Masih Bersabar

Bismillah.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Biarpun begitu, tahap sabar orang juga ada hadnya. Hari ni saya betul-betul hilang sabar dengan seorang penjual yang tak ada sikap perihatin langsung! Sudahlah menyusahkan saya, lepastu tak pandai nak minta maaf? I don't mind if u made a mistake for the sake of profit or whatsoever you try to get from the sell, but at least do apologize for the misunderstood that YOU did! My brothers turned to a hulk towards me, that's why YOU should be blamed for the whole things. Saya akan bertambah hilang sabar bila semua orang salahkan saya walhal benda tu bukan salah sayapun. How should I control the mistake from others?


Kisahnya begini.

Minggu lepas saya booked kucing American Short Hair. Asalnya saya mahu ambilnya selepas raya, kemudian saya decide untuk ambil harini sebab adik-adik saya pulang dari sekolah hari ni. Jadi, saya minta tolong adik saya yang akan jemput adik-adik saya di sekolah untuk tolong ambilkan kucing tu di rumah penjual tu. Saya tanya penjual tu boleh ke? Dia kata boleh. Jawapan boleh telah membawa saya kepada fahaman bahawa dia bersetuju bahawa kucing tu akan diberikan pada saya hari Rabu minggu depan (berlaku minggu lepas) iaitu hari ni.

Harini saya mesej dia beritahu adik saya akan datang ambil kucing tu dan minta alamat rumah dia. Dia balas, beri alamat rumah dia. Dia tanya ambil pukul berapa dan saya tak jawab sebab saya tak tahu lagi pukul berapa. Jadi, saya reply pada dia pukul 12 lebih tengahari bahawa adik-adik saya akan datang lebih kurang jam 4 atau lebih, Dia tak balas dan saya assume tak ada apa-apa masalah sebab melalui mesej-mesej dia tak ada tanda-tanda dia tak pasti nak jual atau tidak. Saya lebih suka mesej daripada call sebab saya sukakan BUKTI sepanjang proses pembelian.

Saya betul-betul tak sabar nak jumpa dengan Kiki the cat that should be adopted by me. Hampa bila adik saya pulang tak bawa apa-apa dan marah saya, hello! Bengang sangat. Adik saya kata rumah dahlah jauh, nak pusing balik. Habis minyak je tapi kucing tak dapatpun.

Saya mesej pada penjual tu dengan baik walaupun hati saya sangat marah. Saya cuma katakan yang sekurang-kurangnya beritahu jika tak jadi nak jualpun. Terima kasih. Ringkas sangat. Dia balas panjang, katanya dia jual dekat orang yang offer harga lebih mahal. Lagipun tak ada deal antara kita. Saya memang ikut hati nak call je, kau ni tak ada manner ke? Melayu ke bukan ni? Kalau nak untungpun jangan sampai menyusahkan orang lain! Itu apa yang terlintas dalam kepala sayalah. Tapi, saya tak tahulah, mungkin bulan puasa ni saya mampu kawal diri saya kot. Alhamdulillah.

Saya cuma balas, agak sarkasis (ada ke perkataan ni?), saya harap duit awak dapat tu berkat sebab awak dah menganiaya saya pergi sana habiskan duit minyak. Terima kasih. Dan dia balas, saya dah call awak banyak kali dan beritahu ini Abu (bukan nama sebenar). Saya dah cek, masa adik saya beritahu tadi lagi saya dah cek. I got no missed call or massaged whatsoever from any person or caller. Dia siap suruh saya cek, masa tu nak je saya tunjuk dekat dia list missed call saya. Saya siap beritahu dia yang dia dah salah nombor mesej. Whateverlah! Last mesej saya dia tak balas, tak tahu sebab apa. Tapi saya memang bengang saya beritahu dia mind your business etiquette after this, jangan sebab nak untung your forgot to please your customer.


Saya ingatkan pada semua, nak berniaga atau berjual beli apa-apa sekalipun biarlah kita menjaga etika jual beli. Jangan sampai pelanggan atau penjual kita teraniaya kerana sikap kita. Jujur dan amanah dalam jual beli, itukan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ya, melanggar etika tiada tindakan undang-undang, tetapi ianya akan mengguris dan menyakitkan hati banyak pihak dan pastinya akan memberi kesan pada kita kelak sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;