Bila Ajal Tiba

Pagi tadi, lepas saya bangun daripada tidur, saya melihat cermin. Saya masih hidup! Alhamdulillah.

Saya pernah terasa mati hidup semula. Dua kali. Bersyukurlah saya atas pemberian nyawa dariNya. Kali pertama masa saya masih tadika. Hampir-hampir dilanggar sebuah lori dipandu oleh pakcik berbangsa cina. Siap kena marah lagi sebab seberang jalan tak tengok dulu. Redah je. Lepastu saya nangis.

Kali kedua, saya bersama keluarga. Holiday kami di France bertukar jadi ngeri apabila khemah kami hampir musnah dijilat api. Saya dan adik-beradik saya terperangkap dalam khemah sebab pintu khemah kami telah marak dengan api. Masa tu, saya tak pasti adakah saya akan hidup atau mati. Saya terbayang wajah mak dan abah, diorang dekat mana? Saya nampak abang ngah tengah cari jalan keluar daripada khemah. Saya nampak adik-adik saya, meraba-raba dinding khemah kerana tidak tahan dengan asap. Api semakin marak.

Saya dan abang saya tolak khemah tu sekuat hati. Tolak dan tolak. Sampailah terkoyak. Alhamdulillah. Keluar dari khemah kami lihat ramai orang sedang memerhati kami. Ramai pelancong-pelancong lain sedang cuba berikan pertolongan. Err.. tak pasti apa pertolongan mereka. Mungkin morale support. Alhamdulillah lagi sekali. Kita tak tahu sebenarnya bila waktu kematian kita. Jika waktu itu bukan ajal kita, maka Dia tidak akan mempercepatkan waktu kematian. Ajal kita memang sudah ditetapkan, tiada cepat atau lambat walau sesaat. 


Saya selalu terfikir, macamana ya kalau lepas saya tutup laptop ni, dan saya naik tangga. Kemudian, saya terjatuh dan ajal saya tiba? Nauzubillah. Jika Allah tanya, apakah amal yang terakhir telah saya lakukan dan bila? Mungkin saya boleh jawab, petang tadi saya menghadiri pertemuan dengan sahabat-sahabat saya untuk membincangkan cara-cara yang boleh mempercepatkan lagi gerak kerja dakwah di Malaysia. 

Cuba bayangkan..

Minggu pertama saya di kampus, saya tak dapat join apa-apa saja aktiviti agama Islam yang bertujuan mengembangkan dakwah Islam. Saya sibuk dengan assignment dan test. Saya harap minggu depan boleh join. 

Minggu kedua, juga tidak ada masa. Minggu tu aktiviti kolej sangat banyak. Kalau saya tak pergi, nanti kena buang kolej! Saya harus utamakan yang utama. Usrah saya tak dapat join, apatah lagi program-program lain yang melibatkan kerja dakwah. Minggu depan sajalah.

Minggu ketiga, saya bertambah sibuk. Saya orang penting dalam persatuan sehinggakan setiap hari saya ada meeting persatuan. No! Saya tak boleh skip meeting dan aktivitinya, sebab saya ada tanggungjawab. Insyaallah, minggu depan saya akan cuba berikan masa untuk dakwah pula. 

Minggu keempat saya perlu balik rumah sebab dah lama gila tak balik. Saya rasa dekat 2 bulan juga tak balik sampai mak dan abah telefon tanya bila nak balik. Minta maaf lagi sekali, saya kena pulang ke kampung kerana rindu yang tidak tertahan. 

Minggu kelima. Ajal saya tiba. Dan tiada minggu keenam untuk saya tangguhkan urusan dakwah saya. Maka, saya telah mengabaikan hak Allah selama 4 minggu. Apakah jawapan saya jika Allah bertanya, bilakah kali terakhir engkau menunaikan hak Aku sebagai khalifah? Mungkin saya akan jawab, 2 bulan yang lalu kerana saya terlalu sibuk dengan urusan dunia. Apa agaknya Allah akan jawab? Nerakalah tempat kamu! Wohohohohoho! Nauzubillah, ya Allah moga dijauhkan dari jawapan begitu. Nilailah usahaku walau kecil, ya Allah. Takut rasanya kalau dapat jawapan macamtukan? Tak adalah itu bukan jawapan betulnya, saya cuba membayangkan je. Kita membayangkan the possible utmost balasan yang Dia akan bagi. Huhu. 

Dan sesungguhnya, urusan dunia kita hanyalah fatamorgana yang tidak berguna di akhirat kelak. Minggu pertama saya sia-sia, minggu kedua sia-sia, minggu ketiga sia-sia, minggu keempat saya telah menunaikan hak sebagai seorang anak. Namun begitu, saya telah meletakkan hak Allah lebih rendah dari hak manusia. Begitulah hakikatnya hidup ini.

Semuanya bukan kerana perkara-perkara di atas, tetapi ianya adalah soal masa yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Ya, mustahil untuk kita memanfaatkan seluruh hidup kita untuk dakwah jika kita tidak pandai menguruskan masa dengan baik, menentukan priority, meletakkan yang hak lebih tinggi dari yang batil, mengutamakan yang sebenar-benar utama, dan kita terlupa untuk bermohon pada Allah agar diberikan hati yang rindukan dakwah dan tarbiyah. 


Saya teringat pesan mak dan abah malam semalam, ramai sahabat-sahabat kita ghairah melakukan kerja dakwah memang all-out masa dekat kampus, tetapi bagaimana kita nak menguruskan masa selepas keluar dari waqi' tersebut dalam keadaan kita sudah berumahtangga, itu lebih dahsyat, maha-dahsyat. Maknanya, pengurusan masa kita hendaklah belajar sedari waktu belajar lagi, inilah waktu paling sesuai dan terbaik untuk kita didik diri kita mencari waktu bila untuk keluarga, waktu bila untuk belajar, waktu bila untuk diri sendiri, waktu bila untuk dakwah, waktu bila untuk kawan-kawan, semua ni kena ambil kira. Saya juga sedang belajar, mustahil saya tak nak balik jumpa mak dan abah saya, anak perempuan sorang kot, mestilah disayangi selalu (sekali-sekala nak syok sendiri). *Kenyit mata. Mustahil juga untuk saya abaikan kawan-kawan kelas saya, sebab dioranglah yang banyak tolong saya dapat result cemerlang *uhuk uhuk! Mustahil untuk saya tak ada masa untuk diri sendiri, habistu waktu bilanya saya nak muhasabah diri saya, nak study lagi, nak menjaga kecantikan lagi, nak cuci baju lagi, hey! Semua tu penting ok?! 

Allah.. ini adalah muhasabah buat saya yang kerdil ini. Saya sangat penat hari ni. Tengahari tadi bertolak ke JB kemudian mendengar nasihat dan pesanan dari beberapa wakil JKP serta mengikuti perkembangan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Dan diakhiri dengan persoalan-persoalan dan cadangan-cadangan agar gerakan ini dapat berkembang lebih hebat dimasa hadapan. MasyaAllah, subhanallah, saya bersyukur dipilih untuk hadir kerana saya dapat lihat dan semakin yakin dengan jalan ini. Alhamdulillah. Saya tiba di rumah jam 10.20 malam selepas dinner bersama keluarga di kedai makanlah, mana lagi.

Dan saya semakin yakin dengan kata-kata Allah, 51:56 & 2:30 haruslah kita ambil serius.

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufuringkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." [14:7]

Result lagi 2 hari dan saya rasa sangat nervous. Doakan yang terbaik untuk saya. Insyaallah. 

0 Shreks:

 
;