Hargailah

Salam readers.

Its been a while since my last posted. Still am updating after my final short semester's examination about a week ago. It's okay, but not much to story. Terlalu banyak benda nak diceritakan, but then I don't have much time or even much place to keep updating myself. Insyaallah nanti ada rezeki beli blackberry boleh online everyday. Itupun kalau business dah maju. Kalau setakat kecil-kecil je tak perlu agaknya nak ada blackberry.

Alhamdulillah praise to Allah, He gave me an excellent result without expecting much on it. Alhamdulillah, thank you friends for all the wishes and prays that you just gave to me. Alhamdulillah again. Seriously it was a bit shocked, something that never pop on my dream. Alhamdulillah for being such a lover Creator as You are the only Love we should praise.

Short semester is quite sometimes to be around with my classmates everyday, every single hour and even minutes. Except weekends cause I spend my weekends at home. Just to avoid some wasting time sitting around at my friends' house during weekends. No television. No radio. No nothing. Except lousy, lazy and noisy sounds clouding around the house. Alhamdulillah for the experienced.

Allah selalu beri yang terbaik buat kita, tetapi jarang sekali kita menghargainya. Hari ini Allah beri yang terbaik buat aku, bagaimana perasaan-Nya apabila kita tidak memanjatkan syukur atas pemberian-Nya yang luar biasa ini? Bayangkan kita telah membantu sehabis mungkin sahabat kita supaya dia mencapai kejayaan, dan kemudiannya selepas dia mengecap bahagia dan keseronokan dengan kejayaan itu, dia pergi berlalu meninggalkan kita tanpa ada rasa sedikit penghargaan atas pertolongan yang sedikit yang telah kita berikan padanya. Bukanlah kita mengharapkan apa-apa balasan, sekurang-kurangnya kita tahu sahabat kita ini seorang yang pandai menghargai jasa orang lain. Hakikatnya, ia jauh dari realiti sebenar.

Hari-hari, Allah memberi jalan yang manis dan indah buat kita. Kita seronok dengan jalan yang telah Dia berikan. Kita rasa Dia sayang sangat pada kita sehingga Dia tidak mahu kita terlepas dari jalan itu. Dia mahu kita menggunakan peluang itu untuk perbaiki diri. Dia kekalkan kedudukan kita dengan baik di atas jalan itu tanpa kita perlu berharap atau berusaha. Hanya Dia berkuasa menentukan kedudukan kita.

Malangnya, tak semua orang tahu menghargai jalan itu. Walaupun manisnya terasa, tetapi kita terasa berat untuk melakukan sebarang perubahan. Kerana apa? Kerana kita terlalu selesa dengan nikmat yang Dia berikan untuk kita. Kalau hari ini Dia ingin tarik nikmat itu, dengan kuasa-Nya, sudah tentu bila-bila masa sahaja ianya akan hilang ditelan masa. Tetapi, tidak semudah itu Dia menghukum hamba-Nya. Kasih-Nya masih ada buat hamba-hamba ini biarpun mereka tidak mahu sedikitpun melakukan perubahan dalam diri. Biarpun, dirinya terasa belum tiba masanya untuk berubah kepada yang baik kerana umur yang masih muda. Allah masih bersabar dengan kita, dan biarkan kita tetap di jalan yang selesa. Subhanallah, sayangnya Allah pada kita.

Mengapa terlalu sukar untuk kita menghargai nikmat Allah? Apakah kita sudah bersedia menjawab persoalan-persoalan yang bisa ditanya di akhirat kelak? Tepuk dada tanyalah iman. Kerana iman yang bakal menjawab soalan-soalan berharga di akhirat kelak. Hanya iman yang mampu mengatasi jasad kita dari dihukum dengan rakusnya oleh Allah. Hanya iman tempat kita menyemai kasih, sayang dan cinta terhadap pincipta kita. Maka, nikmat yang mana lagikah yang kita ingin dustakan? Tak ada, tak ada nikmat yang tidak bernikmat. Biarpun ujian itu sakit, tetapi ianya adalah nikmat kasih sayang Allah.

Insyaallah. Jalan itu sentiasa terbuka buat hamba-hamba-Nya. Di dalam dunia ini, Allah sediakan pelbagai jalan untuk menuju syurga-Nya. Pilihlah yang mana lebih mudah buat jiwa kita, yang mana lebih baik buat jasad kita, yang mana lebih ikhlas buat hati kita. Pilihlah, dan berhenti dari melarikan diri. Sesungguhnya, lari tidak akan membawa kita ke syurga biarpun ilmu kita setinggi langit, seluas hamparan atau setinggi gunung. Semoga kita berjaya membuat pilihan yang terbaik.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;