Saya Boleh, Anda juga Boleh

We don't have to ask, cause Allah knows best.


Suatu hari, kita fikir sambung degree sebab nak cuba perbetulkan kesilapan masa diploma. Kalau boleh nak bimbing adik-adik jadi orang yang faham dan bekerja. Bukan yang bekerja tapi tak faham.

Tiba-tiba, Allah bagi sesuatu yang luar biasa masa semester pertama.

Semester kedua, Allah bagi lagi.

Semester ketiga, saya tidak tahu. Tapi saya dapat sesuatu yang lebih baik. Bukan satu, tapi dua.

Satu, saya dapat awards di atas.
Dua, saya dapat lihat adik-adik saya sudah mula bekerja untuk Islam.

Kedua-duanya adalah anugerah terindah yang tidak pernah saya fikir langsung ianya bakal berlaku dalam hidup saya. Masa saya nak sambung degree, saya kurang yakin apakah saya mampu membina mad'u seorang diri? Dalam tempoh Alhamdulillah, sepatutnya setahun, Allah panjangkan menjadi setahun lebih.

Terima kasih ya Allah.

Saya nak tengok mereka bekerja sambil tersenyum. Bukan bekerja tetapi penuh dengan rungutan.

Saya tahu, mungkin anak binaan saya yang betul-betul berjaya setakat ini hanya dua di UiTM. Ada beberapa yang kurang sedikit menyerlah. Saya nak sangat tengok mereka juga menyerlah seperti dua orang ini. Insyaallah. Mungkin bukan sekarang, tetapi akan datang saya akan terus berdoa.

Saya tahu, adik-adik saya ramai lagi di luar sana. Di Shah Alam ada, di UTHM ada, di UM ada, di Melaka ada, di KL, sebilik ada (hehe), saya tidak pernah lupakan kalian yang pernah menjadi tulang belakang saya. Percayalah, kalian masih tersemat dalam hati saya biarpun saya menyepi disini. Saya sentiasa doakan buat kalian, walau jauh di mata tapi di hati tidak pernah jauh langsung.

Adik-adik doakan juga akak disini. Ini hanya cubaan ringan yang Allah turunkan buat akak. Akak percaya, ada mehnah yang lebih besar bakal akak tempuh selepas ini. Maka, doakan dan terus berdoa!

Siapa kata buat kerja dakwah tak boleh berjaya?
Saya telah membuktikan.
Saya yakin anda juga boleh!


Jangan terlalu berkira dengan agama Allah, supaya Allah juga tidak berkira untuk berikan kejayaan pada kita. Masa kita belajar, adalah masa pemberian Dia. Jika Dia mahu kita lapangkan untuk berdakwah, maka lapangkanlah sedikit masa untuk itu. Jangan sesekali menolak! Ya, masa belajar akan hilang. Tapi masa belajar itu lebih sia-sia jika kita menolak untuk membuat kebaikan! Sebab, masa belajar itu tidak akan menjadi asset kita untuk ke syurga berbanding masa yang digunakan untuk kebaikan.

Saya juga ingin share tulisan Inche Gabbana di sini.

Wallahualam.

Selamat menuntut ilmu, sambil menyebarkan risalah-Nya!

1 Shreks:

Miftahul Jannah said...

tahniah!
mabruk!
let's do it for our ummah..

miss u dear, dalam doa sentiasa ada anti, walau tidak di depan mata

 
;