dan menunjukkan betapa lemahnya manusia ini, kami dan kita semua dalam merancang. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu, maka kita cuba terima dengan tenang dengan harapan ada hikmah disebalik kejadian. Biarpun pahit atau manis, setiap ketentuan itu tetap ada sebabnya bagi orang-orang yang berfikir. Maka, berfikirlah kita sambil berzikir kepada Allah.

"Purposely made!" Kata salah seorang adik usrah tadi.

Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)

Aqidah yang sempurna adalah kita yakin bahawa setiap kejadian atau perkara itu dijadikan bukan dengan tujuan yang sia-sia. Pastinya hikmahnya terlalu banyak jika kita menggunakan akal yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. 


Hari ini juga aku memberi setiap adik-adik usrah sebuah buku muhasabah. Kosong tidak bertulis.

"Jadikan buku ini sebagai diari adik-adik. Setiap minggu akak akan beri buku yang baru. Setiap minggu buku ini akan dikutip, tak ada sesiapa pun yang boleh baca penulisan adik-adik melainkan akak dan Allah Maha Mengetahui apa yang adik-adik tulis. Tujuannya adalah, akak ingin melihat perkembangan adik-adik diluar sana."

Mereka pun berebut-rebut nak pilih warna kegemaran masing-masing. Harapan aku, penulisan mereka jujur.

"Bestnya ada buku ni, boleh luahkan perasaan." Salah seorang bersuara.

Aku harap mereka jujur. Ya Allah, berilah mereka hidayah. Bukakanlah pintu hati mereka agar mengenal diri-Mu dengan lebih mudah. Moga diperkenankan.

Wallahualam.
0 Shreks

Walimah

Alhamdulillah.

Syukur masih diberi nafas untuk terus bergerak di atas jalan-Nya. Aku sungguh terharu, dan seronok dengan nikmat-nikmat yang Tuhan beri tanpa aku sedar. Sebak bila mengenangkan betapa Allah memahami dan mengkehendaki hamba-Nya berada dalam kesenangan setelah melalui pelbagai ujian. Bukankah ujian itu adalah tarbiyah? Dan sesungguhnya ganjaran itu lebih MAHA hebat dirasainya tatkala kita diberikan syurga kelak. Amin.

Jumaat lalu, aku berpeluang ke rumah Murobbiku sempena walimahnya pada hari Sabtu. Konon-konon berniat untuk membantunya disana. Hehe. Siapa yang bantu siapa ni? Alhamdulillah, bantulah sikit-sikit. Bantu dari aspek psikologi je. Hehe! Orang berdebar-debar, kita kena cuba tenangkannya.


Tahniah kak Amin dan akh Razi.

baarakallahu lak, wa baaraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fii khair

Semoga Allah memberkahimu (dalam urusan duniamu), semoga Dia (juga) memberkahimu (dalam urusan akhiratmu), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan

Dalam perjalanan ke rumahnya, aku banyak berborak dengan kak Mar mengenai pengalaman hidupnya, tarbiyah, masalah-masalah dalaman dan juga usrah. Alhamdulillah, banyak pandangan yang bernas dan Insyaallah berguna untuk di aplikasikan kelak. Dalam hidup ini, kita tidak boleh merasakan diri kita cukup tinggi hanya kerana ilmu dan pengalaman yang banyak. Walaupun tempoh tarbiyah aku terima lebih lama berbanding kak Mar, tapi aku tetap menghargai dan puji dirinya yang berusaha untuk perbaiki diri. Tetap aktif dan konsisten dalam dunia tarbiyah dan sentiasa merasa rendah diri. Subhanallah, itulah hasil didikan suaminya dan sesungguhnya Allah membantu siapa yang Dia kehendaki supaya faham.

Apabila kita bersungguh-sungguh, maka Allah lebih mengetahui apa yang tersirat di hati.

Kak Mar menasihati aku supaya fokus pada 7 Maratib Amal di dalam usrah 00 (dah kena ada nama sebab Insyaallah akan bawa usrah kedua diberi nama Pewaris). Mungkin sudah boleh fokus pada MA yang kedua. Hehe! Terima kasih kak Mar.


Usrah yang berkesan adalah apabila ahli-ahli usrahnya bertingkat iman dari masa ke semasa selepas mereka mengikuti usrah. Tetapi, usrah yang sia-sia apabila mereka tidak merasakan apa-apa perubahan walaupun sudah berkali-kali mengikuti usrah. Ingatan dari kak Mar, dan aku sedang berfikir untuk memulakan mutabaah amal. Wah! Cepatnya nak buat mutabaah amal untuk kanak-kanak 00 ni? Hehe! Tak adalah, bukan mutabaah amal yang biasa kita isi, pandai-pandailah aku buat mutabaah amal aku sendiri, sesuai dengan level mereka Insyaallah.

Dalam usrah, Murobbi perlu kreatif lebih-lebih lagi pada mereka yang bergelar REMAJA sekolah.

Wallahualam.
 
;