Hari Kelakar


It’s already 11.30 pm dan saya betul-betul tak ada mood langsung nak belajar. Dari tadi saya berada di muka surat yang sama. Kejap-kejap mata nak berair. Dahlah subjek ni susah, saya rasa macam stress sangat-sangat-sangat. *sob*

Bila kita cuba lari dari seseorang, kita cuba kejar orang lain yang mungkin boleh tolong kita abaikan si pengejar tu. Tapi malang sekali, orang yang kita kejar, sedang mengejar orang lain dan tak pandang kita langsung. Huhu. So, sekarang ni yang mengejar tak faham-faham bahasa, yang dikejar tak tahu apa-apa, yang tersepit orang yang dikejar dan mengejar bagai nak gila.

Kelakar.

Kenapalah time exam baru nak jadi? Kenapa baru nak datang? Kenapa baru nak tenggelam timbul? Dah pergi tu, pergi jelah. Kenapa nak seksa hati saya lagi? Pergi jelah buat selamanya.

Sebab, saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan. Sampai bila saya nak berpura-pura kuat. Sampai bila saya nak buat-buat tak ada apa-apa. Sampai bila saya nak lari dari perasaan sendiri. Sampai bila?

Ok. Lupakan cerita sedih saya. 

Semester ni ada 5 paper final. Satu dah lepas. Ada lagi 4 paper nak kena lalui. Khamis ni killer paper, for me. Mungkin orang lain tak rasa killer sangat kot. Hehe. Semester ni macam tak berapa nak semangat sangat kot belajar, compare dengan semester lepas. Saya boleh fokus. Semester ni, sekejap je saya mampu fokus. Mungkin sebabtu saya stress kot. Saya.. *sob* 

Hehe. Oklah, saya nak cuba fokus belajar. Tinggal esok je lagi dan banyak lagi saya tak cover. Sedihkan? Hari ni adalah hari entah apa-apa saya. Hoho. Saya tak dapat cover banyak untuk hari ini. Itulah kisah paling sedih saya. Hahahaha. Tak tahu nak kata apa dah. 

Tak sabar nak balik rumah! 

0 Shreks:

 
;