Bila Insan Bercinta

Alhamdulillah, mak dan abah selamat sampai dirumah. Kami bertiga sama-sama ke Senai jemput diorang. Nampak mak bertambah sihat sebab sebelum ni asyik batuk je. Risau. Alhamdulillah.

Saya nak cerita pasal tempat praktikal saya. Saya memang dah senaraikan tempat-tempat yang saya nak pergi untuk praktikal. Ikutkan saya ada 5 syarikat sebagai destinasi saya, tapi sekarang kena tambah lagi 2. Jadi saya dah ada 7 senarai syarikat yang saya boleh minta. Saya nak kerja dekat KL, tapi abah macam tak setuju. Beriya dia suruh saya cuba cari dekat sini juga. Saya senyum je. Saya cakap dekat dia, saya minta je mana yang saya rasa possible dan boleh dapat. Dapat tak dapat, tu lain cerita. Semuanya atas izinNya. Dekat mana Dia campak lepasni, saya memang 100% redha dan saya yakin Dia nak saya 'bekerja' disana. Cakap pasal praktikal, saya dah pening macamana nak cari tajuk thesis pula? Haha. Semester tak start lagi saya dah fikir, sebab saya perlu berfikir. Rasa tak best kalau tak ready awal-awal. Tak apalah, lepasni saya akan fikirkan sambil-sambil.

Saya memang suka glamourkan adik-adik saya. The right one is my sweet sister, merangkap roomate dan classmate untuk subjek tertentu. Love you sis. 

Hari ni pasal mukabuku lagi. Saya selalu nampak sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, teman-teman saya, si anai-anai mukabuku saya, si kenalan yang tak berapa nak kenal dalam senarai kawan mukabuku saya (list go on), suka sangat pos video. Dahsyatkan? Video pun boleh pos je sekarang. Kawan saya dekat New Zealand boleh pos video dekat saya di Malaysia ni? Dan middleman pula adalah mukabuku kami. Zaman canggihkan? Canggih zaman, betul? Tapi, mukabuku ni takkan berjaya hantar video tanpa bantuan kamutiub untuk upload video kita. Kan?

Adalah satu video ni, bukan satulah, ada banyak lagi video sebenarnya. Video-video sweet yang memang sweet gilalah. Alah, yang ada pasangan halal tengah bercinta. Sweetkan? Saya tengoklah juga kadang-kadang. Kalau saya rasa macam nak layan biru sorang-sorang, nak syok sendiri, nak biar hati saya leka, nak mulakan angan-angan kosong saya, saya tengoklah video-video macamtu. Memang layan habislah sampai terbayang-bayang dalam kepala siapalah lelaki yang tak bertuah yang akan bersama dengan saya nanti? Hehe. Siapa-siapa tengokpun, memang lentok habislah.

Tapikan, ada juga video yang sweet habis jugalah, tapi video yang bertunang ke, atau bercinta sebelum kahwin ke, atau apa-apa sajalah. Apa-apa yang berkaitan dengan CINTA manusia. Wah.. bukan main besar lagi CINTA saya ya. Saya suka, saya suka bila orang lain sukakan video cinta-cinta macamtu, sebabnya hati mereka hiduplah, dapat merasa kehangatan cinta tu tanpa perlu bercinta. Err.. itu kalau yang tak bercinta dengan sesiapa. Tapi lepastu NAFSU pula ambil alih, sebab HATI over-excited punya pasal. Tapi kalau yang tengah bercinta? Err.. mungkin lepas tengok video tu dia terus SMS kekasih hati..

a w a k  c u b a  a w a k  b u k a  f a c e b o o k  a w a k  s a y a  a d a  t a g  a w a k  d e k a t  s a t u  v i d e o  n i . s w e e t  g i l a . t e r u s  s a y a  t e r i n g a t  a w a k . s w e e t  t a k  s a y a ?

Hehe.

Dulukan, saya suka video-video macamni, bahkan cerita-cerita cerpen yang berkaitan cinta manusia tak kisahlah halal atau tak halal, suka....................... sebab sweet macam ni  >_<

Kawan saya masa diploma yang suka sangat bermain mesej.

Tapikan, saya rasa video-video macamtu sebenarnya bagi effect pada hati kita. Perasan tak? Bila kita tengok sepasang kekasih yang halal sedang bercinta, adakah kita terus menerus ingat pada Allah?

Wah, sweetnya diorang ni! Rasa macam nak kahwin hari ni juga! Please.. please.. siapa nak kahwin dengan saya angkat punggung anda datang jumpa mak ayah saya sekarang juga! Saya nak jadi macam pasangan video tu!!

Macamana? Atau, mungkin ada yang respon sesuatu lebih baik.

Masya Allah, inilah yang kita mahu. Bercinta kerana Allah. Boleh nak pegang-pegang, tapi kena tunggu halal dulu. (Alhamdulillah)

Mungkin ada pro dan cons kot? Saya teringat seorang ukhti pernah cakap, kata-kata dia memang sering buat saya mimpi ngeri sampai sekarang. Kadang-kadang sebak dan rasa takut yang amat.

Cakaplah alasan apa sekalipun, kita boleh menipu diri kita dan orang lain, tetapi kita takkan mampu tipu Allah. 

Macamana? Takut tak? Takut tak kata-kata kita akan memakan diri kita sendiri di akhirat kelak? Kita beralasan sungguh-sungguh yang kita tak mampu buat, tetapi Allah lebih tahu apa sebenarnya kemampuan dan kebenarannya.

Ada sesiapa berani mengaku dia tak pernah rasa SWEETnya bercinta ni selepas tengok video yang memang sweet tu? Err.. kalau ada TAHNIAH! Anda memang hebat kerana hati anda tidak layan benda-benda cinta begini! Tapi saya tak mampu. Jujurnya saya tak mampu nak tolak perasaan sukakan benda-benda manis begitu. Masatu saya akan mula melayan perasaan, kesian sayakan? Jadi, saya telah mendidik diri saya (kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak) untuk tidak layankan sangat video-video sweet macamtu sebab saya dah cukup sweet untuk melihat kemanisan video tu. Jadi, saya baca komen je. Hahahaha!

Tapi....................

Silalah tengok jika anda hebat! Dengan melihat video itu hati anda akan merasa tenang, hati anda akan sentiasa mengingati Allah, hati anda boleh terus baca buku fikrah tanpa terbayang-bayangkan video yang anda tengok tadi, anda memang hebat! *clap*clap*. Saya salute anda!

Ok, saya harap kita semua boleh menjaga hati kita yang sangat fragile ni. Saya tahu, sebab saya pun ada hati macam awak. Hati saya pun Allah suka bolak-balikkan, macam hati awak juga. Kita kena bantu hati kita lawan nafsu ok? Janji dengan saya? Hati kena selalu menang, sebab hatilah yang akan kawal jasad kita untuk membuat lebih banyak kebaikan, million of deeds! Sebab apa kita kena buat amal banyak-banyak? Sebab kita tak tahu amal yang mana Allah akan terima. Mungkin hanya dengan senyuman yang ikhlas itu? Atau mungkin dengan ajakan kita kepada orang lain untuk solat berjemaah? Wah.. siapa tahu? Mungkin hanya dengan menulis blog macam saya? *uhuk*uhuk*. Maaf tersedak, ada orang tengah cakap pasal saya.

Sweetnya gambar tu!!


Kalau sweet, kena kahwin cepat!

Oh, kakak ipar saya pernah tegur adik saya.

Lagu FOR THE REST OF MY LIFE tu untuk orang kahwin jelah. Tak kahwin mana boleh dengar. 

Insaflah saya lepas dapat teguran direct macamtu walaupun dia cakap dekat adik saya. Lepas dapat teguran macamtu saya dah tak layan lagu tu, tapi kalau terdengar lagu tu saya terus teringat pesanan tu. Haha!

Selamat malam!

1 Shreks:

Maryam said...

err lagu FTOML tu akak memang tak dengar pun... ;)

sape layan kasih kekasih album pertama inteam? tu pun sama kena banned.. =P

 
;