Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts
2 Shreks

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015

Bismillah...

Okey, hari ni saya memang teruja sikit nak share sesuatu. Pagi tadi masa blog-hopping saya terjumpa contest ni. Dah lama tak bercontest-contest ni dan tak pernah menangpun. Haha. Tak apa, sebab yang penting isi contest tu yang menarik. 

Boleh tekan banner bawah ni untuk tengok detail contest ni.

Basically kena cerita berkenaan blog kita. Pengalaman pertama kita berblogging. Jadi, nak kongsi pengalaman saya.



PENGALAMAN PERTAMA SAYA sebagai seorang blogger adalah pada tahun antara 2003-2004. Waktu ni umur saya sangat remaja dan masih bersekolah. Blogging adalah sesuatu yang tak ramai lagi kenal dan tahu. Blogger legend ketika itu yang saya ingat TOK RIMAU, RUDY BLUEHIKARI, PAKDI, SINAGANAGA, BUKUNOTA dan beberapa lagi yang saya mungkin tak ingat. 

Geng blogger lama saya kenal dulu seperti KAK MARYAM (maryamabuahmad), KAK ZURIL (langitmalam), MANCHO (amanitium), SHAH (tak ingat trademark dia, tapi dia duduk US), AISYAH (kawan masa di UK dulu), KAK ATIE (sekarang baca update dia di FB je) dan beberapa kawan yang lain saya nak kena refresh semula siapa. Saya follower tegar blog universitipts.blogspot.com dan kini sudah ada website sendiri dan boleh follow di Facebook saja. Pengikut pun dah bercambah bukan main ramai. 

Zaman tu saya guna diaryland.com sebagai journal online saya. Saya pernah try pakai blogdrive, wordpress dan blogspot. Saya pernah dapat hadiah birthday daripada sahabat saya untuk guna nama kausar.org tapi tak ingat tahun bila. Zaman tu juga zaman Friendster, zaman Myspace, zaman aktif dengan forum-forum seperti tokeikedai, virtualfriends, wira4ce, jiwang.org dan beberapa forum lain lagi. Facebook belum ada. Instagram dan twitter juga belum ada. Dulu saya juga aktif instagram dan twitter. Zaman tu dah berlalu dan saya tak ada masa nak tweet-tweet atau insta-insta. Bila ada Facebook, blog macam terabai. Lama-lama saya rasa lebih baik saya layan blog daripada Facebook. So, sekarang ni sedang cuba konsisten di sini, insyaallah. 

Tahun 2007 saya mula slow blogging. Hidup saya terlalu sibuk sebagai mahasiswa. Saya sangat aktif sampai tak ada masa nak menulis. Minat menulis saya pun terpaksa saya kuburkan sekejap sementara saya cuba stabilkan diri. Dalam tempoh 2007-2009 rasa macam tak ada menulis sangat. Tahun 2010 saya kerja dan start menulis semula. Tahun 2011 saya sambung belajar dan saya mula kurang menulis lagi. 2013 saya ke Sarawak untuk kerja, di sana saya mula menulis lagi. Tahun 2014 saya mulakan business dan saya tak menulis juga. Tahun ni, baru-baru ni saya cuba untuk menulis semula. 

Sekarang ni aktiviti menulis blog ni macam dah famous gila, siap boleh masuk majalah dan surat khabar. Kalau buat blog-hopping kebanyakan blogger adalah orang-orang baru yang mula menulis sekitar tahun 2009 ke atas. Nak jumpa blogger legend biasanya mereka mula menulis awal 20-an. Saya tengok blog kawan-kawan saya dah banyak terkubur, terberhenti sekitar tahun 2010 ke 2011 macamtu. Ada juga yang masih menulis, tahniah saya ucapkan. 

Apa-apapun buat blogger di luar sana, menulislah sekiranya itu minat kamu. Menulislah jika itu boleh menguatkan kamu. Menulislah jika dengan menulis akan menambahkan lagi keyakinanmu. Menulislah selagi boleh. Tetapi, seeloknya setiap penulisan diari kehidupan kita bermanfaat kepada orang lain. Saya cakap memanglah pandai, tetapi sayapun kadang-kadang terlupa, namapun INSAN, pelupa. 

Saya tulis lebih dari 100 patah perkataan sebab tak harap nak menang tapi teruja nak kongsi cerita lama. Still, saya nak tag sahabat-sahabat lama saya yang mungkin tak perasan pun entri ni. Hehe! Selamat menulis!

Hanin - Anak buah masa di UiTM

Yatie - Junior masa di UiTM

Aishah - Usrahmate masa di UiTM

Kak Maryam - Kawan blogger 

Kak Ngah - Kawan blogger

Kawan blogger dah tak ramai, sebab saya jarang update blog dan jarang blog-hop. Yang lama-lama saya rasa terhilang link-link mereka barangkali. *Sob*

Lastly, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!






5 Shreks

Contest Gambar Best by AsaDa

Cari modal untuk tulis entri melalui contest yang insyaallah aku cuba manfaatkan. Apabila kita membuat sesuatu, biarlah ianya berguna buat diri dan orang lain. Terima kasih kepada Asada sebab bagi aku menyelam sambil minum air. Hehe! Semoga bermanfaat!



Pengalaman dan kenangan sukar untuk di imbau tanpa potret yang indah. Bahkan melalui gambar-gambar inilah kita paparkan pada generasi akan datang apakah yang telah dan pernah berlaku mengenai sesuatu. Mungkin layarkan pada mereka kisah kita ketika muda, atau mungkin gambar mereka ketika kecil sendiri di potretkan supaya mereka berfikir kesusahan ibu dan ayah membesarkan mereka sehingga mampu berkata-kata.

Tahun 2005, tak pasti tarikh betulnya bila, aku menghadiri program PMS (Perhimpunan Musim Sejuk) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) ke Melrose, Scotland. Kalau konsep dakwah, kira ini adalah program tajmik untuk pelajar yang baru berlabuh di negara sejuk itu, dan yang lama juga macam aku. Hehe!

Kalau sebelum-sebelum tu pernah solat di rumput, di taman, di car park, tetapi kali ini kami solat di atas salji. Subhanallah. Ini adalah pengalaman yang cukup bermakna, cuma sekali seumur hidup. Kalau nak berkali-kali kena holiday selalu ke sana.



Apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka laksanakanlah solat itu seperti biasa. Sungguh, salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (An-Nisa':103)

Terasa kerdilnya diri ketika sujud menyembah Tuhan yang satu, Allah. Dahi menyentuh salju putih itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran kerana diberi peluang untuk tunduk pada-Nya biar dalam keadaan payah.

Kenapa payah?

Antaranya, kami perlu memakai boot sebelum keluar dari bas lagi. Sebab, kalau pakai kasut biasa, licin dan bahaya. Jadi, kami pakai juga boot tu walaupun jalan macam robot especially bila masuk bangunan nak ambil wudhu'.

Memang satu pengalaman yang berharga dan tak boleh di ulang lagi. Siapa peduli kami nak solat dimana pun asalkan kami tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Biarlah mereka memandang seperti kita ini makhluk dari planet lain, tetapi kita tetap perlu melaksanakan tanggungjawab ini dalam apa keadaan sekalipun. Tunjukkan izzah kita dan tunjukkan bahawa kita adalah muslim yang beriman, bukan muslim sekadar nama.

Di Malaysia, pengalaman begini sukar untuk di lalui sebab kita ada masjid dan surau di merata tempat walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Jadi, apa alasan kita untuk tidak menunaikan solat di Malaysia?

Wallahualam.
2 Shreks

Aksara Pencorak Hidupku

Atas dasar apa kamu ingin menikah?


 Jika aku tanyakan soalan ini kepada anda, apakah jawapan yang akan anda berikan?

Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau kerana agamanya. Maka pilihlah berdasarkan agamanya agar selamat dirimu. (Bukhari & Muslim)

Berapa ramai diantara pembaca sekalian yang sedang bercinta saat ini? Maka, apakah tujuannya percintaan itu? Mengumpul dosa sebelum menebusnya selepas bernikah? Atau, bersuai-kenal supaya lebih kenal hati budi tanpa pedulikan hukum milik Allah?

Maka, inilah gunanya ilmu. Allah memberi kata-kata peringatan melalui kitab-Nya Al-Quran. Allah menurunkan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan teladan. Maka, dari dua sumber inilah terciptanya banyak buku-buku dan ilmu-ilmu yang tersangatlah banyak sebagai panduan dan pelajaran buat kita. Berapa ramai diantara kita yang membaca makna ayat-ayat didalam al-Quran?

Dan (al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia , agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran. (Ibrahim 14:52)

Maka, tercipatalah Di Jalan Dakwah Aku Menikah hasil tulisan saudara Cahyadi Takariawan terbitan Era Intermedia. Harganya tak dapat dikenalpasti kerana tidak dicetak pada cover buku ataupun mana-mana bahagian buku. 223 mukasurat bercetak depan dan belakang serta bertulisan warna hitam tiada warna-warni dicorakkan sebagai penambat hati.


Tiada siapapun di atas muka bumi ini ingin memiliki pasangan hidup yang buruk akhlaknya, jahat, bahkan tidak cantik atau kacak dipandangan mata. Semua orang secara fitrahnya sukakan sesuatu yang indah, sesuatu yang menarik dan sesuatu yang disenangi. Aku kira, kalian yang membaca juga tidak terlepas ingin memastikan bakal suami/isteri kalian adalah seorang yang baik-baik dan bakal memahami kalian bukan?

Jadi, bagaimana caranya?

Jika kita ingin rumah anda kelihatan bersih dan kemas, kita juga perlu mendidik diri untuk menjadi pembersih dan kemas. Apabila diri sudah terdidik, maka secara automatik rumah kita juga pasti akan bersih dan kemas, tempias dari amalan-amalan yang kita laksanakan setiap masa. Begitu juga pasangan kita. Jika kita ingin pasangan kita baik, maka kita juga perlu menjadi baik supaya kelak mereka tidak menyesal memilih kita sebagai pasangan hidup. Bahkan kitalah yang bakal mencorak pasangan kita itu menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa.

Bukankah Allah telah berfirman,


Wanita-wanita keji untuk laki-laki keji dan laki-laki keji untuk wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki baik untuk wanita-wanita yang baik. (An-Nur 24:26)

Perkongsian kisah-kisah sahabat kita di Indonesia yang pernah melangsungkan perkahwinan melalui kaedah yang benar disusun dengan sistematik dan mudah difahami. Kini kita melihat kebanyakan mereka berjaya melalui mehnah-mehnah dalam berumahtangga Alhamdulillah dengan jayanya dan Insyaallah akan terus kekal hingga ke syurga. Namun begitu kebanyakan masyarakat kita hari ini terlalu takut untuk menerima gaya perkahwinan yang sedemikian. Ianya dianggap sebagai berlawanan dengan adat melayu. Sedangkan, tidak ada banyak bezanya antara adat dan ajaran agama Islam, pokoknya adalah diri kita sendiri bagaimana ingin mencorakkan cara perkahwinan kita. Melalui prosedur yang betul, dan dibenarkan dalam Islam. Tetapi nafsu kini lebih tinggi maharnya berbanding nilai aqidah. Aqidah itu apa?

Bahkan saudara Cahyadi juga memperincikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bermula dari bagaimana mencari calon sehinggalah kepada penghidupan rumahtangga sebenar, ianya bukanlah semanis madu tanpa asli tetapi ianya bakal bercampur dengan pelbagai perisa yang lain, keaslian bakal lenyap. Kenapa? Kerana bukanlah hidup jika tiada ujian dan dugaan. Proses pembaikan diri hendaklah berterusan dan jangan sesekali berhenti! Adakah kita ingin kebaikan itu menjadi milik kita sendirian? Bagaimana dengan anak-anak yang bakal memimpin dunia? Dibiarkan tanpa didikan yang sepatutnya? Kita nak ke lihat anak-anak kita berempit? Dadah? Berzina?

Kalau taknak, mulalah dari sekarang. Bentuk diri terlebih dahulu supaya kelak, anak-anak mudah dibentuk.

Aku suka sangat buku ni. Banyak sangat pengajaran yang boleh diambil terutama bagi mereka yang keliru, apakah sebenarnya cinta? Apakah cinta kita adalah cinta sebenarnya, atau hanya cinta yang bernodakan nafsu semata? Adakah benar cinta kita itu mendapat redha Allah sehingga mampu kekal sampai ke syurga? Siapakah yang layak perolehi cinta kita? Adakah layak lelaki yang pernah menyentuh kulit banyak perempuan diluar sana sebagai pasangan hidup kita? Apa jaminan kita bahawa dia tidak akan bersentuh dengan mana-mana perempuan diluar sana selepas berkahwin? Nauzubillah.

Bacalah. Bacalah supaya anda kenal siapa diri anda. Jika hari ini telah tersangkut dengan mainan cinta berlumurkan maksiat, masih ada hari esok jika nyawa dipanjangkan Insyaallah, untuk bertaubat. Jika nyawa hanya setakat hujung pedang, moga sempat kita bertaubat malam ini juga supaya kelak taubat kita sempat diterima Allah. Tiada lagi istilah SERU BELUM SAMPAI selepas ini. Seruan kita hanyalah seruan kematian.

Sekadar pandangan yang tidak seberapa di atas banyaknya penzinaan yang semakin berleluasa bahkan berebut-rebut untuk dimasukkan ke dalam akhbar. Kecewa dengan cinta yang bermula dengan nafsu dan berakhir dengan dosa yang berganda-ganda. Atas jalan apakah kamu ingin bercinta? Terima kasih kepada beliau membuat contest yang tidak kurang hebatnya. =)

Wallahualam.
2 Shreks

Friendship Forever - Zati Contest

Salam.

Walaupun entri ini kerana contest dari blog Zati, tetapi aku seronok bila diberi peluang menulis mengenai sahabat di dalam entri ni. Tak menang tak apa, yang penting kepuasan dapat menulis sesuatu yang berharga tentang sahabat kita.

Semua orang pasti inginkan sebuah persahabatan yang indah, bahagia dan banyak kenangan-kenangan manis yang tersimpan. Kalau boleh, setiap detik kita ingin bercerita kepada sahabat kita, apa berlaku hari ini. Seolah-olah, merekalah diari berjalan kita. Ke mana sahaja kita pergi, dia ada bersama. Tak kering gusi bercerita, bercerita dan terus bercerita tanpa henti. Kalau boleh, taknak tidur malam, sebab terlalu banyak hendak di ceritakan. Sayang punya pasal, bagilah chance kawan kita tu tidur. How amazing a friendship can be.

Aku ada ramai kawan yang baik, hebat, rapat dan macam-macam jenis kawan lagi. Kali ini aku share sahabat-sahabat baik aku semasa di kampus. Merekalah sahabat aku yang sentiasa bersama, daripada bangun tidur, pergi kelas, balik kelas, makan tengahari, makan malam, sentiasa bersama. Time lepak malam-malam pun, memang akan tetap bersama. Itulah kehidupan dalam bersahabat ni. Memang best! Sebab kitorang, tak pernah lagi gaduh. Setakat salah faham, mungkin ada. Tetapi, benda tu tak makan masa yang lama.

Ini adalah sebahagian dari sahabat-sahabat yang baik semasa di kampus. Tetapi, aku nak lebih spesifikkan kepada seorang sahabat yang paling rapat dan baik, iaitu Sha. Minta maaf tiada gambar kerana hard disk aku susah nak detect dekat komputer ni. Dalam gambar ni, Sha tak pakai tudung, sweater merah dan berbaju hitam di sebelah dalam. Dialah sahabat paling lama sekali aku kawan sepanjang di kampus.

Perkenalan kami bermula pada hari pertama aku masuk UiTM. Dia daftar sebelum aku. Kami memang dah berpandangan dan senyum-senyum masa di dewan lagi, tetapi tak pula bertegur sapa. Selepas daftar, kami berpisah. Kami diberikan bilik. Masa nak masuk bilik, terkejut! Sebab sebilik dengan dia. Masa tulah persahabatan kami berputik.

Terlalu banyak kenangan. Semasa MMS, kami kena beli baju batik UiTM. Besar sangat baju tu. Jadi, kami plan untuk jahit bahagian bawah baju bagi pendek sikit, sebab baju tu besar. Sha tak pandai jahit, aku tergelak bila tengok dia jahit terkial-kial. Kami pun buat deal, aku jahit, kau gosok. Kami pun bersengkang mata malam tu untuk berjahit dan bergosok. Banyak yang kami borakkan. Sha seorang yang peramah, cukup peramah. Dia ada kembar. Masa tu kembar dia belajar di Sarawak, tetapi dapat di kampus yang sama setahun selepas tahun pertama.

Di mana ada dia, di situ ada aku. Di mana ada aku, di situ ada dia. Itulah ungkapan sahabat-sahabat kami.

Selesai MMS, kami dipindahkan ke kolej yang sama, tetapi bilik yang berbeza. Kami ambil kos yang sama, dan kami ditempatkan di kelas yang sama. Maha Suci Allah menetapkan aku bersama orang yang baik seperti dia. Perhubungan kami sangat rapat. Biasanya aku akan melepak bilik dia, bilik aku jauh sangat. Jadi, tak larat nak jalan jauh.

Selepas semester kedua, kami terpisah. Dia ada masalah subjek, aku clear. Jadi, dia ikut kawan-kawan yang lain. Aku memang sedih. Kitorang rapat, sangat rapat. Bila berbeza kelas dalam kebanyakan subjek, aku rasa tak kena. Aku jadi berseorangan. Tak ada kawan. Aku bukan peramah macam dia, tetapi itulah nasib aku. Perhubungan kami tidak terhenti, masih macam biasa. Dia masih datang bilik aku, masih mesej aku, masih layan dengan baik. Dia memang sahabat yang baik. Banyak benda dia cerita pada aku. Bermakna, aku adalah orang yang di percayai.

Hari demi hari berlalu, rupanya persahabatan kami sudah cecah 3 tahun. Akhirnya kami terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing. Sedih? Siapa tak sedih. Kisahnya aku sering ceritakan pada mak dan sahabat-sahabat lain, bahkan dia juga sering menyebut nama aku pada keluarganya. Tetapi sayang, aku tak pernah berkesempatan menziarahi rumahnya kerana perbezaan jarak. Hidup ini, tidak semestinya diberikan kemudahan selalu, tetapi Allah berikan sesuatu yang bermakna untuk kita manfaat dan fikirkan. Sekali gus, mengambil pengajaran daripada seseorang.

Hari ini, aku masih setia mengingati dirinya yang berada di Shah Alam. Doaku semoga dirinya dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik hubungannya dengan Allah swt. Ya, aku tak pernah mampu mengubah dirinya, kerana hidayah itu milik Allah sepenuhnya. Sayangnya aku pada sahabat ini, membuatkan aku menangisi kedaifan aku, kekurangan dan kehinaan aku dihadapan Tuhan. Tiada daya aku ke atas sesuatu melainkan dengan kehendak Allah swt.

Aku bersyukur di atas pertemuan ini, dan aku redha di atas perpisahan itu. Hanya pada Allah sahaja tempat aku kembali. =)
0 Shreks

Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya



Kadang-kadang, hidup ni penuh dengan kejutan. Siapa yang sangka, Malaysia yang aman damai ini masih memerlukan superhero yang ganteng. Oh, mungkin terlalu banyak peragut dan perogol, maka superhero diperlukan bagi mengurangkan kes-kes cabul tersebut.

Kadang-kadang, kejutan itu berlaku di depan mata, tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan simpannya dalam kotak memori. Oh, barangkali kotak memori bakal hilang, makanya segala kenanganpun akan lenyap bersama ingatan lampau. Sebab itu wujudnya Clark Kent dan Peter Parker sebagai photographer terunggul.

Tetapi, malangnya insan seperti aku, tidak mampu menjadi Spiderman atau Superman kerana aku tidak ada kuasa luar biasa seperti mereka, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh jadi Clark Kent atau Peter Parker jika aku diberi pinjam kamera yang canggih-canggih seperti ini. Biarlah apa kata orang, apa yang penting memori boleh disimpan cermat dalam foto album.

Apa yang menarik, hari ini aku berjumpa dengan Superman secara tidak langsung. Mungkin Clark Kent sudah penat mengambil gambar, maka dia bercadang untuk pencen sementara. Aku harap tidak selamanya kerana mungkin Daily Planet masih memerlukannya sebagai wartawan berjaya. Sebab itu dia telah membuat peraduan pada sesiapa yang ingin merasa hebatnya kamera milik Clark Kent itu. Maka, aku tanpa segan silu berpura-pura minat pada Superman walaupun dia bukanlah superhero aku. Tetapi sekurang-kurangnya, aku ada keinginan untuk menjadi seperti Clark Kent.

Maka, fahamkah kamu kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital kepada saya? Ya, tepat sekali!


Ok, this is my first ever contest, ever in my life, ever since I've blogging for 6 years. Since I have nothing to do, and baru je join gengblogger, and I found this contest. And guess, the contest will be expired in 20 minutes from now. Hehe.


1. Buat satu entri dalam blog anda :

'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'


2. Jadi Follower Mr Superman ( sila maklumkan di dalam komen posting eni)

3. Copy banner 'Menangi Kamera Digital' dan letakkan di dalam entri serta sidebar blog anda.

4. Sila Link kan banner ke entri ini.

5. Sila Tinggalkan komen dengan link entri anda di bawah posting ini.




------------------------------------------------------------------------------------------------
TARIKH TUTUP : 23 FEBRUARI 2010 (11.59pm)

Miscellaneous:

# Cara pengadilan akan di ambil kira entry yang kreatif dan ringkas

# Pengadilan juga di ambil kira kepada blogger yang memberi komen terbanyak di dalam page Mr Superman.

# Keputusan pemenang akan diumumkan 3 hari selepas tarikh tutup peraduan

# Keputusan adalah muktamad


Hadiah:

Tempat Pertama: Kamera Digital

Tempat kedua dan ketiga akan diberitahu kemudian ( hadiah adalah cukup lumayan )

2xHadiah saguhati akan disediakan sekiranya contest ini mendapat sambutan yang menggalakkan.



Semoga berjaya kepada mereka yang mengambil bahagian. Aku bukan nak sangat menang since this is my first time, tetapi siapalah yang tak teruja kalau dah ada kamera sendiri right. Lagipun dah lama tak tulis benda-benda merapek, so once in a blue moon I guess I would like to try something new (new ke?). Lagipun aku tak mengomen apa-apa dalam entri beliau.

Wassalam.
 
;