Sebentuk Cincin

Salam.

Kerana sebentuk cincin, pelbagai andaian boleh bermain didalam fikiran seseorang. Ya, sama ada sudah bertunang, ataupun telah bernikah. Yang mana?




Hehe! Persoalan ini selalu bertandang ke telinga, jenuh menjawab.

"Belum tunang, belum nikah."

Cincin yang dipakai adalah hadiah dari seorang emak kepada anak perempuannya, satu-satu anak perempuan dalam keluarga. Ya, cincin itu cincin emas. Berat. Macam cincin tunang. Err.. boleh kata lebih kurang cincin tunang kakak iparku?

Cincin ni telah lama emak berikan, terlalu lama diberi pada aku untuk dipakai. Tetapi, rimas sungguh dengan barang-barang kemas ni. Tak boleh buat kerja lasak! Itu adalah alasan daripada dulu. Sampailah satu ketikanya, cincin itu dipakai sebagai tanda aku sudah menjadi seorang 'perempuan'. (Apa tu?)

Bukan perempuan yang sudah bertunang, bukan juga perempuan yang sudah bernikah, tetapi perempuan yang dah rajin pakai baju kurung. Hehe! Yelah, selama ni asyik berseluar je. Perempuan yang sudah pandai menjaga dirinya (Insyaallah - Moga Allah jugalah yang menjaga diri ini dari segala fitnah dan tohmahan).

Untuk mengelakkan dari pelbagai andaian dan sangkaan yang jauh terpesong, aku menyimpan cincin itu. Ya, cincin pemberian emak. Hehe! Lepasni tak perlu menjawab pertanyaan yang macam-macam. Insyaallah.

Wassalam.

2 Shreks:

مريم أبو أحمد said...

k,
akak tak suka pakai cincin.. rimas! hehe..

dan tipikal masyarakat, kalau ada cincin tandanya berpunya. ;)

Kay J said...

KM..

betul2 tipikal, kdg2 rasa serba salah. mungkin maksud mereka, "kau dah kena kahwin ni". hehe.

nnt dah kahwin akak kena pakai juga!! latih dari sekarang =)

 
;