Sayonara J

Alhamdulillah. Saya sihat. Awak juga sihat. Kalau ada yang sakit, berusahalah untuk memulihkannya, kemudian berdoa kerana sakit itu datang dariNya, biarpun puncanya adalah hati.

Hari ni ada 2 benda yang saya kecewa. Pertama saya tidak dapat ke KL. Keduanya kredit saya habis dikala saya sedang bermanja-lara dengan adik saya di kampung kedua saya. Selalu macamtu. Selalu terjadi apabila saya sedang meluahkan rasa rindu saya pada adik-adik saya. Kenapa tidak waktu lain? Penat saya call abah saya minta tolong belikan top up tapi abah saya ibarat pakai ear phone sambil dengar nasyid dengan volume yang sangat kuat lagaknya. Apa-apapun setiap yang Allah rancang itu pasti ada hikmahnya.


Nampak gaya saya akan ditinggalkan berseorangan disini, di rumah yang 'besar' dan menakutkan ini. Kalau saya duduk bawah, macam ada orang dekat atas. Kalau saya duduk atas, macam ada orang dekat bawah. Jadi, saya patut duduk dimana supaya tak merasa kedua-duanya? (Abah saya baru saja balik sambil letak barangannya di dapur. Mesti tak cek telefon bimbitnya lagi.)

Mak saya kata esok dia dan abah akan ke Jam Batan jam 5 pagi. Saya nak ikut, mak saya kata buat apa nak ikut. Penat duduk rumah, at least dapat berjalan keluar.

Tempoh hari saya bawa adik-adik saya bersiar-siar keluar dari kampung kedua saya. Seronok rasanya. Rasa makin dekat, rasa makin sayang, rasa makin rindu dan yang paling penting rasa lebih semangat. Saya bersyukur sebab mereka dapat sesuatu dari perjalanan kami yang tak berapa nak lama tu. Saya harap all the boosters will confide them and believe that we SHOULD start now. No more I can't do it. Bismillah, jalan saja!

Dan disana, saya merasakan the shot not only untuk adik-adik saya, tapi at the same time terkena pada batang hidung saya sehingga terasa debarannya. Saya rasa ada sesuatu yang tidak settle dalam diri saya. Walaupun adik-adik saya dapat turning point masa SH, tapi saya paling terkesan dalam slot SJ. Err.. orang kata walaupun kita pernah belajar, tetapi kita akan lupa dan apabila kita diingatkan, ianya akan terkena pada diri sendiri. Saya telah melakukan sesuatu agar saya dapat semangat baru untuk bergerak lebih laju dan muntij, serta mendapat redha Allah.


Saya telah membuang sebuah jahiliyah saya yang paling besar di abad ini lewat malam tadi. Berat hati saya ingin melepaskannya, pedih rasanya nak membuang karat tu kerana ianya sangat sebati dalam jiwa saya, sehinggakan saya menitis air mata bermohon agar saya tetap dengan keputusan ini. Saya tidak pasti saya mampu atau tidak, tetapi doakanlah agar saya tetap istiqamah dengan perjalanan ini. Benar, jahiliyah itu ibarat gula getah yang melekat pada tapak kasut kita, terseksanya nak buang sebab melekat sangat-sangat. Tetapi, kita akan tertap berusaha untuk buangnya supaya tapak kasut tu jadi elok semula dan selesa dipakai.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam itu secara menyeluruh dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)

Itu hanya segelintir, saya tak tahu berapa banyak lagi jahiliyah saya yang belum saya padamkan. Ya, saya bukanlah malaikat yang tidak pernah ada karat-karat ni, mesti masih ada. Cuma proses untuk hilang sekaligus itu mustahil tetapi ia perlukan masa sikit-sikit untuk dihapuskan, dinyahkan dari hidup kita. Saya harap, sahabat-sahabat saya juga akan cuba untuk buang jahiliyah dalam diri kita sedikit demi sedikit. Tak naklah kita hidup ibarat zaman jahiliyah sebelum kedatangan Rasulullah, hidup dalam kegelapan. Sedangkan kita kini sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan antara yang baik dan yang buruk. Beruntunglah bagi mereka yang memilih kebenaran dan rugilah bagi mereka yang dalam kefasikan.

Saya mengajak sahabat-sahabat saya dan diri saya juga untuk sentiasa cek mutabaah amal kita, dan muhasabah diri kita setiap waktu. Saya pun memang dah lama tak jaga mutabaah amal saya, sedih pula rasanya. Daripada mutabaah amal itulah yang menjadi booster kita dalam membuat kebaikan insyaallah.


Jom kita gerak, apa tunggu lagi?

0 Shreks:

 
;