Today's Tarbiyah

Hari ni sangat penat, walaupun saya tak buat apa-apapun but still penat.

Pagi tadi ada daurah dekat sini, saya ni memang kaki penyibuk. Bila dalam daurah je, hati saya mesti sayu dan sebak. Kalau dulu, saya pergi daurah bersama-sama dengan akhawat tercinta yang bersama-sama bergerak di kawasan yang sama. Kami saling memahami, saling berbincang apa-apa yang berkaitan dengan pengisian. Tapi, saya faham situasi saya bila dekat UiTM, mustahil untuk saya rasa semua tu. Saya boleh terima hakikat tu, cuma perasaan ingin bersama-sama dengan mereka yang faham waqi' kita, itu lebih manis.

Hehe. Tapi........................

Saya tak nafikan perasaan saya hari ni sangat best bila dapat berjumpa dengan adik-adik lama saya. Walaupun tak ramai, tapi sudah cukup buat saya terkesan. Saya sebenarnya nak menangis juga, tapi saya tahan je sebab saya tak boleh tunjuk lemah dekat diri sendiri. Saya kena kuat, tak kiralah dekat mana saya berada. Saya kena tunjuk dekat mereka yang saya kuat, saya cuba hadapi semua ni walaupun payah. Apa yang diorang perlu tahu, saya masih disini walaupun saya bersendiri. Wah, cool betul saya ni kan? Hahaha.

Tadi saya tanya mak dan abah saya, ada beza tak perkembangan dakwah dan tarbiyah dulu dan sekarang. Diorang cakap, dari segi infrastruktur, banyak sangat-sangat perubahan dan perkembangan. Alhamdulillah. Macam pentaujih kita cerita tadi, macamana kita telah membina sekolah, hospital, bahkan ni tak lama lagi akan keluar majalah pula. Tak sangkakan? Semuanya bermula dengan zero.

Tetapi, dari segi individu tu sendiri, perkembangan tak banyak sangat. Dulu dan sekarang, masih sama. Kualiti individu itu sukar untuk dapat. Mereka menceritakan bagaimana sifu mereka yang hebat dan mantap bersama-sama dengan mereka suatu masa dahulu, kini sudah futur. Bukan futur sekejap, tetapi futur yang berpanjangan - ini luar biasa. Ada yang sudah kembali ke pangkal jalan, ada juga yang sehingga kini masih belum terbuka hatinya untuk terus bersama-sama dengan kita mengukuhkan lagi jalan perjuangan kita. Apa yang kita mampu buat, doakan buat mereka agar terbuka pintu hatinya untuk kembali bersama-sama dengan kita kerana nyawa kita masih lagi belum ke garisan penamatnya. Maka selagi itu, kita mampu membuat perubahan.

Mak kata, ada satu sikap sesetengah mereka yang rasa CUKUPLAH usrah. We don't need usrah anymore! Sekarang sudah masa kita menggerakkan dakwah kita tanpa usrah. Bagaimana sesetengah individu memikirkan bahawa perjuangan boleh bergerak tanpa tarbiyah dzatiyah dan jama'iyah? Bagaimana kita boleh meneruskan dakwah kita walhal diri kita sendiri tidak cuba untuk dibentuk dan dibina menjadi pendakwah yang faham? Kita nak bergerak, nak melakukan dakwah, nak membina manusia, TETAPI KITA?

MALAS nak pergi daurah. MALAS nak pergi usrah. MALAS nak pergi rehlah. MALAS nak pergi katibah. MALAS nak pergi mukhayyam. MALAS nak pergi muzakarah. MALAS nak pergi qodoya.

Ahhhhh! Aku tak perlukan semua tu, aku boleh belajar sendiri dekat mukabuku, aku boleh tonton macam-macam jenis video dekat kamutiub, aku boleh baca banyak artikel dekat iluvislam, aku boleh baca macam-macam dekat angelweargucci, aku selalu je buka langitilahi, blog muharikahpun dah buat aku rasa nak bergerak ok! aku selalu tengok kamutiub aimanazlan atau inianwarhadi, BANYAK sangat dah aku belajar. Pakcik Google ada kot boleh tolong aku cari je apa maklumat aku perlukan. So PERLU LAGI KE aku pergi program-program lain tu? NONSENSE betul!

Apa yang saya sebut di atas itu semuanya adalah tarbiyah dzatiyah kita dimana kita mencari bahan-bahan dan ilmu sendiri untuk pengetahuan kita, untuk topup apa-apa yang kurang, untuk muhasabah diri kita semula, dan apa-apa je untuk kepentingan diri sendiri. Yang MALAS-MALAS tu semua adalah tarbiyah jama'iyah untuk kita membentuk diri kita secara beramai-ramai. Keduanya berbeza, sangat berbeza!

Ada ke kita bermukabuku dan bertwitter ramai-ramai guna satu laptop?
Ada ke kita tengok kamutiub berjam-jam ramai-ramai depan laptop?
Ada ke kita baca langitilahi atau angelweargucci atau muharikah beramai-ramai depan satu laptop?

Ada ke kita daurah sorang-sorang? Melanguk dengan muntalaq sorang-sorang, pentaujih sorg dekat depan? Tak paham pentaujih bagitahu itu dan ini. Err.. daurah ke macamtu?

Ada ke mukhayyam sorang-sorang? Saya redah hutan sorang-sorang. Sayalah yang akan masuk sungai, sayalah yang akan merangkah macam askar tu sorang-sorang. Sayalah yang akan jadi tarzan sorang-sorang? Err.. sampai ke hadaf mukhayyam tu nanti?

Ada ke usrah sorang-sorang? Ok, usrah sorang-sorang sangat tak best! Haha. Tapi adalah kot, cuma sedih sikitlah untuk murobbi dan mutarobbi.

Ada ke muzakarah sorang-sorang? Ada ke qodoya sorang-sorang?

Haha. Ok, sekarang berbeza tak? Kadang-kadang kita terlupa nak buat tarbiyah dzatiyah bila kita dah sibuk sangat dengan urusan luar iaitu dakwah untuk orang lain. (Tiba-tiba teringat artikel daie yang terpesong, sangat terkesan!) Tetapi, ianya jadi terbalik apabila kita dah selalu selesa dengan kedudukan kita membentuk tarbiyah dzatiyah dalam diri kita sehinggakan kita tidak mahu keluar dari kepompong itu dan mengambil keputusan untuk tidak bersama-sama di dalam tarbiyah jama'iyah.  Bahkan kita rasa beratnya untuk melakukan dakwah, sebab tidak nampak kepentingan dan keperluan dalam membina manusia yang faham Islam agar Islam itu boleh berkembang dengan lebih baik.

Senang cerita, kita kena mengajak orang kepada kebenaran, dan dalam masa yang sama, kita kena perbaiki diri kita yang serba lemah lagi hina dan dina ni. Kita HINA ok? Jangan ingat kita dan berada atas jalan dakwah ni kita dah SUCI sangat, sudah semestinya TIDAK. Kita tetap insan yang kerdil, kecil, kenit, ketot, kurus, keding, disisi Allah.

Islah nafsak wad'u ghairak!


2 Shreks:

Maryam said...

err belum lagi program yang dinamakan khusus untuk target tertentu. daurah pemuda contohnya... sape yg terasa dia pemuda je akan pegi. ;) selebihnya? 'ah, kerja aku kat kawasan sendiri lagi banyak'. nak buat mcm mana tu? =)

Kay J said...

betul kak. tak dinafikan langsung. ahli kita ramai, tapi yang nak bergerak betul2 rasanya tak cukup tangan nak cover satu malaysia ni. hihi. tulah alasan paling mudah, dekat sini pun banyak kerja, nak suruh pergi jauh2. huhu

 
;