Kesedihan itu Ujian

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar iman semua? Ramadhan Kareem buat semua pembaca saya (kalau adalah). Alhamdulillah, dah malam ke-5 kita melaksanakan solat sunat tarawih. Saya harap Ramadhan kali ni saya dapat banyakkan bacaan al-Quran. Dan banyakkan kebaikan.

Buat masa sekarang ni saya duduk rumah je. Jadi driver mak, driver sahabat-sahabat yang memerlukan, jadi intern-seeker sebab saya tak dapat tempat praktikal lagi. Sedih tak sedih, inilah hakikatnya. Hari-hari saya search internet tempat yang boleh dijadikan tempat untuk saya praktikal. Tadi saya pergi company tempat kawan saya kerja, minta tolong dia hantarkan resume. Saya dah buntu, macamanalah nak buat surat untuk company yang lain-lain ni? Hehe. Esok call the lists, then we'll think about it later.

Adalah beberapa company yang reject saya, nak buat macamana. Tadi, abah saya beritahu yang student dia ramai je dapat tempat praktikal, siap boleh pilih which one they want. Lepastu, mak saya cakaplah, student abang tu minta dekat mana? Abah jawab, area Klang. Then mak saya kata kalau nak anak kita dapat kerja senang, bagi jelah dia duduk sana. Abah diam. Hehe. it's oklah abah, mak, rezeki belum sampai lagi. Insyaallah, ada rezeki adalah tu. Hehe.

Dah seminggu lebih jugalah saya dekat rumah ni. Rasa macam dah lama sangat tau. Hehe. Final saya berakhir juga, dan saya sangat sedih kerana final papers semuanya susah-susah. Semua orang tak percayakan saya bahawasanya saya tidak dapat jawab banyak soalan-soalan final dan yang paling haru tu saya hentam je jawapannya. Bukan tu je, ada tu saya tak sempat langsung jawab sampai habis. Adeh. Sadis betul semester ni. Saya target ANC, macam tak ada harapan. Tapi kalau ada yang sudi mendoakan, saya menghargai.

Beberapa hari ni saya mimpi, pointer saya tak lepas 3.5 means tak dapat ANC. Ada juga saya mimpi failed satu subjek. Nak pitam rasanya bila mimpi macamtu. Banyak jugalah mimpi pasal subjek saya teruk-teruk resultnya. Nightmare gila. Sedih pula. Saya mampu berdoa je.

On the last day of final exam, saya nak menangis. Menangis sebab saya tak boleh jawab. Tapi, sebab ada makan-makan dengan classmates, saya tahankan je. Sampai rumah, dah lupa. Masa solat, saya bersedih. Sedih sangat. Saya rasa buntu, tak keruan, dan saya harap paper saya semua lepas. Tak dapat ANC pun tak apalah. Janji, saya dah cuba yang terbaik. Adalah sekali-sekala, saya terbayangkan dosa-dosa saya sebagai balasan Tuhan sampai saya rasa macam nak mati. Tapi, kita kena yakin itu semua ujian yang Allah aturkan untuk kita. Perasaan tu, Allah mahu kita muhasabah diri. Ya Allah, aku memohon keampunan dari-Mu.

Insyaallah. Alhamdulillah.

Finally, saya nak share video latest by Najwa Latif tajuk Ada-Mu. So nice. Enjoy!


Kawan-kawan, bangun sahur ok? Hidupkan sunnah Rasulullah. Selamat berpuasa!

0 Shreks:

 
;