Miss You-Kay

Salam.

Merasai hidup di negara orang adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi di kawasan yang tidak ramai orang-orang Islam, yang ada adalah mereka yang tidak kenal apa itu Islam.Sungguh bersyukur kerana kita diberi peluang untuk pamerkan Islam yang ada dalam diri kita kepada mereka, bukan Islam yang hanya terlakar di atas kad pengenalan sahaja.

Aku rindu UK. Suasana yang tenang, sejuk mata memandang. Sifat peramah yang ada dalam diri mereka, sifat ingin tahu yang cukup mendalam wujud dalam jiwa mereka, berbeza dengan melayu. Kita ada Islam, tetapi kita tidak cukup moral seperti mereka. Sayangnya. Mungkin kerana kita dibesarkan dalam suasana dan negara Islam, sedangkan mereka dibesarkan dengan mengasingkan agama dari kehidupan seharian, maka pelajaran moral adalah penting bagi setiap individu.

Alangkah indahnya jika semua orang di Malaysia dapat merasa betapa sukarnya untuk istiqamah disana, andai tersilap langkah. Kerana, mereka tidak ada pegangan agama yang kuat. Dan jika pegangan kita tidak kuat, maka kita juga sama seperti mereka.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Berdoalah selalu moga ditetapkan iman kerana kini, suasana disini tidak ada bezanya dengan disana. Kenapa? Sebab terlalu ramai orang putih celup yang dari mana wujudnya, aku kurang pasti. Sedangkan orang putih diluar sana, tidak pernah berbangga dengan bangsa mereka, tetapi kita melayu sehingga taksub pada budaya itu.



Wassalam.

0 Shreks:

 
;