Bergembiralah!

Salam semua.

Alhamdulillah dapat nak online kejap. Saya pakai broadband kawan ni, dia dah balik ke Muar. Pinjam konon nak suruh print assignment dia, last-last saya guna untuk kegunaan peribadi saya. Haha. Tak apa, dia tak kisah sebab tu saya lebih tak kisah.

Baru-baru ni saya dimaklumkan oleh sahabat saya yang ada lecturers ni cari RA dekat tempat saya belajar. Saya sangatlah excited, tapi tiba-tiba saya rasa macam takutnya, takut tak dapat nak balancekan banyak benda. Huhu. Semester ni, sangat-sangat tough juga saya rasa walaupun baru hari ketiga saya dah terasa macam sebulan berada dekat sini. Assignment yang kami dapat semua super-mega. Berpinar-pinar jugalah mata saya nak fahamkan arahan assignment yang dah dapat tu. Belum lagi 3 subjek yang belum masuk lagi ni. Lepas tanya pendapat beberapa kawan, saya decide untuk cubalah pergi jumpa lecturer tu. Mana tahu, masih ada kekosongan untuk diisi. Rezeki sebelah sayalah kot.

Baru-baru ni saya dapatlah jumpa adik-adik saya dah lepaskan rindu beberapa jam dengan beberapa orang adik-adik. Hehe. Macam biasa, banyaklah cerita yang saya tak pernah tahu terbuka dan dibuka dan akhirnya saya tahu. Haha. Biasalah, saya akan jadi orang terakhir yang tahu cerita diorang, sebab saya sedang bercuti. Kalau tak cuti, mesti dah selalu dapat jumpa diorang. Ni pun insyaallah planning untuk bawa diorang iftar esok, moga dipermudahkanlah.

Bila saya dengar cerita diorang, saya senyum. Walhal diorang tengah serabut, banyak betul masalah bertandang. Saya senyum sebab saya rasa Allah sedang mendidik mereka, saya sangat gembira dengan ujian tersebut. Bukan saya suka diorang berada dalam kesusahan, tetapi saya gembira Allah sedag menguji kesabaran diorang dan mendidik diorang apa itu dakwah, apa itu tarbiyah dan apa itu Islam. Saya juga pernah melalui fasa mereka, dan saya berharap sangat fasa yang sedang mereka lalui akan lebih menguatkan mereka, manganggap bahawa tarbiyah kehidupan itu adalah pelajaran dan pengajaran yang terbaik untuk masa depan dakwah kita. Jika masalah hari ini kita boleh lalui, insyaallah masalah akan datang kita akan lebih memahami dan bertambah kuat.

Hidup ni jika tak diuji, rasa kosong kerana barangkali Allah tak ingat pada kita dan kita juga lupa padaNya. sedangkan bila kita diuji, hati kita sentiasa mencari-cari namaNya, dan menyebut-sebut sifatNya. Kita mula merinduiNya. Semakin dekat kita padaNya, Allah.. semakin kuat ujian yang Dia berikan. Inilah perjalanan dakwah yang tidak pernah surut kepayahannya. Bahkan saban hari bertambah menguji dan teruji. Kadang-kadang sampai kering air mata ni menadah kesedihan kerana tidak sanggup lagi tertanggung dugaan daripadaNya. Dia sedang memerhati dan Dia sedang mengambil peduli. Barangkali Dia sedang mengingati dan sentiasa mencari-cari pahala kita ketika dilanda kesusahan. Subhanallah. Banyak sangat pahala dan nikmat apabila kita diuji dan diduga.

Mustahil Allah turunkan sesuatu dugaan, di luar daripada kemampuan. Kerana janji Allah itu pasti, semua orang akan diuji sesuai dengan kemampuan masing-masing. Kita mampu, maka itulah kepayahan yang terbaik yang telah Allah letakkan pada kita. Tiada istilah KEBETULAN didalam Islam, bahkan didalam kehidupan kita seharian. Segalanya telah diaturkan oleh Allah dengan cantik dan istimewa sekali.

Fastabsyiru! Walaupun duri itu tajam, tetapi gapailah bunga yang cantik untuk perhiasan iman.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;