Perlu Semangat

Oh. Dah lama rupanya tak update blog. Kekangan internet, waktu ada je kot. Uda dah bayarkan bil broadband, thank you brother!

Cakap pasal praktikal, ketua koordinator bahagian praktikal telah menolak satu tempat yang saya dah pilih. Dia tak nak saya kerja dekat situ sebab pekerjaannya mungkin tidak sesuai dengan apa yang dia nak kita belajar. So, dia cadangkan saya pergi Petronas KLCC dan dia siap ajarkan saya macamana nak pergi sana dari Seri Kembangan tempat abang saya. Haha. Kalau boleh dia nak saya kerja dekat company yang besar-besar sebab pointer saya bagus, kebarangkalian untuk dapat tu tinggi.

Masalah sekarang, abah saya sayang sangat anak perempuan dia ni sampai susah nak lepaskan pergi luar dari Johor. Even saya minta tempat kerja sama dengan abang saya pun abah saya dah geleng kepala. Siapalah tak nak berdikari betul tak? Itulah, selagi saya masih tanggungan mak dan abah, they have power to control over me right? So, kita tengok jelah macamana nanti. Tak tahu lagi which company will approve my application. Pasal Petronas ni pun saya tak discuss lagi dengan diorang walaupun dah dapat alamat dan nombor telefon.


Saya nak cerita pasal bulatan gembira untuk kawan-kawan saya. Asalnya kami rancang nak buat Sabtu malam, sebab Khamis malam ada kelas. Khamis pagi dapat tahu kelas cancel, so kami tarik semula BG tu ke Khamis malam. Mula-mula oklah, jumlah macam biasa. Then, kawan saya cakap housemate dia 3 orang nak join. Jadi, sayapun oklah buat dekat rumah dia. Alih-alih dia kata ada 11 orang. Update kemudian kata 13 orang. Saya dah terkedu, ni dah jadi macam halaqah pun ada sebab ramai sangat ni. Saya tak pasti jumlah semua sekali berapa ramai, dekat 20 orang rasanya. Alhamdulillah.

Malam tu ada tahlil sikit untuk seorang sahabat yang baru ditinggalkan arwah ibunya selama 40 hari. Mula-mula saya keberatan juga, sebab saya kurang sikit bab tahlil-tahlil ni. Tapi, saya teruskan juga dengan niat supaya semua orang dapat pahala membaca yasin dan dapat manfaat daru perkongsian saya.

Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancangan. Malam tu saya hanya mampu buat 2 slot je. Slot pertama, ice breaking. Slot kedua, sharing. 2 slot lagi saya terpaksa hentikan dan tangguh ke masa yang lain sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Dan seorang ahli masa tu meluahkan perasaan dia sampai nangis-nangis dan macam takut-takut sikitlah cerita dia. Jadi, saya tak berani nak teruskan slot seterusnya. Walaupun diorang nak sangat saya teruskan, tapi saya tak berani nak ambil risiko. Jadi saya hentikan setakat itu dulu dan  insyaallah minggu depan kami akan sambunglah aktiviti BG ni. Doakan semoga segala urusanku dipermudahkanNya. Oh ya, ada sedikit perkongsian dari adik saya malam tu, thank you for your effort to share.

Saya ada modul esok, wajib hadir. Tapi saya sangat tidak bersemangat. Susah juga bila bercuti ni ya.

Saya ada presentation Khamis depan, dan saya masih belum siap apa-apa. Saya macam kurang bermaya dan kurang semangat untuk buat apa-apa. Nasib baik saya berjaya juga cuci baju dan ampai baju.

Saya belum hantar surat praktikal. Tak tahu kenapa sejak minggu lepas semangat saya bagaikan di pijak-pijak oleh sesuatu. Asyik sakit kepala, dan berserabut juga.

Allahumma yassir.


0 Shreks:

 
;