Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
0 Shreks

Hai Malamku

Susah rupanya nak konsisten. Sangat susah. Malam ni saya rasa macam nak berpuisi.

Hai malam
Bacakan lubuk hati ini
Kuragu satu
Kerana yakin tiada
Kerana pasti tiada
Jadi ku biarkan
Ku lepaskan.

Hai malam
Nyanyikan rinduku
Ku cari-cari siapa
Tapi aku merindu
Berkali rindu berkata
Dalam jiwa
Itu rindu bersarang
Entah sampai bila.

Hai malam
Hari-hariku mencari si dia
Jauh di alam fantasi
Harapanku dia muncul
Putera yang dinanti
Teruslah bermimpi
Impikan dengan doa
Berharap, tuhan mendengar.

Hai malam
Saratnya sunyi bernoda
Siang malam senada
Pergilah sunyi
Pergilah sepi
Jangan di sapa aku
Sedang bahagia menyembunyi
Carilah aku.

Hai malam
Senyapmu menenangkan
Kala itu adanya
Ragu
Rindu
Harap
Sunyi
Bahagia masih menyembunyi
Harapanku siang mewajahkan
Cerita bahagia.

0 Shreks

CInta Ilusi


Aku memendam rasa
menyimpan kasih tersulam
biar hati berdetak laju,
aku diam, membisu.

Tika hari itu,
hujan membasahi bumi
katanya rindu,
katanya sayang,
hajatnya bersuara
- aku terima.

Sejak penyatuan itu,
dirinya ceria, pendampingku.
Hari-hari penuh jenaka,
saban hari berjuta cerita,
senyum terukir tawa gembira
aduhai, leka terasa.

Aku masih disini
menanti diari hidupku pulang
telinganya masih setia
lidah ini sebagai teman
siang malam tiada jemu
walau kisah berulang seribu.

Anganku beterusan
igauku berkhayalan
cinta ilusi si jejaka,
hanya hidup dalam bayangan
merasuk diri menerjah fantasi
pada cereka tanpa kepastian.

1258 am
BP
0 Shreks

Cinta Berakhir


Aku kaupinggirkan
menongkah arus bersendiri
kau buang cintaku ke tepi
apa silapku, kau membenci
tanpa bicara.

Tika namaMu bergema
disambut makhlukMu
kusedar, rancangMu luarbiasa.
Doa yang tiada putus
terjawab, sungguh kuasaMu.

Aku kembali bertamu
cinta selamanya
tidak pernah padam,
tidak pernah hilang
ayahanda tetap berkeringat
bonda kekal tersenyum.

Ya Allah, satukan kami.
Seribu sesal menghadapku
menggenggam erat jemariku
memohon ampun kesalmu
menangis empati dariku,
jangan pergi lagi -bujukmu.

Hari ini, kita bersatu
berjanji tiada dusta
berpegang tali yang sama
hanya Allah tempat berpinta
sungguh Dia, pembawa kegembiraan.

Manusia alpa, leka
cinta manusia tiada selamanya
kita resah - kau kesah, aku gelisah
sesungguhnya, mati itu pasti.
Hatiku tiada sedia
berita kepergianmu tak kuduga
raungku, gelojoh menerpa kamarmu
kau kaku, disitu.

Istighfar, pesanMu.
Cintaku terpesong
Kau tidakku dahulukan
sedang dia aku ratapi
bagai seluruh jiwaku pergi
mati bersama jiwanya,
sedang Kau, masih disini
menanti doaku, buatnya disana.

0211 am
BP


1 Shreks

Hapuskan Kisah Itu


Selama aku bernafas dalam mimpi
kisah itu berbunga mekar
biar realitinya pahit
sepahit hempedu bermadu
agar, seribu duka itu pergi
agar, warna-warni sang pelangi
terhias indah dikalung hati.

Tatkala jaga menjengah tiba
hujan menghias jendela
siapa bisa menolak
rahmat Tuhan seluas lautan
dan, biar tangis itu mengiring
bersama dosa-dosa lalu.

Sunyi, peneman setiaku
walau gelap pendamping sunyi
cemburuku tidak tewas
hanya kerana malamku milikNya.
Sunyi dan gelap, pembawa berita
menjadi saksi hari ini
aku berjanji, berjanji dan berjanji
tiada lagi kisah itu.

1143pm
BP
0 Shreks

Dear Diary

Salam.

Hari ni, hari yang kurang menggembirakan. Semua benda tak menjadi, dan rasa aku sedang mengalami fasa kegagalan yang amat. Kenapa semua ni jadi dekat aku? (Soalan klise dramatik).

Susahkan bila kita cuba sesuatu, tetapi orang tak faham apa yang kita rasa. Mungkin bagi dia mudah, tetapi bagi kita ianya amat payah untuk dilaksanakan. Bukan senang, sangat susah dan amat payah. Aku cuba dan cuba, tetapi aku gagal dan gagal.

Izinkan aku keluar
Izinkan aku bersuara
Kesan sebak.

Dua tiga hari aku berharap akan ada satu sinar yang baik, yang boleh beri aku satu keyakinan bahawa apa yang aku buat, apa yang aku sedang lalui, dan apa yang aku telah lalui mendapat perhatian dan sokongan. Salahkah aku berharap untuk diri sendiri?

Mungkin salah. Mungkin tak sepatutnya berlaku. Mungkin ini bukan caranya. Mungkin dan mungkin! Mungkin aku diciptakan untuk menjaga hati dan perasaan semua orang, dan mungkin aku adalah tong segala masalah. Mungkin juga, aku hanyalah gadis pinggiran yang hanya penting ketika diperlukan, tidak penting jika tiada hal. Mungkin.. segalanya mungkin.

Izinkan aku menangis
Untuk sekian kali
Izinkan aku menguis
Perasaan lampau.

Dear diary, I am so jealous of being me, myself. Dear diary, I am nothing and won't be anything for anyone. Dear diary, please get rid off the past and the present. Dear diary, I am wonder if I am really jealous for being myself. Crazy.

P/s: Forgive me my diary, for being so rude to YOU. Sometimes, I wonder why did you hide those feeling. Am I really that important? Or I am just a bin for all those tension stuff from your head or mind. Because, you have someone special to care about, and I am just a writer to make you smile and keep updating about me. Yet, I am the one who care the most about you. My diary, you are torturing me. 

Wallahualam.
0 Shreks

Sepikah Aku?

Salam.

Banyak sebab rupanya kenapa kita gembira. Cuma kadang-kadang kita tak perasan yang kita sedang gembira. Apakah kegembiraan kita lebih banyak dari kesedihan?

Hati kita berbunga-bunga bila orang kata kita ni muda. Dan tak percaya, rupanya dah berpangkat kakak! Mungkin ada yang tak percaya dah BOLEH kahwin. Hehe. Tetapi, ada je kata kita ni dah tua gila. Buat apa duduk di UiTM lagi. Ada apa dengan umur? Hanya nombor semata. Hehe.

Hari ini aku duduk dengan sepi
Tanpa sepi, tiadalah rindu
Sepi menegur
Jumpakah pada rindu?
Aku bertanya, siapa rindu?
Atau, apakah rindu?
Barangkali, rindu siapa?

Pernah tak kita berkata-kata pada diri sendiri. Bermonolog tanpa sudah. Hanya terhenti apabila ditegur, apabila disapa, apabila barang tiba-tiba jatuh, atau barangkali pintu bilik diketuk orang. Dramatik. Tiba-tiba semua terhenti, PAUSE.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita ada masa untuk menyepi? Sedangkan, sepi itu hadir apabila kita bersendiri. Kenapa kita boleh bersendiri? Adakah disebabkan faktor bermasalah, atau melarikan diri dari masalah? Sepi.. kenapa ada cerita sepi?

Gembira dan sepi. Mampukah keduanya jalan seiring? Atau gembira perlu berjalan tanpa sepi, dan sepi perlu bergerak tanpa gembira. Jika keduanya sejalan, apakah yang mungkin akan berlaku? Sepi dan gembira.

Aku senyum ketika sepi. Aku termenung dalam gembira. Gembirakah aku? Sepikah aku?

Esok masih ada lagi, mari cuba untuk senyum walaupun tidak merasa gembira. Sekurang-kurangnya orang lain gembira melihat kita tersenyum. Bukankah kita sudah membuat amal hanya dengan sebuah senyuman? Apa yang penting, ikhlas dalam memberi, walaupun hati kita sepi. Walaupun hakikatnya kita punya perasaan kosong yang perlu diisi dengan kegembiraan, agar tiada lagi sepi bertandang.

Wallahualam.
0 Shreks

Cuba Gembira

Salam.

Minggu ni tak tahu kenapa mata terasa berat gila. Letih ke? Tak tahu apa yang nak diletihkan. Setiap malam, jam 10 je aku dah kengantukan yang amat. Bukan perkara biasa. Selalu aku masih mampu stay up sampai jam 1 pagi. Entahlah, layan saja. Tapi biasanya akan cuba bertahan juga, paling lama pun dalam jam 12 dah tertidur.

Tak tahu nak cerita apa. Sejak akhir-akhir ni, hati jadi sayu je. Tak pasti sebab apa. Banyak sangat agaknya sebabnya sampai tak dapat kenalpasti yang mana satu sebagai punca.

Minggu ni aku terpaksa splitkan 2 group usrah, sebab nak jumpa juga ada 2 orang adik ni. Hari Selasa malam macam biasalah usrah. Rabu malam jumpa mereka berdua sebab Selasa malam mereka ada test. Macam biasa, bagi sedikit tazkirah, pembuka usrah. Lepastu memanaskan cerita dengan luahan perasaan. Hehe. Ok, sekurang-kurangnya aku dapat mendengar luahan hati mereka. Alhamdulillah Allah memilih masa yang sesuai dan gerakkan hati mereka untuk berterus-terang. Sebagai seorang murobbiah, kita banyak terlepas pandang dekat adik-adik ni. Insyaallah, cuba perbaiki diri.

Banyak sangat perkara yang kita banyak kali minta tetapi belum pernah lagi dapat. Mungkin Allah telah beri sesuatu yang lebih baik, cuma kita saja yang tak perasan, atau kita sendiri tak pernahpun nak bersyukur dengan pemberian Allah tu. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa, walhal kita tahu jawapannya. Tetapi, hati kita akan rasa lebih yakin dan tenang apabila orang lain yang memberi jawapan dan ungkapan yang sama dengan jawapan kita. Hakikatnya, kita memang inginkan sesuatu yang jelas, bukan sesuatu yang samar-samar dalam membuat keputusan.

Tadi aku dapat ide nak buat apa cuti 4 bulan akan datang ni. Asalnya nak bekerja di UiTM sebab aku nak stay di UiTM, taknak tinggalkan adik-adik tu terbiar disini. Entah macamana, ide lain timbul. Tak tahu datang dari mana. Mungkin pagi tadi, masa di admin sementara tunggu seorang sahabat, aku terpandang meja-maja di ruang legar. Jadi, aku terjumpa satu ide yang menarik hati. Kita tengok nanti macamana.

Ada masanya kita perlukan seseorang untuk buat kita gembira. Gembira tu terlalu subjektif sebab lain orang lain sebabnya dia boleh gembira. Ada orang tengok muka kawan-kawanpun dah rasa gembira. Ada orang dengar suarapun terasa beban rindu berkurangan. Banyak cara untuk gembirakan orang, pokoknya kita perlu tahu sahabat kita tu macamana. Kalau tak tahu lagi maknanya belum cukup taaruf lagi. Kadang-kadang aku tertanya, apa yang boleh membuatkan aku rasa gembira? Kenapa jarang sekali perasaan gembira hadir? Jawapan yang mungkin sukar untuk dicari. Aku harap hati aku sentiasa gembira, tanpa perlu adanya seseorang untuk menggembirakan.

Minggu depan ada ISK. Dah pesan pada adik-adik. Insyaallah, sedang mengapi-apikan mereka untuk join sekali ISK UTHM tu. Doakan.

Kau hadir dan kau pergi
Kau ceritakan dan kau tinggalkan
Kau mahu tapi taknak
Kau suka tapi elak
Kau gembira tapi sedih
Kau cuba tapi tak usaha
Kau sebenarnya begitu..
Dan tetap begitu..
Kau akan tetap begitu..
Selagi kau beralasan..

Sayonara. Wallahualam.
0 Shreks

Aku dan Masa

Masa, izinkan aku bicara sebentar.

Tidak, tiada masa untuk bicara.
Tiada masa untuk fikir.
Cukuplah soalkan dirimu.
Banyak lagi perihal lain.

Bagaimana bisa?

Solat sunatmu bagaimana?
Bacaan Al-Quranmu dimana?
Maathuratmu entah bila?
Tahajudmu kemana?
Usrahmu longlai benar.
Aku tidak sanggup
membenarkan waktu baziranmu.

Aku laksanakan.
Cuma kurang, tetapi masih!

Tidak cukup!
Jangan gunakan aku untuk ini.
Aku mahu dipenuhi dengan ibadah.

Bukankah bicaraku ini ibadah?
Andai saja bermanfaat.

Tidak, bicaramu sia!

Siapa kau berani menghukum!

Aku masa.
Aku juga makhluk.
Aku tidak perlu menghukum.
Aku biasa hidup tanpamu.
Tapi kamu, hilang arah tanpaku.

Berani.

Kerana kebenaran.
Maafkanku, aku yang tidak membenarkan kamu.
Aku juga yang memendekkan masamu.
Akulah yang menutup pintu-pintu lalai.
Supaya kamu, tidak perlu bicara.
Soal kamu lagi.

Insyaallah.
Sampai waktu, aku benarkan.
Aku izinkan kamu menggunakan aku.
Untuk dimanfaatkan disini.

Wallahualam.
(Jaulah ke Kuantan, Kuala Terengganu dan Kemaman esok. Doakan perjalanan kami selamat, Insyaallah)
4 Shreks

Tidak! Aku Jatuh Cinta! Gedebuk..

Oh?

Macamana boleh jatuh cinta?
Kenapa jatuh cinta?
Betul ke wujudnya jatuh cinta?
Atau..

Sebenarnya bukan jatuh cinta?
Tetapi..

Cuma perangkap nafsu?
Tetapi..

Kenapa ramai juga di antara kita,
terperangkap?!

Walaupun hari-hari kita diingatkan..
Walaupun saban waktu kita dinasihati..
Bahkan setiap minggu kita menjalani terapi iman (usrah)..
Tetapi..

Kemana tumpahnya semua itu?
Dalam hati? Atau akal?
Mungkin tercicir ketika pulang dari menjalani terapi?

Aku jatuh cinta! Lagi, lagi dan lagi lagi..
Gilakah?

Cinta takkan pernah TERjatuh
Jika wujud istilah itu..

Cinta takkan pernah TERhenti
Jika tidak wujud istilah itu..

Sebenarnya, cinta akan terus BERnafsu
Selagi jiwa kita kosong tanpa CINTA sebenar.. =)

12.14 tengahari
Di pejabat tanpa internet
Bosan!
 
;