Nur Kasih

Salam.

Wow! Aku dah tengok Nur Kasih. Percaya tak? Mestilah. Komen aku, tahniah buat Kabir Bhatia dan krew produksi. Kalau buat 3D pun seronok juga tengok. Lagi-lagi bila kereta pacuan empat roda tu tergolek. Rasa macam kita pula yang kemalangan.


Secara keseluruhan cerita ni sangat menarik.
Banyak sangat-sangat pengajaran yang boleh kita ambil.
Cerita ni banyak sedih, banyak sangat.
Tetapi, dalam sedih-sedih ada tawanya, ada kelakarnya.
Cara cerita ni di olah, sangat best. Bagi aku, cukup baik.
Bagi aku cerita ni ada seni yang tersendiri.
Background sound, sesuai dengan jalan cerita dan macamana lagu dimainkan dan berhenti, cukup cantik.

Sebenarnya aku tak berharap sangat cerita ni bagus dari segala aspek, cukuplah setakat tahu jalan cerita bagaimana pengakhirannya. Tetapi, mula-mula cerita je aku dah suspend. Cerita bermula dengan sebuah letupan berlaku di Jordan. Tiba-tiba je, dahlah masa tu kitorang terlambat masuk. Baru nak duduk, tiba-tiba meletup. Tak ke terkejut?


Banyak sangat persoalan yang boleh kita fikir. Mungkin aku yang lampi (lambat pickup) mengikut jalan cerita ni. Contohnya masa Nur pregnant. Baru je pregnant, tiba-tiba pregnant lagi? Bila fikir balik, selepas 6 bulan. I missed that point.

Babak paling mengayat hati, macamana Mamat meninggal. Memang tergamamlah. Mamat kata apa pada Adam? Kenapa orang baik selalu mati dulu? Rupanya, Mamat meninggal terlebih dahulu daripada Adam.

Ketika pencarian Adam oleh Nur dan Aidil. Kasih dan dalamnya cinta Nur pada Adam. Walau ke hujung duniapun Nur sanggup rentas untuk cari Adam walaupun Aidil ajak berehat, dia tetap taknak. Nur tak tahu, dia tengah pregnant.

Tak lupa cerita ni menegur sebahagian daripada kita yang terlalu taksub dengan hukum-hakam. Adam jemput seorang ustaz untuk bagi sedikit tazkirah untuk sekumpulan remaja. Budak-budak ni, budak nakal. Tak pakai tudung, merokok, pakai seluar pendek, kurang ajar dan sebagainya. Ustaz ni tak nak beri tazkirah, sebab campur lelaki dan perempuan.

Pendapat aku, ustaz ni memang betul. Percampuran lelaki dan perempuan sepatutnya tak berlaku walau dalam apa keadaan sekalipun. Tetapi, apa yang terbaik adalah perbetulkan keadaan. Bukan menghukum terus. Bukan lari dari tanggungjawab. Itu lebih teruk daripada budak-budak yang nakal tu, diorang tak tahu apa-apapun. Ustaz yang tahu tu, sepatutnya memberitahu, jalankan tanggungjawab. At least bantu Adam. That's how the story in positive side should be.

Walaumacamanapun, babak tu kurang elok. Ia meletakkan pandangan tidak baik terhadap ustaz-ustaz di Malaysia ini. Takut budak-budak kecil tengok, dia akan merasakan semua ustaz begitu. Cerita terbaik adalah, ia berakhir dengan sebuah kebaikan juga. Sekurang-kurangnya tunjukkan bahawa ustaz itu insaf dari perbuatannya yang suka menghukum tanpa berusaha menjalan tanggungjawab terlebih dahulu.

Paling tersentap adalah bagaimana Jihan Miskin mengherdik orang melayu-Islam. Entah kenapa masa si Jihan cakap macamtu aku rasa darah naik, geramnya! Apa Jihan cakap? Kena tonton sendiri.


Akhir kata, selamat menonton Nur Kasih dengan jayanya.

Kita menonton bukan untuk suka-suka memuaskan nafsu yang seringkali haus dengan hiburan. Tetapi, kita cuba gerap sebanyak pengajaran yang boleh. Sangat banyak yang boleh kita pelajari dari cerita Nur Kasih ni. Kalau kamu sukakan hiburan, maka belajarlah untuk mendapatkan sebanyak yang boleh kebaikan daripada hiburan tersebut. Jangan sekali-kali hiburan mengawal kita, tetapi biar kita yang mengawal hiburan. Rugilah, hiburan Islam seperti ini disalahgunakan. Maka, manfaatkan, manfaatkan selagi boleh.

Boleh kawan-kawan? I bet you all can do better than me. So, I probably gonna be away for sometime. My intersession's class gonna start tomorrow. Lambatkan? Well, am not gonna repeat it, just read it here. Esok kelas bermula, esok juga aku baru nak pulang ke Segamat.

So, wish me luck. And pray me safely arrive.

Wassalam.

1 Shreks:

aNdi.Hanin::حنين said...

yaa..apa2 pun, tetap berperassan geli nak tengok.. sebab dah tahu diorang bukan muhrim.


hehehe

 
;