Salam.
Alhamdulillah. Tak tahu kenapa line internet tengah laju sekarang ni. So kita ambil peluang untuk update isu semasa.
Alhamdulillah weekend lepas saya berkesempatan ke mukhayyam bersama adik saya. Seronok dapat memanah dan berkayak. Walaupun ni bukan pertama kali untuk saya, tetapi bagi adik saya yang baru berjinak-jinak dengan tarbiyah sangat seronok dengan pengalaman baru ni. Huhu. Saya sangat-sangat happy untuk dia.
Masa hari Jumaat tu, semua orang terkejut dengan kehadiran saya. Sebabnya, yang join mukhayyam tu semua adik-adik saya. Diorang ingat saya jadi fasilitator, ustazah pun ingat saya ni fasi. Saya berdaftar sebagai peserta, jadi hari ini saya hadir sebagai peserta macam adik-adik yang lain. Hehe.
Ada sorang adik saya ni cakap dengan saya macam ni..
Akak tahu tak, sepanjang kita sama-sama dalam jalan ni, pertama kali rasanya kita jadi peserta bersama-sama. Selalunya akak jadi fasi, jadi penganjur. Lain rasa bila sama-sama jadi pesertakan?
Saya pernah jadi naqibah adik ni, bila dia cakap macamtu saya rasa sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Kadang-kadang kita terlalu bekerja keras untuk membina adik-adik tetapi kita jarang cuba untuk bersama-sama mengisi ruang tarbiyah dia bersama-sama dengan kita. Biasalah, kakak penganjur, adik peserta. Adik peserta, kakak penganjur. Sampaikan tak pernah nak rasa kelainan seperti adik peserta, akak peserta. Kita meletakkan taraf dalam tarbiyah kita sehingga kita yang lebih lama dalam dunia tarbiyah rasa tidak layak untuk bersama-sama dengan mereka yang baru ni. Perasaan tu kita kena buang, sebab kita pernah melalui proses tumbesaran dakwah, maka tidak salah untuk kita mengulangi proses tu sebagai ruang muhasabah diri.
Masa mukhayyam haritu, kami diberikan kumpulan. Kami sepakat melantik sorang adik ni sebagai ketua kumpulan. Adik untuk saya tetapi kakak untuk adik-adik yang lain. Satu masa tu, dia mohon untuk berundur diri dan memilih saya sebagai ketua kumpulan. Ada beberapa orang adik-adik faham dengan signal saya, alhamdulillah. Mereka ramai-ramai tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mungkin dia rasa rendah diri sebab saya sangat cepat bertindak dan sistematik menyebabkan dia rasa kurang layak. Mungkin silap saya juga, jadi saya ambil peluang ni untuk muhasabah diri saya dan kedudukan saya ketika itu. Saya kena bagi peluang adik-adik ni untuk bertindak, bukan saya sebagai pemula untuk bertindak. Haha. Last-last saya lagi rela jadi pemerhati kecuali masa BBQ tu dah tak boleh tahan sangat nak hidupkan api, saya join sekaki.
Banyak sangat saya belajar masa mukhayyam, walaupun simple dan rileks, tetapi saya dapat belajar banyak benda. Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah. Saya bersyukur atas peluang yang berharga ni.
Dan baru-baru ni kami ada iftar di pejabat. Alhamdulillah, kami 13 orang hadir dengan muka kelaparan. Haha! Adik-adik saya memang macamtu, suka buat muka lapar-lapar mereka sampai saya pun terikut sekali. Hehe. Insyaallah Rabu ni saya sedang cuba merancang sesuatu bersama-sama mereka untuk semester hadapan. Doakan semuanya berjalan dengan baik.
Oh ya, saya dah dapat advisor untuk praktikal saya! Yosh! Semoga Allah permudahkan urusan saya yang akan mula busy tak lama je lagi. Next week dah start presentation. Wow! Hahaha. Oklah, maghrib sudah mula menjengah.
Selamat berbuka puasa buat sahabat-sahabat saya yang berpuasa hari ini!
Showing posts with label Mukhayyam. Show all posts

Saya dah mengantuk, tapi saya nak update sikit.
Baru je tadi tiba dari Ipoh, ke sana bersama keluarga. Malam semalam sempatlah singgah rumah abang ziarah diorang. Seronok dapat jumpa anak buah, sekarang dah pandai menjerit, sakit telinga mak lang ok?
Dapat anak bulus sekor! Umur 2 bulan. Jenis siam dan sangat-sangat agressive, saya suka! Nama dia Betty. Betty tak macam Benji, Benji sangat sombong. Betty sangat peramah. Haha! Tak apa, kita kena bagi masa pada Benji untuk terima Betty. Dia macam tak sudi menerima kehadiran Betty. Tak apa, insyaallah lama-lama oklah tu. Saya terpaksa letak Betty dalam sangkar, Benji dilepaskan. Sebab risau Benji tu asyik nak marah dekat Betty je. Baiklah biar Betty terkurung dengan selamat.
Esok malam saya join mukhayyam. Lama sangat-sangat dah saya tak join. Sebenarnya mukhayyam ni bukan untuk saya, untuk adik-adik saya. Tapi ramai tak dapat hadir atas urusan lain. Sorang je yang dapat hadir. Jadi, saya dikira peneman dia dikala susah dan senang. Haha! Dia tak biasa lagi, rugi rasanya kalau tak bawa dia pergi mukhayyam. Saya sangat-sangat suka pergi mukhayyam. Pengalaman mukhayyam saya paling best adalah di Rebutia, 2 tahun yang lalu rasanya. Itulah pengalaman mukhayyam paling terkesan dan mencabar.
Paling saya ingat, kami kena sujud dalam sungai. Sujudlah selama mana kita mampu bertahan dalam air tu. Menangislah sederas mana sekalipun, tak ada orang yang tahu. Saya tak akan lupa sampai bila-bila, malam itu! Sepanjang mukhayyam, jam tidak dibenarkan, telefon juga tidak dibenarkan, kami hidup hanya dengan melihat langit. Zohor dah masuk ke? Dah subuh ke? Nak solat jemaah, kena redah takungan-takungan air sebab masa tu musim hujan. Stokin tak pernah kering. Tidur dalam kesejukan. Haha! Saya sangat bersyukur dengan pengalaman berharga tu!
Saya harap adik saya yang sorang tu, dapat belajar dan melalui pengalaman mukhayyam kali ni walaupun saya tak ada klu sangat perjalanannya macamana. Err.. memang selalu mukhayyam macamtu pun, you have no idea what's ahead. Itu yang mencabar!
Rupanya banyak lagi barang saya tak prepare. Jadi, esok mulalah treasure hunt saya dari pagi. Paling penting renew the license. Mak suruh pergi sendiri walaupun lesen saya dah tamat tempoh. Dia kata dekat je nak renew, tak payahlah mak nak bawa. Haha! Oklah, green light terang tang-tang-tang.
Saya tidur dulu. Good night!

Subhanallah. Banyak yang aku lalui sepanjang tempoh tidak berupdate blog ni. Entah, perasaan untuk menulis semakin lama malap, sikit-sikit seperti kurang semangat untuk menulis. Barangkali ide tercetus begitu banyak, sehingga tidak tahu yang mana harus dipertaruhkan terlebih dahulu.
Alhamdulillah, usrah sudah ada. Bersama-sama sahabat dari UTHM berhalaqah, berbincang, dan bertukar pandangan, seronok rasanya. Apatah lagi, bahan yang dibincangkan memang wajar diberi pendapat selain daripada berkongsi pengalaman.
Baru-baru ni, aku sekali lagi bercamping atau mukhayyam di Hutan Lipur Gunung Berlumut selama 2 hari 1 malam. Walaupun sekejap, tetapi sebenarnya terasa lama melalui saat-saat yang sungguh mencabar. Kami berhadapan dengan masalah air dan api. Dewan yang disediakan tiada air dalam bilik air kerana operasi menaik tarafkan kawasan. Selain daripada itu, api juga tiada membantu.
Namun, berkat usaha sahabat-sahabat dan sesungguhnya Maha Kuasa dan kehendak Allah, kami berjaya membuat 3 uggun api. First, bertujuan untuk BBQ. Second, untuk masak yang simple, macam masak air, goreng apa-apa ke. Third, unggun api yang cukup besar untuk membantu kawasan perkhemahan kami kekal bercahaya. Maka, kami membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk berjaga malam menjaga unggun api tersebut supaya tidak terpadam.
Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Unggun api tu kekal sehingga pagi, sehingga matahari naik, bara api tersebut masih kekal dan masih setia disitu. Allah Maha Berkehendak, dan sesungguhnya pergantungan sepenuhnya kepada Allah amat perlu dalam keadaan seperti ini. Jangan hilang harapan, dan terlalu takut pada kekalahan, kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertawakal sepenuhnya kepadanya, dengan syarat hendaklah dengan usaha.
Minggu sebelumnya, aku ke Ledang untuk program lain. Tak tahu nak cakap tajuk pengisian fokus dimana, tetapi mungkin lebih kepada keperluan usrah. Ya, mengapa pentingnya usrah. Sahabat-sahabat, usrah sangat penting untuk mengekalkan dan membantu iman kita mantain seperti sedia-kala. Usrah amat penting supaya kita dapat sentiasa muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri. Kalau boleh, usrah dijalankan setiap minggu supaya iman kita tidak sempat jatuh sehingga zero, insyaallah.
Alhamdulillah. Banyak sebenarnya pengisian yang dapat. Aku harap boleh berkongsi, tetapi mungkin aku memerlukan masa untuk diri sendiri. Banyak benda dalam kepala, cukup serabut. Hati berperang dengan jiwa, berperang dengan perasaan, berperang dengan emosi, hanya Allah yang faham dan mengerti apa sebenarnya yang tersirat. Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Dia yang mengerti, semoga Dia terus membantu aku teguh dan tegar di jalan Allah. Amin.
Wallahualam. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)