Saya Perasan Sibuk

Salam.

Lama juga saya tak update blog. Adalah dalam sebulankan? Sesungguhnya saya kecundang dengan masa dan keupayaan saya untuk update. Kesibukan saya kadang-kadang menolak kehendak saya untuk update blog. Apatah lagi nak masuk blogger.com ni pun kadang-kadang stuck ditengah jalan. Tak sempat habis loading, page cannot be found. Ujian apakah?

Hehe. Jujurnya saya sekarang berada di fasa yang sangat sibuk. Tersangatlah sibuk. Assignment sudah mula berlambakan. Saya tidak tahu adakah hasil dari penangguhan atau hasil dari kelewatan lecturer mengagihkan kerja? Atau mungkin keterlepasan pandang mengenai kerja-kerja yang telah diberikan awal semester lagi? Entahlah, yang saya pasti terlalu banyak sangat dan amat kerja-kerja yang belum siap. Paling pening sekali, semester ni terlalu banyak grup. Assignment ni dengan orang lain, assignment lagi satu, orang lain pula. Saya yang mati akal dibuatnya. Kadang-kadang tu sampai pening nak buat kerja macamana.

Saya dapat rasakan setiap semester seolah macam ada lecturer trend. Semester lepas, trend lecturer yang sangat rilek dan senang dapat markah. No pressure at all. Semester ni trend lecturer tak kisah nak hantar assignment bila-bila pun. Yang penting hantar. Ada juga lecturer yang bagi last minute kena pulangkan seawal mungkin. Eh? Macam-macam lecturer kan? Kami yang studentlah jadi mangsa untuk adaptkan masa kami dengan cara mereka. Insyaallah, moga dipermudahkan.

Baru-baru ni, minggu lepas. Saya berpeluang hadir muktamar belia di Pusat Islam KL yang dianjurkan oleh WAMY. Seronok dapat dengar taujihat dari ustaz Zaharuddin dan Dr Harlina, 2 tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia. Juga berpeluang ketemu ustaz A'ang dari Indonesia yang pastinya seorang penggerak yang hebat di negara itu. Alhamdulillah, banyak sangat input berguna yang saya rasa best sangat dan rasa beruntung sangat dapat pergi. Biarpun saya terpaksa keluarkan duit dan kekeringan duit akhirnya, tetapi saya bersyukur Allah memberi kelapangan pada saya. Dalam pada saya ke KL, Alhamdulillah berjaya juga saya siapkan questionnaire untuk assignment saya untuk diagihkan kepada ahli-ahli grup yang lain.

Saya sebenarnya nak share perkara-perkara penting yang saya kira sangat bermakna untuk dikongsikan bersama pembaca blog saya yang mungkin tersinggah secara tak sengaja. Tapi, tengoklah masa. Hari ni masa saya banyak terbazir, entah kenapa akhir-akhir ni mood saya tidak berapa nak betul. Mungkin ada alasan-alasan tertentu yang boleh dirungkai oleh jiwa-jiwa yang kurang tenang ini. Hehe. Maghrib hampir menjengah, dan malam ni ada bulatan gembira yang perlu di hadiri. Err.. tak pasti esok nak buat bulatan gembira untuk classmates saya atau tidak. Sebabnya, diorang sibuk tahap gorilla. Tapi ada yang dah bertanya, akan dibincangkan kemudian.

Oklah, saya baru call kawan saya tanya pasal kerja. Ingat nak hulur laptop ni bagi pinjam sebab laptop dia rosak tiba-tiba. Assignment nak kena hantar esok. Oklah, moga saya diberi kelapangan lagi untuk menulis.

Sayonara.

0 Shreks:

 
;