Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts
0 Shreks

How memories fly

Let me share some memories in UK.

Favorite TV shows.

There are few others TV show, but I took these from the FB share post and I found it is interesting to share some of mine.









What about the supermarket? Or favorite shop? Well, these are some. There are many others such as 1 by 1 shop, NEXT, Sainsbury, but obviously Asda one of it that people might remember the most with the sound of chicken and cow. Haha! 

And one more thing, I am still wondering why in Malaysia we does not have shopping concept like Argos? Well, maybe there is I guess. Just don't know where exactly. Walah!






Do you remember the lifestyle during the era? I don't think it's happen only in UK. Its just we are living in the same world but different country. 


Do you remember that we used to play this game? 

I love to collect pen colors. When I was in UK, favorite place to find these pen colors are at bookstore like WHSmith or carboot, cheaper than any place.

Yoyo! You play it?

Solitare is the game to waste your waiting time or boring time. Well, at least its a game.

It is not only in cereal, it can be in any kind of foods or box that have toys inside.

Dial-up everyone?

We don't have digital camera yet. So, we used to use camera film to take the pictures.

It still fun! But cannot remember how to use it now? LOL

Well, during my high school, yes it is exactly look like the picture. Hehe! And it can be colourful chair sometimes. 

Alright! Guess that's all for tonight. Have a good and nice weekend. Don't work over hard, just work smart.

Later.

0 Shreks

Tahniah sister

Semalam ke Rawang. Hari ni pulang.

Tahniah my dear sis Fara for the wedding. Tak sangka masa berlalu dengan sangat cepat dan jodoh awak pun begitu cepat, alhamdulillah. Semoga zauj awak dapat menjaga awak dengan baik dan membina keluarga sakinah hingga ke jannah.

The very first time I met her in year 2011. That was the first year degree at UiTM. Allah temukan kita dalam keadaan awak tercari-cari jalan kehidupan yang lebih tenang. Suddenly kita bertemu, sudah tentu atas aturan dan kehendak Allah, sehingga hari ini awak masihlah istiqamah insyaallah moga berterusan jangan berhenti. Amin.

Jaga diri selalu.

Noktah.

0 Shreks

Double-Standard.

Bismillah.

Pernah tak kita dengar akhawat/ikhwah yang 'double-standard' dalam ikhtilat? Contohnya, akhawat bila dengan ikhwah dia malu-malu, tapi bila dengan lelaki di luar sana hilang pula rasa malunya. Begitu juga sebaliknya untuk ikhwah. Sayapun berfikir, mungkin saya juga tergolong dalam gelaran 'double-standard' itu?

Saya ada masalah komunikasi dengan lelaki sejak kecil-kecil melati lagi. Jadi, ianya terbawa-bawa sehinggalah menempuh alam pekerjaan hari ini. Selagi ianya LELAKI saya pasti bermasalah dalam berhadapan, ataupun melalui panggilan telefon. Tak kisah siapa lelaki tersebut, rakan sekelas, rakan sejemaah, rakan sepasukan, rakan sekelab, rakan sekerja, bos, pensyarah, selagi mereka itu lelaki saya sukar berkomunikasi. Saya rasa macam ada hijab antara dua. Tetapi, ianya menjadi mudah apabila saya terpaksa berhadapan dengan mereka setiap hari, dan setiap masa. Adakah ini yang dikatakan 'double-standard'?

Ketika masih dalam pengajian diploma beberapa tahun yang lalu, saya di 'benci' lelaki. Sebab saya ada masalah komunikasi dengan lelaki. Saya kasar dengan lelaki. Jadi, saya di jauhi oleh golongan mereka. Jadi, sepanjang diploma, rakan-rakan saya kebanyakannya perempuan.

Selepas diploma, saya bekerja. Di tempat kerja, saya hanya bergurau-senda dan berborak hanya dengan pekerja wanita. Gurauan pekerja lelaki hanya di balas dengan senyuman tanpa borak yang panjang. Begitulah 8 bulan berlalu.

Ketika masih dalam pengajian sarjana muda, segalanya berubah. Bukan saya yang berubah, tapi keadaan yang berubah. Saya masih seperti dulu, kasar dengan lelaki. Tetapi yang pelik, hairan dan ajaibnya, kawan-kawan lelaki saya bertambah dari masa ke semasa. Saya masih rasa saya ada masalah komunikasi dengan mereka, tetapi mereka buat tak tahu je. Bila ada masalah, cari saya. Bila ada sesuatu, cari saya. Bila perlukan apa-apa, cari saya. Biasanya mereka cari saya bukan sebab hal peribadi, tetapi hal belajar. Adakah ini yang dikatakan 'double-standard'?

Saya ingat lagi ketika saya kemalangan. Saya membuat panggilan kepada rakan-rakan perempuan saya yang ada kereta, tak ada seorangpun yang angkat panggilan saya. Akhirnya, saya terpaksa membuat panggilan kepada rakan lelaki sekelas saya. Kesian dia, sedang tidur terpaksa layan saya. Dia bergegas ke tempat kemalangan saya dan bantu dari awal sampailah selesai. 2 orang rakan sekelas lelaki yang membantu. Terima kasih. Saya raikan juga rakan-rakan sekelas yang lain turut membantu sepanjang proses pembaikan kereta berlangsung.

Inilah dalam sejarah, 2 tahun dalam pengajian saya mempunyai ramai kawan-kawan lelaki. Saya bukan nak bangga, tetapi sepenjang saya kenal mereka, Allah memberi peluang saya mengenali orang-orang yang belum memahami Islam sepenuhnya. Tak sangka. Nampak biasa, tetapi di sebalik 'biasa' itu rupanya ada masalah sosial yang sukar kita terima sebab kita dah berkawan dengan mereka. Ada golongan merempit, ada golongan penagih dadah, ada golongan 'playboy', ada golongan bawa perempuan balik rumah, ada golongan se* bebas. Susah nak percaya, tetapi itulah hakikat rakan-rakan lelaki yang saya kenal sepanjang belajar. Mungkin mereka tak tahu yang saya tahu, tetapi saya cuba mendoakan dan bantu fahamkan mana yang perlu difahami.

Jangan salah faham, saya bukan menjalinkan hubungan baik dengan setiap dari mereka. Iyalah, ada yang gelar saya singa betina sebab garang sangat, ada yang telinga bernanah kena perli pasal rokok. Saya rasa merekapun dah lali, sampai ada yang merokok tak berani depan saya. Saya ada sikit laser bila dengan lelaki, kadang-kadang lelaki yang baikpun jadi mangsa. Jadi, saya tahu masalah sosial merekapun melalui sumber-sumber yang dipercayai kerana antara mereka ada beritahu ingin berubah. Jadi, hairanlah kita nak berubah macamana? Rupanya 'ubah' itu mempunyai maksud yang mendalam, ubah daripada kejahilan yang saya tidak tahu dan saya tidak nampak. Ralat juga sebab saya tak mampu bantu mereka, saya hanya buat usrah dan bantu sahabat-sahabat sejantina sahaja.

Kerja banyak sebenarnya dalam penyebaran dakwah, tapi kakitangannya sangat kurang. Di tempat belajar saya dulu, lagilah kekurangan kaki dan tangan. Saya mendoakan sahabat-sahabat saya ni semua berusaha untuk berubah jadi yang lebih baik. Hari ini, saya tidak tahu mereka di mana kerana kami telahpun membawa haluan masing-masing.

Tetapi, saya tidak kenal mana-mana ikhwah dalam jemaah yang sama. Kalau kenalpun mungkin kurang dari 20 orang hanya dengan nama dan rupa. Atau mungkin rupa kenal nama tak tahu, dan nama pernah dengar muka tak kenal? Saya ada masalah komunikasi, jadi saya bekerja di sebalik tabir. Dah lama rasanya tak menggerakkan kerja dakwah bersama ikhwah, sebab sekarang semuanya asing. Akhawat dan akhawat, ikhawah dan ikhwah.

Semoga jentera dakwah ikhwah lebih laju kerana ramai remaja lelaki di luar sana perlukan sentuhan.

Wallahualam.


0 Shreks

Rindu Mu

Saya dah mengantuk, tapi saya nak update sikit.

Baru je tadi tiba dari Ipoh, ke sana bersama keluarga. Malam semalam sempatlah singgah rumah abang ziarah diorang. Seronok dapat jumpa anak buah, sekarang dah pandai menjerit, sakit telinga mak lang ok?

Dapat anak bulus sekor! Umur 2 bulan. Jenis siam dan sangat-sangat agressive, saya suka! Nama dia Betty. Betty tak macam Benji, Benji sangat sombong. Betty sangat peramah. Haha! Tak apa, kita kena bagi masa pada Benji untuk terima Betty. Dia macam tak sudi menerima kehadiran Betty. Tak apa, insyaallah lama-lama oklah tu. Saya terpaksa letak Betty dalam sangkar, Benji dilepaskan. Sebab risau Benji tu asyik nak marah dekat Betty je. Baiklah biar Betty terkurung dengan selamat.

Esok malam saya join mukhayyam. Lama sangat-sangat dah saya tak join. Sebenarnya mukhayyam ni bukan untuk saya, untuk adik-adik saya. Tapi ramai tak dapat hadir atas urusan lain. Sorang je yang dapat hadir. Jadi, saya dikira peneman dia dikala susah dan senang. Haha! Dia tak biasa lagi, rugi rasanya kalau tak bawa dia pergi mukhayyam. Saya sangat-sangat suka pergi mukhayyam. Pengalaman mukhayyam saya paling best adalah di Rebutia, 2 tahun yang lalu rasanya. Itulah pengalaman mukhayyam paling terkesan dan mencabar.

Paling saya ingat, kami kena sujud dalam sungai. Sujudlah selama mana kita mampu bertahan dalam air tu. Menangislah sederas mana sekalipun, tak ada orang yang tahu. Saya tak akan lupa sampai bila-bila, malam itu! Sepanjang mukhayyam, jam tidak dibenarkan, telefon juga tidak dibenarkan, kami hidup hanya dengan melihat langit. Zohor dah masuk ke? Dah subuh ke? Nak solat jemaah, kena redah takungan-takungan air sebab masa tu musim hujan. Stokin tak pernah kering. Tidur dalam kesejukan. Haha! Saya sangat bersyukur dengan pengalaman berharga tu!

Saya harap adik saya yang sorang tu, dapat belajar dan melalui pengalaman mukhayyam kali ni walaupun saya tak ada klu sangat perjalanannya macamana. Err.. memang selalu mukhayyam macamtu pun, you have no idea what's ahead. Itu yang mencabar!

Rupanya banyak lagi barang saya tak prepare. Jadi, esok mulalah treasure hunt saya dari pagi. Paling penting renew the license. Mak suruh pergi sendiri walaupun lesen saya dah tamat tempoh. Dia kata dekat je nak renew, tak payahlah mak nak bawa. Haha! Oklah, green light terang tang-tang-tang.

Saya tidur dulu. Good night!
1 Shreks

Bila Insan Bercinta

Alhamdulillah, mak dan abah selamat sampai dirumah. Kami bertiga sama-sama ke Senai jemput diorang. Nampak mak bertambah sihat sebab sebelum ni asyik batuk je. Risau. Alhamdulillah.

Saya nak cerita pasal tempat praktikal saya. Saya memang dah senaraikan tempat-tempat yang saya nak pergi untuk praktikal. Ikutkan saya ada 5 syarikat sebagai destinasi saya, tapi sekarang kena tambah lagi 2. Jadi saya dah ada 7 senarai syarikat yang saya boleh minta. Saya nak kerja dekat KL, tapi abah macam tak setuju. Beriya dia suruh saya cuba cari dekat sini juga. Saya senyum je. Saya cakap dekat dia, saya minta je mana yang saya rasa possible dan boleh dapat. Dapat tak dapat, tu lain cerita. Semuanya atas izinNya. Dekat mana Dia campak lepasni, saya memang 100% redha dan saya yakin Dia nak saya 'bekerja' disana. Cakap pasal praktikal, saya dah pening macamana nak cari tajuk thesis pula? Haha. Semester tak start lagi saya dah fikir, sebab saya perlu berfikir. Rasa tak best kalau tak ready awal-awal. Tak apalah, lepasni saya akan fikirkan sambil-sambil.

Saya memang suka glamourkan adik-adik saya. The right one is my sweet sister, merangkap roomate dan classmate untuk subjek tertentu. Love you sis. 

Hari ni pasal mukabuku lagi. Saya selalu nampak sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, teman-teman saya, si anai-anai mukabuku saya, si kenalan yang tak berapa nak kenal dalam senarai kawan mukabuku saya (list go on), suka sangat pos video. Dahsyatkan? Video pun boleh pos je sekarang. Kawan saya dekat New Zealand boleh pos video dekat saya di Malaysia ni? Dan middleman pula adalah mukabuku kami. Zaman canggihkan? Canggih zaman, betul? Tapi, mukabuku ni takkan berjaya hantar video tanpa bantuan kamutiub untuk upload video kita. Kan?

Adalah satu video ni, bukan satulah, ada banyak lagi video sebenarnya. Video-video sweet yang memang sweet gilalah. Alah, yang ada pasangan halal tengah bercinta. Sweetkan? Saya tengoklah juga kadang-kadang. Kalau saya rasa macam nak layan biru sorang-sorang, nak syok sendiri, nak biar hati saya leka, nak mulakan angan-angan kosong saya, saya tengoklah video-video macamtu. Memang layan habislah sampai terbayang-bayang dalam kepala siapalah lelaki yang tak bertuah yang akan bersama dengan saya nanti? Hehe. Siapa-siapa tengokpun, memang lentok habislah.

Tapikan, ada juga video yang sweet habis jugalah, tapi video yang bertunang ke, atau bercinta sebelum kahwin ke, atau apa-apa sajalah. Apa-apa yang berkaitan dengan CINTA manusia. Wah.. bukan main besar lagi CINTA saya ya. Saya suka, saya suka bila orang lain sukakan video cinta-cinta macamtu, sebabnya hati mereka hiduplah, dapat merasa kehangatan cinta tu tanpa perlu bercinta. Err.. itu kalau yang tak bercinta dengan sesiapa. Tapi lepastu NAFSU pula ambil alih, sebab HATI over-excited punya pasal. Tapi kalau yang tengah bercinta? Err.. mungkin lepas tengok video tu dia terus SMS kekasih hati..

a w a k  c u b a  a w a k  b u k a  f a c e b o o k  a w a k  s a y a  a d a  t a g  a w a k  d e k a t  s a t u  v i d e o  n i . s w e e t  g i l a . t e r u s  s a y a  t e r i n g a t  a w a k . s w e e t  t a k  s a y a ?

Hehe.

Dulukan, saya suka video-video macamni, bahkan cerita-cerita cerpen yang berkaitan cinta manusia tak kisahlah halal atau tak halal, suka....................... sebab sweet macam ni  >_<

Kawan saya masa diploma yang suka sangat bermain mesej.

Tapikan, saya rasa video-video macamtu sebenarnya bagi effect pada hati kita. Perasan tak? Bila kita tengok sepasang kekasih yang halal sedang bercinta, adakah kita terus menerus ingat pada Allah?

Wah, sweetnya diorang ni! Rasa macam nak kahwin hari ni juga! Please.. please.. siapa nak kahwin dengan saya angkat punggung anda datang jumpa mak ayah saya sekarang juga! Saya nak jadi macam pasangan video tu!!

Macamana? Atau, mungkin ada yang respon sesuatu lebih baik.

Masya Allah, inilah yang kita mahu. Bercinta kerana Allah. Boleh nak pegang-pegang, tapi kena tunggu halal dulu. (Alhamdulillah)

Mungkin ada pro dan cons kot? Saya teringat seorang ukhti pernah cakap, kata-kata dia memang sering buat saya mimpi ngeri sampai sekarang. Kadang-kadang sebak dan rasa takut yang amat.

Cakaplah alasan apa sekalipun, kita boleh menipu diri kita dan orang lain, tetapi kita takkan mampu tipu Allah. 

Macamana? Takut tak? Takut tak kata-kata kita akan memakan diri kita sendiri di akhirat kelak? Kita beralasan sungguh-sungguh yang kita tak mampu buat, tetapi Allah lebih tahu apa sebenarnya kemampuan dan kebenarannya.

Ada sesiapa berani mengaku dia tak pernah rasa SWEETnya bercinta ni selepas tengok video yang memang sweet tu? Err.. kalau ada TAHNIAH! Anda memang hebat kerana hati anda tidak layan benda-benda cinta begini! Tapi saya tak mampu. Jujurnya saya tak mampu nak tolak perasaan sukakan benda-benda manis begitu. Masatu saya akan mula melayan perasaan, kesian sayakan? Jadi, saya telah mendidik diri saya (kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak) untuk tidak layankan sangat video-video sweet macamtu sebab saya dah cukup sweet untuk melihat kemanisan video tu. Jadi, saya baca komen je. Hahahaha!

Tapi....................

Silalah tengok jika anda hebat! Dengan melihat video itu hati anda akan merasa tenang, hati anda akan sentiasa mengingati Allah, hati anda boleh terus baca buku fikrah tanpa terbayang-bayangkan video yang anda tengok tadi, anda memang hebat! *clap*clap*. Saya salute anda!

Ok, saya harap kita semua boleh menjaga hati kita yang sangat fragile ni. Saya tahu, sebab saya pun ada hati macam awak. Hati saya pun Allah suka bolak-balikkan, macam hati awak juga. Kita kena bantu hati kita lawan nafsu ok? Janji dengan saya? Hati kena selalu menang, sebab hatilah yang akan kawal jasad kita untuk membuat lebih banyak kebaikan, million of deeds! Sebab apa kita kena buat amal banyak-banyak? Sebab kita tak tahu amal yang mana Allah akan terima. Mungkin hanya dengan senyuman yang ikhlas itu? Atau mungkin dengan ajakan kita kepada orang lain untuk solat berjemaah? Wah.. siapa tahu? Mungkin hanya dengan menulis blog macam saya? *uhuk*uhuk*. Maaf tersedak, ada orang tengah cakap pasal saya.

Sweetnya gambar tu!!


Kalau sweet, kena kahwin cepat!

Oh, kakak ipar saya pernah tegur adik saya.

Lagu FOR THE REST OF MY LIFE tu untuk orang kahwin jelah. Tak kahwin mana boleh dengar. 

Insaflah saya lepas dapat teguran direct macamtu walaupun dia cakap dekat adik saya. Lepas dapat teguran macamtu saya dah tak layan lagu tu, tapi kalau terdengar lagu tu saya terus teringat pesanan tu. Haha!

Selamat malam!
0 Shreks

You Are Special

Saya tidak tahu sama ada mereka yang tiada kakak, turut merasa seperti saya atau tidak.


Saya sangat bahagia apabila melihat adik-adik bulatan gembira saya sangat rapat. Masing-masing saling dokong-mendokong menampakkan kekuatan lebih utuh dalam jiwa mereka. Biarpun saya tidak lagi menjadi tempat mereka mengadu kasih, sekurang-kurangnya saya tahu mereka ada kisahkan masalah sesama mereka. Saya bersyukur atas itu.

Saat rabitah saya lafazkan setiap hari, pastinya muncul wajah-wajah ini yang saya cukup kasih dan sayang. Saya tidak lupa pada adik-adik saya yang telah bersama saya sekian lama, saya masih ingat wajah mereka dan jiwa mereka pastinya dalam rabitah saya setiap masa. *sebak*

Saya mungkin tidak seromantik dan seramah kakak-kakak yang lain. Apatah lagi mengulam rindu, kasih dan sayang setiap masa. Saya kekok, tetapi saya masih belajar. Err.. mungkin penangan anak perempuan sorang yang kononnya berjiwa kental? Jadah.

Saya seorang yang sukar bercerita, sukar meluahkan rasa, bahkan sukar membuka bicara lebih-lebih lagi ia menyentuh soal peribadi saya. SANGAT SUSAH saya nak berkongsi. Jika anda pernah mendengar kisah hidup saya personally, anda sangat bertuah kerana mungkin anda satu dalam seribu.

Jujurnya, saya tidak suka sifat ini, sifat yang susah nak bercerita masalah pada kawan-kawan, sahabat-sahabat, akhawat-akhawat. Kalau ikut hati, saya mahu semburkan apa yang terbuku dalam hati, tetapi ada sesuatu yang menghalang. Saya rasa seolah-olah masalah saya tak besar mana kalau nak dibandingkan masalah ummat yang sepatutnya perlu diutamakan, jadi kenapa saya nak sibuk-sibukkan dengan masalah peribadi, ini semua masalah kecil. Saya tak pasti masalah hidup saya pernah memberi kesan atau tidak kepada kerja dakwah saya, saya tak pasti.

Em.. kadang-kadang ada kot.

Tetapi, sebenarnya saya ada je tempat yang saya luahkan. Semuanya kakak-kakak, yang lebih tua dari saya. Ya, ianya jadi sukar sebab saya tak jumpa akhawat yang lebih tua dari saya yang boleh saya ceritakan. Murobbi saya dari dulu sampai sekarang, makcik-makcik yang dah berkeluarga. Saya risau jika masalah saya diceritakan, diorang lagilah banyak masalah lain. Jadi, saya rasa macam tak sesuai.


Dulu, saya selalu cerita masalah saya pada kak Z. Dialah pendengar setia saya waktu senang dan susah. Saya sangat sayang dekat dia sebab saya rasa dialah pembakar semangat saya dan selalu bagi nasihat pada saya. Dia selalu bagi dorongan pada saya dan dia hadiahkan saya teddy bear yang sangat comel. Bila saya balik Malaysia, kami lost contact. Jarang-jarang je dapat berhubung. Sedih jugalah. Saya rasa lost sangat tempat nak bercerita. Sekarang dia dah kahwin, barakallah.

Saya ada juga kenal lagi sorang kakak, kak I. Kakak ni saya tak pernah jumpa, tapi memang sangat best cerita everything dengan dia. Dia kelakar, and she can speak in many languages. Belajar sendiri kot. Amazing tak? Saya rasa dia bukan akhawat, tetapi saya yakin dia seorang yang masih menjaga auratnya dan ibadahnya sebab dia selalu cerita dekat saya pasal agama, pengalaman dia. Insyaallah. Sejak bila entah, saya lama tak nampak dia online dekat YM (mungkin saya yang jarang online. haha.)

Saya kenal lagi sorang kakak, kak S. Dia sangat sweet gila. Dia layan saya memang macam adik sendiri and call me sayang. Haha. Lembut sangat orangnya dan sangat happening. Kadang-kadang dia call saya, kami bergayut lama-lama, just nak melepaskan rindu. Saya turun Melaka dan dia bawa saya jalan-jalan dekat sana. Saya jumpa mak dia, saya duduk rumah dia. Saya happy gila dengan dia sebab dia layan saya baik sangat. Kiranya dia jadi tempat saya bercerita macam-macam benda, dia suka melayan saya.

Last sekali kak M. Mungkin dia sajalah satu-satunya kakak yang saya cerita everything especially masalah rumahtangga saya. Haha. Saya dah berumahtangga rupanya? Tak adalah, masalah dalam rumah contohnya. Dia saja yang faham kenapa saya tak boleh balik malam-malam even saya keluar tujuan yang baik. Dia sajalah yang tahu kenapa saya kadang-kadang susah nak keluar rumah. She knows everything, almost everything pasal dalam rumah ni. Dan dialah tempat saya merujuk kalau saya perlukan pendapat pasal gerak kerja saya. Biasanya dia akan rujuk husband dia. Saya sayang sangat dia. Tapi, dia dah pindah KL. Dulu masa awal-awal dia dekat KL saya selalu mesej dia. Tapi sekarang, saya rasa dia sibuk sangat jadi saya pun segan nak cerita banyak masalah saya. Sebab dia pernah kata nak call saya, tapi lama sangat dia tak call pun. Masa tulah saya rasa dia sangat sibuk, mungkin dah tiba masanya saya kurang bercerita dekat dia.

Itulah insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya yang selalu mendengar celoteh saya hari-hari. Mungkin pernah merasa kesedihan saya tatkala mengharung badai melanda. (ewah!). Oklah, semua tu maybe tinggal kenangan and let it be that way. Saya tak tahu lepasni saya akan cerita dekat siapa. Buat masa ni, saya cerita dalam doa saya je, doa sebelum tidur. Haha. Saya harap Allah dengar bahasa hati saya yang jarang saya suarakan.

Dan Allah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa Mahabijaksana. [8:63]

Tapi, kalau anda sahabat atau adik-adik saya, tidaklah bermakna saya tak cerita rahsia saya pada anda. Saya ada cerita, tetapi kebanyakannya kita share pasal progress bulatan gembira kita, ataupun macamana gerak kerja dekat tempat masing-masing, mungkin in dept about adik-adik kita, kadang-kadang we shared about masalah yang ada dekat adik-adik ni, well things like that we need to share. Betul tak? Saya tak rasa saya banyak cerita personal life saya dekat siapa-siapakan? Maybe ada tapi sikit-sikit je gitu. Its not as easy as A B C.

Err.. adik saya jadi model semasa on the way pulang dari berjaulah. 

Maafkan khilaf saya. Apa yang penting, bersyukurlah dengan siapa kita berkawan. Mungkin merekalah sahabat kita waktu susah dan senang, jadi carilah mereka ketika susah dan ketika senang. Err.. carilah saya ketika susah dan senang juga. Saya tahu saya bukan kawan yang baik, even not a good murobbi YET, tetapi saya yakin anda dan saya, kita semua sedang cuba jadi yang terbaik dalam apa keadaan sekalipun. =)

Yes, once you know me, you became a very special person in my life. I won't deny. I love you so much, lillahita'ala.

Wassalam.
2 Shreks

Second Step

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur padaNya hari ini masih berkesempatan untuk menghirup udaraNya yang segar lagi bugar.

Perjalanan ke KL bersama akhawat dan ikhwah disini. 

Baru-baru ni saya menghadiri satu program di KL, khas untuk syabab. Kebetulan kakak ipar saya pun ada sekali, dan kami berdua duduk bersebelahan. Seronok dapat jumpa anak buah saya yang sangat manja tu. Kesian juga saya tengok kakak ipar saya yang tak dapat nak fokus sebab layan dia. Tapi, dia tetap bersusah payah ke program tu tanpa abang saya bersama sebab ada daurah dengan adik-adik dia. Bila tengok diorang ni, kadang-kadang semangat saya menjadi-jadi. Iyalah, dahlah hebat, busy dengan kerja dakwah, busy dengan kerja duniawi, tapi masih ada masa lagi jenguk mak abah, jenguk mertua, tak ke diorang ni osem gila? Kalau abang saya tu, ada buat business sendiri, lagilah busy. Saya pun kadang-kadang tak tahu macamana diorang manage masa diorang. Sekali-sekala tu saya adalah bertanya pada kak ipar saya ni, kat rumah macamana, dsb.  Jawapannya, biasa-biasa saja.

Itu bukan cerita asalnya. Sebenarnya saya nak cerita yang saya tersentap dengan jawapan Syeikh untuk satu soalan seorang syabab kita. Saya sendiri tak sangka jawapan macamtu akan keluar. Memang kalau dengar jawapan-jawapan Syeikh untuk setiap soalan memang subhanallah, saya dapat rasakan betapa hebatnya beliau, betapa beliau sangat berpengalaman dalam melalui susur susah payah jalan ni. Dahsyat, hebat, kagum. Entahlah, tapi saya jeles jugalah dengan keOSEMan beliau. Insyaallah, saya cuba jadi terbaik. Saya taknak jadi golongan iman lesu yang cuma bersemangat selepas pergi program, lepastu lesu selepas program. Biarlah iman saya hidup sepanjang masa. Insyaallah, doa untuk kalian juga.

Apa soalan syabab kita? Dia tanya lebih kurang macamni, ramai da'i kita masa kampus hebat, tapi bila dah keluar kampus atau dah bekerja, kerja dakwah makin dilupakan, makin lesu. So, pertanyaannya macamana ikhwah Mesir mengatasinya? Saya rasa soalan macamni selalu sangat ditanya, hampir setiap pertemuan atau program, mesti ada soalan ini.

Jawapan Syeikh tu, rahsianya adalah baitul muslim. Haha! Sentap nek. Kakak ipar saya dah usap-usap tangan saya penuh dengan rahsia disebalik senyumannya. Sikit je keluar dari mulut dia, dengar tu. Haha! Saya kerang busuk jelah. Iyalah akak, jodoh tu dekat tangan Tuhan. Penjelasan panjang lebarnya yang tak berapa nak panjang tu, itulah yang dilakukan oleh HAB. Hebatnya HAB ni kan? Bahkan golongan sekular sendiri mengakui bahawa kestabilan rumahtangga HAB adalah sumber kepada kejayaannya sehingga hari ini. So, siapa yang dah habis belajar tu dan rasa macam susah-payah sikit nak istiqamah dan mujahadah di atas jalan ni, atau dah nampak berada di ambang-ambang kejatuhan, ataupun kelihatan tanda-tanda futur, cepat-cepatlah suarakan pada naqib/ah. Jangan berdiam diri, menyepi. (Macamana dengan saya pula?? Hahaha! Rasa macam tak sanggup nak habis belajar lepas dengar jawapan ni.)


Banyak yang saya belajar daripada abang-abang saya. Dua-dua abang saya dah masuk ke alam baitul muslim (sebab tu sekarang ni giliran saya sepatutnya). Saya dah tengok macamna abang ngah saya pernah bersusah payah berjauhan dengan kak ipar saya selama setahun (kot) dan kak ipar saya terpaksa mengandung sorang-sorang untuk beberapa bulan sebab duduk jauh dengan abang saya. Tapi kerja dakwah diorang tak pernah effect langsung, kerja dakwah still gerak macam biasa. Walaupun abang long saya ni tak adalah sehebat abang ngah saya, tapi cukuplah saya dapat lihat macamana dia banyak berkorban sebab kak ipar saya orang yang hebat. Dekat sini, both need to sacrifice walaupun salah seorang yang hebat tapi sebenarnya abang long saya pun hebat sebab sekarang dia jadi househusband dan semakin expert menjaga anak buah saya yang 3 bulan tu. Sweet!

Nampak tak? Diorang sangat osem walaupun dah berkahwin. Saya ni tak kahwin lagi rasa macam susahnya nak jadi osem macam diorang. Doakanlah saya tsabat atas jalan ni jika jodoh saya belum tiba usai saya habis belajar ni.

Weekend baru-baru ni saya banyak habiskan masa di RQ. Malam selepas pulang dari KL saya ada sedikit sharing dengan adik-adik. Last minute task saya dapat dari Murobbi mereka masa on the way pulang ke sini. Saya tergamam jugalah, macamana saya nak sampaikan benda yang dah lama sangat-sangat saya dapat dan saya pun tak berapa ingat jika tak ada preparation. Jadi, saya study dalam bas. Saya baca dalam masa 20 minit untuk hadam, kemudian saya terlelap mungkin sebab kepenatan. Sampai rumah dah nak Maghrib, masa tulah saya tungkus-lumus buka hard disk saya dan cuba revise. Sekejap je sempat, lepastu saya dah bersiap-siap ke RQ. Layan.

RQ dan unta merah saya. Saya akan rindu kamu semua. 

Alhamdulillah, saya rasa lega sangat-sangat bila dah selesai. Hahaha! Saya harap diorang fahamlah apa yang saya cuba sampaikan. Saya terperasan yang saya terlupa nak buat kesimpulan atau conclusion. Lupa gila, gila pun tak pernah lupa nak cakap dia gila. Dapat sikit pun tak apalah, sebab saya betul-betul tak sempat nak prepare apa-apa. Apa yang saya cukup terkesan dengan apa yang saya sampaikan sendiri (Hahaha! Kata-kata kita adalah teguran untuk kita juga sebenarnya.) Da'i mesti flexible! Da'i itu doktor, cikgu, cleaner, chef, pilot, driver, manager, dan segala pekerjaan yang ada kat atas muka bumi ini, da'i kena rasa apabila berada di atas jalan dakwah. Kenapa saya terkesan? Sebab kadang-kadang kita ni sentiasa beralasan bila diberi tugasan. Saya tak pandai itu, saya tak boleh ini, saya tak berani itu, saya tak yakin ini. Yes! Betul tak? Paling penting, da'i kena sentiasa bersedia dengan apa saja kemungkinan yang mungkin atau bakal berlaku. Macam saya, tiba-tiba kena jadi pentaujih last minute sebab orang yang sepatut dan sepatut dan sepatutnya selepas ditukar-tukar orangnya last-last sampai kepada saya. Semuanya aturan Allah, subhanallah. Sebab saya kasihankan mereka, saya terima sajalah offer tu walaupun tak sempat nak prepare.

Esoknya saya bawa adik yang tak berapa nak adik sangat ke program remaja. Sebab saya dah ajak dia, jadi saya kenalah hadir bersama. Sekali-sekala kita kena beri diorang semangat dengan menunjukkan kebersamaan kita dalam sesuatu program. Saya rasa untuk permulaan, HARUS untuk kita sama-sama hadir bersama mereka, bukan menyuruh tetapi kita duduk dirumah goyang kaki tak buat apa-apa macam sibuk kita mengalahkan ulama dan ustaz-ustaz. Kalau ada program lain sekalipun, luangkan sedikit masa, tunjuk muka cukuplah. Beritahu dia kita akan datang semula nanti, makesure kena datang! Jangan cakap datang tapi tak datang pula! Saya masih cuba mendekati dia, dan saya sedang cuba membuat bulatan gembira baru untuk adik-adik disini. Doakan! Plan saya mudah, saya bawa mereka untuk sebulan kemudian saya akan pas pada sahabat saya yang akan sambung Master disini. Saya rindu sangat kat dia! Dia pernah berbulatan gembira dengan saya suatu masa dulu, dan saya sangat sayangkan dia!

Bulatan gembira saya yang osem suatu ketika dahulu. 

Bukan dia saja yang saya rindu, saya rindukan hamasah setiap sahabat saya di dalam bulatan gembira dahulu. Saya kira ada yang masih bersemangat, dan ada juga yang sedang diuji dengan masalah belajar yang tak pernah sudah. Saya tetap rindukan mereka, rindu untuk bersama-sama dalam solat, rindu bersama-sama mengulit mimpi, rindu bersama-sama dalam semua hal dan perkara. Rindu untuk bertukar pendapat berkenaan adik masing-masing. Rindu untuk saling mengingati. Saya rindu semua tu. 

Hidup ni, memang kadang-kadang Allah akan beri sesuatu yang mengerikan, tetapi Allah akan gantikan dengan keindahan kerana sabar kita. Kemudian, Dia akan tarik semula dan uji kita dengan sesuatu yang lebih dahsyat supaya kita boleh aplikasikan semula perkara yang indah-indah itu untuk mengindahkan sesuatu yang tak berapa nak indah pula. Saya harap lepasni, Allah akan hadiahkan saya sesuatu yang lebih indah dari hari ini. Saya berdoa dan silalah doakan untuk saya. 

Saya yang tiba-tiba emo. Wassalam.
2 Shreks

Baju Kurung - not that bad?

Salam and morning.

Dulu masa kanak-kanak riang, saya ada macam-macam jenis baju yang cantik-cantik, so girlish. Iyalah, namapun anak perempuan seorang, bajupun tak berkongsi dengan siapa-siapa. Mak tak benarkan langsung pakai seluar, nanti jadi tomboyish. Hihi.

Bila saya dah remaja, di asrama biasanya kena pakai baju kurung. Jarang pakai seluar ni. Dalam dorm pun biasalah tshirt dan kain baju kurung. So, kebanyakan masa berkain dan jarang sekali berseluar kecuali malam nak tidur.

The town that I used to go. Miss it so much! What I miss the most is Llyods bank where my money was kept. And I worked there for a month. Thanks god for the experienced. 

Selepas PMR saya ikut keluarga ke UK dan masa tu barulah saya expose dengan pakaian barat. Di Malaysia saya tak berapa expose sangat sebab saya ni gadis melayu terakhir yang sentiasa melekat dirumah tapi bukan didapur, didalam bilik tidur itu yang pasti.

Saya tak pernah kenal seluar jeans. Saya pernah sekali pakai seluar jeans selepas mak berikan satu seluar jeans yang agak longgar. Sekali atau dua kali je pakai. Lepastu tak pakai dah, it just not suitable for me. Sehingga hari ini saya tak pernah ada seluar jeans walaupun saya rasa seluar jeans cantik juga bila pakai dengan baju labuh. Tetapi saya memegang satu kata-kata seorang doktor di UK, tight jeans is not good for women. So, better shut myself from trying.

Pulang ke Malaysia, saya merasakan suasana di Malaysia tak ubah di UK. Di UK penduduk wanitanya memakai jeans dan baju ketat, serupa saja di Malaysia. Cuma, ada sebahagian rakyat Malaysia yang rasa wajib bertudung, adalah tambahan sikit. Bolehlah dibezakan antara muslim dan non-muslim. Tetapi, kalau tiada tudungnya, mungkin sayapun keliru sama ada saya masih berada di UK atau sudah pulang ke Malaysia.

Sebenarnyalahkan, saya rasa pakaian jeans dan baju ketat dan pendek, ini bukanlah fesyen tetapi pakaian budaya. Bukan budaya melayu, tetapi budaya barat. Pakaian yang ketat, sebenarnya tak cantik sangat, sebab it shows your figure and all the secrets will be showed off. Damn it! You're exposed already. Baju pendek? Buruk sebenarnya, jujurlah saya tak suka bukan sebab ianya melanggar etika menutup aurat, tetapi saya rasa baju pendek sangat tak kemas. Macam langsir tergantung. Kalau yang ketat pula, macam sarung katil, atau sarung bantal, atau sarung kerusi. Adakah saya seorang rasa macamni?

Tapi saya OK bila berseluar jeans dan blouse yang labuh. Bukan blouse yang labuh dan ketat ditambah terbelah ditepi dengan sangat tinggi, itu sangat tidak cool. Saya ada blouse labuh macamtu, memang tak berapa nak cool. Tapi saya pakai dengan skirt labuh supaya nampak cool sikit.


Ok, jadi saya nak cadangkan fesyen terkini yang mungkin cool jugalah sebab saya rasa ramai dah orang pakai. Lepasni kita cuba cari skirt labuh, atau skirt jeans. Saya ada skirt jeans, memang cool habis dan ramai orang jeles dengan skirt tu. Saya beli RM25 je, tapi susah nak dapat harga murah. Tadi saya jumpa skirt tu harga dalam RM60.

Rahsianya begini, kalau nak pakai blouse labuh, boleh pakai skirt labuh yang ketat di atas, kembang di bawah. Tak ada masalah. Insyaallah takkan nampak figure. Pastikan nak duduk jangan angkat blouse tu, duduk je dengan blouse-blouse tu sekali, best apa?

Kalau pakai skirt yang kembang, boleh nak pakai blouse yang pendek sikit, tapi kena pastikan skirt tu betul-betul kembang dan tak nampak bentuk pinggul. Maksud saya kembang tu, ianya hendaklah longgar. Blouse yang pendek tu, bukanlah pendek atas punggung tetapi biar tutup punggung sikit. Biasa saya pakai macamni dengan kemeja sebab kemeja ni tak labuh sampai bawahkan dan bukan dengan blouse. Err.. blouse pun ada tapi rasa macam dah lama tak pakai.

Saya suka tengok muslimah pakai kain skirt yang labuh tu. Nampak manis dan sopan. Saya rasa lebih baik kita berkain daripada berseluar, sebab kain itu melambangkan kesopanan kita. Roomate saya yang ganas pun sekarang pakai kain senantiasa. Comel saja. Style dia lain sikit, sebab dia ni suka bergaya. Haha. Ok, walaupun dia bergaya sakan, alhamdulillah kitorang still berjemaah dalam bilik tu ya. Don't judge a book by its cover.


Last but not least, saya ingin kongsikan pengalaman saya berkawan dengan minah salleh di kolej dulu. Mereka sangat teruja dengan baju kurung kita. Mereka sangat teruja dengan pakaian sari orang India. Kenapa? Sebab mereka tak ada their own traditional dress. Sedihkan? Tetapi kita, mengagungkan budaya merekakan? Masa saya pakai baju kurung, mereka tertanya-tanya mana saya dapat kain macamni? Ada bunga-bunga macamni? It so nice. NICE ok? Haha. Saya sangat bangga masa tu. Tapi cuaca disana tak mengizinkan sangat pakai baju kurung, it so cold. Lagi pula disana kita banyak berjalan kaki, tak macam disini banyak pandu kereta kesana ke mari je.

Mungkin orang tertanya-tanya, habis saya pakai apa kat sana? Mestila tshirt dan seluar slack, bukan jeans. Lepastu saya beli seluar dekat sana, yang tebal boleh tahan sejuk tp bukan jeans. Saya pakai tshirt, macam orang lain, tshirt pendek macam orang lain, tak labuhpun. Masatu, saya manalah tahu wujudnya tshirt labuh atas dunia ni. Bulatan gembira pun saya tak kenal lagi apa. Saya ada coat, coat saya jeans. Haha. Ok, masa awal-awal dulu coat saya pendek-pendek je bukan coat labuh. Manusia berubah, saya juga melalui proses itu.

So kesimpulannya dekat sini, marilah kita menjaga cara pemakaian kita kerana orang akan sentiasa menilai luaran. Luaran melambangkan apa yang ada di dalam, tetapi di dalam tidak semestinya menggambarkan diluaran. Apa yang penting, di dalam dan di luar haruslah seiring dan sejalan. Kerana mata Allah itu lebih suka melihat yang indah seperti yang diperintahkan dalam kitabNya.

Wallahualam.
1 Shreks

Test Grading

21 days already?

I felt so relax today after texting with a sister that far away from me. She used to be my listener for every single problem I had. She always be there when I needed. She always gave her support when am feeling so down. She keep encouraging me although I have limit knowledge in Islamic studies. But she always believe, that I have my own strength to handle anykind moment. The most important thing, she is the only person knew my whole problem from my personal life until my dakwah life.

I told her that my holidays are not in best state. I don't think am enjoying my 4 months holiday very much. Sometimes felt very-very-very angry with government cause it torturing me living in this house and do nothing. There were something I shared about my life at home, at Segamat, and what was happening to me at this moment. There are good and bad. She remind me to endure all difficulties with patience and don't easily give up. It just somekind of test to grade your iman.

Seorang daie tidak boleh bertindak mengikut perasaan apabila ditimpakan musibah yang sangat berat dan menyakitkan. Allah sentiasa menyuruh kita bersabar dengan ujian-Nya, kerana ujian itu datangnya daripada-Nya dan Dia jugalah tempat kita kembalikan rayuan.

Yes, I've planned something for UiTM. Didn't know whether this gonna work or not. Still in the middle of collecting some names that can be grouped in several numbers. Allah, I am Your servant, You are my Savior. Satukan hati-hati kami Ya Allah Yang Maha Mendengar.

Kalau sebelum ni menggunakan teknik DF asyik tak berjalan (mungkin kelemahan adik-adik yang masih baru dan diri sendiri yang masih baru masuk juga), I decided to do something else. We're gonna do both in one time. Usrah jalan DF pun jalan. Tak payah DF dulu, baru nak usrah. Mungkin ada orang kata takkan menjadi since yang akan terikat hati itulah yang bersedia untuk diusrahkan. In my situation, maybe we need to make it different. Takkan kita dah gagal plan A kita masih berkeras nak menggunakan plan A juga. Kita cubalah plan B pula, berkesan atau tidak. Kita cuba dulu. Semester lepas cuba cara DF, so semester ni kita cuba cara lain pula. We need to be creative.

Ok. I should stop now. Still thinking.

Selamat mengejar malam 1000 bulan.

Kalau ikut perkiraan Imam Ghazali malam tadi adalah malam bertuah. Wallahualam. Yang penting, carilah sepanjang 10 hari ini.
4 Shreks

Sabar Ya Sony

Salam semua.

Sebenarnya, sangat-sangat teruja nak masuk Kontest Istimewa ar-rifke : Kahwin oh!! Kahwin | Jom Sertai untuk Hadiah LUMAYAN! sebab hadiahnya sangat-sangat-sangat lumayan. Aku rasa daripada hari Isnin haritu masih memikir-mikirkan nak masuk ke tidak. Sebab contest aku masuk, banyak kali masuk final tapi selalu saja kalah. Sebab aku tak rajin comment dekat blog orang. Jadi, aku rasa malas nak join dah. Padahal ada saja ide nak buat. Tak apalah. Ada lagi 3 hari untuk teruskan berfikir sama ada mahu join atau tidak.


Rasa macam esok dah Ramadhankan? Tak sabar rasanya. Tak sabar nak berusaha beramal. Alhamdulillah, sekarang ni tengah cuba mujahadah dengan amalan sendiri. Walaupun macam berat-berat je, tetapi insyaallah cuba dan cuba.

Sony aku dah macam nyawa-nyawa ikan je aku tengok. Bulan November ni genaplah umur dia 5 tahun bersama-sama dengan aku. Pahit getir suka duka bersama. Seronok! Mungkin sekarang orang dah tak pandang Sony aku. Maklumlah, sekarang dah banyak telefon canggih. Blackberry (BB), iPhone, android, xperia dan lain-lain. Telefon aku ni cikai-cikai saja.

Sekarang ni aku pening-pening lalat nak beli apa untuk gantikan Sony aku. Dulu, aku sangat-sangat setia pada jenama SE sebab aku rasa design SE sangat best dan menarik mata aku. Tetapi, SE ni mahal mula-mula, tapi cepat turun harganya. Abang aku, adik aku, kakak ipar aku, bahkan adik aku yang sekolah menengah ni pun pakai Samsung sekarang ni. Jadi, telinga aku ni asyik dengar lidah-lidah mereka mencadangkan Samsung sajalah. Adalah orang cadangkan pakailah BB, dah ada business sendiri bolehlah online 24 hours.


Beginilah. Kalau business aku gempak macam MyDin ke, Tesco ke, Petronas ke, aku bolehlah terima lagi nak pakai BB. Kalau setakat business aku yang gaji sebulan tak sampai RM1000 tu mimpi apalah pula nak pakai BB. Bukannya aku ni 24/7 berkomunikasi dengan pelanggan melalui emel, aku guna telefon je. Tak payah emel-emel. Alahai.

Aku fikir sekarang ni aku belajar lagi, jadi kenalah buat cara seorang pelajar. Tak payah nak berlagak sangat pakai telefon mahal-mahal. Betul, serius aku tak berminat sangat pakai telefon canggih-canggih masa belajar ni. Tak best. Pakai duit mak abah? Lagilah tak best, apa barang? Sony aku tu pun beli pakai duit sendiri. Ada 2 benda saja barang mahal yang aku beli pakai duit abah dan mak. Bukan laptop ok. Dua-dua laptop aku pakai duit sendiri. Cermin mata dengan Hard disk, beratus-ratus. Tak adalah sampai beribu-ribukan. Barang-barang lain, setiap barang aku memang limitkan. Tak boleh lebih dari RM50. Biasanya paling mahal RM30 sajalah.

Oh ya, lupa. Yuran belajar pakai duit abah. Hehehe!

Baiklah. Samsung Galaxy terbaru sangat best, slim and vivid. Tapi sangat mahal. Tak mampu rasanya. Haha! Abang long suruh pakai Galaxy Mini. Mak pun sama. Aduhai. Mahalnya. Macam bukan priority untuk dibelanjakan. Ada niat beli Samsung murah macam Uda, RM199 saja. Atau macam abang long RM399 saja. Dua-dua boleh pakai 2 simcard. Tapi kenapa diorang suruh aku pakai lagi mahal dari diorang? Geram betul. Saja nak suruh aku keluarkan duit banyak-banyak. Fikir dan fikir.


Public phone sajalah.

Sayang gila dengan Sony. Lepasni tak dapat dah beli telefon dari UK. Sony aku beli dengan harga British Pound 120 = RM840++ (tak masuk postage sebab beli online) ketika itu. Balik Malaysia, Sony belum keluar lagi. Bila dah keluar, harganya mencecah RM1800. Masa tu rasa bersyukur sangat beli dekat sana. I got the original from UK.

Lepasni, kena biasakan diri pakai barangan dari Malaysia. Oh lupa nak beritahu, kalau anda ingat the features of the mobile sama over the world you are totally wrong. Aku dah compare antara Sony aku dengan kawan aku, memang lain sangat-sangat. Mine was smooth and lighter than hers.

Sepatutnya nyawa Sony mampu bertahan sampai aku mula bekerja, tapi nampak gayanya aku tidak berjaya menjaganya dengan baik lantaran dirinya semakin hari semakin parah. Hehe! Insyaallah, selagi Sony boleh bertahan, aku cuba teruskan. Sekarang ni ada perkara lain yang perlu diutamakan. Dakwah kita, belajar kita, hidup kita. Semuanya perlukan wang, jadi bersabarlah Kausar.


Wallahualam.
2 Shreks

Selamat Hari-hari

Dah lepas. Tapi, nak buat juga entri sempena Hari Guru, Hari Ibu, Hari Pekerja dan hari-hari.

Selamat hari guru diucapkan pada semua guru-guru yang pernah secara langsung atau tidak mengajar aku ataupun tak pernah mengajar pun, tetapi kalian tetap guru-guru kepada pelajar-pelajar di sekolah.

Cikgu-cikgu dari sekolah Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Sekolah Kebangsaan Jelutong, Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, Sekolah Agama Parit Raja, Sekolah Agama Kampung Istana, Burleigh Community College, UiTM Segamat Johor.

Kakak-kakak Glasgow.


Kakak-kakak Leicester

Adik-adik di UK dulu. Venue tak ingat. Is it Manchaster?

Dan tak lupa juga kepada Murobbi yang pernah mendidik diri ini, Kak Amin Ali, Ummi Saodah dan Ustaz Narawi. Secara tak langsung, Ustaz Lokman dan Ustazah Azma pun banyak juga menegur itu dan ini dalam kelab. Dan tak lupa pada sahabat-sahabat yang selalu memberi sokongan dalam kehidupan dakwah dan tarbiyah daripada dulu sampai ke hari ini, sehingga terciptanya aku hari ini, Aisyah, Along, Iffah, Kak Ijul, kakak-kakak Leicester especially Kak Zue, Kak Tasha, Kak Ain, kakak-kakak Glasgow (tak ingat nama, tapi masa jumpa program first time, diorang baik sangat bagi support dan semangat. saya akan ingat dan terus ingat wajah-wajah itu. kita buat Ghulam guna snow depan rumah kitakan?), kakak-kakak Nottingham (and of them dah jadi kakak ipar aku), Kak Odah, Mia, Kak Mar, Kak Fifi, Jannah, MakCu.

Uhibbu usrati.

Murobbi, adik-beradik usrah, adik-adik usrah lain kakak, bekas adik-adik usrah.

KONSIS 2007 (ke PKN? lupa.)

Adik-beradik usrah: Asma', Jiha, Mas, Maryam, Shira.

Bekas adik-beradik usrah: Nur, Ida, Hajar, Tiqa, Una, Kak Odah, Mia, Kak Zar.

Adik-adik usrah: Putri, Paan, Yan, Aisha, Imah, Kak Yong, Pika, Dila, Husna, Huda.

Bekas adik-adik usrah: Hanin, Dayah, Ummul, Anna, Miza, Piah, Niza.

Adik-adik usrah lain kakak: Anis, Faz, Wana, Nab, Kak Imah, Dayah, Naimah, Yanti, Ryana, Sue, Asma', Farihin, Fariha.


Dan mereka yang tidak tersenarai. Ramai lagi sebenarnya. Daripada JB + UTM, adik-adik KMJ, di Loughborough, Manchaster, Sheffield, Birmingham, dan seterusnya, terlalu ramai. Walaupun mungkin kita hanya bersua dengan salam pertemuan dan perpisahan tetapi akhlak kalian, kata-kata kalian, barangkali tanpa disedari sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatan aku hari ini. Moga Allah memberi rahmat pada kalian.

Mereka di atas juga banyak mendidik diri ini. Mungkin secara langsung ataupun tidak. Sepanjang kita pernah tidur setilam dan sebantal, duduk sekerusi, daurah bersama, makan satu talam, kadang-kadang satu pinggan share, minum secawan. Enti dengar masalah ana, ana dengar masalah enti. Tiba-tiba rasa nak sharing, sambil-sambil baring sambil bercerita. Makan sama-sama, sambil luahkan apa yang terbuku. Fikir sama-sama masalah adik-adik usrah. Bahagikan tugas untuk bawa adik-adik. Minta tolong gantikan perjumpaan dengan adik-adik.

Sangat banyak nak di senaraikan dan sebenarnya semua itu adalah tarbiyah dan didikan yang Allah berikan pada kita melalui sahabat-sahabat terdekat. Subhanallah. Syukrulillah.


Dan yang paling hebat lagi jasa mereka mendidik aku sejak aku dilahirkan sehingga ke hari ini, mak dan abah tersayang. Jasa mereka tidak cukup dengan tulisan-tulisan yang sedikit dalam blog ni, bahkan jika disebut-sebutkan belum pasti semuanya tersebut kerana terlalu banyak, tak terhingga. Terima kasih mak. Terima kasih abah.

(Nak buka link new window, just right click and choose open new window, or open new tab)

Wallahualam.
0 Shreks

Adakah ini Rindu?

Salam.

Sejuru selepas mata terkatup, fikiran terus melayang ke Loughborough Town Centre. Aduh!

Oh, dan aku terus teringat. Boots Pharmacy, Next, WHSmith, Somerfield, Tesco, Sainsbury's, Lloyds Bank (aku guna bank ni masa di UK dulu), Burleigh Community College, Limehurst High School, Cobden Primary School, Loughborough College, Loughborough University, Pilkington Library, Grammar School, Leisure Centre, Fun Fair, One By One, Queens Park, Beacon Hill, Library Town Centre, Loughborough Bell Foundy, Maxin, Cinema, Carboot sale, kedai ayam dekat Nottingham, Rawlins College (sekolah abang ngah dulu), oh, dan macam-macam lagi.

Tower ni di Queens Park. Aku pernah naik tower ni. Entah apa namanya aku tak pasti. Yang penting, sangat penat dan pening naik tangganya. Yelah, tangga yang berpusing-pusing tu. Pernah sekali tu nak naik lagi sekali selepas di ajak, tapi alhamdulillah tutup pula. Hehe! Bila jerit kuat-kuat, tak ada siapapun dengar, tu yang best. Yake tak ada orang dengar? Confident je.

Selalu jugalah lepak dekat Pilkington Library, buat semak je. Haha! Pilkington ni letaknya di dalam Loughborough University. Selalu ikut member lepak dekat sini. Main komputer. Dulu kitorang memang gila internet. Gila chatting. Gila myspace. Argh! Terlalu banyak kegilaannya dalam dunia cyber dahulu kalanya. Hari ini, bertambah-tambah gila dengan bilangan pengguna yang semakin meningkat. Mujur level kegilaan tidak melebihi had yang sepatutnya.

Kilang ini tersangat hampir dengan rumah aku. Ya, bila hari Ahad memang lama sangat loceng berbunyi, almaklumlah hari untuk mengajak umat mereka bersembahyang. Kadang-kadang pelancong datang membuat lawatan. Wah, aku pun macam banggalah juga. Sebab dekat dengan rumah sendiri. Hehe! Bila nak pergi bandar je, biasanya memang akan lalu kawasan ni, lebih dekat. Nak pergi kerjapun kadang-kadang lalu kawasan ni. Tapi nak pergi kolej tak bolehlah lalu sini, jauh sikit nak ambil bas. Adik-adik pergi sekolah, WAJIB lalu kawasan ni, sebab sekolah belakang ni je.

Oh, segalanya tinggal kenangan.

Akhir kata, sekolah, aku dan kamu. Moga hari ini, hidup kita lebih baik daripada hari-hari terdahulu. Segalanya manis, tetapi adakah manis itu mampu menjadi saksi ke syurga di akhirat kelak?


The friends from left: Me, Steph, Atin, Isya, Asha and the only guy is Atiq.

Wassalam.
 
;