Ya, Itu Kawan Saya

Biiznillah. Harini saya diberi peluang untuk update lagi, dan lagi. Allah sangat sweet bila memberi saya peluang pada hari semalam (Jumaat). Alhamdulillah.

Kisahnya begini..

Khamis petang, kelas saya cancel sebab lecturer saya kena jaga budak exam (diploma). Saya pulang ke rumah dengan perasaan yang kurang berperasaan. Mungkin lebih kepada perasaan bermalas-malasan dan berfikir-fikiran nak buat apa untuk pengisian malam tu? Oh, bulatan gembira terakhir untuk adik-adik diploma saya. 


Petang tu, saya buka laptop. Dengan muka yang telah ditepek dengan malu yang tebal, saya pinjam broadband adik saya. *sambil sengih*. Dia tengah buat assignment, saya online. Good combination. Niat saya nak tengok harga dominos pizza, sebab saya nak raikan pertemuan terakhir kami sebelum mereka bercuti. Tetapi biasanya kita akan terlari niat sikit bila dah khusyuk dapat line internet. 

Alhamdulillah, internet agak memberangsangkan petang itu. Adik saya kata, mungkin dah ada coverage dekat kawasan kampung kita ni. Mungkin! Saya nampak sahabat-sahabat saya ramai yang nak pergi GMJ (Global March to Jerusalem) dekat mukabuku. Ok. Saya jeles dengan mereka yang akan pergi. Jadi saya berfikiran untuk pulang ke rumah petang Khamis tu juga sebab saya nak join GMJ. Apatah lagi bila saya dapat tahu ada rombongan bas dari Muar. Hati saya kuat mengatakan saya kena balik hari Khamis. Huhu. Mujurlah iman saya cukup kuat menahan diri supaya tidak terlalu mengikut nafsu. Saya ada bulatan gembira yang harus di hadiri. Alhamdulillah, Allah masih ada bersama-sama saya memberi kekuatan buat diri saya, subhanallah. 

Dengan izin Allah dan tanpa perancangan awal, sahabat saya ajak pergi GMJ. Saya call abah untuk mendapatkan keizinan. Tak berjaya dihubungi. Saya call mak untuk mendapatkan persetujuan. Beliau angkat dan memberi persetujuan tanpa banyak bertanya. Asal dia tahu saya bersama siapa itu sudah cukup. Petang tu, abah call bertanya tujuan saya hubungi dia. Saya ceritakan segalanya dan abah saya seperti kurang yakin saya boleh sampai ke rumah awal. Sebab Muar akan bertolak jam 3.30 petang. Saya habis kelas pukul 10 pagi, mustahil 10 pagi saya terus bertolak pulang. Paling lambat, 11 pagi. Sampai rumah, 1.30 petang paling lewat. Kalau bertolak dari rumah ke Muar pukul 2, 3.30 petang baru sampai. Itu tak campur kalau sesat. Saya tawakal!


Satu lagi hadiah yang Allah beri, kawan saya join bulatan gembira saya malam itu. Saya berbalas mesej melalui twitter. Dia bersetuju untuk temankan saya ke bulatan gembira tersebut. Lepas Maghrib, saya jemput dia di rumah. Kemudian kami ke bandar mencari dominos pizza. Usai membeli, kami bergerak ke kampus bertemu dengan adik-adik. Kami tiba, azan Isyak berkumandang. Tiba di masjid, solat Isyak sudah bermula. Saya bersegera mengambil wudhu' diekori sahabat saya. Sebelum kami follow imam, saya ajarkan dia bagaimana untuk masbuk. Dia faham dan lakukan seperti arahan saya. Alhamdulillah. Selesai solat Isyak, saya menunaikan solat sunat. Saya memberitahu dia, saya ingin mengerjakan solat sunat sebentar. Dia bangun dan berdiri sebelah saya. Saya peliklah juga masatu. Dalam hati saya, eh betul ke dia ni? Dia pandang saya, apesal tengok aku macamtu? Akupun nak solat sunat jugalah! 2 rakaatkan? Saya rasa bersalah, eh solatlah aku tak cakap apa-apapun. Ok2 nak solat ni. Kejap!! Macamana niat? Saya tersengih. Bahasa melayu saja. Dia pun senyum dan mengangguk. Alhamdulillah, saya hampir mengalirkan air mata ketika solat. Moga Allah tunjukkan dia jalan yang lurus, jalan yang Allah redhai. 

Dalam bulatan gembira, saya cuba bagi tajuk hadith Ghulam. Sebenarnya saya ada banyak je nak share dengan adik-adik tu, tapi memikirkan sahabat saya tu dia nak buat assignment, saya percepatkanlah pertemuan haritu. Cepat-cepat ajak makan lepas habis pasal Ghulam. Oh ya, before that ada juga buat sharing macamana setiap members boleh berubah atau nak join usrah (bulatan gembira). Everyone has different ways of finding the right path. Allah is the only One that know how and when He will gives. Dalam Unta Merah saya ketika kami nak ke cafe temankan sahabat saya buat assignment, dia meluahkan rasa kagum dengan adik-adik yang telah berubah ni. She's amazed with the changes, and amazed with the strength that everyone had. Alhamdulillah, means she learnt something. Dia selalu cakap, kalau ada orang ajak buat baik, insyaallah aku takkan tolak. So, ajaklah aku Kausar. Insyaallah my dear. 

Selesai bulatan gembira tu sebenarnya saya ada dapat mesej. Mesejnya simple..

Esok saya cancel class RM ya. Minggu depan miss cover habis chapter 2. 

Saya tak tahu nak jerit kegembiraan atau menangis kesedihan. Tetapi, Allah telah mengaturkan sesuatu yang istimewa buat saya. Urusan saya Dia telah permudahkan. Dalam penat lelah saya sebulan ni, Allah hadiahkan sesuatu yang tidak saya jangkakan. Saya pulang ke kampung halaman seawal pagi yang mungkin walaupun mata saya memberat untuk buka menyambut embun pagi. Saya keluar rumah dalam jam 8 lebih juga. Saya ke bus stand cari tiket bas untuk adik saya. Kemudian saya ke kampus untuk bagi tiket bas tu dan ambil beg-beg yang adik saya akan tinggalkan dekat rumah saya. Kemudian saya pulang semula ke rumah sewa untuk hantar beg-beg tu. Saya ingat nak bawa balik je ke kampung halaman, tapi tak boleh. Sebab berat kereta akan lebih makan minyak lagi. Perjalanan jauh, so kena berjimat-cermat. 9.30 pagi barulah saya betul-betul bergerak pulang ke kampung halaman. 11.30 pagi saya sampai rumah bertemu dengan mak yang sedang memasak. Pukul 12 tengahari saya dapat panggilan sahabat sebab nak bergerak ke Muar dah. Saya terkoncoh-koncoh beritahu mak. Mak suruh makan dulu, kesian dia menyediakan lunch untuk saya dengan kadar segera. 


Oh sebelum saya terlupa, malam tu masa nak on the way balik dari cafe, kawan saya was-was nak ikut saya balik rumah sewa saya atau nak balik rumah sewa dia. Saya ajak dia balik rumah saya sebab saya tak tidur terus. Dia fikir dan fikir akhirnya dia bersetuju untuk pulang ke rumah dia sendiri. Bila saya tiba dirumah, dia mesej saya. Katanya menyesal sebab tak ikut saya balik rumah sewa saya. Sebab dekat rumah dia macam sunyi gila, so dia malas nak sambung buat kerja. Saya tak lupa ucapkan terima kasih pada dia sebab temankan saya malam tu. Dia beritahu saya yang dia ada nangis sikit masa bulatan gembira berlangsung tapi mungkin tak ada orang perasan. Dia kata, dia tersentuh dengan cerita salah seorang group member. Tu yang tak tahan tersedih pula. Alhamdulillah, hati dia masih lembut. Ya Allah, berilah dia peluang untuk bersama-sama dengan kami di atas jalan ini. Insyaallah. 

Hampir jam 1 abah saya pulang dan terkejut saya ada dirumah lagi. Dia kata lambat-lambat pergi nanti lambat sampai. 15 minit lepas abah pulang sahabat saya sampai. Kami bergerak ke destinasi lain untuk jemput sahabat yang lain. 15 minit menunggu, tibalah dia bertemu kami. Kami gerak ke Muar dekat pukul 2 jugalah. Dalam kereta tak tidur, tak boleh tidur. Bercakap je, berborak je. Sampai Muar dalam 3 lebih. Bas belum sampai. Alhamdulillah bertemu dengan makcik-makcik Muar macam mengubat segala kepenatan sebab makcik dan pakcik Muar adalah syuyukh yang cukup hebat bagi pandangan saya. Saya belum jumpa lagi mana-mana kawasan kecil yang mempunyai hubungan yang sangat akrab dalam dakwah dan tarbiyah mereka. Apa sahaja program, kehadiran pasti diceriakan oleh YDP sampailah ke anak-anak, cucu dan cicit. 

Saya tak pasti jam berapa kami bergerak ke KL. Dalam bas pun tak tidur sangat. 

Ada satu perasaan saya yang cukup mengecewakan. Kami tiba di perkarangan Stadium Melawati dah Maghrib. Masatu semua orang berebut nak masuk bilik air dan surau. Keluar dari bilik air saya nampak ramai orang solat di atas rumput. Di kawasan-kawasan lapang dan dimana-mana sahaja yang boleh dijadikan tempat untuk beribadah. Alhamdulillah, solat itu dimana-mana. Tetapi sayangnya, Islam itu seolah-olah terpecah-pecah apabila terlalu banyak jemaah berlangsung. Tak tahu kenapa hati saya sayu sangat dan sedih melihat keadaan itu. Silap siapa? Mungkin silap saya? Huhu. Cukuplah satu imam, apabila kita sudah ketemukan satu imam sedang berlangsung, kenapa tidak kita teruskan bersama-sama menyambung saf yang sedia ada. Kenapa perlu membina jemaah yang lain? Bergaduh ke? Sebab tak kenal? Sebab apa ya? Assobiyah ke? Wallahualam. 


Akhirnya saya berada di dalam stadium yang selalu dengar nama je tapi tak pernah sampai. Alhamdulillah, saya berada di GMJ juga akhirnya walaupun tanpa perancangan yang rapi. Semuanya Allah yang rancang dan Dialah sebaik-baik perancang. Saya tak tahu apa yang ada dekat GMJ tu sebenarnya. Yang satu tahu, kita berada disana untuk menyokong saudara-saudara kita di Palestin. Menyatakan pada mereka, kami disini, bersatu untuk kamu dan Islam, kerana kita punya aqidah yang sama! Motto saya malam itu, dibawah 1 bumbung, kita punya 1 tujuan, dan kita kejar 1 matlamat, sebab itu kita perlu bersatu menjadi 1. 

From the river to the sea, Palestine will be free!

Wallahualam. 

2 Shreks:

Maryam said...

ala... tak buat temujanji dgn awak.

err MyGMJ tu akak pegi tanpa perancangan. pakcik2 lupakan akhawat! huhu.. tp kami tunjukkan semangat dan alhamdulillah, dpt pegi..

Kay J said...

akk tahu tak. saya sebenarnya nak minta no fon akk haritu. tp bila fikir balik, mesti akk dah gerak ke KL. saya pun macam tak terminta dah. dalam 10,000 tu nak cari akk macam mustahilkan? saya jumpa kakak ipar dgn abg saya je. tu pun bukan main jenuh saya berlari ke sana ke mari. (kalau nampak ada orang asyik berjalan tu, sayalah).

 
;