Ubah Bersama

Harini saya dahpun selamat berada di Segamat.

Semalam saya sampai rumah dalam lebih kurang 6 lebih. Dekat pukul 7 jugalah. Penat sangat. Saya tak sempat rehat sangat. Kemas dan kemas, tengok dah pukul 7. Makan malam kejap, solat dan mandi. Terus bergegas siap-siap keluar jumpa kawan-kawan buat assignment. Alhamdulillah, selesai sudah. Harini kena submit, memang tak proper sangatlah hantar. Saya malas nak buat sungguh-sungguh sebab proposal tu bukan final report. Nanti nak kena buat report yang betul-betul punya. Sama juga, kena print lagi sekali. Tapi, andaikata lecturer saya nak proper, pandai-pandailah dia beritahu, saya edit je dan print.

Kadang-kadang saya tak faham kenapa ada lecturer yang sangat cerewet. Lepastu suka benda yang sangat-sangat complicated. Kalau boleh eveything must be perfect. Entahlah, tak kisahlah kot kalau nak student buat yang terbaik, tapi sampai membebankan, itu dan ini semua tak boleh, parah juga student. Lagi-lagi kalau semua lecturer macamtu lagilah. Bukan parah dah, boleh jadi barah!

Harini saya sampai UiTM awal jugalah. Walaupun mata saya macam segan hidup tak mahu, saya gagahkan jiwa dan raga saya untuk bangkit dari tidur. Malam tadi saya tidur tak berapa nak lena, tak pasti pula kenapa. Orang kata, kalau kita tak sedap hati atau tak lena tu mungkin ada gangguan kot? Wah-wah, mentang-mentang saya sorang je dalam bilik tu. Tapi saya tak ada rasa kena gangguan pun. Mungkin saya banyak fikir kot.

Atok kepada adik saya sakit, doakan ya! Saya tak tahu bila dia akan pulang ke sini. Saya dah rindu dia! Rindu nak usik dia banyak-banyak. Rindu nak borak-borak dengan dia. Rindu nak jemaah dengan dia. Rindu nak maathurat bersama dia. Harini saya Subuh sorang-sorang, maathurat pun bersendiri. Sedih tak? Haha. Tapi housemate saya ada jelah. Bukannya saya sorang-sorang je dalam rumah tu, tak.

Seronok rasanya bila kita nak berubah, ada orang support kita. Bukan setakat nak berubah, tapi sama juga bila kita nak istiqamah dan cari kekuatan. Biasanya kita perlukan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dengan kita dalam susah dan senang. Dialah yang akan tegur kita, dialah yang akan ingatkan kita, dialah yang akan beri kata-kata semangat bila diperlukan. Bestkan? Sebabtu sangat penting untuk kita berada dalam kelompok yang ramai. Jadi, perlulah untuk kita berada dalam kelompok yang baik-baik supaya kita akan jadi orang yang baik-baik juga. Kalau dah terlanjur jadi mat rempit, carilah mat rempit yang comel-comel dan bergaya. Bila azan, ramai-ramai rempit ke masjid. Kalau tak sempat ikut imam, lantik sorang jadi imam. Bila nampak orang susah tepi jalan, ramai-ramai datang menghulurkan pertolongan. Barulah jadi mat rempit yang cool dan bergaya.

Hidup mesti kreatif. Kreatif dalam mengamalkan Islam selagi tak melanggar batas-batas agama Islam. Sangat-sangat comel kalau anak-anak muda hari ini menjaga kehidupan seharian dia sebagai seorang Muslim walaupun dalam masa yang sama, dia tidak tinggalkan aktiviti berkalanya.

Oh. Saya nak sambung kerja! Selamat!

0 Shreks:

 
;