Second Step

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur padaNya hari ini masih berkesempatan untuk menghirup udaraNya yang segar lagi bugar.

Perjalanan ke KL bersama akhawat dan ikhwah disini. 

Baru-baru ni saya menghadiri satu program di KL, khas untuk syabab. Kebetulan kakak ipar saya pun ada sekali, dan kami berdua duduk bersebelahan. Seronok dapat jumpa anak buah saya yang sangat manja tu. Kesian juga saya tengok kakak ipar saya yang tak dapat nak fokus sebab layan dia. Tapi, dia tetap bersusah payah ke program tu tanpa abang saya bersama sebab ada daurah dengan adik-adik dia. Bila tengok diorang ni, kadang-kadang semangat saya menjadi-jadi. Iyalah, dahlah hebat, busy dengan kerja dakwah, busy dengan kerja duniawi, tapi masih ada masa lagi jenguk mak abah, jenguk mertua, tak ke diorang ni osem gila? Kalau abang saya tu, ada buat business sendiri, lagilah busy. Saya pun kadang-kadang tak tahu macamana diorang manage masa diorang. Sekali-sekala tu saya adalah bertanya pada kak ipar saya ni, kat rumah macamana, dsb.  Jawapannya, biasa-biasa saja.

Itu bukan cerita asalnya. Sebenarnya saya nak cerita yang saya tersentap dengan jawapan Syeikh untuk satu soalan seorang syabab kita. Saya sendiri tak sangka jawapan macamtu akan keluar. Memang kalau dengar jawapan-jawapan Syeikh untuk setiap soalan memang subhanallah, saya dapat rasakan betapa hebatnya beliau, betapa beliau sangat berpengalaman dalam melalui susur susah payah jalan ni. Dahsyat, hebat, kagum. Entahlah, tapi saya jeles jugalah dengan keOSEMan beliau. Insyaallah, saya cuba jadi terbaik. Saya taknak jadi golongan iman lesu yang cuma bersemangat selepas pergi program, lepastu lesu selepas program. Biarlah iman saya hidup sepanjang masa. Insyaallah, doa untuk kalian juga.

Apa soalan syabab kita? Dia tanya lebih kurang macamni, ramai da'i kita masa kampus hebat, tapi bila dah keluar kampus atau dah bekerja, kerja dakwah makin dilupakan, makin lesu. So, pertanyaannya macamana ikhwah Mesir mengatasinya? Saya rasa soalan macamni selalu sangat ditanya, hampir setiap pertemuan atau program, mesti ada soalan ini.

Jawapan Syeikh tu, rahsianya adalah baitul muslim. Haha! Sentap nek. Kakak ipar saya dah usap-usap tangan saya penuh dengan rahsia disebalik senyumannya. Sikit je keluar dari mulut dia, dengar tu. Haha! Saya kerang busuk jelah. Iyalah akak, jodoh tu dekat tangan Tuhan. Penjelasan panjang lebarnya yang tak berapa nak panjang tu, itulah yang dilakukan oleh HAB. Hebatnya HAB ni kan? Bahkan golongan sekular sendiri mengakui bahawa kestabilan rumahtangga HAB adalah sumber kepada kejayaannya sehingga hari ini. So, siapa yang dah habis belajar tu dan rasa macam susah-payah sikit nak istiqamah dan mujahadah di atas jalan ni, atau dah nampak berada di ambang-ambang kejatuhan, ataupun kelihatan tanda-tanda futur, cepat-cepatlah suarakan pada naqib/ah. Jangan berdiam diri, menyepi. (Macamana dengan saya pula?? Hahaha! Rasa macam tak sanggup nak habis belajar lepas dengar jawapan ni.)


Banyak yang saya belajar daripada abang-abang saya. Dua-dua abang saya dah masuk ke alam baitul muslim (sebab tu sekarang ni giliran saya sepatutnya). Saya dah tengok macamna abang ngah saya pernah bersusah payah berjauhan dengan kak ipar saya selama setahun (kot) dan kak ipar saya terpaksa mengandung sorang-sorang untuk beberapa bulan sebab duduk jauh dengan abang saya. Tapi kerja dakwah diorang tak pernah effect langsung, kerja dakwah still gerak macam biasa. Walaupun abang long saya ni tak adalah sehebat abang ngah saya, tapi cukuplah saya dapat lihat macamana dia banyak berkorban sebab kak ipar saya orang yang hebat. Dekat sini, both need to sacrifice walaupun salah seorang yang hebat tapi sebenarnya abang long saya pun hebat sebab sekarang dia jadi househusband dan semakin expert menjaga anak buah saya yang 3 bulan tu. Sweet!

Nampak tak? Diorang sangat osem walaupun dah berkahwin. Saya ni tak kahwin lagi rasa macam susahnya nak jadi osem macam diorang. Doakanlah saya tsabat atas jalan ni jika jodoh saya belum tiba usai saya habis belajar ni.

Weekend baru-baru ni saya banyak habiskan masa di RQ. Malam selepas pulang dari KL saya ada sedikit sharing dengan adik-adik. Last minute task saya dapat dari Murobbi mereka masa on the way pulang ke sini. Saya tergamam jugalah, macamana saya nak sampaikan benda yang dah lama sangat-sangat saya dapat dan saya pun tak berapa ingat jika tak ada preparation. Jadi, saya study dalam bas. Saya baca dalam masa 20 minit untuk hadam, kemudian saya terlelap mungkin sebab kepenatan. Sampai rumah dah nak Maghrib, masa tulah saya tungkus-lumus buka hard disk saya dan cuba revise. Sekejap je sempat, lepastu saya dah bersiap-siap ke RQ. Layan.

RQ dan unta merah saya. Saya akan rindu kamu semua. 

Alhamdulillah, saya rasa lega sangat-sangat bila dah selesai. Hahaha! Saya harap diorang fahamlah apa yang saya cuba sampaikan. Saya terperasan yang saya terlupa nak buat kesimpulan atau conclusion. Lupa gila, gila pun tak pernah lupa nak cakap dia gila. Dapat sikit pun tak apalah, sebab saya betul-betul tak sempat nak prepare apa-apa. Apa yang saya cukup terkesan dengan apa yang saya sampaikan sendiri (Hahaha! Kata-kata kita adalah teguran untuk kita juga sebenarnya.) Da'i mesti flexible! Da'i itu doktor, cikgu, cleaner, chef, pilot, driver, manager, dan segala pekerjaan yang ada kat atas muka bumi ini, da'i kena rasa apabila berada di atas jalan dakwah. Kenapa saya terkesan? Sebab kadang-kadang kita ni sentiasa beralasan bila diberi tugasan. Saya tak pandai itu, saya tak boleh ini, saya tak berani itu, saya tak yakin ini. Yes! Betul tak? Paling penting, da'i kena sentiasa bersedia dengan apa saja kemungkinan yang mungkin atau bakal berlaku. Macam saya, tiba-tiba kena jadi pentaujih last minute sebab orang yang sepatut dan sepatut dan sepatutnya selepas ditukar-tukar orangnya last-last sampai kepada saya. Semuanya aturan Allah, subhanallah. Sebab saya kasihankan mereka, saya terima sajalah offer tu walaupun tak sempat nak prepare.

Esoknya saya bawa adik yang tak berapa nak adik sangat ke program remaja. Sebab saya dah ajak dia, jadi saya kenalah hadir bersama. Sekali-sekala kita kena beri diorang semangat dengan menunjukkan kebersamaan kita dalam sesuatu program. Saya rasa untuk permulaan, HARUS untuk kita sama-sama hadir bersama mereka, bukan menyuruh tetapi kita duduk dirumah goyang kaki tak buat apa-apa macam sibuk kita mengalahkan ulama dan ustaz-ustaz. Kalau ada program lain sekalipun, luangkan sedikit masa, tunjuk muka cukuplah. Beritahu dia kita akan datang semula nanti, makesure kena datang! Jangan cakap datang tapi tak datang pula! Saya masih cuba mendekati dia, dan saya sedang cuba membuat bulatan gembira baru untuk adik-adik disini. Doakan! Plan saya mudah, saya bawa mereka untuk sebulan kemudian saya akan pas pada sahabat saya yang akan sambung Master disini. Saya rindu sangat kat dia! Dia pernah berbulatan gembira dengan saya suatu masa dulu, dan saya sangat sayangkan dia!

Bulatan gembira saya yang osem suatu ketika dahulu. 

Bukan dia saja yang saya rindu, saya rindukan hamasah setiap sahabat saya di dalam bulatan gembira dahulu. Saya kira ada yang masih bersemangat, dan ada juga yang sedang diuji dengan masalah belajar yang tak pernah sudah. Saya tetap rindukan mereka, rindu untuk bersama-sama dalam solat, rindu bersama-sama mengulit mimpi, rindu bersama-sama dalam semua hal dan perkara. Rindu untuk bertukar pendapat berkenaan adik masing-masing. Rindu untuk saling mengingati. Saya rindu semua tu. 

Hidup ni, memang kadang-kadang Allah akan beri sesuatu yang mengerikan, tetapi Allah akan gantikan dengan keindahan kerana sabar kita. Kemudian, Dia akan tarik semula dan uji kita dengan sesuatu yang lebih dahsyat supaya kita boleh aplikasikan semula perkara yang indah-indah itu untuk mengindahkan sesuatu yang tak berapa nak indah pula. Saya harap lepasni, Allah akan hadiahkan saya sesuatu yang lebih indah dari hari ini. Saya berdoa dan silalah doakan untuk saya. 

Saya yang tiba-tiba emo. Wassalam.

2 Shreks:

Maryam said...

kay,
BM? wah buat saya sentap... nak sentap bertahun-tahun, boleh tak? haha

*ruginya tak dapat dengar juga.. :( *

Kay J said...

haha. akak sentap juga ke? akak mmg ptt sentap kot. haha. nanti jgn lupa jemput bila serunya dah sampai.

alaa.. akak dpt gak dengar ceramah lain2 tu, saya lagi jeles!

 
;