Showing posts with label BM. Show all posts
Showing posts with label BM. Show all posts
0 Shreks

7 + 1

8 hari lagi untuk bertemu dengan hari bersejarah.

Tak tahu apa nak expect.

Sabtu kedua terakhir sebagai anak kesayangan abah, and always be.

Dan, rasa semakin berdebar.

Saya pernah mengimpikan majlis yang ringkas, serba ringkas. Macam adik-beradik yang lain. Ya, kalau boleh taknak macam-macam. Kita raikan orang yang raikan hari bahagia kita.

Tapi, abah cakap adik-beradik lain semua lelaki. Memanglah ringkas. Hm...

Daripada majlis ringkas, jadi majlis yang saya jangkakan agak meriah nanti. Mungkin, saya seorang yang bakal rasa begitu. Sebabnya, 3 majlis sebelum ni meriah juga, tapi saya rasa tak adalah sepenat majlis kali ini.

Kalau dulu, mana ada pelamin. Kali ni pun tak ada, tapi abah cakap buatlah sesuatu untuk ambil gambar. Jadi, abah beli sofa bed, untuk 2 orang duduk. Berlatarkan langsir biru yang comel. Berhiaskan bunga kiri dan kanan. Berlapikkan karpet yang gebu. Done!

Kalau dulu, mana ada backdrop. Kali ni, backdrop pun dia nak buat. Masa Uda kahwin, ada backdrop, itu decision dia sendiri tanpa bincang abah. Kali ni, memang abah sendiri yang mahu. Siap request saiz. Asalnya kedai printing nak bagi free banner, lepastu abah suruh besarkan saiz. Sudah! Tak apalah, layankan saja. Backdrop done!

Kalau dulu, mana ada kiosk makanan. Kali ni dia boleh pula order laksa dan aiskrim. Nak tergelak! Tapi tak apalah, saya ok je. Kiosk done!

Kalau dulu, mana ada kambing-kambing ni. Tapi, sebab abang ngah kata nak buat aqiqah sekali, jadi sekalikan kambing dalam majlis sekali. Kambing bakar done!

Apa lagi ya?

Kalau dulu, goodies boleh siap dalam 1-2 minggu. Kali ni goodies buat 2-3 bulan awal kau! Memang special. Goodies kali ni memang buat sendiri. Penat wei, penat! Jari saya ni sampai sakit nak bengkokkan, sebab hari-hari cuci botol, mana tak cramp. Tinggal 8 hari lagi, tapi masih banyak lagi nak kena buat. 

Kenapa tak buat simple je? Memang nak buat simple! Saya siap cadangkan dekat mak, goodies simple harga murah tak payah fikir banyak. Tapi last-last, dia buat goodies yang dia nak. Jadi, saya raikan apa yang mak mahu. Lagipun, saya anggap ni majlis mak abah juga, saya menumpang je. Huhu..

I will always love you both, mak dan abah. Minggu terakhir, sedih pula. 

Doakan ya. 
0 Shreks

11 Days 2go

Few weeks back then, until now, susah sangat nak tidur. Membayangkan betapa tak bersedianya saya untuk menghadapi hari ke 11 nanti. Oh, tiba-tiba rasa tak bersediakan? Sedangkan sebelum ni rasa macam sedihnya kenapa hari bahagia kita tak kunjung tiba lagi?

So, 11 hari lagi saya akan melalui fasa kehidupan yang baru. Dan saya sangat berdebar menantikan hari itu. Setahun yang lepas, pada tarikh hari yang sama, saya tak terfikir langsung fasa sekarang akan berakhir pada hari ke 11 selepas hari ini. Langsung, tak pernah terfikir dan terbayang dek akal. 

Hari-hari saya lalui dengan debaran dan berkira-kira apa lagi yang belum settle?

Bila nak kemas bilik yang bersepah ni?

Bila nak tukar langsir?

Bila nak siapkan goodies?

Bila nak tukar cadar katil? 

Bila nak cari barang hantaran yang belum settle lagi tu?

Bila nak pos kad jemputan yang belum di pos lagi tu? (LOL tinggal seminggu lebih je kot. Kausar hang ni suka buat lawaklah, melambatkan kerja!)

The list goes on, dan saya masih boleh melepak depan laptop ni dan menulis dalam blog membazirkan masa dan jiwa saya dekat sini. Haha!

Tak, mana ada bazir. Saya cuma sedang mencari ketenangan, keluar sekejap dari zon serabut kepala otak. Sebab kejap lagi nak keluar cari barang. Asalnya nak masuk bilik sebab nak buat list barang, last-last terjebak dekat sini pula. Ok, bagi saya masa sikit je lagi, saya akan berhenti.

Saya pernah tanya kawan saya, memang sebelum majlis kita akan rasa sedih sentiasa ke?

Kawan saya cakap, dulu aku setiap hari menangis macam orang hilang anak. Sebab aku sedih, sedih nak tinggalkan bapak aku, mak aku. 

*Sob* 

So, saya anggap ia fasa biasa, emosi yang muncul itu akibat dari otak kita yang sentiasa berjalan dan berfikir, apa akan jadi lepasni? How am I going to be treated by a new creature that I barely know.


Apa pula perasaan anda beberapa minggu atau hari sebelum majlis berlangsung?

Doakan semuanya baik-baik saja. 
0 Shreks

Bertenanglah

Kadang-kadang Allah uji sesuatu yang betul-betul kita tak sangka. Sampai saya terfikir-fikir, is this for real? I just need to calm myself. Teruknya lahai. Kalau Allah nak uji tu, macam-macam cara pun jadi.
Bertenanglah Kausar. Barangkali cuma sangkaan-sangkaan saja. Tak ada apa yang seriuspun. Apa yang penting, terus berdoa for the best future. Nak lebih-lebihpun, entah-entah it was nothing.
So Kausar, just get ready and prepare yourself.
Mode: just need to calm and chill.
0 Shreks

Berkawanlah

Alhamdulillah. Arrived from Kuantan at 9 pm. These few days of Aidiladha feeling great spending time with parents and sibling.

Letih juga sebab semalam gerak ke Kuantan, harini dah pulang ke Johor. Sekejap je rasa, sangat. Tak apalah, abah kata cuma nak ziarah je. Nak tengok rumah dan kehidupan Uda. Nampak macam ok saja, hopefully semuanya baik-baik.

Besok definitely will going back to KL, insyaallah. Malasnya rasakan?

Baru-baru ni juga saya dihujani dengan adik-beradik ipar dan kawan-kawan keliling yang mengandung. Alhamdulillah. Saya seronok mendengar. Tetapi kadang-kadang saya terasa macam, bilalah aku pula nak kahwin dan dapat anak? Orang tak tanya, tapi diri sendiri terfikir spontan. Normal ke?

Dan kawan-kawan saya pun ramai dah tunang dan mendirikan rumahtangga. Saya kadang-kadang sedih juga dengan kawan-kawan yang baik dengan saya ni. Diorang kadang-kadang tunang ke kahwin ke, senyap je. Saya dapat tahupun dari orang lain. Macamtukan kawan sekarang? Time dulu-dulu tengah baik, memanglah baik, sharing everything. Tapi bila dah nak bahagia tu, mungkin kita ni bukan orang yang dia nak kongsi bahagia tu. Kecil hati juga. Tapi nak buat macamana, saya memang senyapkan je. Kalau kau rasa aku ni kawan yang penting, buat apa nak sembunyi? Benda baik dan bahagia kot?

It's ok Kausar. Think positive je. Maybe diorang rasa saya sibuk je 24 jam, lepastu taknak kacau konon-kononnya. Whateverlahkan. Lepasni saya nak kahwinpun senyap-senyap jelahkan. Huhu.. entah bila.

Oklah. Need to rest. Esok nak kena gerak ke KL dah and possibility untuk hadap jem tu sangatlah tinggi. So kawan-kawan, berkawanlah, dan pilihlah.

Noktah.
0 Shreks

CurHat BM

Dah lama rasanya tak bercurhat dengan usrahmate. The feeling is great. Tak sangka malam tadi kami borak isu BM. Isu ni agak sensitif bagi orang-orang istimewa macam kami. Seriously.

I shared my experienced, and she shared hers. Sungguh ujian Allah itu sangat besar. Orang mungkin tak nampak betapa strugglenya kami melalui ujian-ujian seperti ini. It's ok. We just need to bear with this test.

Rupanya parents kami benar-benar mempunyai rasa yang sama. Benar-benar ingin selesaikan urusan anak-anak gadis dengan segera. Benar-benar buntu jika tiada angin bertiup. Benar-benar tepu ingin membantu. Bersabarlah mak, bersabarlah abah. Yakin saja, suatu hari nanti. Saya nak usahapun tak tahu lagi macamana, mungkin dah kena start effort sungguh-sungguh untuk bangun malam. Selalu tak bersungguhpun 

Dan...
Concern saya bila refleks diri saya adalah, adik-adik saya. What approach should I used to makesure they will not facing the same problem as mine. Maybe orang cakap, my fate won't be the same as others, but I still needs to think something quick. Hm..

Bila salah seorang adik (bukan adik usrah saya), terkantoi pasal masalah ni. Jadi panjanglah cerita kami berkongsi rasa. Baguslah, luahkan saja. Saya perlu tahu apa yang ada dalam hati kamu. Saya tahu, saya bukannya layakpun nak bantu, atau mampu ke nak selesaikan masalah? Jawapannya, tidak. Tidak sekali. Saya hanya mahu dia bercerita supaya otak dia juga berjalan dan berfikir, sama-sama kita fikirkan. Saya boleh berikan pendapat, tetapi pendapat saya tidak semestinya tepat. Sebabtu saya akan akhiri dengan, tapi tu pendapat akak or my theory, terpulanglah macamana awak rasa pula.
Selagi tidak melanggar hukum syarak, tak ada istilah betul atau salah dalam hidup ni. Ianya terlalu subjektif untuk menetapkannya. This is life.

So, apa lagi strategi patut saya buat lepasni? Agar isu BM saya selesai segera. Allah, para malaikat, aminkan. Insyaallah.

Noktah.
0 Shreks

Keep praying

The moment that we thought Allah is fullfilling our wish was not actually real but it's only some test. It's quite heart broken but I believe there must be a reason I need to ponder.

Hujung bulan 5 ini adalah hari gembira untuk adik saya. Saya doakan semuanya berjalan dengan baik. Saya benar-benar memohon maaf pada mak dan abah saya sebab saya tak berjaya jumpa calon yang sesuai tahun lepas.

Permintaan mereka mudah saja, kahwinlah sebelum adik saya. Tahun lepas was a pressure to me when everyone push me to find one. Cepatlah cepatlah. Kalaulah cari pasangan tu senang dan mudah, rasanya tak adalah saya single lagi. Hahaha!

Macam2 cara saya buat, it was last year. I asked few friends, I asked adik, parents of course helps in their own way. Tapi nak buat macamana, kalau dah Allah aturkan jodohnya belum sampai, I just need to keep work for it. Hm.. something actually happened dan kesannya sehingga hari ni, saya masih cuba memulihkan hati sendiri. Not easy.

Sekarang ni saya meneruskan hidup macam biasa tetapi macam biasa juga, my abah keep asking and pushing me. It was a bit pressure and I don't really like it. Tapi saya tahu di sudut hati seorang ayah manalah tak risau tengok anak dia tak kahwin2 lagi. Consider saya anak paling lambat berkahwinlah ni. Hehe! Tak apalah, saya akan berusaha lagilah. Insyaallah! Huhu.

Mari doakan untuk adik saya. Perjalanan hidup ni masih panjang dan saya perlu lebih bersedia. Mungkin itu sebabnya.

Ok, happy labor day!
 
;