Week Two

Salam tengahari yang hangat lagi menawan mata yang panas-panas suam.

Mata saya sangat panas-panas, saya rasa tanda-tanda nak demam. Tu yang mak saya selalu beritahu saya kalau nak tahu badan kita dah mula tak berapa nak sihat. Doakan kesihatan saya!

Tamat sudah minggu kedua saya berada di sini, tetapi saya dapat rasakan bahang yang sangat dasyat sebab rasa macam dah lama gila dekat sini. Rupanya baru 2 minggu? *Pengsan*. Saya dah dapat assignment yang berlambak-lambak dan minggu depan presentation akan bermula. Jeng-jeng-jeng.. nantikanlah!

Sebenarnya saya sedang rasa bersalah yang amat. Sebabnya, kami adalah buat trip ke sebuah negeri ni untuk salah satu subjek yang kami ambil. Dan saya penolong ketua projeknya. Tadi bos saya call, beritahu masalah-masalah yang sedang dihadapi. Haha. Macam besarkan? Agak besar sampai 2 kelas dia tak pergi, kesiankan? Saya dah agak, dia tak datang kelas sebab uruskan pasal proposal tu. Masa dia call tadi, saya tolonglah bagi pendapat dan cadangan. Haha! Punbegitu, saya rasa tak senang duduk bila saya tak dapat buat apa-apa. Hm.. saya doakan urusan dia dipermudahkan.

Semester ni macam banyak juga projek besar. Jadi, kitorang ada masalah kumpulan. Sedihkan? Sebab apa sedih? Sebab, bila seseorang tu selalu buat masalah dalam mana-mana group, orang semua taknak ambil dia sebagai group member. Jadilah episod tolak-menolak dan tarik-menarik. Saya bersimpatilah dekat group yang terpaksa ambil budak tu. Sayapun memang taknak budak tu, jahat tak? Entahlah, tapi saya tak kisah at first. Cuma group member saya taknak. Budak yang kami ambil sekarangpun ikutkan diorang taknak juga. Pressure jugalah untuk saya, malas nak fikir hal-hal remeh macamni. Saya rasa budak-budak kelas saya ada yang tak puas hati sesama diorang, sebab ni lah. Saya harap semuanya dapat saling memaafkan. Lagi touching bila kawan baik sendiri tak nak satu group. Saya dah beritahu dah, pergi jelah dekat group sana, sebab saya ok saja kalau diorang pergi sana. Tapi diorang taknak, banyaklah alasan. So, apalagi saya mampu katakan? Tak apalah, buatlah yang terbaik tak kisah kita group dengan siapa sekalipun.

Makin final year, semakin kurangnya kematangan. Tetapi, semakin dah nak habis, semakin banyak kita belajar tentang sahabat-sahabat kita. Waktu ni lah baru kita nampak siapa yang kawan, dan siapa yang lawan. Ada kawan yang tolong kita, ada kawan yang pentingkan diri. Sebelum kita nak orang lain tolong kita, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri sampai terlupa nak tolong diri sendiri.

Saya tak dapat nak update selalu sebab line internet dekat rumah saya ni kadang-kadang dia jadi siput, kadang-kadang jadi kijang, kadang-kadang tu macam kura-kura, saya pun konfius juga sebenarnya dia kategori apa. Jadi, saya online bila dia jadi cheetah!

Alhamdulillah, saya berjaya buat satu lagi bulatan gembira untuk kawan-kawan saya! Malam tadi kami berbulatan gembira dengan sangat gembira. Saya masak jemput-jemput, kawan-kawan saya pun masak jemput-jemput juga! Kalau anda nak tahu, inilah first time saya buat jemput-jemput sendiri dengan bantuan adik saya. Haha! Ok, saya terpaksa admit saya memang tak pandai masak. Semalam saya buat jemput-jemput ikan bilis, lepasni nak buat jemput-jemput kentang pula! Alhamdulillah! Saya happy sangat. Saya harap bulatan gembira ni boleh bantu diorang istiqamah untuk berubah!

Sekarang ni kawan-kawan serumah saya dah tahu kalau saya keluar malam je mesti sebab saya ada bulatan gembira. Huhu. Adik saya kata nak buat bulatan gembira untuk kawan-kawan serumah ni. Doakan kami! Memang dah ajak, tapi kena bagi masa kot. Apa-apapun hopefully terbuka pintu hati mereka. =) Insyaallah.

Doakan untuk saya! Weekend ni macam banyak sangat aktiviti, harapnya saya mampu berikan masa yang terbaik kepada semua orang. Sabtu ni ada family day, petang tu adik-adik saya akan berjumpa dengan adik-adik mereka. Malam pula saya rancang nak buat assignment, Ahad saya ada dating dengan kawan-kawan serumah saya, dan malam ni atok sebelah ajak pergi rewang! Hahaha! Baiklah, saya stop setakat ni dulu.

0 Shreks:

 
;