Never 0 Forover

Alhamdulillah. Tak banyak rasanya nak dicoretkan hari ini.

Pertamanya saya nak share gambar anak buah saya dua orang. Sorang anak abang long, sorang anak abang ngah. Dua-dua comel. Err.. semua bayi dan kanak-kanakpun comel sebenarnya. Beginilah kita ketika masih lagi suci tanpa dosa. Kita bermula dengan zero, pastilah kita tidak mahu meninggalkan dunia dengan zero juga.

Mujahidah saya. Mak lang doakan Nawwarah dan Tasneem jadi tabah dan kuat macam ibu dan umi, ok? Amin.

Keduanya saya nak melahirkan rasa cemburu kepada mereka yang membeli barang-barang techno terkini daripada website abang saya. Saya sangat jeles ok? Sebab saya nak sangat beli speaker dia yang comel. Saya nak beli pensel audio recording supaya boleh record bed time story sambil menulis. Saya nak juga mp3 macam orang lain ada, yang comel-comel, kecil-kecil molek, adik saya pun ada mp3. Jeles tau?

Siapa yang berminat boleh layari websitenya di sini.

Ketiganya, adik saya tak dapat pulang ke asrama, sebab tulang tangannya belum bercantum. Jadi dia terpaksa tinggal dirumah lagi sebulan. Mak saya dah risau, sebab tahun ni dia SPM. Dia tak boleh pulang ke asrama, sebab doktor tak bagi. Kalau simen di buka, tangan dia akan bengkok dan merbahaya. Kesimpulannya dia terpaksa duduk dirumah dengan saya sepanjang mak dan abah ke negeri di bawah bayu. Boleh jadi rancangan saya terbantut. Allah punya rancangan mungkin lagi best, siapa tahu?

Keempat, weekend ni kalau tak silap saya ada program dekat one of the IPT area sini. Adik-adik saya memang dijemput tapi diorang tak dapat hadir sebab ada test. Lagipun saya tak confirmkan lagi dengan diorang perkembangannya macamana. Oh dan tidak disangka-sangka entah macamana saya dengan ringan tanngannya mengajak kawan saya ke sana. Dia pula dengan ringan hatinya menerima tawaran saya untuk pergi program tu. Saya suruh dia ajak lagi sorang kawan kami. Macam tak sangka pulakan? Kawan kelas saya boleh setuju.

Bila kita nak buat kebaikan, janganlah sorang-sorang. Biarlah orang lainpun dapat ilmunya sekali. Sampaikan syahadatul haq tu sebab kita dah tahu tanggungjawab kita sebagai khalifah, dan tanggungjawab kita menyampaikan kebenaran melalui penyaksian kita. Macamana? Dah menyaksikan kebenaran Islam, tak akan nak buat tak tahu pula? Rugi.. rugi.. Takut dekat akhirat nanti Allah tuntut! Biarlah orang menolak sekalipun, sekurang-kurangnya kita ada alasan dan jawapan dihadapan Allah kelak.

Nama saya Ghulam. Tolong rujuk kisah saya untuk tahu lebih dalam.

Ada berani menjawab, ILMU SAYA BELUM CUKUP UNTUK SAMPAIKAN ISLAM. Agak-agak Allah terima tak alasan tu? Fikir-fikirkan.

Wallahualam.

0 Shreks:

 
;