Baju Kurung - not that bad?

Salam and morning.

Dulu masa kanak-kanak riang, saya ada macam-macam jenis baju yang cantik-cantik, so girlish. Iyalah, namapun anak perempuan seorang, bajupun tak berkongsi dengan siapa-siapa. Mak tak benarkan langsung pakai seluar, nanti jadi tomboyish. Hihi.

Bila saya dah remaja, di asrama biasanya kena pakai baju kurung. Jarang pakai seluar ni. Dalam dorm pun biasalah tshirt dan kain baju kurung. So, kebanyakan masa berkain dan jarang sekali berseluar kecuali malam nak tidur.

The town that I used to go. Miss it so much! What I miss the most is Llyods bank where my money was kept. And I worked there for a month. Thanks god for the experienced. 

Selepas PMR saya ikut keluarga ke UK dan masa tu barulah saya expose dengan pakaian barat. Di Malaysia saya tak berapa expose sangat sebab saya ni gadis melayu terakhir yang sentiasa melekat dirumah tapi bukan didapur, didalam bilik tidur itu yang pasti.

Saya tak pernah kenal seluar jeans. Saya pernah sekali pakai seluar jeans selepas mak berikan satu seluar jeans yang agak longgar. Sekali atau dua kali je pakai. Lepastu tak pakai dah, it just not suitable for me. Sehingga hari ini saya tak pernah ada seluar jeans walaupun saya rasa seluar jeans cantik juga bila pakai dengan baju labuh. Tetapi saya memegang satu kata-kata seorang doktor di UK, tight jeans is not good for women. So, better shut myself from trying.

Pulang ke Malaysia, saya merasakan suasana di Malaysia tak ubah di UK. Di UK penduduk wanitanya memakai jeans dan baju ketat, serupa saja di Malaysia. Cuma, ada sebahagian rakyat Malaysia yang rasa wajib bertudung, adalah tambahan sikit. Bolehlah dibezakan antara muslim dan non-muslim. Tetapi, kalau tiada tudungnya, mungkin sayapun keliru sama ada saya masih berada di UK atau sudah pulang ke Malaysia.

Sebenarnyalahkan, saya rasa pakaian jeans dan baju ketat dan pendek, ini bukanlah fesyen tetapi pakaian budaya. Bukan budaya melayu, tetapi budaya barat. Pakaian yang ketat, sebenarnya tak cantik sangat, sebab it shows your figure and all the secrets will be showed off. Damn it! You're exposed already. Baju pendek? Buruk sebenarnya, jujurlah saya tak suka bukan sebab ianya melanggar etika menutup aurat, tetapi saya rasa baju pendek sangat tak kemas. Macam langsir tergantung. Kalau yang ketat pula, macam sarung katil, atau sarung bantal, atau sarung kerusi. Adakah saya seorang rasa macamni?

Tapi saya OK bila berseluar jeans dan blouse yang labuh. Bukan blouse yang labuh dan ketat ditambah terbelah ditepi dengan sangat tinggi, itu sangat tidak cool. Saya ada blouse labuh macamtu, memang tak berapa nak cool. Tapi saya pakai dengan skirt labuh supaya nampak cool sikit.


Ok, jadi saya nak cadangkan fesyen terkini yang mungkin cool jugalah sebab saya rasa ramai dah orang pakai. Lepasni kita cuba cari skirt labuh, atau skirt jeans. Saya ada skirt jeans, memang cool habis dan ramai orang jeles dengan skirt tu. Saya beli RM25 je, tapi susah nak dapat harga murah. Tadi saya jumpa skirt tu harga dalam RM60.

Rahsianya begini, kalau nak pakai blouse labuh, boleh pakai skirt labuh yang ketat di atas, kembang di bawah. Tak ada masalah. Insyaallah takkan nampak figure. Pastikan nak duduk jangan angkat blouse tu, duduk je dengan blouse-blouse tu sekali, best apa?

Kalau pakai skirt yang kembang, boleh nak pakai blouse yang pendek sikit, tapi kena pastikan skirt tu betul-betul kembang dan tak nampak bentuk pinggul. Maksud saya kembang tu, ianya hendaklah longgar. Blouse yang pendek tu, bukanlah pendek atas punggung tetapi biar tutup punggung sikit. Biasa saya pakai macamni dengan kemeja sebab kemeja ni tak labuh sampai bawahkan dan bukan dengan blouse. Err.. blouse pun ada tapi rasa macam dah lama tak pakai.

Saya suka tengok muslimah pakai kain skirt yang labuh tu. Nampak manis dan sopan. Saya rasa lebih baik kita berkain daripada berseluar, sebab kain itu melambangkan kesopanan kita. Roomate saya yang ganas pun sekarang pakai kain senantiasa. Comel saja. Style dia lain sikit, sebab dia ni suka bergaya. Haha. Ok, walaupun dia bergaya sakan, alhamdulillah kitorang still berjemaah dalam bilik tu ya. Don't judge a book by its cover.


Last but not least, saya ingin kongsikan pengalaman saya berkawan dengan minah salleh di kolej dulu. Mereka sangat teruja dengan baju kurung kita. Mereka sangat teruja dengan pakaian sari orang India. Kenapa? Sebab mereka tak ada their own traditional dress. Sedihkan? Tetapi kita, mengagungkan budaya merekakan? Masa saya pakai baju kurung, mereka tertanya-tanya mana saya dapat kain macamni? Ada bunga-bunga macamni? It so nice. NICE ok? Haha. Saya sangat bangga masa tu. Tapi cuaca disana tak mengizinkan sangat pakai baju kurung, it so cold. Lagi pula disana kita banyak berjalan kaki, tak macam disini banyak pandu kereta kesana ke mari je.

Mungkin orang tertanya-tanya, habis saya pakai apa kat sana? Mestila tshirt dan seluar slack, bukan jeans. Lepastu saya beli seluar dekat sana, yang tebal boleh tahan sejuk tp bukan jeans. Saya pakai tshirt, macam orang lain, tshirt pendek macam orang lain, tak labuhpun. Masatu, saya manalah tahu wujudnya tshirt labuh atas dunia ni. Bulatan gembira pun saya tak kenal lagi apa. Saya ada coat, coat saya jeans. Haha. Ok, masa awal-awal dulu coat saya pendek-pendek je bukan coat labuh. Manusia berubah, saya juga melalui proses itu.

So kesimpulannya dekat sini, marilah kita menjaga cara pemakaian kita kerana orang akan sentiasa menilai luaran. Luaran melambangkan apa yang ada di dalam, tetapi di dalam tidak semestinya menggambarkan diluaran. Apa yang penting, di dalam dan di luar haruslah seiring dan sejalan. Kerana mata Allah itu lebih suka melihat yang indah seperti yang diperintahkan dalam kitabNya.

Wallahualam.

2 Shreks:

reza al-razi said...

Erm, sy x prnah rasa berada dlm bulatan yg btol2 gembira.. mgkin suatu hari nti..

Kay J said...

fakhrul dekat sana tak ada ke?

 
;