Kita Sama

Salam.

Alhamdulillah. Tak tahu kenapa line internet tengah laju sekarang ni. So kita ambil peluang untuk update isu semasa.

Alhamdulillah weekend lepas saya berkesempatan ke mukhayyam bersama adik saya. Seronok dapat memanah dan berkayak. Walaupun ni bukan pertama kali untuk saya, tetapi bagi adik saya yang baru berjinak-jinak dengan tarbiyah sangat seronok dengan pengalaman baru ni. Huhu. Saya sangat-sangat happy untuk dia.

Masa hari Jumaat tu, semua orang terkejut dengan kehadiran saya. Sebabnya, yang join mukhayyam tu semua adik-adik saya. Diorang ingat saya jadi fasilitator, ustazah pun ingat saya ni fasi. Saya berdaftar sebagai peserta, jadi hari ini saya hadir sebagai peserta macam adik-adik yang lain. Hehe.

Ada sorang adik saya ni cakap dengan saya macam ni..

Akak tahu tak, sepanjang kita sama-sama dalam jalan ni, pertama kali rasanya kita jadi peserta bersama-sama. Selalunya akak jadi fasi, jadi penganjur. Lain rasa bila sama-sama jadi pesertakan?

Saya pernah jadi naqibah adik ni, bila dia cakap macamtu saya rasa sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. Kadang-kadang kita terlalu bekerja keras untuk membina adik-adik tetapi kita jarang cuba untuk bersama-sama mengisi ruang tarbiyah dia bersama-sama dengan kita. Biasalah, kakak penganjur, adik peserta. Adik peserta, kakak penganjur. Sampaikan tak pernah nak rasa kelainan seperti adik peserta, akak peserta. Kita meletakkan taraf dalam tarbiyah kita sehingga kita yang lebih lama dalam dunia tarbiyah rasa tidak layak untuk bersama-sama dengan mereka yang baru ni. Perasaan tu kita kena buang, sebab kita pernah melalui proses tumbesaran dakwah, maka tidak salah untuk kita mengulangi proses tu sebagai ruang muhasabah diri.

Masa mukhayyam haritu, kami diberikan kumpulan. Kami sepakat melantik sorang adik ni sebagai ketua kumpulan. Adik untuk saya tetapi kakak untuk adik-adik yang lain. Satu masa tu, dia mohon untuk berundur diri dan memilih saya sebagai ketua kumpulan. Ada beberapa orang adik-adik faham dengan signal saya, alhamdulillah. Mereka ramai-ramai tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mungkin dia rasa rendah diri sebab saya sangat cepat bertindak dan sistematik menyebabkan dia rasa kurang layak. Mungkin silap saya juga, jadi saya ambil peluang ni untuk muhasabah diri saya dan kedudukan saya ketika itu. Saya kena bagi peluang adik-adik ni untuk bertindak, bukan saya sebagai pemula untuk bertindak. Haha. Last-last saya lagi rela jadi pemerhati kecuali masa BBQ tu dah tak boleh tahan sangat nak hidupkan api, saya join sekaki.

Banyak sangat saya belajar masa mukhayyam, walaupun simple dan rileks, tetapi saya dapat belajar banyak benda. Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah. Saya bersyukur atas peluang yang berharga ni.

Dan baru-baru ni kami ada iftar di pejabat. Alhamdulillah, kami 13 orang hadir dengan muka kelaparan. Haha! Adik-adik saya memang macamtu, suka buat muka lapar-lapar mereka sampai saya pun terikut sekali. Hehe. Insyaallah Rabu ni saya sedang cuba merancang sesuatu bersama-sama mereka untuk semester hadapan. Doakan semuanya berjalan dengan baik.

Oh ya, saya dah dapat advisor untuk praktikal saya! Yosh! Semoga Allah permudahkan urusan saya yang akan mula busy tak lama je lagi. Next week dah start presentation. Wow! Hahaha. Oklah, maghrib sudah mula menjengah.

Selamat berbuka puasa buat sahabat-sahabat saya yang berpuasa hari ini!

0 Shreks:

 
;