Almost Done

Salam.

It's almost end of semester. Only one week left before final exam. And guess what? We got 2 more presentations that not yet start for the number of student of 40 people to present in the class. This is crazy! And we got LOTS of assignment yet not started and need to be done ASAP. Normally this time I would burst out all the tension to someone. Banyak gila kerja. Tak apalah, just follow the time.

Next week juga macam BANYAK dinner nak kena pergi? Tak adalah banyak sangat, adalah dalam 2 dinners. Rabu malam dan Jumaat malam. As Jumaat malam tu rasa macam kena pergi since my KK asked me to come. Hm.. terpaksalah juga pergi. Lepastu ajak sorang kawan temankan sekali. Dahlah kena bayar, tak fair betul. HEA yang uruskan, pakai jelah duit UiTM. Kenapa pula sibuk-sibuk nak minta duit. Segamat ni sangat-sangat kedekut nak keluarkan duit untuk student. Asyik student je kena keluarkan duit untuk diri sendiri.

Semester ni dahlah Agro tak ada trip. Kecewa gila. Kampus lain semua pergi Chinalah, Vietnamlah, kitorang duduk dalam kelas je. Tak Marketing langsung. Tak fair langsung. Geram je. Sabar jelah yang mampu kitorang buat walaupun dalam hati panas je dengan kampus sendiri. Tak boleh harap! Ok sekarang ni fokus pada assignment yang berlambak ni.

Oh ya, yesterday test macam sedih gila. Semua tu actually puan dah bincang dalam kelas, but then I still forgot all the main points. Puncanya saya settlekan assignment malam tadi, tidur lepas Subuh. Pastu 2 jam je tidur pagi tu. Bangun dah tak boleh nak fokus sangat sebab mengantuk gila. Malam tadi nak buat assignment, at the end tidur atas lantai. So sadlah.

I should have some motivation to do all the works. Tak ada semangat langsung. Asyik tangguh dan tangguh, macam ni lah jadinya. Kadang-kadang kita assume benda ni boleh buat last minute bahagian edit, do not worry. Tapi sebenarnya, bahagian edit tulah bahagian paling mencabar dan sakit hati. Sayalah yang selalu melalui siatuasi begini. Saya mengambil masa yang agak lama nak hadam benda tu, cantikkan kedudukan dia, format dia biar tak lari sangat. Semput jugalah.

Oklah. Am trying my best to motivate my ownself. Silalah buat kerja kausar. Walaupun, mengantuk lagi pagi-pagi ni!

Wallahualam!

0 Shreks:

 
;