Cukuplah Allah

Salam.

Subhanallah. Banyak yang aku lalui sepanjang tempoh tidak berupdate blog ni. Entah, perasaan untuk menulis semakin lama malap, sikit-sikit seperti kurang semangat untuk menulis. Barangkali ide tercetus begitu banyak, sehingga tidak tahu yang mana harus dipertaruhkan terlebih dahulu.

Alhamdulillah, usrah sudah ada. Bersama-sama sahabat dari UTHM berhalaqah, berbincang, dan bertukar pandangan, seronok rasanya. Apatah lagi, bahan yang dibincangkan memang wajar diberi pendapat selain daripada berkongsi pengalaman.

Baru-baru ni, aku sekali lagi bercamping atau mukhayyam di Hutan Lipur Gunung Berlumut selama 2 hari 1 malam. Walaupun sekejap, tetapi sebenarnya terasa lama melalui saat-saat yang sungguh mencabar. Kami berhadapan dengan masalah air dan api. Dewan yang disediakan tiada air dalam bilik air kerana operasi menaik tarafkan kawasan. Selain daripada itu, api juga tiada membantu.

Namun, berkat usaha sahabat-sahabat dan sesungguhnya Maha Kuasa dan kehendak Allah, kami berjaya membuat 3 uggun api. First, bertujuan untuk BBQ. Second, untuk masak yang simple, macam masak air, goreng apa-apa ke. Third, unggun api yang cukup besar untuk membantu kawasan perkhemahan kami kekal bercahaya. Maka, kami membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk berjaga malam menjaga unggun api tersebut supaya tidak terpadam.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Unggun api tu kekal sehingga pagi, sehingga matahari naik, bara api tersebut masih kekal dan masih setia disitu. Allah Maha Berkehendak, dan sesungguhnya pergantungan sepenuhnya kepada Allah amat perlu dalam keadaan seperti ini. Jangan hilang harapan, dan terlalu takut pada kekalahan, kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertawakal sepenuhnya kepadanya, dengan syarat hendaklah dengan usaha.

Minggu sebelumnya, aku ke Ledang untuk program lain. Tak tahu nak cakap tajuk pengisian fokus dimana, tetapi mungkin lebih kepada keperluan usrah. Ya, mengapa pentingnya usrah. Sahabat-sahabat, usrah sangat penting untuk mengekalkan dan membantu iman kita mantain seperti sedia-kala. Usrah amat penting supaya kita dapat sentiasa muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri. Kalau boleh, usrah dijalankan setiap minggu supaya iman kita tidak sempat jatuh sehingga zero, insyaallah.

Alhamdulillah. Banyak sebenarnya pengisian yang dapat. Aku harap boleh berkongsi, tetapi mungkin aku memerlukan masa untuk diri sendiri. Banyak benda dalam kepala, cukup serabut. Hati berperang dengan jiwa, berperang dengan perasaan, berperang dengan emosi, hanya Allah yang faham dan mengerti apa sebenarnya yang tersirat. Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Dia yang mengerti, semoga Dia terus membantu aku teguh dan tegar di jalan Allah. Amin.

Wallahualam. Wassalam.

0 Shreks:

 
;