Paper Pink

Salam.

Hari ni dah berjaya jawab paper ketiga, yang sangatlah susah dan berwarna merah jambu a.k.a pink. Maybe double susah, or barangkali triple susah? Hehe. Semester ni soalan semua macam pelik-pelik je. Tak ada yang mudah, semuanya payah gila. Tak tahu nak target apa lepasni, sebab semuapun susah tak boleh nak jawab sungguh-sungguh.

Tapi tak apalah, saya memang dah bertawakal sepenuhnya, dan meletakkan keputusan semua pada Allah. Saya dah usaha, dan cuba yang terbaik sedaya dan semampu saya. Selebihnya Dia saja yang berhak letakkan.

Weekend ni sebenarnya ada program untuk adik-adik. Program ISK untuk adik-adik baru ikut usrah, dan baru juga di UiTM Segamat. Saya sebagai PIC cubalah sedaya yang mampu uruskan program ni. Bermula Jumaat saya turun ke tempat program, dan hari Sabtu saya hadir waktu tengahari usai masak makanan tengahari bersama sahabat saya untuk adik-adik. Malam tu saya planning untuk datang ke tempat program, tetapi sebab sahabat saya sorang ni lambat sangat sampai Segamat dalam 12 tengah malam, adik-adik saya terus offer untuk jemput sahabat tu. Maknanya saya tak perlu jemput dia dan ke tempat program. Sedih jugalah sebab saya memang nak tengok diorg malam tu. Tak apalah, tak ada rezeki. Hari Ahad a.k.a hari ini saya ada paper jam 2 petang. Jadi, saya tak jenguk langsung tempat program. Sedar-sedar dapat mesej dari adik saya kata mereka telah selamat pulang ke kolej masing-masing. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana semuanya telah selesai.

Tahniah buat adik-adik saya yang teramat disayangi kerana berjaya menjadi AJK dan peserta kepada program ISK ni. Saya sangat bersyukur kerana Allah beri kelapangan pada diri saya dan adik-adik ni untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama. Saya harap Allah redha dengan pekerjaan saya setiap hari, hari-hari, hari ini, dan hari-hari mendatang.

Malam ni pula saya hadir AGM kelab adik-adik saya. Tak tahulah kenapa hati saya seronok sangat bila dapat bertemu dengan adik-adik ni. Saya rindu nak bawa usrah diorang. Haha. Tapi saya kena terima hakikat bahawa saya bukan naqibah mereka lagi. Walaupun mereka mengharapkan supaya saya kembali, saya tak boleh nak manjakan diorang, ikutkan sangat apa yang diorang nak. Diorang kena belajar melalui kepayahan dalam pelbagai bentuk. Ini baru naqibah nombor dua, dan sudah tentu mereka akan melalui fasa seperti saya bertukar-tukar naqibah di kemudian hari. Saya tahu mereka cuba bertahan atas dasar ilmu, tapi cubalah untuk beri peluang pada naqibah baru menyemai kasih bersama walaupun sukar. Cuba dan cuba.

Saya juga pernah melalui fasa dimana saya rasa bosan dengan usrah saya. Saya tak boleh terima cara naqibah yang macamni. Tak boleh nak adapt dengan usrah dulu dan usrah yang baru. Saya seperti meronta untuk keluar dari takungan yang penuh dengan air. Tapi semua tu cuma perasaan dan mainan syaitan buat kita semua. Lama-lama, insyaallah atas doa dan kesabaran kita Allah akan beri kelapangan pada kita dan naqibah untuk memahami antara satu sama lain. Saya tidak pernah kesal dengan naqib atau naqibah saya yang dulu. Ilmu diorang tidak ternilai untuk saya aplikasikan sehingga ke hari ini. Kita kena terima kenyataan bahawa naqibah kita juga dalam proses belajar seperti kita.

Apa yang penting, jadikan kepahitan kita hari ini sebagai kemanisan adik-adik kita kelak. Kita belajar, dan akan terus belajar. Tarbiyah itu tidak kira masa, tempat dan siapa. Kerana tarbiyah itulah yang mematangkan kita. Ya, mungkin ilmu kita banyak. Kita belajar di sekolah agama, atau banyak dah ikut program-program agama dan sebagainya. Tapi, kalau ilmu penuh didada tetapi adik-adik kita zero, dan kerja dakwah kita juga kosong, apalah gunanya ilmu tu semua? Apalah guna belajar sekolah agama dan hadiri program-program agama tetapi tidak dimanfaatkan kepada orang lain? Rugikan? Ilmu banyaklah sepatutnya kena kerja lebih, kerja lebih masa, biar penat dan tidur lewat, biar letih dan memerihkan, sebab itu semua tidak akan diketepikan oleh Allah sebagai penilaian di akhirat kelak. Jangan risau!

Paling penting adalah keutamaan kita! Jika kita benar-benar SERIUS dengan kerja dakwah kita, prioriti kita adalah DAKWAH, harusnya kedudukannya teratas, dan bukan tempat kedua atau ketiga.

Jadi, sama-samalah kita check balik prioriti hidup kita sebenar adalah apa. Wallahualam.

0 Shreks:

 
;