Hati-hati Mereka

Salam.


Hari ini aku bertemu dengan 2 orang adik, untuk sama-sama mencari redha Ilahi, untuk sama-sama menuntut ilmu dan untuk sama-sama mengikat hati supaya tsabat di jalan ini. Insyaallah, doakan mereka agar terpelihara imannya, doakan mereka supaya teguh di atas jalan ini dan doakan mereka moga hatinya dibimbing selalu.

Kadang-kadang, kita mengingatkan orang lain, tetapi kita terlupa untuk mengingatkan diri sendiri. Sebab itu, kita perlu belajar untuk mengajar. Kita perlu ada murobbi untuk mencari mutarobbi. Ya Allah, bantulah aku di jalan-Mu ini.

Di akhir pertemuan, aku hidangkan mereka dengan doa rabitah di dalam bahasa supaya kami boleh saling menghayati makna tersirat doa tersebut. Insyaallah, moga lembut hati mereka untuk terus bersama-sama aku.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu
bertemu untuk mematuhi perintahMu
bersatu memikul beban dakwahMu
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu

Jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong


Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

0 Shreks:

 
;