TQF

Salam.

Alhamdulillah. Selamat sampai dari KL Maghrib tadi. Batch kami, course kami, kena hadiri talk Raja Nazrin di Mandarin Oriental. 

Minggu ni saya mengalami crucial moment. Bermula dengan naik cuti seminggu yang lepas. Sabtu petang dah gerak pulang ke Segamat. Tanpa rehat yang cukup, malam terus buat assignment. Sambung dekat rumah kawan, lepas Subuh baru tidur. Mujur lagi kopi susu The Bean bagi kesan juga.

Mimpi ngeri saya berlaku esok tengaharinya. Unta Merah saya memang nyawa-nyawa ikan. Saya jadi tempang seketika. Bengkel depan tutup, sebab hari Ahad. Jadi, kami tunggu hari Isnin. Isnin pagi tutup. Jadi kami tunggu petang. Isnin petang juga tutup. Jadi, saya minta tolong kawan saya cekkan. Dia kata maybe bateri kereta. Diorang tolak, hidup dan saya bawa pergi bengkel yang jauh sikit. Tukar bateri, settle, pulang ke rumah. 

On the way pulang, saya menangis. Saya rasa tertekan. Tak tahu kenapa. Saya rasa macam kuat, tapi sebenarnya saya lemah. Tersedu-sedu jugalah saya dalam kereta sorang-sorang. Saya nak cerita dekat seseorang, tapi tak terluah. Saya nak beritahu, yang saya kusut. Tolonglah bagi support pada saya. Huhu. Mengadakan? Ya Allah ada mendengar cerita saya, saya tahu dan yakin.

Malam-malam seterusnya, saya buat assignment je. Paling kritikal, saya ponteng kelas sepanjang hari Khamis, sebab saya tak tidur langsung dari hari Rabu. Saya tidur kejap je, jam 10 pagi sampai 11 lebih macam tu. Lepastu saya sambung buat kerja. Petang sambung lagi. Bayangkan presentation start pukul 8.15 malam dan saya mandi 7.45 malam dan solat Maghrib. Sampai agak lambat. Maaf kawan-kawan, sebab saya cuba settlekan dan perbaiki slide presentation kami. 

Alhamdulillah. Saya bersyukur presentation tu akhirnya selesai. Kami berpuas hati. Jumaat pula saya ada presentation lain. Walaupun bukan saya yang akan present, tapi group member saya yang akan present, still saya yang buat slide presentation. Mereka tinggal present je. Oklah, thanks to all sebab well presented the issue. Alhamdulillah. 

Sabtu pula kami pergi karnival sukan rakyat yang sangat amat membosankan. Saya tak nampak function kami dekat sana, sekadar nak meramaikan? Entahlah. Kawan-kawan saya semua cakap, kalau tahu kerja kita duduk tak buat apa-apa, baiklah bawa buku study. Sedih pula, masa kami di bazirkan untuk perkara-perkara tak berguna, lepak, karoke, jalan-jalan, memang geram pun ada. Tak kisah nak pergi, tapi buatlah sukan untuk kitorang. Buatlah aktiviti yang menarik. Aduhai, memang haram jadah sungguh depa ni. Geram betul.

Balik tu dah mengantuk, penat sebab menunggu TPM je. TPM balik, kitorang terus pergi ke bas, naik bas dan balik. Hahaha! Bestkan aktiviti kitorang, cuma meramaikan. Sebab kalau tak ada kitorang, memang kosonglah padang tu. Harapkan UiTM je. 

Oklah, hari ni punya penat tak hilang lagi. Saya tak ada selera nak makan malam ni. Adalah juga terasa lapar, tapi tak ada keinginan nak makanpun. Saya letih. Letih berjalan. Letih meluahkan hati yang terbuku. Letih dengan segala-galanya.

Thank you friend,
for always being the best by my side,
and always sharing your thought,
give opinion,
bring happiness and motivation,
show support as a supporter,
loyal to my temper.

Thank you friend,
never let me go ever,
never show your anger,
never steal my happiness,
and always bring me a smile.

Thank you friend,
for once I can feel it,
there won't be a support anymore,
the emptiness by my side,
the happiness slip away,
as you gone follow the wind,
get what you dream,
and stay by the person you love the most.

Thank you friend,
for the tears I missed the most,
almost forgot what is tears about,
and forgot the meaning of emptiness,
can't define the real sadness,
and the pillow as the best company,
for tears to stand by.

Good bye friend,
and thank you again.

KJ 10pm

0 Shreks:

 
;