WC to My World


Salam dan selamat sejahtera (buat yang bukan muslim).

Ok, entri aku hari ini untuk menjawab persoalan anonymous-anonymous yang berlegar di entri ini. Terima kasih sebab singgah dan meninggalkan 'jejak' tanpa nama itu. Sungguh terharu dan menghargai. Terima kasih juga atas kata-kata yang sangat cantik dan indah dari kalian. Tak sangka ada juga budak UiTM masuk ya. Terima kasih =)

Entri aku tu bukan berbaur dengki. Bukan berbaur iri hati. Dan bukan berbaur benci.

Entri aku tidak mewakili diri aku, tetapi mewakili sebahagian sahabat-sahabat yang lain.

Nak jujur? Aku tak hadap sangat dengan jawatan presiden atau naib presiden kelab atau persatuan. Ini memang jujur yang amat. Kalau boleh exco pun aku nak elak. Dah tak larat nak pegang jawatan, degree masa untuk rehat. Kalau boleh nak follow je. Tak nak jadi jekeng.

Anonymous kata aku cakap je, kerja buat ke? Kau kenal ke aku buat kerja ke tak? Kalau kau tak tahu dan tak kenal aku jangan cakap membuta-tuli. Terima kasih,

Anonymous sekalian, terima kasih sebab rekomenkan aku jadi penasihat. Nanti dah jadi lecturer aku cuba untuk jadi penasihat kelab Marketers ya. Aku pegang semua jawatan yang ada. Tak pernah pula aku terfikir. Terima kasih cetuskan idea tu. Kalau aku jadi lecturer hari ini, maybe akupun teringin nak jadi penasihat kelab Marketers.

Aku pakai tudung labuh? Aku nak tanya, kau pakai tudung tak? Tutup aurat sebagaimana Allah tuntut dalam al-Quran surah an-Nur ayat 30-31 tak? Labuh sampai dada tak? Tutup sempurna tak? Kau pernah mencarut tak? Pernah menipu? Bohong? Pegang tangan laki? Kalau kau lelaki, kau solat cukup 5 waktu tak? Pakai seluar pendek tak? Merokok tak? Pernah pegang tangan perempuan tak?

Tolonglah. Aku tak akan dan tak pernah pertikaikan pakaian orang dengan perbuatan dan amalan dia. Jadi, sebelum kau hukum pakaian aku, cuba kau nilai balik diri kau. Terima kasih.

Satu jari tuding dekat orang lain, ada 4 jari lagi tuding dekat diri sendiri.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Peace no war.

Nak makan pizza hut. Isnin depanlah.


0 Shreks:

 
;