Jangan Tolak Rezeki

Malam ni saya kena tidur awal, sebab esok saya kena keluar rumah pukul 6 pagi. Sebabnya, saya dan beberapa sister dan brother (kot, tak tahu naik satu bas atau tidak) akan bertolak ke KL untuk satu program khusus (mengikut mesej daripada murobbi begitu). Sebenarnya saya rasa mengantuk dah. 

Sekarang ni fenomena bulatan gembira di merata. Saya tak tahulah macam ramai je mencanang-canang pasal bulatan gembira menyebabkan hati saya pun gembira bila dapat tahu banyaknya bulatan gembira di dunia ini. Seronok? Mesti, pasti!

Saya ingin berkongsi kesedihan saya berkenaan circle ini suatu ketika dahulu. Pernah satu hari saya mencadangkan agar adik-adik saya di tukarkan ke naqibah yang lain kerana saya tidak mampu memberi komitmen dengan mereka dan saya rasa sedih kerana tak mampu untuk teruskan. Ianya disebabkan peralihan kemasukan Diploma dan Degree yang berlainan waktu dan masa. Saya tahu kemampuan saya dan saya tidak boleh overconfident yang saya mampu untuk berulang-alik dari sini ke sana. Jadi, saya meluahkan rasa saya kepada naqibah tercinta.

Naqibah saya memberitahu ukhti yang dicadangkan itu tidak memberi jawapan yang positif. Alasannya dia tidak boleh terima kehadiran ahli-ahli yang tidak konsisten. Kadang-kadang sorang, dua orang, kadang-kadang tak ada orang. Huhu. Ini berdasarkan pengalaman dia membawa adik-adik IPT suatu masa dahulu. Bila mendengar jawapan begitu, saya sebak mengenangkannya. Mungkin kejadian ni pernah berlaku pada kita, pada anda, pada siapa-siapa sahaja yang pernah mempunyai adik-adik dalam circle.


Membentuk bulatan gembira yang benar-benar mampu menggembirakan hati kita bukanlah perkara yang mudah. Ianya bermula dengan sukar. Daripada sukar itulah kita makin lama semakin belajar bagaimana ingin memperbaiki circle kita dari masa ke semasa. Belajar dari kesilapan dan belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain. Mungkin sebelum ni adik-adik tak konsisten, kemudian kita kaji kenapa dan mengapa. Dari situlah kita mulakan semula dengan sesuatu yang lebih kreatif, menarik dan pelbagai. Kita menyusun waktu dengan baik dan memperbaiki hubungan lebih intim untuk lebih memahami mereka. Nampak mudah, tetapi sukar; saya akui.

Saya juga bermula dengan zero. Circle pertama yang saya kena bawa adalah pada saat-sata getir dimana tak ada penggerak lain yang mampu menggerakkan. Saya juga belum mampu sebenarnya, tetapi saya tak ada pilihan. Saya bawa adik-adik saya dalam keadaan terpaksa. Ya! Saya paksa diri saya yang serba kekurangan, cetek ilmu lagi jahil, tanpa kefahaman yang mantap, saya redah. Ya, saya redah! Memang saya akui circle tu satu sem sekali atau dua kali je. Kadang-kadang sebulan sekali je. Haha. Menarikkan? Ya itulah saya yang tak pernah faham kenapa saya perlu bawa adik-adik ketika itu?

Tetapi itu dulu, saya dah cuba sedaya mungkin walaupun nampak macam tak adalah usaha sangatpun. Tetapi saya yakin, ketika itu kemampuan saya sekadar itu sahaja sejajar dengan kefahaman saya.


Jadi saya harap, kita tidak akan menolak apabila diberi kepercayaan. Kenapa kita diberikan kepercayaan? Sebab mereka yakin kita boleh lakukan, dan mereka nampak potensi kita untuk membentuk individu muslim yang cemerlang. Mungkin hasilnya tidak seberapa, tidak apa! Tak ada salahnya jika ianya tidak menjadi pada peringkat awal. Kita boleh teruskan mencuba sehingga akhir hayat, kita akan tetap mencuba. Percubaan pertama adalah tempoh pembelajaran kita. Cubaan kedua adalah tempoh memperbaiki. Cubaan ketiga adalah tempoh menguasai. Cubaan ke empat kita akan rasa lebih faham dan bersemangat untuk membimbing adik-adik kita.

Manusia tidak akan berubah hanya dengan sekali pertemuan. Manusia tidak akan berubah jika kita sendiri tidak berusaha untuk berubah.

Jika saya yang banyak sangat kekurangan lagi jahil dan tak banyak ilmu ini mampu bertahan, saya yakin kamu dan kamu yang sudah tentu lebih hebat dari saya akan mampu bertahan juga! Gunakan kelebihan itu untuk tetap dan kembangkan jalan ini lebih luas. Jadikan bulatan gembira kita, benar-benar gembira seperti yang digambarkan. Jangan mudah putus asa kerana Allah itu suka pada hambaNya yang banyak bersabar.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya pertolongan Allah itu beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [29: 69]

Semoga berjaya!

0 Shreks:

 
;