2 more 2 go

Hari ni saya main-main je study. Tiba-tiba rasa menyesal. Sekarang dah jam 5.30 pagi, belum tidur. Dah kemas nak tidur tapi teringin nak update.

Lepas 3 paper berjaya saya harung, dan 2 paper sangat susah yang amat, mood saya nak belajar tidaklah sehebat mana. Saya ambil masa juga untuk bertemu dengan mood belajar. Aduhai. Silalah bertahan. Berkecamuk saya dibuatnya. Dengan tempat praktikal yang tak nampak bayangnya lagi. Dengan 20hb nanti ada bengkel lagi. Banyak betul benda tak settle.

Em. Subjek untuk Khamis ni pula, tak adalah nampak macam susah. Tapi, buatnya dia tanya soalan pelik yang saya tak TERbaca? Huhu. Memang masaklah saya. Sebab saya tengok past sem, soalan dia semua susah nak jumpa dalam buku. Maknanya dia tak berapa nak direct. Tapi kalau ada yang direct tu, memang sungguh-sungguhlah senang untuk dijawab. Pening kepala saya dibuatnya. Esok saja tinggal untuk saya baca dan fahamkan. Rabu hari menghafal nota-nota penting.

Saya rasa semester ni mungkin tak berapa nak perform. Sedih tu sedihlah juga. Tapi, nak buat macamana. Yang penting kita dah cuba, usaha, dan bertawakal sepenuhnya pada Dia. Sebab Dialah yang memegang semua takdir kita. Doa paling penting sebagai senjata takdir kita.

Saya rasa happy sangat. Kawan-kawan saya dalam proses berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya ada pasang niat untuk bertemu mereka personally. Diorang malu dengan saya, jadi diorang banyak berbincang pasal nak berubah sama ada melalui facebook atau SMS. Saya raikan penghijrahan mereka dan saya sokong sepenuhnya. Hati manusia kita sukar sangat nak tafsir. Saya harap perubahan diorang bukan sebab nak exam semata. Selalu macam tu. Semester lepaspun, time nak exam baru je nak taubat. Habis exam lupa. Saya harap semester ni lebih istiqamah.

Saya mohon rakan-rakan doakan saya. Doakan supaya saya dapat tempat praktikal segera. Doakan paper-paper saya mendatang untuk permudahkan saya menjawabnya. Doakan saya bertemu jodoh secepat mungkin (ehem!). Doakan saya tsabat atas jalan dakwah ini kerana saya masih dalam proses belajar! Doakan, doakan saya kuat menempuh hari-hari mendatang. Paling penting, doakan pekerjaan saya hari-hari termasuk menulis blog ini sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, sekaligus menjadi asset saya di akhirat kelak. 

Ya Allah, aku berserah segalanya.

Good night a.k.a morning!

0 Shreks:

 
;