Bimbing Tangan Mereka

Rasa macam dah lama gila tak update. Sebenarnya, sebuah makhluk yang berfungsi menyambungkan saya ke internet macam hidup segan mati tak mahu je. Resah gelisah juga saya dibuatnya sebab saya tak tahu waktu bila internet ni hidup dan waktu bila dia mati. Tak tenang saya nak mencuci mata.


Insyaallah esok saya akan kembali ke kampung kedua saya. Saya ada plan dengan adik-adik saya hari Jumaat, jadi saya kena balik lebih awal supaya dapat buat preparation. Saya sangat risau, bimbang, berdebar-debar, sebab ini pertama kali saya uruskan sendiri program bersiar-siar keluar dari kampung saya. Haha. Ok sebelum ni biasa program dalam-dalam je, tak adalah sampai bawa keluar dari kampung. Doakan semuanya baik-baik. Saya tiba-tiba rasa kena buat back-up plan in case banyak perkara tak dapat dilaksanakan walaupun saya berharap sangat semuanya berjalan dengan baik.

Haritu saya pergi popular, beli sesuatu untuk adik kepada sahabat saya, kebetulan birthday dia. Sebenarnya nak beli untuk sahabat saya, atau kalau boleh kedua-duanya, tetapi akhirnya saya beli satu je sebab tak cukup duit. Jujurnya saya memang tak ada duit. Haha! Ok, bila dah duduk rumah susah nak dapat duit, itu cerita betulnya.

Nak dijadikan cerita, saya nampak ramai sangat gadis-gadis dekat popular tu pakai skirt labuh yang kembang-kembang tu. Comel je walaupun baju macam tak tutup aurat sangat (baca: ketat), tetapi oklah nampak manis berkain. Saya terperasan sesuatu, walaupun dia berkain tetapi rupanya tak berkain sangat (oh, apakah?). Adalah dua batang pokok kelapa kelihatan, saya sendiri malu bila ternampak. Ada yang nampak jelas, ada yang nampak bayang-bayang je. Sayangkan? Kain dah comel, tapi nampak dalam pula? Tak bestlah macamtu. Mula-mula pakai memanglah tak selesa, tetapi percaya dan yakinlah, lama-lama pakai rasa macam seronok sangat sebab kita dapat menjaga maruah kite sebagai seorang perempuan.

Sebenarnya bukan yang pakai skirt labuh ni je, tetapi refer kepada pakaian-pakaian yang berkain seperti baju kurung. Lepasni kan, kalau nak cek kain kita tu jarang atau tidak, cuba berdiri dekat matahari, minta kawan perempuan kita tengokkan nampak tak kat dalam? Kalau nampak, maknanya kena ada kain tambahan, kalau tak insyaallah selamat dari fitnah.


Kalaulah tu kawan-kawan saya, MUNGKIN saya akan berterus-terang. Walaupun saya pernahlah juga berterus-terang dengan kawan saya yang pakai seksi-meksi kainnya sampai nampak apa yang tak sepatutnya nampak, tapi mereka masih lagi tak ubah apa-apa. Huhu. Saya cuma boleh doakan, sebab mungkin dia lupa, boleh je nak ingatkan lagi sekali. Usaha itu tangga kejayaan bukan?

Kawan-kawan disekeliling kita, yang pakai baju seksi-meksi, yang tidak bertudung, yang tak solat, yang tak puasa, sangat ramai bukan? Kadang-kadang kita sedih bila kenangkan kita tak mampu buat apa-apa dekat diorang ni. Tapi, apa yang saya nak kita sama-sama muhasabah, adakah kita benar-benar telah melakukan sesuatu sebelum kita bersedih? Kalau betul kita sayangkan mereka, kalau betul kita bersedih dengan sikap mereka yang bergelumang dengan dosa, sepatutnya kita kena buat sesuatu. Biarlah sedikitpun, biarlah ditolak sekalipun, yang penting kita cuba.

Pendekatan yang berbeza adalah sangat penting. Mustahil kawan yang sensitif orangnya kita akan tegur direct tanpa tapis-tapis, itu sangat menyakitkan. Tegurlah dengan hikmah sesuai dengan karakternya. Mana boleh redah je. Kita tak nak orang semakin jauh dengan kita, tetapi kita nak orang mudah mendekati kita dan hormat kita sebagai seorang sahabat.

Paling penting sekali, doa untuk mereka. Doa setiap hari, setiap masa, even apabila kita ternampak sesuatu yang kita tidak suka dari perbuatan mereka, doalah ketika itu juga.

Apa yang saya katakan, adalah apa yang saya pernah lalui. Saya pernah berharap kawan-kawan saya boleh berubah selepas kami sama-sama tamat belajar, tetapi saya nampak semuanya mustahil dan saya boleh lihat sendiri perkembangan mereka di facebook. Pendek cerita, sebenarnya saya berharap sesuatu tetapi tanpa usaha yang berterusan. Insyaallah, saya belajar dari kesilapan dan saya tak nak kesilapan tu berulang buat kali kedua. Tinggal satu semester je lagi. Jom kita buat sesuatu untuk bantu sahabat-sahabat kita. Jangan menghukum mereka, tapi bimbinglah mereka.


Anda sayang sahabat-sahabat anda? Saya juga sayang.


0 Shreks:

 
;