Bilik Karam

Bismillah.

Saya tak sempat nak update. Banyak benda nak kena buat. Haritu angkat barang masuk bilik. Lepastu tolong abah dan mak pasang almari. Kemas bilik saya yang dah macam kapal karam lagi. Serabutpun ada. Dengan sakit saya tak pulih-pulih lagi. Dan hampir setiap malam saya tak boleh tidur. Tak tahu kenapa. Even saya baring pukul 2 pagi, mata saya akhirnya terkatup jam 4 pagi. Kadang-kadang abah dan mak bangun sahur, barulah saya tertidur.

Harini saya telah merisikokan duit saya lagi, beli lagi satu tudung. Duit dalam maybank saya dah nazak gila. Hehe. Beli topup RM5 je lepas. Lebih daritu tak dapat nak tolong. Hehe. Maklumlah, duit keluar tak masuk-masuk macamtulah jadinya. Saya tengah fikir nak buat bisnes sampingan apa sebagai cara nak dapat income. Ya-ya sajalah saya ni. Nak tolong buat sewa kereta, masa praktikal saya tak berani nak buat sebabnya saya takut markah teruk nanti dapat sebab keluar sesuka hati. Boleh ya macamtu? Hehe. Dulu masa saya kerja betul-betul bolehlah, keluar ikut suka hati saya je. Tapi praktikal rasa macam tak berani nak buat.

Bilik saya masih lagi bersepah. Ya, saya menaip sambil melihat bilik saya yang bersepah. Tapi saya sukalah bilik saya lepas cat warna ungu aka purple. Nampak macam bilik seorang perempuan. Walaupun hakikatnya saya tidaklah so-so ladies pun. Tak apa, itu semua watak sampingan sahaja, jangan risau.

Oh ya, weekend haritu saya macam berlagak sibuk sikit. Walhal tak adalah sibuk manapun. Setakat jadi pengisi slot tu, sekejap je bukan lama. Hehe. Alhamdulillah, seronoklah dapat jumpa adik-adik baru dekat sini. Walaupun tak pernah jumpa, kerana kita punya hati dan matlamat yang sama, keserasian tu cepat saja timbul. Alhamdulillah.

Adalah adik-adik ni yang macam ada problem dengan saya, I feel sorry for them. Hehe. Mungkin salah saya terlalu tegas. Well, ketegasan itu datang apabila saya sedang bengang, saya tidak diberitahu bahawa kereta saya tidak diperlukan semasa saya sudahpun sampai di Petronas mengisi minyak. Itupun saya sebernanya tak faham mesej dia. Jadi! Saya terpaksa bertegas dalam mesej tu. Hehe. Dan ahlul-badar atau usrah Badar cerita dekat saya pasal adik-adik mereka komen pasal saya. Diorang kata saya ni membebel dekat diorang. Haha. Yeah, I hope they will learn the mistake they have done. Saya tegur diorang dari segi komunikasi. Silalah betulkan. Dan adik-adik ni mungkin rasa geram kot dengan saya. Haha. Tak apa, I don't mind at all.

Oklah. Saya nak cuba tidur walaupun saya yakin, saya akan baring dengan mata tertutup tapi belum tidur. Hehe. Eh, awak! Lailatulqadar masih dalam pencarian ok? Saya pun sedang cari ni, jom!

Oh? Saya terbaca pasal Dia.. Hanya Dia.. pasti seseorang yang special! Semoga bahagia!

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;