Very The Tired

Just another day. Keluar rumah 11 pagi, sampai rumah 12.30 malam.

Hari ni ambil hantar kereta 2 biji. Lepastu nak kena baiki kereta Preve which is last sekali kena tahan dekat bengkel sebab harini pomen tak cukup. Serabutlah.

Tup tap, dah jam 5 petang sampai PUJ. Nak kena pula urus kereta accident dekat Shah Alam. Usrah adik2 nak start dah, mujur ada runner saya yang free. Minta tolong dia settlekan.

Sampai surau, adik2 dah start tadabbur. Saya tak Asar lagi, minta izin Asar dulu. Lepastu baru boleh start usrah. Fuh! Letih gila hari ini!

Lepas usrah join diorang dinner. Lepas dinner terus pecut ke pejabat untuk liqo' murobbi pula. Kepala saya makin berdenyut pasal tak sempat rehat. Hari ni hari ke tiga migrain tak ok lagi. Mata dah terkebil2 tahan sakit. Tapi alhamdulillah, I managed to do something today.

Sekarang ni saya dah tahap letih gila tapi nak cuba update something. You know what is mean of consistency? Hehe.

Ok. Esok will be another day to work for.

Good night!

0 Shreks:

 
;