Worst Dinner Marketers

Salam.

Sesungguhnya saya telah cuba sedaya upaya saya untuk online dan update blog. Malangnya, minggu ini adalah minggu kritikal saya. Hari ni saya ada presentation, hadir ke kelas hanya untuk presentation dan belajar beberapa perkara berkenaan SPSS. Semalam, kami ada trip ke KL. Seharian kami berpenat lelah di sana. Rabu pula kami ada dinner. Malam tu memang dinner, dan petang sibuk praktis bernyanyian untuk dinner performance. Selasa pula ada kelas malam. Isnin malam buat assignment. Ahad malam juga begitu.

Banyak sangat benda nak sharing. Tapi, biarlah saya update berita terkini yang berlaku dalam kehidupan saya seharian. Ini kisah persatuan kos saya. Ini kisah majlis makan malam atau dinner event persatuan saya. Ini kisah yang sangat mengayat hati dan perasaan saya selaku senior persatuan. Oh..

Petang Rabu saya ke rumah classmate saya untuk berlatih performance for dinner. Kami buat juga persembahan walaupun dalam keadaan yang sibuk amat. Sumpah! Kami sangat-sangat dalam keadaan kritikal. Jam 3 petang saya tiba di rumahnya, jam 5.30 petang saya pulang ke rumah. Tiba di rumah saya terus menyiapkan pakaian untuk ke dinner malam tu. Classmates saya tiba di rumah, mereka akan ke majlis bersama-sama dengan saya. Jadi, kami bersiap-siap dengan seronoknya untuk menghadiri dinner yang kami harapkan ianya akan menjadi malam yang sukar untuk dilupakan.

Ketibaan kami di meja pendaftaran sudah membuat saya sendiri tergamam. Saya tandatangan kehadiran dan saya diberi sebungkus plastik beg yang berisi jajan-jajan. Saya terdiam dan berdiri di situ. Hati saya tertanya, ini je ke? Awak, saya bayar RM15 untuk dinner dan ini saja yang saya dapat? Saya pelajar tahun akhir dan ini saja pemberian dan peringatan awak kepada saya? Patah hati.

Saya masuk ke dalam dewan. Ada beberapa pelajar menjemput kami. Walaupun saya tertanya-tanya AJK sebenar siapa dan bagaimana untuk mengenal? Saya confuse tapi bodohkan saja. Saya masuk, lalu carpet merah. Ramai sudah classmates saya yang lain hadir. Saya.. er.. saya.. er.. tak tahu nak duduk mana. Mana meja kami? Mana meja kami sebagai pelajar tahun akhir? Saya berkeliaran mencari tempat duduk yang sesuai. Saya terpisah dari kawan-kawan yang lain. Sedih juga! Sepatutnya tempat kami reserve! Kami VIP ok?! Mujurlah ada meja kosong di hujung, kami pindah tempat ke sana, sedikit hampir dengan kawan-kawan yang lain.

Seterusnya, kami menjamu selera. Seronok rasanya bila sudah tiba masa makan, sebab saya dah lapar! Masa ambil makanan, macam biasa. Beratur. Apa je lauk ek? Nasi arab, tembikai dan apa ek buah lagi satu? Ayam merah, dan sayur. Air oren dan puding. RM15 saya untuk itu je ke awak? Saya.. saya tak kenyang malam tu. Satu sebab perut saya tak boleh terima nasi arab yang kuat gila rasa rempah dia. Kedua, sebab masa tengah makan kami kena buat persembahan. Bayangkan awak, saya punya nasi baru separuh je, tiba-tiba kena panggil buat persembahan. Awak, saya tengah makanlah!! Sudahlah tentatif tidak diberitahu, tiba-tiba kena panggil buat persembahan. Saya rasa nak pergi je dekat pengerusi majlis, korang tak nampak ke kitorang tengah makan?

Patutlah, rupanya persembahan dari part kami SAHAJA? What a shame. Hambar gila dinner malam tu. Saya sangat kecewa. Saya rasa dinner malam itu adalah the worst! Perhiasan dewan juga sangat teruk. Boring! Saya tahu cerita di sebalik dinner tu, sebab tu saya malas nak cakap apa-apa. One word I can say, SELFISH. Yes, itulah sikap AJK yang bertanggungjawab ke atas ketidak-best-an dinner malam tu. Kalau ikut hati saya nak stay sampai ketitisan terakhir dan saya nak saja jumpa semua AJK dan nak tanya siapa bertanggungjawab untuk setiap tugasan. Memang panas betul! Mujurlah sebab ada trip Khamis (semalam), saya ajak kawan-kawan balik awal sikit.

Bagi saya, tak patut betul dinner malam tu. Lecturer saya siap berkecil hati sebab dapat invitation lambat gila. Kenapa dia dapat lambat? Lecturer yang tak ada kena mengena dengan persatuan dapat lagi awal dari dia? Shame betul korang. Memang shame gila! Saya rasa setiap seorang AJK harus minta maaf kepada lecturers dan kami pelajar tahun akhir ni. Tak patut kami dilayan macamni.

Dahlah. Satu je saya nak cakap.

Saya nak tengok sekurang-kurangnya lebih dari 10 orang part 3 dapat dekan semester depan. Dan saya cabar dalam 10 orang tu lebih dari 5 orang adalah AJK yang menguruskan dinner. Bajet busy dengan assignment dan kelaskan? So, kita tengok sama ada worth or not dinner yang huru-hara tu kepada result final. Kalau tak dapat dekan, tak tahu dah nak cakap apa. Worse in both, is worsen than anything. At least worse either one I can still accept the weakness.

Saya memang panas dengan sikap mereka! Maafkan saya kerana kepanasan tidak dapat mengawal emosi dan perasaan saya. Moga kesilapan ini dapat kita ambil iktibar dan jangan mengambil mudah dengan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Islam seringkali mengingatkan kita agar bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu, tanggungjawab. Dan jangan sesekali berpaling dari amanah yang telah diberikan. Itu lebih buruk dari yang paling buruk.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;