Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts
0 Shreks

Usaha Yang Dilupa

Embun malam ini
Tercurah ilham hati
Bersuara getar sendiri
Suaranya si lelaki
Dalam sayup ada kerasnya
Mencadang berhenti berusaha
Sudah masanya sudah tibanya
Pergilah keluar mencari kerja
Usaha ini bukan bidangmu
Usaha ini kanpupus kelak
Tiada untung tiada cerahnya
Berhentilah
Berhentilah terus berharap
Gelak dan senyum itu jawapan
Gahnya nama si berjaya
Bukan setahun, bukan 2 tahun, bukan 3 tahun
Kuasa apa kita menidakkan usaha
Selagi tenaga mudaku mampu
Selagi jiwa mudaku tak jemu
Selagi hayatku tak sebu
Di sinilah biar senyumku
Rugi duit boleh dicari
Rugi pengalaman susah sendiri
Orang membenci norma hidup
Karma dongeng jangan dilupa
0 Shreks

CInta Ilusi


Aku memendam rasa
menyimpan kasih tersulam
biar hati berdetak laju,
aku diam, membisu.

Tika hari itu,
hujan membasahi bumi
katanya rindu,
katanya sayang,
hajatnya bersuara
- aku terima.

Sejak penyatuan itu,
dirinya ceria, pendampingku.
Hari-hari penuh jenaka,
saban hari berjuta cerita,
senyum terukir tawa gembira
aduhai, leka terasa.

Aku masih disini
menanti diari hidupku pulang
telinganya masih setia
lidah ini sebagai teman
siang malam tiada jemu
walau kisah berulang seribu.

Anganku beterusan
igauku berkhayalan
cinta ilusi si jejaka,
hanya hidup dalam bayangan
merasuk diri menerjah fantasi
pada cereka tanpa kepastian.

1258 am
BP
0 Shreks

kerna aku sayang kamu

Aku cuma insan biasa.


Ada kalanya aku sunyi. Aku bersendiri. Tidak ada teman untuk berbicara. Tiada tempat untuk berbincang isu semasa, bahkan memohon pandangan mengenai dakwah dan tarbiyah.

Sehinggalah aku bertemu seorang sahabat.


Bicaraku dia dengar. Gurauanku dia ketawa. Usikanku disambut mesra. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas nikmat yang tidak terhingga. Aku bersyukur dan terus bersyukur. Tiada lagu sunyi dan sepi seperti dulu. Namun..


Rupanya hubungan kami menjadi fitnah. Kami tidak buat apa-apapun! Sumpah! Kami cuma berkawan. Kau gila apa ada hubungan sejenis? Itu cuma kata kami. Orang kata?


Berdosakah aku?

Kerana persahabatan yang kami bina, rupanya tidak disenangi oleh orang lain. Bukan kerana cemburu, bukan kerana dengki. Aku yakin bukan kerana benci! Kita akhawat!

Fitnah! Aku difitnah, atau aku yang mencipta fitnah?

Aku bergantung pada dia. Aku terlupa memohon pergantungan Allah.
Aku berbicara dengannya. Aku terlupa berbicara dengan Allah.
Aku memohon pandangannya. Aku terlupa memohon petunjuk Allah.
Aku menjaga hatinya. Aku terlupa menjaga hubungan dengan Allah.

Ya Allah!

Kerana kami, punca fitnah.


"Saya tahu hubungan awak dengan dia, sekadar akhawat. Semua orang tahu. Mana mungkin kita tidak faham hubungan sejenis itu haram. Haram! Jelas."

Kalau faham, perlukah lagi perbincangan?

"Ukhti sayang. Hubungan awak dan dia, kurang jelas. Mohon maaf jika saya tersalah anggap, tersalah bicara. Ya Allah, saya cuba membaiki keadaan."

Apa yang awak cuba sampaikan?

"Perbuatan awak, dan dia, bagaikan suami dan isteri. Ada adik mengadu. Mereka jelek melihat aksi kamu berdua."

Astaghfirullah. Apakah ini fitnah?

"Fitnah ini tercipta secara tak sengaja. Bukan dicipta untuk mengaibkan. Saya disini, mohon kurangkan aksi yang tidak elok."

Apakah aksi yang tidak elok itu? Mohon penjelasan.

"Saya tidak tahu. Tetapi, layanlah dia sebagaimana awak layan akhawat lain. Supaya tiada lagi aksi yang berbeza antara kita semua yang menjadi pandangan fitnah buat adik-adik. Bukankah kita ini contoh? Adik-adik akan hilang rasa hormat pada awak, hanya kerana aksi yang mereka rasa jelek."

Sesungguhnya aku bersyukur kerana ditegur. Ya Allah, ampuni aku.



Wallahualam.
0 Shreks

Aku dan Masa

Masa, izinkan aku bicara sebentar.

Tidak, tiada masa untuk bicara.
Tiada masa untuk fikir.
Cukuplah soalkan dirimu.
Banyak lagi perihal lain.

Bagaimana bisa?

Solat sunatmu bagaimana?
Bacaan Al-Quranmu dimana?
Maathuratmu entah bila?
Tahajudmu kemana?
Usrahmu longlai benar.
Aku tidak sanggup
membenarkan waktu baziranmu.

Aku laksanakan.
Cuma kurang, tetapi masih!

Tidak cukup!
Jangan gunakan aku untuk ini.
Aku mahu dipenuhi dengan ibadah.

Bukankah bicaraku ini ibadah?
Andai saja bermanfaat.

Tidak, bicaramu sia!

Siapa kau berani menghukum!

Aku masa.
Aku juga makhluk.
Aku tidak perlu menghukum.
Aku biasa hidup tanpamu.
Tapi kamu, hilang arah tanpaku.

Berani.

Kerana kebenaran.
Maafkanku, aku yang tidak membenarkan kamu.
Aku juga yang memendekkan masamu.
Akulah yang menutup pintu-pintu lalai.
Supaya kamu, tidak perlu bicara.
Soal kamu lagi.

Insyaallah.
Sampai waktu, aku benarkan.
Aku izinkan kamu menggunakan aku.
Untuk dimanfaatkan disini.

Wallahualam.
(Jaulah ke Kuantan, Kuala Terengganu dan Kemaman esok. Doakan perjalanan kami selamat, Insyaallah)
4 Shreks

Tidak! Aku Jatuh Cinta! Gedebuk..

Oh?

Macamana boleh jatuh cinta?
Kenapa jatuh cinta?
Betul ke wujudnya jatuh cinta?
Atau..

Sebenarnya bukan jatuh cinta?
Tetapi..

Cuma perangkap nafsu?
Tetapi..

Kenapa ramai juga di antara kita,
terperangkap?!

Walaupun hari-hari kita diingatkan..
Walaupun saban waktu kita dinasihati..
Bahkan setiap minggu kita menjalani terapi iman (usrah)..
Tetapi..

Kemana tumpahnya semua itu?
Dalam hati? Atau akal?
Mungkin tercicir ketika pulang dari menjalani terapi?

Aku jatuh cinta! Lagi, lagi dan lagi lagi..
Gilakah?

Cinta takkan pernah TERjatuh
Jika wujud istilah itu..

Cinta takkan pernah TERhenti
Jika tidak wujud istilah itu..

Sebenarnya, cinta akan terus BERnafsu
Selagi jiwa kita kosong tanpa CINTA sebenar.. =)

12.14 tengahari
Di pejabat tanpa internet
Bosan!
0 Shreks

Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya



Kadang-kadang, hidup ni penuh dengan kejutan. Siapa yang sangka, Malaysia yang aman damai ini masih memerlukan superhero yang ganteng. Oh, mungkin terlalu banyak peragut dan perogol, maka superhero diperlukan bagi mengurangkan kes-kes cabul tersebut.

Kadang-kadang, kejutan itu berlaku di depan mata, tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan simpannya dalam kotak memori. Oh, barangkali kotak memori bakal hilang, makanya segala kenanganpun akan lenyap bersama ingatan lampau. Sebab itu wujudnya Clark Kent dan Peter Parker sebagai photographer terunggul.

Tetapi, malangnya insan seperti aku, tidak mampu menjadi Spiderman atau Superman kerana aku tidak ada kuasa luar biasa seperti mereka, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh jadi Clark Kent atau Peter Parker jika aku diberi pinjam kamera yang canggih-canggih seperti ini. Biarlah apa kata orang, apa yang penting memori boleh disimpan cermat dalam foto album.

Apa yang menarik, hari ini aku berjumpa dengan Superman secara tidak langsung. Mungkin Clark Kent sudah penat mengambil gambar, maka dia bercadang untuk pencen sementara. Aku harap tidak selamanya kerana mungkin Daily Planet masih memerlukannya sebagai wartawan berjaya. Sebab itu dia telah membuat peraduan pada sesiapa yang ingin merasa hebatnya kamera milik Clark Kent itu. Maka, aku tanpa segan silu berpura-pura minat pada Superman walaupun dia bukanlah superhero aku. Tetapi sekurang-kurangnya, aku ada keinginan untuk menjadi seperti Clark Kent.

Maka, fahamkah kamu kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital kepada saya? Ya, tepat sekali!


Ok, this is my first ever contest, ever in my life, ever since I've blogging for 6 years. Since I have nothing to do, and baru je join gengblogger, and I found this contest. And guess, the contest will be expired in 20 minutes from now. Hehe.


1. Buat satu entri dalam blog anda :

'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'


2. Jadi Follower Mr Superman ( sila maklumkan di dalam komen posting eni)

3. Copy banner 'Menangi Kamera Digital' dan letakkan di dalam entri serta sidebar blog anda.

4. Sila Link kan banner ke entri ini.

5. Sila Tinggalkan komen dengan link entri anda di bawah posting ini.




------------------------------------------------------------------------------------------------
TARIKH TUTUP : 23 FEBRUARI 2010 (11.59pm)

Miscellaneous:

# Cara pengadilan akan di ambil kira entry yang kreatif dan ringkas

# Pengadilan juga di ambil kira kepada blogger yang memberi komen terbanyak di dalam page Mr Superman.

# Keputusan pemenang akan diumumkan 3 hari selepas tarikh tutup peraduan

# Keputusan adalah muktamad


Hadiah:

Tempat Pertama: Kamera Digital

Tempat kedua dan ketiga akan diberitahu kemudian ( hadiah adalah cukup lumayan )

2xHadiah saguhati akan disediakan sekiranya contest ini mendapat sambutan yang menggalakkan.



Semoga berjaya kepada mereka yang mengambil bahagian. Aku bukan nak sangat menang since this is my first time, tetapi siapalah yang tak teruja kalau dah ada kamera sendiri right. Lagipun dah lama tak tulis benda-benda merapek, so once in a blue moon I guess I would like to try something new (new ke?). Lagipun aku tak mengomen apa-apa dalam entri beliau.

Wassalam.
 
;